-->

Sunday, June 14, 2015

Grave Encounters (2011 & 2012)



Grave Encounters mempunyai DUA SIRI di mana Grave Encounters 1 diterbitkan pada tahun 2011 dan Grave Encounters 2 diterbitkan pada tahun 2012.

Grave Encounters 1 adalah filem yang mengisahkan tentang sekumpulan crew paranormal realiti TV yang cuba mencari dan membuktikan tentang aktiviti paranormal di sebuah hospital sakit jiwa lama. Mereka berjaya merakam banyak aktiviti-aktiviti paranormal yang sangat menakutkan, namun kesemua mereka tidak berjaya untuk keluar dari tempat itu.

Grave Encounters 2 pula menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang berminat dengan penemuan footage yang dirakamkan semasa dalam filem Grave Encounters 1 dan mereka bertindak untuk pergi ke hospital lama tersebut untuk melihat sendiri kewujudan paranomal tersebut. Mereka telah menemui pengacara crew rancangan realiti TV yang sebelum ini (dalam Grave Encounters 1) dan dia kelihatan telah menjadi agak gila. Cerita ini berakhir apabila kesemua ahli yang pergi ke sana meninggal kecuali ketua kumpulan pelajar tadi selamat keluar daripada hospital tersebut.

Saksikan sendiri...



1 comment: