-->

Tuesday, June 16, 2015

Latihan Drama Bertukar Menjadi Pengalaman Seram di Blok 3A, Putra [PART 2]






Sambungan dari PART 1 (KLIK DI SINI)

Lepas apa yang jadi dengan Azaura tu. Kitorg ingat kes dah selesai. Tapi makin menjadi-jadi. Hari isnin kalau tak silap aku. Kejadian hari ahad rasanya.

Lepas dah selesai perhimpunan bagai. Kitorg semua masuk kelas nak study. Aku bukan study pun sebab duduk belakang dan cikgu pun syok sendiri kan dengan papan putih dan buku teks.

Tiba2 ada sorg budak dari kelas sebelah berlari mendapatkan cikgu kelas kitorg. Muka budak sangat la pucat dan dia ketakutan. Kebetulan cikgu yang mengajar kami ialah ustazah. So mungkin dapat membantu sedikit.

Kitorg dibiarkan dalam kelas dan memang meriah la kelas cikgu takde. Tapi aku rasa pelik sedikit tapi diam je la. Tak sangka ada gak kes histeria kat dalam sekolah tu. Tapi aku buat tak peduli je la.

Time rehat aku terjumpa Mok dan kitorg pun lepak sama2. Tiba2 Mok cakap something yang mengejutkan aku, "Wei, ko tahu Fatin kena histeria tadi?".

"Eh! Biar betul. Tadi kecoh kat kelas sebelah pasal Fatin la? Apahal dengan dia ha?", aku tak terkejut dengan apa yang terjadi dengan Fatin tapi terkejut sebab kelas kitorg sebelah menyebelah je tapi aku tak perasan langsung.

Mok cerita semua kat aku. Tapi dia cerita macam *****. Aku tak paham sangat. Sampai la Fatin, Ella, Nabila dan lain2 datang kat kitorg. Aku tengok Fatin diam je dan mata dia masih berair. Aku ingin bertanya apa yang dah jadi tapi Ella suruh tunggu sampai Fatin okay.

Petang itu aku mendapat mesej dari Ella menyuruh aku dan yang terlibat berkumpul di rumah Fatin. Aku malas betul nak datang tapi sebab dorg datang rumah aku macam aku tuan putera je. Hehehe.

Last2 aku ikut je dorg. Sampai je aku tengok dah ramai kat situ. Dah macam ada majlis je pun. Aku gelak je sebab rasa dah macam apa je dorg ni. Still pk positif ni. Hehehe.

Akhirnya aku dapat tanya gak Fatin apa yang jadi, "Wei ko kenapa pagi tadi? Apa yang kau nampak ha?". Suasana yang riuh tadi terus jadi sunyi dan semua mata memandang Fatin untuk menunggu cerita dari mulut dia sendiri.

"Entah la. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Time tengah belajar tadi. Tiba2 aku rasa macam tertarik sangat nak tengok dekat tingkap luar. Korg bayang apa yang aku nampak time tu. Aku nampak perempuan tengah mengandung jalan je tepi tingkap tu. Then dia terus pandang aku. Sumpah muka dia sebijik macam mak cik yang kita nampak time tingkat 14 tu." cerita Fatin.

"La, mana tahu ko nampak ada mak cik tengah cari anak dia ke. Khayalan kau je ni" soal aku untuk menyedapkan hati kitorg semua. Tapi jadi lebih teruk sebab Fatin menambah lagi cerita yg sangat kurang enak.

"Kepala otak kau! Tempat tingkap belah kiri mana ada apa2. Celah mana ada laluan jalan kaki plak. Lain la orang tu boleh terbang sebab perempuan tu memang tengah terbang!", terang Fatin. Kami semua terus merasa takut dan lain macam tapi tetap mahu mengetahui lebih lanjut tentang apa yang jadi. Fatin menyambung lagi, " Aku ingat lepas dia terbang tepi tu. Dia terus blah. Tapi dia boleh duduk tepi cikgu. Aku ingat semua orang nampak tapi semua buat ***** je. Perempuan dah pandang dan senyum kat aku. Sumpah aku takut wei. Dah nangis time tu. Tapi aku tengok semua macam tak peduli. Tapi Ct perasan aku time tu dan tegur aku. Terus aku cerita apa aku nampak. Aku ingat benda tu nak blah lepas aku dah bagi tahu Ct. Tapi dia boleh datang betul2 depan aku. Aku dah tak boleh tahan lagi aku menangis je la. Selamat dia tak rasuk aku."

Kami semua terdiam dan tak tahu nak cakap apa2 sampai la Ella tiba2 mencuit aku. Dan menunjuk ke arah Azaura. Dia terkena lagi benda sama. Senyum nangis. Aku pun cakap kepada Fatin dan menyuruh dia menenangkan Azaura. Mungkin salah kitorg jugak pergi bukak cerita di tempat kitorg kena. Sapa kata penjenayah takkan kembali ke tempat kejadian. Hehehe. Fatin sedaya upaya menenangkan Azaura tapi tidak berjaya. Malah dia memandang tajam ke arah kami semua. Sampai part aku je pandang aku paling lama. Mungkin sebab aku ni comel sangat kot. Malu tau time dia pandang macam tu. Tersipu2 aku time tu.

Bersambung.

KLIK DI SINI UNTUK BACA SAMBUNGAN PART 3 

1 comment: