-->

Monday, February 17, 2014

Zombi Kilang Biskut akan ditayangkan di pawagam 20 March 2014?


Zombi Kilang Biskut? baru sahaja dengar daripada member tadi berkaitan cerita ini. Adakah cerita ini adalah sambungan daripada cerita Zombi Kampung Pisang???

Sama-sama kita saksikan pada 20 March 2014 ni, ok!


Tuesday, February 4, 2014

Fast and Furious 7 (2015)



Dengar khabar Fast and Furious 7 dah 70% siap...dan baru-baru ni Paul Walker (pelakon utama Fast and Furious) dilaporkan meninggal dunia.. so macam mana dengan 30% lagi yang belom disiapkan lagi tu? adakah menggantikan pelakon lain atau macam mana?? dan dengar khabar juga Tony Jaa (pelakon terkenal Ong Bak) diambil berlakon dalam filem tersebut..

So, sama-sama kita saksikan bagaimana filemnya pada tahun 2015 nanti...


Top Best Action Movie of All Time ---> Fast and Furious 1-6 (2001-2013)

 
The Fast and The Furious, (aku tak berapa ingat macam mana kisahnya, tapi apa-apa pun aku cerita jugaklah yang mana aku ingat) mengisahkan seorang polis (Brian O'connor) yang menjadi pengintip terhadap sekumpulan pelumba kereta haram yang disyaki terlibat dalam kes mencuri barangan electronic yang mahal.. Sepanjang pengintipannya, pelbagai kenangan yang dicipta olehnya bersama-sama dengan kumpulan tersebut sehinggakan hubungan antara mereka menjadi semakin rapat. Akhirnya, Brian O'Connor tidak menangkap Dominic Toretto (ketua kumpulan pelumba tadi), sebaliknya dia membiarkan Dom melepaskan diri....





 
 2 Fast 2 Furious tak berapa best (kalau nak dibandingkan dengan yang first tadi). Apa-apa pun, aku cerita jugaklah kisahnya... Ceritanya begini,,,  ejen rahsia US telah menangkap Brian O'Connor untuk menjadi undercover terhadap sebuah kes dadah.. Brian pernah mempunyai rekod jenayah.. So, ejen rahsia tersebut ingin membuat perjanjian dengan Brian, sekiranya Brian menjadi undercover terhadap kes tersebut, rekod jenayah Brian akan dipadamkan...Akhirnya Brian setuju, dan Brian diberi kebenaran untuk memilih 5 orang bagi membantunya menyelesaikan kes ini.







Yang ni paling aku suka quality gambarnya, effect, soundtrack, kebanyakan best-best apa yang dipersembahkan dalam The Fast and The Furious : Tokyo Drift.. 
Cerita ini berkenaan seorang pelajar (Sean) yang terlibat dalam kemalangan setelah berlumba dengan lawannya... Untuk mengelakkan penjara ataupun juvana, pelajar ini terpaksa dipindahkan ke Tokyo dan dijaga oleh ayahnya di sana. Di sana, dia mula berkawan dengan seorang pelajar di sana Twinkie.. Twinkie yang memperkenalkannya kepada perlumbaan haram di Tokyo... Walaupun dilarang oleh ayahnya untuk berlumba, Sean tetap ingin terlibat dengan perlumbaan di Tokyo... Di sana dia meminjam kereta kepunyaan Han untuk berlumba dengan Takashi (anak saudara ketua kumpulan Yakuza)... Sean kalah teruk dan telah menghancurkan kereta kepunyaan Han tadi dan terpaksa bekerja dengan Han untuk menggantikan balik nilai kereta yang dihancurkan itu... Akhirnya Han dan Sean berkawan rapat.. Takashi berdendam dengan Han dan Sean kerana menganggap Han mengkhinatinya dan Sean merampas segala kepunyaan Takashi termasuk aweknya....so aku malas dah nak taip, korang tengok la sendiri..





Yang ni (Fast and Furious), aku tak berapa ingat.. tapi rasanya berkaitan drug dealer juga... Brian meminta pertolongan Dominic untuk menyelesaikan kes dadah ini.. Akhirnya apabila kes ini selesai, Brian menyuruh Dominic melarikan diri kerana dia teramatlah dikehendaki oleh ejen US,, tapi Dominic enggan melarikan diri, namun dia menyerah diri dan dihukum penjara 25 tahun.





 Cerita Fast Five adalah sambungan kepada cerita Fast and Furious (2009) tadi...Dom dihukum penjara selama 25 tahun..Sewaktu perjalanan untuk transfer banduan ke penjara, Brian dan Mia berjaya membebaskan Dom dengan merempuh bas banduan tersebut. Akhirnya tiga orang ini terpaksa melarikan diri kerana mereka amat dikehendaki oleh ejen US.
Akhirnya mereka lari ke BRAZIL...mereka berjumpa kawan lamanya, Vince..untuk melangsungkan hidup, mereka join satu kerja untuk mencuri 3 buah kereta di dalam kereta api. Mereka mendapati rakan partnernya iaitu Zizi hanya mahukan satu buah kereta iaitu Ford Mustang. Hairan dengan kejadian itu, mereka menyiasat kenapa Zizi mahukan Ford Mustang sahaja. At last, mereka dapat tahu ada satu chip dalam kereta tu yang menunjukkan detail tentang seorang penjenayah tu, apa plannya,, dan dalam chip tu ada juga menunjukkan lokasi sejumlah wang yang sangat banyak. So mereka pun apa lagiiiii,,, mereka pn berusaha lah mencari wang tersebut.




 Fast & Furious 6 mengisahkan tentang seorang bekas Special Force British yang disyaki terlibat dengan letupan konvoy askar..Riley (the rocks) terpaksa memohon bantuan kumpulan-kumpulan Dominic untuk membantunya menyelesaikan kes ini.





Dengar khabar Fast and Furious 7 dah 70% siap...dan baru-baru ni ................baca lagi......

Top Best Action Movie of All Time

Top Best Horror Movie of All Time

Top Best Horror Movie of All Time ---> Texas Chainsaw Massacre (2003)


Texas Chainsaw Massacre (2003)
Kalau tak silap, Texas Chainsaw Massacre ni adalah berdasarkan cerita benar yang berlaku di sebuah pekan di TEXAS... dan cerita ini diTULIS, diarah dan difilemkan oleh TOBE HOOPER pada tahun 1974...

seterusnya pada tahun 2003,, cerita ini dilakonkan semula dengan kualiti dan effect yang lagi menarik dan nampak REAL....then, pada tahun 2013, filem TEXAS CHAINSAW MASSACRE 3D dikeluarkan yang mengisahkan apa yang terjadi sebelum munculnya penjenayah ini.

Tapi apa-apa pun, bagi saya, cerita TEXAS CHAINSAW MASSACRE 2003 adalah yang terbaik...cerita penuh dengan saspen, effect menarik, lakonan hebat...

Cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang ingin ke konsert Lynard Skynard. Sepanjang perjalanan ke konsert tersebut, mereka perlu melalui sebuah pekan di TEXAS. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan seorang perempuan di tengah jalanraya yang kelihatan kusut masai dan sedih. Apabila perempuan itu menaiki van remaja tersebut, perempuan itu tiba-tiba menjerit dan mengatakan jalan yang mereka lalu itu jalan yang salah. Perempuan itu menangis-nangis dan merayu supaya patah balik. Akhir sekali perempuan itu mengeluarkan pistol dari kemaluannya, dan membunuh dirinya sendiri. Apakah yang akan dilakukan oleh sekumpulan REMAJA tersebut???? kalau kita, mesti REPORT POLIS kan? mereka pun sama....TAPI, di pekan itu, ada sebuah  keluarga yang mengamalkan amalan yang pelik iaitu memakan daging manusia.... 

so selanjutnya, anda saksikan sendiri...


Top Best Horror Movie of All Time ---> The Crazies (2010)

The Crazies (2010)


ok, first sekali cerita The Crazies (2010 Film). Cerita ni memang best pasal cerita dia unik, lain dari yang lain, dan yang paling penting, cerita ni memang saspen...

Cerita ini lebih kurang MACAM cerita zombie. Tapi sebenarnya tidak. Cerita ini mengisahkan tentang SATU virus yang berjangkit di seluruh pekan tu. VIRUS ni akan menyebabkan seseorang menjadi hilang akal, kuat dan membuat benda-benda yang kejam seperti membunuh (seolah-olah macam kena rasuk setan).

Pada mulanya, Pihak yang bertanggungjawab berjaya menahan semua orang di pekan itu untuk ditapis dan kuarantin-kan sesiapa yang terkena virus tu. Namun pagar yang memisahkan antara orang yg dijangkiti virus dengan orang yang normal itu telah dirobohkan oleh sekumpulan manusia yang tidak setuju dengan tindakan pihak itu.

Apabila pagar tu roboh, habis semua berjangkit. Yang dah berjangkit tu, menjadi makin gila, kuat dan membunuh ramai orang sehinggakan pihak yang bertanggungjawab itu tidak mampu melakukan apa-apa kecuali menyelamatkan diri.. So, tinggallah segelintir manusia normal di pekan itu yang menyorok.

Selanjutnya, korang tengok la sendiri ya macam mana diorang survive.






Introduction

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
First sekali saya ingin memperkenalkan diri saya..
rasanya nama tak perlu lah diberitahu..
cukup sekadar memanggil saya SOUL sahaja....


sebenarnya saya dah lama dah buat BLOG ni..sebelum ni, saya buat blog ni untuk SHARE link untuk download movie2 secara free...
tapi al-maklum, sekarang dah ketat, langsung tak boleh share movie..share hari ni, esok lusa dah kena block link tu...

so saya remove semua POST2 sebelum ni, dan saya ingin memulakan perubahan pada BLOG ini, iaitu saya ingin berkongsi SENARAI-SENARAI movie favourite saya....
FAVOURITE saya ye??? harap fhm..

so kalau tak kena dgn jiwa anda, SORI..


dan sori skali lagi, saya dah tak share LINK...link nak donlod movie tu korang pandai2 la cari...
saya just bagitahu movie apa yang saya suka.......................

so jikalau kebanyakan list2 dlm ni kena dgn jiwa anda, bermakna kita sekepala... haha
apabila kita sekepala,, bermakna list2 yg akan datang yang akan saya SHARE banyak2 lagi mungkin juga anda akan gemari...



ok


BuhBye