-->

Monday, June 29, 2015

Kita bukan sembah duit RM44,000, kata penganjur seminar pertahankan teknik cium duit





Seorang peserta ‘Aura Mind Power & Money Magnet Seminar’ mencium duit ketika menghadiri kursus di Kuala Lumpur, 10 Mei lalu. – Gambar daripada Facebook, 26 Mei, 2015.

Seorang penganjur seminar kekayaan mempertahankan teknik mencium duit yang digunakan dalam kursus "magnet wang" kendaliannya selepas gambar peserta programnya melakukan aksi itu tersebar luas di media sosial.

Kursus itu mula mencuri perhatian ramai apabila gambar peserta-pesertanya mencium gundalan wang RM50 dan RM10 dan meletakkannya ke dahi mereka, dikongsi lebih daripada 4,000 kali dan disukai lebih 15,000 orang di laman sosial Facebook.

Penganjur seminar yang dikenali sebagai Dr Mohamad Khalid Sabran berkata, teknik mengucup bongkah duit bernilai RM44,000 itu bukan satu upacara menyembah duit seperti yang disangkakan orang ramai.

Sebaliknya, ia adalah satu cara untuk menarik rezeki serta melatih "minda bawah sedar" merasakan "getaran, tenaga dan rasa syukur" apabila memiliki duit yang banyak.

"Kita merasakan getaran perasaan itu, bukannya kita sembah duit.

"Malah, kita membayangkan benda yang kita sayang, duit pun kita sayang. Siapa tak sayang duit sedangkan anak bini pun kita cium sebab kita sayang," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Menurutnya, gambar yang tersebar itu adalah daripada kursus yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu.

Kursus dengan yuran RM550 dari 9 pagi hingga 6 petang itu melibatkan sekitar 40 orang peserta.

Jelasnya, tindakan mencium duit dalam program "Aura Mind Power & Money Magnet Seminar" itu tidak salah.

"Kenapa tidak kita boleh cium duit? Cium itu bukan sembah. Orang mentafsir kita menyembah duit sedangkan masa itulah kita ingat Allah yang akan bagi duit ini.

"Kita membayangkan Ya Allah, Engkau berilah aku rezeki sebanyak ini. Itulah konsep dia.

"Itu yang kita tanamkan dalam ‘subconscious mind’ mereka kerana minda ini apa yang kita fikir itu yang kita dapat," katanya.

Katanya, seorang lagi pengendali seminar "magnet kekayaan" yang sudah tersohor turut mengamalkan teknik yang hampir sama dengan memeluk duit.

Bezanya, penganjur seminar tersebut tidak membenarkan gambar modul itu dikongsi seperti yang beliau lakukan.

"Kita keluarkan gambar ini sebab kita hendak lontarkan idea, untuk dapatkan respons tetapi respons ini kita dapat banyak yang negatif.

"Saya relaks sahaja kerana fikiran saya, manusia di luar sana mudah membuat fikiran yang negatif.

"Kita buat benda betul dan perkara itu peserta sendiri yang menilai dan bukannya orang luar," katanya sambil menambah tiada seorang pun peserta seminarnya meragui teknik itu.

Ditanya tentang sebab angka 44,000 dipilih untuk nilai duit itu, Khalid menjawab, "Saya pilih RM44,000 sebab bagi saya 44 ini angka yang power. 4 campur 4 jadi 8, 8 ini pulak orang Cina kata kayalah.

"44 juga orang selalu kata simpang malaikat 44, kerana kuasa 44 itu.

"Jadi saya suruh mereka (peserta) bayangkan sama ada sebulan mereka akan dapat RM44,000 dengan aura ini atau pun sehari RM44,000 – terpulang kepada kemampuan masing-masing," katanya sambil mengakui ada peserta menangis menahan gelora perasaan sewaktu memegang duit itu.


Daripada pegawai penyelidik ke perubatan alternatif

Berusia 54 tahun, bapa 4 orang anak dengan dua orang cucu ini dahulunya adalah seorang pegawai penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi presiden Kesatuan Kakitangan Am UKM dari 1989 sehingga 1995.

Berdasarkan laman sesawang syarikatnya, Khalid sudah berkecimpung dalam bidang pemasaran pelbagai peringkat (MLM) bersama 5 buah syarikat selama hampir 25 tahun.

Kini beliau menubuhkan syarikat MLM sendiri yang digabungkan dengan minatnya dalam bidang perubatan alternatif menggunakan pengaliran tenaga yang dikenali sebagai aura reiki.

Ijazah kedoktorannya diperolehi daripada India Board of Alternative Medicine, Kolkata, pada 2013 dan beliau juga merupakan profesor kehormat institut yang sama.

Beliau kini adalah presiden Persatuan Perubatan Alternatif Malaysia (PPAM) yang diasaskannya.

Menurut Khalid, minatnya untuk mempelajari teknik reiki dan aura bermula sekitar 2008 bagi membenteng dirinya daripada "serangan halus" dalam perniagaan.

"Saya menambahkan ilmu dalam bidang perubatan ini kerana banyak serangan-serangan halus yang berlaku.

"Jadi hendak menguatkan diri kita dan menolong orang, saya belajarlah ilmu aura ini," katanya yang sekarang antara lain menjual susu kambing, serta minyak holistik aura syarikatnya sendiri di samping menganjurkan seminar kekayaan.


Akaun Facebook digodam

Seolah-olah seperti mahu menguji “aura” Khalid dan keampuhan tenaga reikinya, akaun Facebook miliknya didapati digodam malam tadi selepas ditemubual The Malaysian Insider.

"Saya tengah bertapa kat GUNUNG LEDANG. MAAF YA. PM Password," tulis penggodam itu yang dikenali sebagai “MrDodgerX” dari “Harimau Malaya Cyber Army” pada dinding Facebook Khalid.

Khalid sudah membuat laporan polis pada pukul 9.30 malam semalam dan kini menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa. – 26 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/b....ozUMfvFZ.dpuf

Syaitan Mengacau di Bilik



assalamualaikum...
ni cerita fresh, semalam kena..heh

tempat : rumah kolej
masa: semalam (bermula isyak)
syaitan : perempuan

saya balik ke kolej semalam..rumah mmg berselerak tahap mcm sarang penagih dadah..heh bukan nya kitorg yg buat, tapi kolej da buat pemasangn perabot baru, jadi mat2 bangla yang buat kerja tu yg buat sepah..eeee sampai sekarang ni geram lagi, dgn byk barang yg hilang..ok back to story..jadi saya smpai ke kolej tu pagi, dan kemas la rumah tu..saya sorg je kt umah, housemate lain blom balik lgi

malamnya...saya solat di ruang rumah yg dah kemas..dalam bilik blom kemas lagi, penat kot kemas sorg wktu posa ni..jadi masa saya baca al quran, saya rasa mengantuk sgt..myb sbb trlalu letih..saya baca pon tersengguk..masa tengah mcm kena ubat pelali tu, saya terpandang pintu depan..saya nampak ada kain putih yang masuk rumah saya, tembus dinding.. terkjut kot, hilang suma mengantuk..memula cam malas nk solat kt umah ni semacam je..tapi kuatkn jugak diri, solat terawih kt tgh umah tu..dgr la jugak bunyi, tapi buat do know je la.. haha (spesies x makan saman kalau dgr bunyi je)

dalam kul 11 cm tu, saya gi mandi..tgh mandi tu pintu bilik air tiba2 ditolak dari luar..tapi x kisah la, ntah kan mmg angin..wlupun rsa pelik saya still buat x kisah..dalam hati mmg hajat nk baca yasin dari petang lgi, tapi x buat2 pulak,menangguh je keja..haaa makan la akibatnya

sebelum tido, saya baca al mulk ja..bajet cam ok la kn..malas nk baca yang len..pkul 3 lebih cm tu, saya terjaga..terjaga sebab jantung ni berdebar sgt smpai rasa pedih kot..dlam hati saya tau dia ada dalam bilik saya, jadi memang saya buat xtau je..xnak buka mata tgk, sebab rasanya dia nak saya tgk dia..saya pulak bole xingat nak baca apa2..keadaan saya tu seolah olah ditindih tapi saya mmg tgh sedar..sampai la datang keberanian nak amik tefon dan buka surah yasin...baru rasa berani nak buka lampu bilik la..luar bilik mmg dgr bunyi dah..lantak ko la, janji jgn dtg depan aq..heh..tapi saya still xleh nak bergerak, niat hati nk gi amik wuduk la..tapi still jantung tu berdegup kuat dan bulu roma naik je wlupun bilik saya tgh panas..saya rasa dia masih ada dlm rrumah saya..lama jugak la, dalam kul 4.30 cm tu, baru saya berani keluar dari bilik dan amik wuduk, terus buat solat sunat

masa solat tu, saya mintak pertolongan ALLAH.. dan saya diberi bayangan rupa setan yang kacau saya..emmm seram nk sebut ni..perempuan, dengan muka buruk..mukanya macam byk lubang2 hitam, gigi la ALLAH berceracak keluar..mata xyah nak sebut, dah tentu terbeliak kan..nasib la saya xnmpak real..bole pengsan kot sbb saya ni penakut jugak..saya bagitau pada mak saya, dan dia bagitau pada auntie saya..auntie saya cakap betul tu la rupa dia,tinggi dan kurus..setan ni saja nk kcu saya, mungkin jugak marah sebab suka2 je baca alquran dan solat dlm rumah tu.. saya rasa kalau bukan sebe bulan ramadn, memang lagi kuat gangguan nya..malam ni saya berhajat pasang pagar, xleh biarkan..

Sunday, June 28, 2015

Koleksi Gambar Ibu

Bismillahirraman nirrahim.


.
.


.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.
.
.
Emak mati tapi anak masih lapar cari susu. Kejadian berlaku di Rohingya.
.
.

.
.



.
.



.
.

.
.

.
.

.
.

Versi "Real"




Ini adalah kisah benar Pengorbanan seorang Ibu semasa gempa bumi melanda di Jepun. Setelah Gempa bumi reda, ketika para penyelamat sibuk berusaha mengalihkan runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat-nya melalui celah-celah lubang runtuhan itu.

Tapi wanita tersebut dalam kedudukan yang begitu aneh, dia berlutut seperti seseorang yang sedang menyembah, tubuhnya condong ke depan, dan dua tangan yang mendukung satu benda. Runtuhan rumah itu telah menimpa punggung dan kepalanya. Dengan bersusah payah, ketua kumpulan penyelamat meletakkan tangannya melalui celah-celah yang sempit di dinding untuk mencapai tubuh wanita itu. Dia berharap wanita ini masih lagi hidup. Namun, tubuh itu dingin dan kaku menandakan bahawa wanita tersebut pasti telah meninggal dunia.

Ketua kumpulan penyelamat dan seluruh anggotanya lalu meninggalkan rumah itu. Namun kerana alasan tertentu, ketua kumpulan penyelamat itu tergerak hati untuk kembali ke rumah yang runtuh milik wanita malang tadi. Ketua penyelamat ini lalu berlutut lagi dan menggunakan kepalanya melalui celah-celah sempit untuk mencari sedikit ruang di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, ia berteriak dengan gembira, “Ada anak kecil ! Ada anak kecil !”

Lalu seluruh kumpulan penyelamat bekerja bersama-sama, dengan hati-hati mereka mengangkat timbunan runtuhan di sekitar wanita yang sudah meninggal itu. Ada seorang anak kecil berusia 3 bulan terbungkus selimut bunga-bunga di bawah mayat ibunya. Ternyata, wanita itu telah membuat pengorbanan untuk menyelamatkan anaknya. Ketika rumahnya runtuh akibat gempa bumi dahsyat itu, ia menggunakan tubuhnya untuk membuat penutup untuk melindungi anaknya. Anak itu masih tidur lena ketika ketua penyelamat mengangkatnya.

Para doktor datang dengan pantas untuk menyelamatkan anak kecil itu. Setelah ia membuka selimut, ia melihat sebuah hand phone di dalam selimut. Ada pesan teks pada layar hand phone. Begini bunyinya, “Jika kamu dapat bertahan hidup, kamu harus ingat bahawa aku mencintaimu.”

Hand phone ini beredar dari satu tangan ke tangan yang lain dalam kumpulan itu. Setiap tubuh yang membaca pesanan si ibu malang tersebut menangis. “Jika kamu dapat bertahan hidup, kamu harus ingat bahwa aku mencintaimu.” Itu bermakna cinta ibu untuk anaknya hingga keakhir hayatnya.

.
.

.
.
Menderhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai dosa besar :

"Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka" - Surah Maryam :32

Saturday, June 27, 2015

Pemuda Kurus Kering Suka Air Berkarbonat



Khairul Helmi Roslan, 25 menunjukkan gambarnya ketika berusia 19 tahun berbeza dengan keadaannya ketika ini setelah menderita akibat penyakit diabetes yang kronik ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Panjang, Bukit Mertajam disini hari ini.

BUKIT MERTAJAM 26 Jun - Tiada siapa menyangka seorang pemuda yang pernah mencapai berat badan 100 kilogram (kg) suatu masa dahulu kini menderita akibat penyakit diabetes yang kronik.

Malah, Khairul Helmi Roslan yang baru berumur 25 tahun itu juga menderita penyakit berkenaan hanya kerana kegemarannya meminum air berkarbonat sehingga menyebabkan dia kini kurus kering dengan berat badan hanya 36 kg.

Penyusutan mendadak berat badannya itu juga menyebabkan tiada lagi keceriaan pada wajah Khairul Helmi yang kini terpaksa menumpang kasih adik perem*puannya di Kampung Tok Panjang, dekat sini sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, sejak dua tahun lalu sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu, selera makannya mula berkurangan dan berat badannya juga menyusut sehingga kurus kering.

Malah keadaannya amat menyedihkan kerana kadang-kala hanya mampu terlantar di rumah akibat penyakitnya itu dan terpaksa dipapah oleh adiknya, Nurul Athirah, 24.

“Dulu badan saya pernah mencecah 100 kg malah saya dikategorikan berbadan besar tapi sihat dan mampu bekerja sebagai operator kilang dekat Perai.

“Namun segalanya berubah pada 2012 apabila saya disahkan menghidap diabetes yang kronik menyebabkan berat badan menyusut serta kini hanya mampu terlantar di rumah dan dijaga oleh adik perempuan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Tambahnya, sejak ibu bapanya berpisah, ibunya, Rosmah Sulaiman, 44, berkahwin lain dan kini menetap bersama bapa tirinya dan hanya sesekali datang menjenguk*nya di rumah.

Jelas Khairul Helmi, biarpun sedih dengan nasib yang menimpanya namun, dia reda dan pasrah atas ketentuan itu.

“Kalau dapat diputar kembali masa, saya mahu kembali sihat macam dulu dan tinggalkan amalan buruk suka minum air berkarbonat yang menjadi punca penyakit ini,” ujarnya.

Sementara itu, rakannya, Mahazan Mohamad, 34, berkata, dia tidak menyangka Khairul Helmi menjadi kurus akibat menghidap penyakit yang kronik kerana menyangka rakannya itu selama ini mengamalkan diet.

“Memang saya terkejut apabila dimaklumkan yang dia menghidap diabetes kronik kerana saya sangka dia hanya berdiet. Apapun saya tetap akan berada di sisinya dan memberi sokongan agar dia kembali sihat.

“Selain itu saya berharap ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada Khairul Helmi untuk membiayai rawatannya,” katanya.

Friday, June 26, 2015

Rumah Hantu Paling SERAM di JEPUN

Rumah hantu merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tempat pengunjung untuk mencuba pengalaman yang menyeramkan. Terdapat sebuah rumah hantu yang paling seram dan ia terletak di negara Jepun.

Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untukmemberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital.  Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.


 Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.  Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.  Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.  Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.

Thursday, June 25, 2015

Erez Zion - Negara Kedua YAHUDI !


Erez Zion - Negara Kedua Yahudi


MOD!... Nie sejarah negara HARAP tidak dimasukkan kedalam seksen politik!... Realiti harus diketahui ramai!...


Percayakah saudara-saudari bahawa sebelum Yahudi ingin menjadikan Palestin sebagai negara Zion mereka, mereka pernah memilih Madagsacar sebagai negara Zion. Namun mereka batalkan hasrat mereka kerana mereka ingin merampas Masjid Al-Aqsa dahulu daripada Umat Islam. Ini kerana mereka ingin mencari peralatan sihir Harut-Marut untuk diberi kepada si gergasi Dajjal .


Tahukah saudara-saudari kenapa Madagascar pernah dipilih. Ini kerana pada sangkaan awal mereka, orang-orang Madagascar merupakan Lost Tribe (Walaupun sebelum itu mereka menyangka Red Indian merupakan Lost Tribe - namun pendita mereka sendiri telah membuat fatwa sesat terhadap Book of Mormon. Jadi Red Indian tidak disangka Lost Tribe - tetapi Madagascar).

Sebab apa Madagascar.

Sebab Madagascar mempunyai darah keturunan Manasseh. Jadi tempat Lost Tribe dari keturunan Manasseh ini yang merupakan tempat yang mereka percaya akan selamat daripada huru-hara Akhir Zaman sehingga Hari Kiamat. Tempat-tempat lain akan hancur dengan pelbagai sebab. Antaranya ialah perang nuklear, gempa bumi, tsunami, gunung berapi, binatang melata, asap radioaktif, Dajjal, Yakjuj-Makjuj, banjir, tanah runtuh, planet Nibiru, Dabbatul Ardh, dsb.....



Jadi mengikut kitab sesat mereka (macam kitab Maya juga), tempat Lost Tribe merupakan tempat yang akan selamat daripada huru-hara Akhir Zaman sehingga munculnya Sangkakala Israfil.

Jadi dalam 7 tahun yang lalu, Prof dari US bernama Ralph Olssen telah menjumpai secara saintifik tentang maksud di dalam kitab-kitab lama mereka. Maka Tanah Melayu telah dijadikan conclusion bagi tempat yang akan selamat daripada segala huru-hara di Akhir Zaman. Kerana Tanah Melayu merupakan pusat Lost Tribe dan pusat keturunan Manasseh.

Jadi disebabkan penemuan ini, maka rancangan sulit ala 13 Mei telah direncanakan bagi memasukkan segala penduduk yahudi ke dalam negara ini. Mungkin rancangan mereka halus. Kita tidak nampak. Yang pasti, matlamat akhir mereka ialah untuk mengambil Tanah Melayu secara halus .


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1000x665.
Pemimpin Erez Zion sedang bersenda gurau. Mereka ini hanya dikudakan sahaja oleh pengidam-pengidam Erez Zion.

Dalam bahasa Yahudi keparat, Tanah Melayu digelar Erez Zion. Erez Zion merupakan idaman yahudi illuminati pada waktu ini!...


APCO?...


Sekarang ramai yang bercerita tentang APCO. Namun apakah misi rahsia APCO ???


Setelah saya siasat, rupa-rupanya APCO merupakan alat MOSSAD untuk mencari senarai identiti Kor Risik Diraja ATM. Sebab apa mereka mahu senarai ini. Ini adalah kerana di dalam ranking rahsia MOSSAD, di kalangan Umat Islam, Kor Risik ATM berkedudukan no 1 dunia dalam menjadi ancaman kepada gerakan subversif yahudi illuminati. Manakala bagi Omputeh pula, PRINCE merupakan ancaman mereka terhebat. Tony Blair dan Barack Obama merupakan anggota rahsia PRINCE .

Pemimpin dan Pegawai yang bertaraf dayus. Musuh depan mata pun boleh diberi tempat.


Jadi untuk mengesahkan siasatan saya ini, saya minta anggota ATM pula menyiasat secara rahsia pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke MINDEF atau mana-mana tempat strategik ATM (secara sengaja atau tidak sengaja) bermula dari Ogos 2009 sehingga sekarang. Sekiranya ada, percayalah, mereka merupakan ejen MOSSAD.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 761x997.








jeng jeng jengg... apa kah zionis 2 ekor yg beetanggungjawab huru harakan timur tgh buat kat Malaysia nie?...



Jika anda ingin tahu siapa gerangan APCO, agensi milik Zionis yang kini menjadi penasihat Najib itu, di bawah ini disertakan beberapa maklumat mengenainya yang saya kutip dari beberapa sumber:


i) APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005.

ii) Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi seperti di bawah:

iii) Manakala penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

iv) Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London.

v) APCO mula membuka pejabat di Malaysia pada 1 September 2009. Antara tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

vi) Kontrak APCO dengan Malaysia bernilai RM20 juta antaranya bertujuan untuk memulihkan imej Najib yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.

vii) APCO mempunyai beberapa pejabat di Eropah, Asia dan Amerika. Di Asia antara pejabat APCO selain dari Kuala Lumpur ialah Jakarta, Singapura, New Delhi, Bangkok, Beijing, Dubai dan Ho Chi Minh City.


viii) Hanya Malaysia, Indonesia dan UAE merupakan negara penduduk majoriti Islam yang membenarkan APCO membuka pejabat di negaranya.

ix) APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.


x) Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO.

[20 GAMBAR] Tempat Paling Seram dan Ngeri di Dunia

Fenomena yang berhubungan dengan hantu, alam gaib, dan makhluk-makhluk supernatural tidak hanya terjadi di Malaysia. Hal-hal tersebut juga ditemui di seluruh dunia, di berbagai negara dan wilayah dengan kebudayaan mahupun keadaan geografi yang berbeza. Tidak heranlah jika kemudian banyak ditemui pelbagai kisah seram di seluruh penjuru bumi.
Di sini, kami akan memberikan 20 tempat paling seram dan dipercayai sangat berhantu. Tempat-tempat ini biasanya kerap dihubung-hubungkan dengan penampakan makhluk gaib maupun peristiwa menyeramkan yang memakan banyak korban. Beranikah anda untuk mengunjungi lokasi berikut?
20. Victoria Park Railway Tunnel (Australia)
Terletak di Brisbane, Australia, tempat ini menjadi rumah bagi salah satu penampakan hantu Brisbane paling terkenal pada tahun 1965, setelah sekelompok anak muda setempat mendengar rumor tentang hantu yang menyeramkan di dalam terowongan. Malam berikutnya, sekelompok kecil penyelidik mencoba menelusuri tempat ini. Ketika mereka melewati terowongan, tampak tubuh manusia berwarna kehijauan, tanpa lengan, tanpa kaki, yang muncul dari dalam dinding terowongan. Konon, hantu-hantu tersebut adalah arwah penasaran yang bunuh diri di terowongan tersebut.
19. Chase Vault (Barbados)
Tempat ini adalah sebuah kompleks pemakaman Gereja di Oistins, Christ Church, Barbados. Sebelum dikuburkan, biasanya jenazah disemayamkan selama satu malam di Chase Vault, di dalam peti yang nantinya akan dikuburkan. Yang cukup menyeramkan, peti-peti tersebut sangat sering berpindah posisi dari tempat sebelumnya. 
18. Joelma Building (Brazil)
Berlokasi di São Paulo, bangunan ini diduga dihantui oleh korban kebakaran yang terjadi pada tanggal 1 Februari 1974, setelah unit AC di lantai dua belas mengalami kerusakan dan menyebabkan percikan api. Bangunan ini terkenal dengan "Misteri Tigabelas Jiwa", jumlah orang yang meninggal dalam lift ketika mereka mencoba melarikan diri api. Ketigabelas hantu tersebut diduga terus menghantui bangunan Joelma hingga saat ini.
17. Museum Tuol Sleng Genocide (Kamboja)
Tempat ini dulunya dijadikan sebagai sebuah penjara dan lokasi pembantaian ribuan tahanan selama Perang Saudara Kamboja pada akhir 70-an. Setelah perang usai, lokasi ini dijadikan sebagai monumen dan museum untuk mengingatkan akibat buruk perang pada masyarakat global. Konon, di malam hari sering terdengar teriakan-teriakan dan tangisan arwah para tahanan yang mengalami siksaan. Bisa dibayangkan, betapa menyeramkannya tempat ini karena di dalamnya terdapat ribuan jiwa yang meninggal dengan tidak tenang.
16. Hotel Yun Shan Fan Dian (Cina)
Sebuah hotel yang konon sangat menyeramkan karena tempat ini juga menjadi tempat tinggal para arwah penasaran yang sering menampakkan diri. Sosok hantu yang paling terkenal adalah seorang pria dalam pakaian Barat dan seorang wanita dalam pakaian kekaisaran Cina kuno, yang selalu menampakkan diri di ujung koridor lantai delapan. Terkadang, ada pula penampakan beberapa hantu sekaligus mengenakan pakaian Cina kuno, yang sering membuat pengunjung merasa ketakutan.
15. Rumah Sakit Barranquilla (Kolombia)
Sebuah Rumah Sakit Umum di mana hantu seorang biarawati yang bekerja di sana selama tahun 50-an dikabarkan sering menampakkan diri. Hantu tersebut telah sering terlihat berjalan-jalan di bagian kandungan, tempat di mana bayi-bayi kecil tidur setelah mereka dilahirkan, sebelum dibawa pulang ke rumah.
14. Chateau de Versailles (Perancis)
Rumah mewah ini dulunya adalah tempat tinggal keluarga kerajaan Perancis antara tahun 1682 hingga 1789. Beberapa turis dan karyawan telah melaporkan melihat hantu berwujud manusia dalam pakaian abad ke-18. Ada laporan dari berbagai penampakan tanpa kepala dari Ratu Marie Antoinette (yang meninggal karena dihukum penggal) sering terlihat dalam waktu-waktu tertentu. Walaupun sangat indah, tempat ini memiliki kesan mistis yang bisa membuat merinding.
13. Wurzburg (Jerman)
Ada sosok hantu biarawati yang sering terlihat berjalan melalui lorong-lorong Praemonstratenser Abbey. Hantu itu dikabarkan adalah arwah penasaran Maria Renata Von Mossau. Dia dituduh mencampur racun ke dalam makanan semua orang untuk mempraktekkan suatu ritual sihir atau guna-guna. Biarawati itu akhirnya dieksekusi hanya tiga hari setelah vonis di pengadilan. Dia dipenggal, kemudian dibakar dan abunya disebar. Sampai hari ini, ada laporan bahwa arwah penasaran tersebut berjalan menyusuri lorong-lorong sambil memegang serangkai mawar. Sepanjang perjalanan, ia menebarkan kelopak bunga mawar. Jika di pagi hari ada yang melihat kelopak dan mahkota bunga mawar yang bertebaran, bisa jadi hantu Maria Renata muncul di malam sebelumnya.
12. Jalan Tol Tuen Mun (Hong Kong)
Sebuah tol di Hong Kong yang telah mencatat angka kecelakaan lalu lintas yang sangat tinggi sejak tahun 1978. Banyak yang bercerita bahwa tingginya angka kecelakaan disebabkan karena hantu yang tiba-tiba muncul di depan mobil, yang membuat para pengemudi harus berbelok secara tiba-tiba untuk menghindari menabrak sosok tersebut.
11. Lawang Sewu (Indonesia)
Kata Lawang Sewu berarti 'seribu pintu' dalam bahasa Jawa. Tempat ini adalah sebuah bangunan yang dibangun pada masa penjajahan Belanda yang terletak di Semarang, di Jawa Tengah. Bangunan memperoleh namanya karena memiliki banyak pintu dan jendela tinggi yang terlihat seperti pintu. Banyak penampakan hantu telah dilaporkan di tempat ini, termasuk hantu seorang wanita Belanda serta hantu tanpa kepala. Beberapa pihak bahkan mengklaim telah berhasil mengabadikan sosok hantu di tempat ini dengan merekamnya menggunakan kamera.
10. Leap Castle (Irlandia)
Sebuah kastil kuno yang berfungsi sebagai istana sebuah keluarga di abad pertengahan. Banyak orang dipenjara dan dieksekusi di istana ini, membuat tempat ini konon menjadi hunian bagi beberapa hantu yang mati penasaran.
9. Sumur Okiku (Jepang)
Terletak di dalam Istana Himeji, tempat ini sering dikatakan dihantui oleh hantu bernama Okiku. Dia sering keluar dari sumur di malam hari dan menghitung dari satu sampai sembilan, kemudian menjerit-jerit memilukan sebelum akhirnya masuk lagi ke dalam sumur. Detail mengenai Okiku dan hantu Jepang lainnya bisa anda baca dalam artikel "10 Hantu Jepang Paling Menyeramkan" yang kami tulis beberapa waktu yang lalu.
8. Kemayan City Mall (Malaysia)
Kemayan City adalah sebuah pusat perbelanjaan yang belum selesai dibangun di daerah Johor Bahru karena adanya krisis ekonomi tahun 1995.Mall ini seharusnya menjadi pusat perbelanjaan terbesar di Johor, namun karena ditinggalkan selama bertahun-tahun, tempat ini digambarkan menjadi sebuah "kerajaan" bagi para makhluk supernatural. Di malam hari, dikabarkan sosok seperti bayangan hitam, wujud hantu berbentuk manusia, hingga berbagai suara misterius sering terdengar dari lokasi ini.
7. Agua Caliente Casino and Hotel (Meksiko)
Bekas kasino yang sekarang dipakai sebagai SMA ini diduga dihantui oleh seorang penyanyi wanita yang meracuni kekasihnya karena berusaha mencuri uang sang kekasih. Menurut legenda, lelaki tersebut berusaha mengejar sang penyanyi dalam upaya untuk mendapatkan obat penawar. Sang penyanyi menolak untuk memberinya obat penawar tersebut. Merasa marah, lelaki itu pun menembak sang penyanyi hingga tewas. Konon, hantu penyanyi inilah yang sering menampakkan diri di malam hari.
6. Mount Everest (Nepal)
Puncak gunung tertinggi di dunia ini juga dipenuhi oleh berbagai fenomena misterius. Sosok penampakan paling terkenal adalah hantu pendaki gunung Andrew Irvine, yang meninggal dalam usahanya untuk mencapai puncak pada tahun 1924. Roh-nya dikatakan sering mengunjungi tenda para pendaki lain. Bukannya mencelakai para pendaki, hantu Andrew Irvine konon justru sering memberikan semangat pada para pendaki yang berusaha mencapai puncak.
5. Manila Film Center (Filipina)
Tempat ini adalah mengalami kecelakaan dalam proses pembangunan di awal tahun 80-an. Ketika para pekerja sedang berusaha membangun fondasi tempat ini, bagian penyangga bangunan runtuh dan menewaskan beberapa pekerja. Alih-alih menghentikan pembangunan untuk menyelamatkan korban dan mengambil mayat pekerja yang tewas, Imelda Marcos, Ibu Negara Filipina saat itu sekaligus pemodal utama dari proyek ini justru memerintahkan untuk menutup reruntuhan tersebut dengan semen. Konon, beberapa dari pekerja tersebut ada yang masih hidup ketika tempat tersebut ditimbun semen. Berbagai penampakan hantu dilaporkan terlihat di tempat ini, ditemani dengan berbagai suara yang membuat menyeramkan di malam hari.
4. Quinta da Juncosa (Portugal)
Tempat ini konon dihantui oleh Baron of Lages dan keluarganya. Mencurigai bahwa istrinya tidak setia kepadanya, sang Baron dilaporkan mengikatnya ke salah satu kaki kudanya dan menyeretnya hingga meninggal dunia. Setelah menemukan bahwa sang istri ternyata tidak bersalah, ia pun merasa bersalah, kemudian memutuskan untuk membunuh anak-anaknya sebelum akhirnya bunuh diri. Warga sekitar telah melaporkan sering melihat hantu sang Baron beberapa kali dalam waktu-waktu tertentu.
3. Bran Castle (Rumania)
Sebuah kastil tua di Rumania yang konon merupakan tempat tinggal seorang Drakula, manusia yang hidup abadi dan mengonsumsi darah manusia untuk menjaga kelangsungan hidupnya. Tempat yang dijadikan objek wisata ini konon sering menunjukkan tanda-tanda misterius, seperti penampakan hantu dan suara-suara aneh yang terdengar di malam hari.
2. Old Changi Hospital (Singapura)
Tempat ini dulunya adalah sebuah rumah sakit militer di Singapura sebelum ditutup beberapa tahun yang lalu. Old Changi Hospital sering dianggap sebagai rumah sakit paling berhantu di Asia. Kamar mayat rumah sakit ini adalah bagian paling angker, di mana penampakan hantu tanpa kepala dan hantu tanpa kaki sering terlihat. Pada tahun 2006, ada rencana untuk mengubah rumah sakit ini menjadi-resor spa. Rencana itu dibatalkan karena tidak ada perusahaan yang berani untuk melaksanakan proyek ini, karena di dalamnya terdapat banyak cerita-cerita mistis nan menyeramkan.
1. Aokigahara (Jepang)
Terletak di lerang Gunung Fuji, hutan ini dikenal sebagai tempat bunuh diri terbesar di Jepang. Ratusan orang telah pergi ke hutan ini untuk bunuh diri di tengah-tengah pohon-pohon lebat dan tanaman merambat. Saking banyaknya yang mengakhiri hidupnya di hutan ini, pemerintah tidak lagi mempublikasikan jumlah mayat yang ditemukan tiap tahunnya, karena takut bahwa angka-angka tersebut akan mendorong masyarakat untuk melakukan bunuh diri. Namun menurut sumber setempat, pada tahun 2004 saja, ada 108 orang melakukan bunuh diri di sana. Saking mengkhawatirkannya fenomena ini, di sekeliling hutan banyak dipasang papan peringatan mencoba membuat para korban berpikir-ulang, seperti  "Hidup Anda adalah karunia yang berharga".
Menurut salah satu legenda selama masa kelaparan di Jepang kuno, banyak orang tua, penderita penyakit, dan anak kecil yang ditinggalkan di tempat ini, karena keluarganya sudah tidak mampu memberi mereka makan. Orang-orang yang ditinggalkan ini pada akhirnya akan meninggal karena kelaparan. Hantu-hantu arwah yang meninggal karena bunuh diri dan ditinggalkan oleh keluarganya sangat sering menampakkan diri di Aokigahara, membuat lokasi ini menjadi salah satu tempat paling angker di dunia.