-->

Saturday, June 20, 2015

REC (2007, 2009, 2012, 2014)


REC 2007 mengisahkan seorang wartawan dan juga seorang jurukamera (dari sebuah rancangan TV dokumentari)  yang pergi mengikuti pasukan bomba ke satu bangunan apartment kerana dilaporkan ada seorang orang tua yang terperangkap dalam satu rumah dalam bangunan apartment tersebut dan menjerit-jerit di dalam rumah tersebut. Keadaan menjadi semakin cemas apabila orang tua tersebut mengigit seorang polis yang cuba menenangkan dia sehingga luka teruk dan yang paling menyeksakan apabila bangunan tersebut dikunci (sealed) dari luar. Sesiapa sahaja tidak dibenarkan keluar termasuklah si polis yang mengalami cedera teruk tadi. Keadaan menjadi semakin menakutkan apabila mereka mendapati penyakit yang dialami orang tua tadi boleh berjangkit dan menyebabkan seseorang menjadi tidak siuman (seperti dirasuk) dan mengigit manusia lain.

REC 2009 adalah sambungan dari filem REC 2007 yang mengisahkan sebuah pasukan khas dan juga ketua mereka memasuki bangunan tersebut untuk menyelesaikan masalah ini. Selagi masalah itu tidak selesai, mereka tidak dibenarkan keluar. Rahsia Ketua pasukan khas tersebut yang sebenarnya seorang paderi (yang menyamar) akhirnya diketahui oleh mereka apabila ketua mereka berjaya menenangkan seorang pesakit (yang seperti kerasukan) itu dengan cara menyalib dan sebagainya. Ketua tersebut mengetakan ini adalah misi khas untuk menghapuskan syaitan tersebut. Mereka memerlukan darah seorang perempuan yang dikatakan lahir dengan syaitan dalam dirinya. Hanya darah tersebut sahaja mampu dijadikan penawar.

REC 2012 mengisahkan kejadian yang sama berlaku seperti di bangunan apartment itu, tetapi berlaku di sebuah majlis perkahwinan.

REC 2014 pula adalah samungan dari REC 2009 yang mengisahkan ahli pasukan khas lain yang menerima arahan bahawa kes ini sudah selesai dan diarahkan masuk ke dalam bangunan tersebut untuk menyelamatkan seorang perempuan (wartawan tadi), satu-satunya manusia yang terselamat. Namun, apabila mereka tersedar, mereka sedang berada di atas kapal di tengah-tengah lautan. Dikatakan ujian wajib dilakukan ke atas mereka yang pernah masuk ke dalam bangunan tadi bagi memastikan mereka benar-benar bersih dari sebarang virus merbahaya. Tetapi, keadaan menjadi huru hara apabila mereka mendapati ada orang yang sengaja melepaskan seekor monyet (untuk dijadikan eksperimen dalam misi mencari penawar) dan monyet ini mempunyai virus yang sama seperti pesakit dalam bangunan itu.. Virus dari monyet itu tersebar melalui gigitan kepada seorang tukang masak dalam kapal tersebut.




2 comments:

  1. Situs POKER paling menarik....
    Apalagi kalau bukan http://www.kebunpoker.info/?ref=kebun555
    Dengan didukung server terbaik...
    Sehingga permainan selalu lancar
    Paling rame, Paling fair, NO ROBOT, Murni Player vs Player
    Disinilah tempat berkumpulnya Master-Master Poker
    Deposit minimum Rp. 15.000
    Support Bank BCA, MANDIRI, BNI, BRI, DANAMON
    Salam kebunpoker

    ReplyDelete
  2. Kenapa Mesti Mendaftar Di V9Poker ?
    karna di V9Poker sedang ada Bonus SUPER GILA!
    -Bonus Deposit New Member 150,000
    -Bonus Next Deposit 10%
    -Bonus Turnover harian 300,000
    Dan yang tak ketinggalan V9Poker menerima deposit via pulsa loh!

    pokerv99
    deposit via Go-Pay
    deposit via pulsa
    judi uang asli indonesia
    bonus turnover terbesar
    situs judi online terpercaya
    uang asli indonesia
    uang asli indonesia
    bonus referral terbesar
    poker depo pulsa
    capsa depo pulsa
    ceme depo pulsa
    domino depo pulsa
    deposit via telkomsel
    deposit via xl

    ReplyDelete