-->

Saturday, June 13, 2015

World War Z (2013)

 Cerita yang dilakonkan oleh pelakon utama Brad Pitt ini mengisahkan tentang sejenis virus yang menular ke seluruh dunia. Ceritanya bermula apabila Gerry (Brad Pitt) dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah,namun terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Gerry yang dulunya pernah bekerja sebagai penyiasat dari pasukan UN sememangnya berasa sangat musykil dan berasa ingin tahu apabila sebuah motor polis membawa laju (seolah-olah ada malapetaka besar sedang berlaku) dan melanggar 'side mirror' keretanya itu. Musykil dengan kesesakan luar biasa dan kejadian tadi, Gerry keluar dari keretanya kerana ingin memastikan apakah sebenarnya yang sedang berlaku.

Suasana menjadi sangat cemas apabila sebuah trak besar melanggar kesemua kenderaan-kenderaan di atas jalan raya tersebut. Gerry bertindak pantas demi memastikan keluarganya selamat dengan cuba keluar dari kawasan itu. Sepanjang percubaan untuk keluar dari kawasan itu, Gerry dapat melihat seolah-olah ada virus atau penyakit yang menjangkiti manusia yang menyebabkan manusia berkelakuan ganas, laju,kuat,dan mencederakan manusia biasa yang sihat dengan menggigit dan memakan manusia lain.

Gerry akhirnya mendapat panggilan dari seorang ketua yang pernah menjadi ketua dalam pasukan Gerry dahulu. Ketuanya sangat memerlukan khidmat Gerry dalam menyiasat apakah sebenarnya yang terjadi. Gerry dan keluarganya diselamatkan ke sebuah kapal yang bebas dari penyakit tersebut, namun Gerry mesti menyiasat apakah yang berlaku. Pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang proses menyiasat dan mencari penawar penyakit ini.

Cerita ini berakhir dengan menjadikan virus itu sendiri untuk disuntik ke dalam badan manusia biasa (sebagai Camouflage/Penyamaran). Dengan cara tersebut, mereka tidak akan diserang.


2 comments:

  1. - Bonus Deposit
    - Bonus Turn Over Harian 0.5%
    - Bonus Refferal 10% + 10%
    Untuk Informasi Lebih Lanjut Segera Hubungi CS Kami 24 Jam : www,royalqq,poker

    ReplyDelete
  2. Kenapa Mesti Mendaftar Di V9Poker ?
    karna di V9Poker sedang ada Bonus SUPER GILA!
    -Bonus Deposit New Member 150,000
    -Bonus Next Deposit 10%
    -Bonus Turnover harian 300,000
    Dan yang tak ketinggalan V9Poker menerima deposit via pulsa loh!

    pokerv99
    deposit via Go-Pay
    deposit via pulsa
    judi uang asli indonesia
    bonus turnover terbesar
    situs judi online terpercaya
    uang asli indonesia
    uang asli indonesia
    bonus referral terbesar
    poker depo pulsa
    capsa depo pulsa
    ceme depo pulsa
    domino depo pulsa
    deposit via telkomsel
    deposit via xl

    ReplyDelete