-->

Friday, June 19, 2015

Makhluk Tak Diundang Muncul Di Pintu Bilik Air



ni nak cerita kejadian yang berlaku pada aku masa muda2 remaja dulu .Tak salah aku masa aku tingkatan 3

Malam tu aku tido macam biasa kat bilik aku kat bawah...Oleh kerana rumah aku ni dulu ada 2 je jadi Mak Ayah aku tido satu bilik..adik2 aku tido dalam satu bilik lagi..Oleh kerana aku yang paling tua aku kene tido bawah..Katil bujang aku kira berhadapan dengan bilik air..

Lepas pukul 12.30 semua orang masuk tidur..Termasuklah aku..Suasana yang terang tadi bertukar gelap selepas lampu semua dipadamkan..cuma ada lampu rumah belakang je yang mencuri2 masuk melalui tingkap dapur..Aku bersiap sedia nak tido...bila mata aku tertangkap ada sesuatu macam tengah pandang aku (bulu roma meremang dah...) Dalam cahaya yang skit2 tu aku terperasan macam sesuatu berbungkus macam pocong tengah berdiri tegak depan pintu bilik air.Aku perati lama-lama..memang sebijik macam pocong..kat bahagian atas dengan bawah nampak macam bungkusan kain kapan yang diikat..Ni mata aku salah nampak kot..mungkin sebab cahaya lampu rumah belakang yang terbias ke pintu bilik air membuatkan keluar imej yang aku nampak sekarang ni..aku nyedapkan hati..Aku cuba untuk memandang tempat lain..Tekup muka aku dengan bantal untuk mata aku terus tengok menda alah tu..Dalam aku tekup muka aku dengan bantal tu baru akau teringat..ape pulak cahaya terbias ke pintu..?Tadi aku keluar bilik air aku mana tutup pintu bilik air..Hati aku dah tak keruan..slow aku alih bantal..Bende tu masih ada kat situ!! Isk...Takpe..mungkin fenomena cahaya lampu terbias boleh buat imej tu..so..aku tunggu sampai jiran belakang aku tutup lampu dapur dia...Tak lama lepas tu..pop..gelap..jiran belakang rumah aku tutp lampu dapur rumah dia..Masaalahnya bende tu masih ada kat situ!!! Yang best tu siap terloncat2 depan bilik air...Macam suka pulak jiran belakang rumah aku padam lampu..Aku pulak yang nyesal berharap sangat jiran belakang rumah aku padam lampu..Hambiuk..padan muka aku...

Aku perati lama-lama lembaga putih berbungkus tu meloncat2 depan bilik air..Hati aku bertambah tak tenteram bila lembaga putih tu meloncat sikit2 menuju ke arah aku...Aku jadi gelabah..Aku nak bangun lari tapi anggota aku macam keras..Aku tak boleh bergerak...Aku cuba membaca ayat kursi..Tapi bila sampai ke ayat last aku boleh terlupa!!!Begitu juga bila aku cuba baca ayat 3 Qul..Sampai ke surah Al -Alaq.. aku boleh lupa!!!Macam mana boleh aku lupa? Lembaga berbungkus tu meloncat sedikit demi sedikit menghampiri aku yang lemas terbaring atas katil tak boleh bergerak dan fikiran macam lumpuh..cuma mata aku yang bulat tengok lembaga tu sambil mulut terkumat-kamit baca surah yang dah cacamarba..Abih tiba-tiba je ayat yang aku baca satu2 aku lupa..Maknanya bertambah pendek..Last-last aku ambik keputusan nak azan sekuat hati..Aku menarik nafas untuk melaungkan azan..Bila aku nak azan suara aku tak terkeluar!!...macam tersekat kat halkum..Aku cuma boleh azan sekuat hati je dalam hati..Aku sedar lembaga ni yang buat aku camni..Aku teringat kata2 orang yang pernah diganggu oleh hantu@syaitan ni adakalanya suara memang jammed tak leh kuar..Cuma mulut je terkumat-kamit..Sekarang benda ni sedang terjadi pada aku!!! Aku cuma boleh azan dalam hati..Keadaan aku sekarang tengah terbaring dalam bentuk mengiring keras tak boleh bergerak-gerak..Mata aku macam tak boleh lepas tengok lembaga berbungkus tu dan mulut aku terkumat-kamit azan..Tak boleh nak keluar suara...

Lembaga berbungkus tu meloncat-loncat semakin dekat dengan aku..Makin lama makin jelas kelihatan bentuknya..SAH!!! POCONG!!! cuma muka dia masih aku tak nampak..(Mintak-mintak tak nampak!!)Aku cuba meronta-ronta nak bangun tapi badan aku macam paralyzed..Tak boleh bangun..perasaan aku masa tu...Hanya ALLAH je yang tau betapa takutnya aku..Masa lembaga berbungkus tu jarak hampir 2 depa dengan tepi katil aku tiba-tiba ada cahaya lampu yang terang..Rupanya ada kereta lalu...Terang seketika dan tiba-tiba mulut aku boleh bersuara..Apa lagi aku melaungkan azan sekuat hati aku....lepas habis azan aku rasa tubuh aku pulih seperti sediakala dan aku melompat dari atas katil terus lari naik ke ataas..Aku terus masuk bilik adik2 aku..terus tido dengan dorang..Aku duduk bersila atas lantai..Baju aku kuyup bermandi peluh...Huh..nasib baik...Besoknya aku cerita kat family aku..Mak aku nampak muka risau tapi ayah aku buat deek je..lepas tu sound aku jangan cerita lebih2..takut adik2 aku pulak yang takut nanti..Aku terkesima....

Habis...

2 comments:

  1. Situs POKER paling menarik....
    Apalagi kalau bukan http://www.kebunpoker.info/?ref=kebun555
    Dengan didukung server terbaik...
    Sehingga permainan selalu lancar
    Paling rame, Paling fair, NO ROBOT, Murni Player vs Player
    Disinilah tempat berkumpulnya Master-Master Poker
    Deposit minimum Rp. 15.000
    Support Bank BCA, MANDIRI, BNI, BRI, DANAMON
    Salam kebunpoker

    ReplyDelete
  2. Kenapa Mesti Mendaftar Di V9Poker ?
    karna di V9Poker sedang ada Bonus SUPER GILA!
    -Bonus Deposit New Member 150,000
    -Bonus Next Deposit 10%
    -Bonus Turnover harian 300,000
    Dan yang tak ketinggalan V9Poker menerima deposit via pulsa loh!

    pokerv99
    deposit via Go-Pay
    deposit via pulsa
    judi uang asli indonesia
    bonus turnover terbesar
    situs judi online terpercaya
    uang asli indonesia
    uang asli indonesia
    bonus referral terbesar
    poker depo pulsa
    capsa depo pulsa
    ceme depo pulsa
    domino depo pulsa
    deposit via telkomsel
    deposit via xl

    ReplyDelete