-->

Thursday, April 23, 2015

Saw (2004 - 2010)



Cerita SAW yang diarah oleh James Wan (anak kelahiran Sarawak, Malaysia) berwarganegara Australia adalah sebuah cerita seram yang sangat unik dan jarang dilakukan.

Cerita ini terbahagi kepada 7 iaitu Saw, Saw II, Saw III, Saw IV, Saw V, Saw VI, dan Saw 3D...

Cerita ini mengisahkan tentang suatu cara penyeksaan yang sangat unik, penyeksaan ini dilakukan terhadap orang-orang yang pernah melakukan kesalahan-kesalahan... Perancangan yang dilakukan oleh si penjenayah ini sangat hebat kerana berjaya mengugut beberapa orang untuk meneruskan kerja penyeksaan itu, dan ini menyebabkan pihak polis sukar mengesan si penjenayah, apatah lagi apabila seorang DETEKTIF telah menjadi mangsa ugutan.

Apabila si penjenayah meninggal dunia,,, kerja penyeksaan itu tetap lagi berlaku kerana pelbagai perancangan telah dilakukan oleh si penjenayah....

anda saksikan sendiri.