-->

Friday, June 19, 2015

Pelajar Perempuan Histeria



Masa tu aku duduk kat hostel asrama..Baru tak sampai sebulan masuk kecoh asrama perempuan kena kacau dengan hantu..Aku risau gak sebab adik aku duduk asrama perempuan..Kemuncaknya..satu malam tu lepas seminggu pecah cerita budak perempuan kena kacau..kitorang berkumpul beramai kat tempat berkumpul melihat segala jenis anak patung budak2 perempuan semua kena bakar..Termasuk teddy bear kesayangan adik aku..huhuhuhu padan muka..

Selepas 5 bulan cerita ni acam dah sejuk..Ramai dah lupa termasuk aku hinggalah aku kenal sorang mamat ni..Aku sembang-sembang dengan dia..Dari cerita sejarah hidup masing-masing sampai le die cerita dia habis sekolah tak macam budak-budak lain yang sambung belajar ke keje ke..Dia ni menuntut ilmu..(kisah dia menuntut ni akan diceritakan jika ada member nak dengar)

Terus aku tanya dia pasal kes yang berlaku masa mula-mula bukak sem dulu..Masa nih..budak-budak lain pun ada yang dah join dengar cerita..Kalau kau nak tau cerita aku kena keluar dulu malam ni..Besok pagi aku cerita..Aku nak tengok dulu..Orang dah minta baru aku boleh buat keje..hi...(sambil tersenyum)Kitorang lepas tu masuk tido..Termasuk dia ni..Aku fikir dalam hati..kata nak siasat..tapi ko tido pulak..biorlah..tau2 lah apa dia nak buat..

Besoknya sebab dah terlewat skit terus semua lupa cerita semlam..kelam kabut nak masuk kelas..Kitorang jumpa balik pun petang lepas abis kelas..Aku tengok muka dia terus aku teringat..Aku terus tanya dia..Apa cerit brader?Oh..dia jawab sambil tersenyum (mamat ni selalu tersenyum lebar sampai nampak gigi) Aku dah jumpa...Masa ni aku berdua je yang lepak dengan member aku nih..Kes ni sebab dendam la..dendam orang mati..tapi dia sebenarnya tak niat nak kacau orang..cuma dah tu laluan dia..Ko tau tak weh siapa yang kena masa kes hari tu? Budak kelas kau la..Dia pandang aku tersenyum..Haaa...Aku mencongak-congak siapa budak perempuan kelas aku ek..Semua ceria je...Aku tanya dia siapa? Man membisikkan dua nama kat aku..Aku terkejut..isk..iye ke..mana ko tau man?Man hanya tersenyum..Aku terpinga-pinga..Aku tak puas hati..esok aku nak tanya budak perempuan tu..Tapi Man dah ingatkan aku..pertanyaan aku esok boleh mendatangkan huru-hara nanti..Tapi kalau akutak tanya macammana aku nak tau apa yang man cerita tu betul ke tak?Aku kena memikirkan cara nak sahkan apa yang man bagitau aku petang tadi...

Besoknya masa aku masuk kelas aku terus jumpa budak yang man cakap petang semalam..niat aku cuma nak sahkan cerita..Da..petang karang ko free tak da..Kau ada buat ape-ape tak? dengan gaya lagak kasanova aku tanya dia..Takde? nape? dia tanya aku..Aku ingat nak ajak ko keluar..nak? Dia senyum.. Nak!! nak aje..mentang-mentanglah aku hensem..huhuhuhu..

Dipendekkan cerita petang tu lepas abis kelas kitorang jumpa kat kfc kat bandar..Dia bawak member dia dua orang lak tu!! adu...rabak poket aku..Tapi takpe sebab nak tau cerita sebenar aku relakan aje..(terima kasih atas pinjaman rm50.00 dari kawan baik aku yang follow masa tu)
Sembang punya sembang last2 aku bukak cerita..Terus aku bukak cerita pasal kekecohan kat asrama perempuan terus ke ke topik utama aku sape yang kena kacau masa kes tu..Terus muka budak perempuan bertiga tu berubah kecut!! haaa dah kena..Budak perempuan kelas aku tu Ida dengan siti trus nangis!!! Semua kat KFC tu tengok aku..malu wooo..Mmeber dia lagi sorang terus marah aku..Apa ni shah!! Eh mana aku tau..Nape dorang nangis?Dorang bertiga berpandangan sesama sendiri..macam dah masuk perangkap..Aku pandang member aku Mat yang follow aku..Heh.. dah kena..
Dalam tersedu sedan tu..Ida dengan Siti ngaku..dorang berdua la yang budak 2 orang yang kena kacau dengan "benda" tu.. ceritanya camni...

Masa tu lepas maghrib...kitorang berdua tak sihat..Jadi tak dapat join program orientasi kat surau..Masa tu Ida tido kat katil yang tak jauh dari katil siti..Sebab kitorang ni tak masuk kelas lagi masing-masing tak kenal sebab baru jumpa..Masa tu Ida jalan nak menuju ke tandas..Masa sampai katil Siti Ida tegur dia.Kitorang sesama duduk kat katil Siti bila kitorang dengar bunyi gelang kaki berbunyi..Dari pintu bilik hujung..KItorang tengok kat hujung bilik..Takda orang..Pintu pun siap bertutup..Tapi bunyi gelang tu makn lama makin dekat.kriiiing... kring....Bila dah dekat kitorang nampak perempuan berbaju putih melintas depan katil tempat kitorang duduk..Lepas tu kitorang tak sedar apa-apa..

Sedar-sedar..Ida bangun masa muka macam kena sapu air..Bukak-bukak mata sorang pakcik tengah usap muka Ida dengan air...Pakcik tu tanya kenapa Ida menjerit-jerit dengan Siti tadi..Ida pandang Siti yang belum bangun..Kemudian mata Ida terpandang kat perempuan yang dia jumpa tadi tengah mencangkung atas almari belakang ustad tadi..Apa lagi dia terus menjerit takut..Ustad mengarahkan kedua-dua budak tadi dipindah ke blok lain kerana "benda" itu masih ada di situ...

Ingatkan lepas Ida dengan Siti pindah "benda" tu tak ikut..Rupanya masa Ida perhati keliling "perempuan" tu duk mencangkung atas locker kat bilik tu pulak...Sekali lagi dia jerit...Kali ni Siti yang dah bangun pun sama-sama jerit..Siti yang baru nampak "perempuan" tu menunjukkan atas locker menunjukkan dia pun nampak..Pergi!!! pegi!!! jangan kacau aku...!!! sambil meracau histeria...Ustad jerit..kenapa kau kacau murid aku!!!Apa yang kau nak hah!! Ustad ni jerit sambil memandang kosong ke atas locker..mungkin dia nampak..mungkin dia tak nampak..
Tiba-tiba Siti bersuara sambil ketawa...hihihihi.... tempat anak buah kau kotor...Kawan aku yang lagi teruk dari aku semua dah kesana!! Aku tak kacau..cuma nak nasihat...hihihihi.....Siti yang mungkin dah dirasuk ketawa..Habis apa yang kau nak kami buat!! tanya ustad tu..Bersihkan lah..makanan aku dan kawan-kawan aku pun banyak kat tandas..Kalau kau nak aku tak ganggu mereka... bersihkan!!! hahahahahaha....Siti mengilai lagi...Masa ni..Ida hanya nampak "perempuan" tu..mencangkung je atas almari..Mungkin "perempuan" tu gunakan Siti untuk bersuara..Ustad itu berkata..Aku akan suruh mereka semua bersihkan!! tapi kau jangan kacau nak murid aku lagi!!..Sekarang!! suara siti mengilai..

Terus ada operasi kat blok asrama perempuan tu..Memnag betul..Pad dorang yang tak bercuci terus dibuang ke tong sampah bilik air..Padan laa..sampai semua patung-patung teddy bear ke semua kena bakar malm tu...termasuk teddy bear adik aku yang aku cerita mula-mula tadi)

Lepas settle sorang MPP perempuan bagitau kat ustad..Semua dah bersih..Hah!! dah bersih..Apa lagi yang kau nak? Iye...?Aku nak tengok..Siti bersuara..Masa ni Ida tengok "perempuan yang duk mencangkung atas locker hilang..Siti terus pengsan...Tak lama lepas tu Ida terkejut bila "perempuan" tu muncul balik sambil tersenyum...Macam tulah..Siti dalam pengsan bersuara..Tak lama kemudian terus berdengkur..Ida pun tak lama lepas tu tido kepenatan....Besoknya Siti dan Ida gagahkan diri bangun join sembahyang Subuh berjemaah..Lepas tu sorang pun budak perempuan berani lepak kat bilik walaupun berdua..Mesti ramai2

Itu cerita yang Ida dengan Siti bagitau kat aku dengan Mat..Hu.... suspen...Dorang berdua mintak tolong sangat-sangat kat aku jangan aku kecohkan benda ni..Sebab di kalangan budak perempuan pun tak ramai yang tau...Hanya MPP..Dorang pun dah diberi amaran keras untuk tidak menceritakan siapa yang "kena" masa tu..Aku senyum je dengan Mat..Boleh...Tapi dengan syarat...Korang belanja aku balik KFC..bulat mata dorang!!! Takdelah...gurau je...hihihi aku gelak..

Balik dari jumpa dorang aku dengan Mat kiranya sedikit dah akui kehebatan Man..Tapi dalam kepala aku lain...Ikut yang diceritakan oleh siti dengan Ida kat aku tadi tambah dengan Man cakap.."perempuan" tu cantik...Cuma dengan berpakaian putih dan muka putih pucat lesi..Sape tak takut yetak?..Tapi aku teringin gek jumpa dia...Kena jumpa Man segera!!!

malam tu aku dengan Mat jumpa Man..

Man? betul la man..Budak tu..dorang ngaku kat aku siang tadi..Man hanya senyum...Mat mencelah..Shah nak jumpa "perempuan" tu Man dia cakap kat aku tadi..Aku ngaguk je..boleh ke Man..Man diam..Pastu senyum balik..Masa ni geng-geng bilik aku semua dah join..Hah ko nak jumpa hantu Shah? Gila ko!! Ko dah tau ke sape yang kena kacau dulu tu Shah? Sape? tanya sorang budak bilik aku..Man pandang aku dengan muka berkerut..makna aku jangan bagitau..Tak boleh..Aku dah janji tak bagitau..Alaah..bagitau la Shah..Puas aku pusing last2 dorang kena gak akur dengan janji aku takkan cakap pasal siapa yang kena kacau tu..Aku mengelak tanya kat Man..Camane nak jumpa perempuan tu Man?Bila boleh jumpa dia?Apa kena buat? Macam-macam aku tanya..Man hanya tersenyum..Siapa lagi nak tengok dia? Semua nak tengok termasuklah beberapa budak bilik aku yangtak percaya wujudnya benda2 macam ni..Boleh.. Aku boleh bawak korang tengok dia...

Yes.....

Man setuju nak bawak kitorang semua nak tengok 'perempuan' tu..Kira-kira semua yang nak ikut lebih kurang 15 orang..Ramai...Aku tanya Man..Boleh ke Man? Man hanya tersenyum..Boleh..Begini..Aku bawak korang 2 minggu lagi..Hari selasa malam rabu..Boleh? Adu... lamanya..kenapa tak malam ni? member lain protes..Tak boleh..jawab Man ringkas..Kami kecewa..tapi takpelah..Disebabkan keinginan yang kuat nak tengok aku relakan aje..huhuu..

Seminggu berlalu...Topik ni macam dah sejuk..Bila bukak balik sorang demi sorang tarik diri...Apa da... sampai ada yang mengatakan aku dengan member yang tinggal buat benda tak berfaedah nak tengok perempuan tu..Lantaklaah..bukan aku kacau orang pun..Ada yang mempersoalkan si Man ni sebab dia ni pendiam dan ada yang panggil dia psyco kerana sifat pendiam dia ni...Bila dah minggu kedua last-last dari 15 orang tu tinggal 5 orang je termasuk Man..Hampeh betul dorang ni..Ada yang takut dan ada yang malas nak ambik tau..Sampai la Petang Selasa Man panggil aku dengan member aku beria-ia nak tengok 'perempuan' tu..Kitorang bersembang tepi katil Man untuk mendengar brefing terakhir dari Man sebelum pertemuan Malam tu..

Malam ni kita gerak..Pukul 12 tepat jumpa kat tepi pagar nak pegi padang..OK...kitorang jawab..Sebelum kita pegi malam ni aku nak ingatkan kat korang satu perkara paling penting!!Muka Man series....Lain macam je..fikirku..

Begini..aku hanya tau malam ni dia akan muncul dan akan menuju ke pokok besar belakang hostel perempuan tu..Aku pun tau dia akan lalu kat padang Tapi ada satu masaalah..Terang Man..Apa masaalah dia man? Mat pulak tanya..Masaalahnya aku tak tau dia muncul dari mana..laluan dia yang betul pun aku tak tau..Habis..kita tunggu je lah tepi padang..Apa masaalahnya?

Aku terangkan situasinye ye..Andai kita semua dudk tepi padang mengadap ke pokok besar tu..Tanpa sedar sebenarnya kita tengah duduk kat laluan dia..Kalau dia muncul dari depan kita atau dari pandangan mata kita takpe..Kita nampak..Cuba korang semua fikir kalau dia muncul dari belakang kita..Kita beria tunggu dia pandang ke depan..rupanya dia datang dari belakang...Dengan takde bunyi dia pijak tanah macam manusia biasa apa perasaan korang kalau kita tengah dok syok tunggu..tetiba kita rasa belakang kita macam sejuk je...Perlahan-lahan kita toleh belakang,,Rupanya dia tengah ada kat belakang kita sambil memperhatikan kita..Aku percaya aku takkan lari..Korang yang aku risaukan...Kalau korang lari bermakna dia pikir korang buat salah dan adalah musuh dia..Korang mungkin boleh lari..tapi sampai bila korang nak peristiwa ni mengganggu hidup korang lepas ni?

Kitorang terdiam...Masing-masing dah rasa cuak..Ak pun tak terpikir canmtu..Memang aku rasa bersemangat nak tengok..Mungkin aku boleh memberanikan diri..Tapi kalau dia muncul dari belakang?? huh..tak terfikir aku apa yang akan terjadi..Last2 aku decide aku taknak pegi..Semua pun sama..cuak wooo..

Takpelah Mal..Kau sorang je jumpa dia..Kitorang tunggu ko kat bilik malam ni k..Betul taknak tengok? Tanya Man inginkan kepastian..Betul Man..Aku tak leh fikir kalau bila aku pandang belakang dia tengah tengok aku..Huhuhu....Kalau camtu biar aku sorang je jumpa dia..

Ok Man..Malam karang kitorang overnight..Kitorang tungu ko cite..Ok....Meeting abis...Last2 aku batalkan aje niat aku..Risiko tinggi..Dala ilmu pun takde..main redah je....Takpe..Mlam karang tunggu jelah.Tadi lepas isyak Man tanya lagi..Takpelah Man..pegilah..Man senyum..Dia cakap kalau camtu..aku nak suruh dia jemput aku..Aku diam je..jemput? oklah tu..tapi mengenangkan member semua dah takde yang nak ikut aku pendamkan aje...Malam tu aku lepak dengan member aku yang 3 orang lagi tu...lepas pukul 11.30 lampu semua wajib kena padam...ada yang dah naik katil tido..Member aku sorang sebelum naik katil dia yang di atas katil Man sound aku..Kata nak pegi kul 12.Si Man tido dah ni...nak pegi kul berape..?Dia menyindir..Aku dengan geng2 aku buat deek je..Ye tak ye jugak..Biarlah...Tak lama lepas tu semua dah berdengkur...Tinggal aku,Mat dengan 2 orang member lain lepak-lepak isap rokok...
Kitorang menyembang-nyembang sampailah tiba-tiba kipas kat dalam bilik kitorang perlahan-lahan berhenti berpusing...Kitorang pelik...Kat luar lampu koridor ok je...Nape kat dalam bilik ni takde letrik pulak?Perasaan tertanya-tanya tu berubah menjadi seram bila aku tengok jam kat dorm pukul 12 tengah malam..Serta merta aku teringat perkataan jemput yang Man cakap tadi!! Kitorang duduk rapat2 dalam ketakutan sambil memandang katil Man dari jauh...

Malam yang ditunggu tiba..kipas kat dalam bilik kitorang tiba-tiba tak berfungsi...tapi lampu koridor kat luar menyala....pelik!!..Aku,Mat dengan 2 orang member lain ketakutan bila teringatkan Man kata 'perempuan' tu akan datang menjemput Man..Adu....meremang bulu roma sampai ke tengkuk!! (masa ni baru aku tau meremang bulu roma sampai ke tengkuk..keras je leher ni...huhuhu)Tiba-tiba kami dikejutkan oleh erangan Wan yang tido atas katil Man..Argh......dia mengerang..kami memanjangkan leher melihat apa yang berlaku..Wan sedang mencekik lehernya sendiri!! Kami serba salah..nak tolong ke taknak tolong..sindiran pedas dia tadi masih berbekas...tapi....ah lupakanlah..kawan kan..Kami memberanikan diri menuju ke katil tingkat atas Man iaitu katil Wan yang masih bergelut mencekik dirinya sendiri..Sebelah tangan cekik leher sebelah lagi tangannya macam menghalang...Mat mengejutkan Wan..Wan bangun Wan!! kejut Mat..Tapi tak berkesan..Wan terus-terusan mencekik lehernya sendiri..Last-last aku teringat petua arwah atuk aku..Aku mengoncang ibu jari kaki Wan..Terus Wan bangun...sambil beristighfar....Apasal ko ni Wan? member aku sorang tanya..Astaghfirullah..aku mimpi dicekik perempuan cantik!!..Kami berpandangan sesama sendiri..Wan turun dari katil..Trus join kitorang duduk kat katil aku yang sepelaung dari katil Man..huh...Aku teringat..nape aku tak usya si Man atas katil tadi..takkan aku tak tengok dia..dan aku teringat...nape aku tak nampak dengan jelas dia baring atas katil Man? Aku tanya member-member lain..Dorang pun mengaku ada curi-curi pandang Man tapi tak berapa jelas..Sebang kata macam ada sesuatu yang menyulubungi Man yang membuatkan kami tak berapa nampak..Nak tengok lagi sekali..huhuhuhu tolonglah..

Kami lepak dalam ketakutan kat katil aku...menunggu penuh debar....Dalam pukul 3 lebih camtu..kipas baru berfungsi seperti biasa..Haaah lega...nak jumpa Man..Hah..baik kitorang tido...Besok boleh tanya dia..Tapi oleh kerana terlalu takut..kitorang gabungkan dua katil..tidor lima orang!! bayangkanlah bila sesak2 camtu..sorang pun tak berani tido jauh2..Yang paling hampeh Wan dengan member aku sorang yang kene tido tepi..dorang menghimpit2 ke tengah..Hampeh..Penakut jugak korang nih...Last2 kitorang tertido...

Besoknya kitorang bangun awal...Tido ape..tido-tido ayam je...Azan subuh semua cepat2 bangun..karang bilik sebelah nampak malu lah pulak..5 orang tido sekali...Man bangun..terus ke bilik air..Diam je..muka dia nampak letih...lepas sembahyang subuh..terus kitorang mendapatkan Man kat dewan makan..Kitorang cerita apa yang terjadi malam tadi..Mamat ni senyum (senyum lagi..! macam kerang busuk je pulak aku tengok mamat ni..huhuhu)
Man membuka mulut..Memang dia datang malam tadi kat bilik jemput aku...Man cakap..Aku dah agak dah..aku suara dalam hati..Dia bawak aku keluar jalan..uiks..pegi mana Man? Dia bawak aku tengok kelas lama dia...tempat dia duduk...sekarang aku tau dia duduk mana...dan aku dah berkawan dengan dia..Isk yeke Man? Boleh ke aku kawan dengan dia..tanpa sedar perkataan tu meluncur dari mulut aku...Man pandang aku..Betul? Man tanya..kau berani?...Adu..mengapa persoalan berani ni buat aku rasa betu ke tak perbuatan aku ni? hmm...boleh shah tapi ko kena ada isi skit...tak boleh kosong camni...ko hanya ada penjaga tapi kau takde ilmu...Aku ada penjaga? aku kehairanan..(pasal penjaga ni nanti aku ceritakan..)Boleh?
Boleh Man..aku nak berguru dengan kau...ucapku bersungguh-sungguh..Jangan..Anggap aku ni kawan kau yang menolong je..Jangan anggap aku jadi guru kau..Klau kau berguru dengan aku..dah jadi lain...Ape-apelah Man..asalkan aku boleh ikut kau..

Semenjak Man dah member dengan "perempuan' tu..ada jugak perubahan nyata yang aku dengan member2 sebilik aku nampak..selipar bilik kitorang tak pernah hilang walaupun diletakkan di luar bilik..Kalau hilang kitorang follow macam Man je..Ucap je..Selipar aku hilang..mntak pulangkan..pastu tunggu dalam bilik keluar balik dalam masa berapa mimit..Selipar kitorang dah ada balik...Lepas tu bilik kitorang dah jadi skuad menolong orang...kalau ada kes histeria kat asrama perempuan kitorang kan pegi...Tapi senyap2 tak sampai warden tau...Kitorang temankan Man jelah..Pernah sekali masa budak perempuan histeria kat bilik study ramai2 (termasuk adik perempuan aku) Man ajak kitorang ke dewan sebelah asrama perempuan tu...Dia masuk dalam...kitorang lepak kat luar..Dari luar kitorang dengar angin cukup punya kuat..macam taufan kat dalam tu..Kitorang kat luar pulak sejuk giler..padahal takde angin pun..Lepas dekat setengah jam dia keluar ajak kitorang balik...Masa lalu kat dewan study..semua budak yang kena histeria dah ok...Man bila aku nak start belajar dengan kau ni Man? nanti..aku dengan perempuan tu tengah sibuk sekarang ni halau 'benda'2 lain yang berkeliaran kat sini..Oooh yeke..Pastu Man pandang aku balik...Ari tu ko cakap ko nak kawan dengan 'perempuan' tu kan? Man tersenyum pandang aku..Aku baru teringat...Bersediakah aku.... 

5 comments:

  1. http://www.bursapolitik.com/2017/05/warga-kalbar-akan-ramai-ramai-usir-fpi.html
    http://fukureta.blogspot.com/2017/06/benda-pembawa-keberuntungan-yang-di.html
    http://operaqqgambling.blogspot.com/2017/05/cara-membuat-mendaftar-user-id.html
    http://babehoror.blogspot.com/2017/05/lampu-kamar-mandi-yang-tiba-tiba-mati.html
    http://doctoroperaqq.blogspot.com/2017/05/nutrisi-yang-terkad.html

    Mari Bergabung Dengan Kami "www.OPERAQQ.com"
    Partner Sejati Untuk Permainan Kartu Anda ^^
    Penasaran mau daftar ??? PIN BB : D60ED5D7

    ReplyDelete
  2. Situs POKER paling menarik....
    Apalagi kalau bukan http://www.kebunpoker.info/?ref=kebun555
    Dengan didukung server terbaik...
    Sehingga permainan selalu lancar
    Paling rame, Paling fair, NO ROBOT, Murni Player vs Player
    Disinilah tempat berkumpulnya Master-Master Poker
    Deposit minimum Rp. 15.000
    Support Bank BCA, MANDIRI, BNI, BRI, DANAMON
    Salam kebunpoker

    ReplyDelete
  3. RAIH KEBERUNTUNGANMU HANYA BERSAMA KAMI.
    Register/Pendaftaran :
    Dijamin 100% FAIRPLAY.
    Dijamin Tanpa ROBOT / ADMIN.
    Dijamin Asli PLAYER Vs PLAYER.
    BONUS JACKPOT Sampai Ratusan Juta
    BONUS REFERRAL 20% SEUMUR HIDUP
    BONUS TURNOVER 0,5% SETIAP HARI
    Live Chat 24 Jam
    Depo & Wd Diproses Dengan Cepat Oleh Admin Kami Yang Sudah Terlatih
    Minimal Deposit 15.000 dan Minimal Withdraw 50.000.
    Jika Anda Berminat,Anda Dapat Menghubungi Kami Melalui :
    YM : kebunpoker
    BBM : 2BE3264A

    ReplyDelete
  4. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang Marupakan Agen Judi Online Terpercaya

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ ini Begitu Banyak,diantaranya:
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Deposit Minimal Sangat Terjangkau Yaitu Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana dijamin tidak ada kata lama,hanya memerlukan waktu 1-3 menit.
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20%
    - Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 7 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Ayo Jangan Lama-lama lagi,Segera Daftarkan Sekarang Juga...

    ReplyDelete
  5. Kenapa Mesti Mendaftar Di V9Poker ?
    karna di V9Poker sedang ada Bonus SUPER GILA!
    -Bonus Deposit New Member 150,000
    -Bonus Next Deposit 10%
    -Bonus Turnover harian 300,000
    Dan yang tak ketinggalan V9Poker menerima deposit via pulsa loh!

    pokerv99
    deposit via Go-Pay
    deposit via pulsa
    judi uang asli indonesia
    bonus turnover terbesar
    situs judi online terpercaya
    uang asli indonesia
    uang asli indonesia
    bonus referral terbesar
    poker depo pulsa
    capsa depo pulsa
    ceme depo pulsa
    domino depo pulsa
    deposit via telkomsel
    deposit via xl

    ReplyDelete