-->

Thursday, July 30, 2015

Hati Hati Bila Melawat Orang Meninggal



Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang...please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Saturday, July 25, 2015

Kisah Benar! Ustaz dan Isteri Derhaka



Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Harini Dr Fuh nak kongsikan artikel yang sangat bermanfaat untuk sama-sama kita jadikan pengajaran dan tauladan. In Shaa Allah.
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,” jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh.
MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu ustaz”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa. Wallahualam.

Earth 2.0 – Penemuan eksoplanet Kepler-452b yang hampir sama dengan Bumi


452b_artistconcept_comparisonwithearth
Lakaran artis menggambarkan saiz eksoplanet Kepler-452b, yang mana mempunyai saiz 60% lebih besar daripada Bumi. Credits: NASA/JPL-Caltech/T. Pyle
Ok, ok tajuk ini mungkin ‘menggemparkan’ ramai orang. Sebelum keluar sebarang spekulasi (orang kita ni suka baca tajuk je, isi tak baca!), jom kita hadam dahulu apakah yang telah diumumkan oleh ahli astronomi semalam.
NASA’s Kepler Mission Discovers Bigger, Older Cousin to Earth
Itulah tajuk yang terpampang di laman web NASA, selepas sidang media yang dilakukan lewat pagi tadi , 24 Julai 2015 (waktu Malaysia).
Menurut laporan tersebut, sebuah eksoplanet “bersaiz Bumi” telah ditemui oleh teropong angkasa Kepler. Menarik kali ini ialah,eksoplanet tersebut, yang dikenali dengan nama Kepler-452b, berada di dalam kawasan habitable zone di sekeliling sebuah bintang yang ‘hampir sama macam matahari”.
Habitable zone bermaksud kawasan orbit di kawasan bintang-bintang (termasuk matahari), yang mana suhunya sesuai sehinggalah membolehkan air wujud dalam bentuk cecair di permukaan sesebuah planet/eksoplanet.
Ok stop!!
Apo ko bondo eksoplanet? kan senang sebut planet je?
Eksoplanet (atau exoplanet) ialah istilah yang digunakan untuk membezakan planet yang mengelilingi bintang selain daripada matahari kita. Kalau kita sebut planet, maknanya ia berada di dalam sistem suria kita. Eksoplanet ialah planet di bintang lain di luar sistem suria kita.

Kepler-452b – apa cerita planetnya

Screen Shot 2015-07-24 at 10.53.19 AM
Perbandingan saiz Kepler-452b dan Bumi. Sumber asal.
Baiklah, kita tengok dulu ciri-ciri planet Kepler-452b ini dahulu.
Saiz = Ia mempunyai saiz 60% LEBIH BESAR daripada Bumi. Kiranya macam body dia tu gempal sikit la. Selalunya planet sebegini digelar super-earth.
Orbit = Ia mengelilingi bintangnya dalam jangkawaktu 385 hari. Kiranya dah nak dekat macam Bumi kita ni (365 hari).
Jarak dari bintangnya = Hanya 5% lebih jauh berbanding jarak Bumi ke Matahari.
Jisim dan Komposisi = Belum dapat dipastikan. Ia mungkin jenis berbatu, mungkin ada air, mungkin bergas. Teknologi kini masih belum mampu nak kenalpasti komponen ini.
Nampak gayanya, kalau tengok faktor saiz dan orbitnya pun, dah boleh dikira ‘kembar bumi’ dah!

Kepler-452 – apa cerita bintangnya

Screen Shot 2015-07-24 at 10.53.26 AM
Perbandingan saiz bintang Kepler-452 dan Matahari. Sumber asal.
Baiklah, sekarang kita lihat bintangnya pula.
Bintang yang dikelilingi oleh planet tersebut, dinamakan Kepler-452 merupakan sebuah bintang yang ‘hampir sama’ macam matahari kita.
Umur = Bintang Kepler-452 ialah 6 bilion tahun (berbanding matahari 4.5 bilion tahun)
Suhu = Suhunya lebih kurang sama seperti matahari
Kecerahan = Bintang ini menyinar 20% lebih terang daripada matahari.
Saiz = Bintang ini 10% LEBIH BESAR daripada matahari.
Nampak gayanya, untuk bintang Kepler-452 ini pun lebih kurang sama seperti matahari.
Menarik ni!
Kemudian, sambil menguyah roti canai teh tarik pagi tadi, saya melungsuri timeline twitter ahli-ahli astronomi dan saintis dan mendapat beberapa respon yang agak menarik seperti di bawah:
Ternyata di sini, walaupun penemuan Kepler-452b dianggap sungguh menarik di atas faktor-faktor yang saya nyatakan sebelum ini, masih banyak lagi persoalan yang belum dapat dijawab.
Berdasarkan tulisan Matthey R. Francis, pada tahun lepas, sebuah lagi eksoplanet, Kepler-186f, mempunyai saiz 11% sahaja lebih besar daripada Bumi, dan dia ni pun mengorbit dalam kawasan Habitable Zone . Maknanya, Kepler-186f ni sebenarnya LEBIH SERUPA dengan Bumi berbanding Kepler-452b.
Cuma masalahnya ialah, Kepler-186f ini mengorbit sebuah bintang kerdil merah (bintang tua nak mati dah), dan pada jarak yang sama (malah lebih dekat ) berbanding Utarid dengan matahari!
Maknanya, WALAUPUN Kepler-186f ini serupa macam bumi dari sudut saiz, namun faktor-faktor lain jauh berbeza dan sungguh asing. Ia mungkin tidak mempunyai atmosfera, ia juga mungkin mempunyai pusingan paksi yang sama masanya dengan pusingan orbit mengelilingi bintangnya, lalu meyebabkan separuh permukaannya selama-lamanya mengadap ke arah bintangnya, sementara separuh lagi selama-lama mengalami malam.
Begitu jugalah kes dengan eksoplanet Kepler-452b ni.
Walaupun saiz, jangka waktu orbit sama seperti bumi, dan berada dalam kawasan Habitable Zone, kita masih tidak tahu apakah yang sebenarnya berada di permukaannya.

kepler452b
Grafik menunjukkan eksoplanet-eksoplanet yang telah ditemui sebelum ini, dibandingkan dengan saiz Bumi.

Menurut Francis lagi, disebabkan eksoplanet ini 1.62 kali LEBIH BESAR daripada Bumi, maka ia mungkin jenis berbatu, dan memiliki tarikan graviti lebih kuat. Ini akan memberi kesan terhadap berapa TEBALNYA atmosferanya, serta jenis LAUTAN (jika ada la) yang ada di permukaannya.
Selain itu, Kepler-452b ini juga mungkin jenis planet bergas. Macam adik-beradik Neptune lah, tapi kecik sikit.. adik bongsu. Kalau bergas, maknanya tiada permukaan keras.
Hakikatnya, kita masih belum tahu kesemuanya!

Habitable Zone


Faktor Habitable Zone juga tidak menjamin sesebuah planet atau eksoplanet itu sama seperti Bumi.
Contoh paling jelas ialah planet Zuhrah kita ini. Ia sebenarnya berada dalam kawasan Habitable Zone di sekeliling matahari dan mempunyai sama saiz dan jisim seperti Bumi.
Namun, kalau kita tengok permukaannya pun langsung tak sama seperti Bumi. Ia planet paling panas, suhunya boleh mencairkan plumbum! Gas di udaranya ialah Karbon Dioksida. 100% dilitupi awan dan di sana hujan asid sulfurik!
Nampakkan? Zuhrah dan Bumi SAMA TAPI TAK SERUPA!
Poning den!
Namun, antara banyak-banyak calon, Kepler-452b inilah antara yang paling sesuai untuk dijadikan menantu atas pelbagai faktor yang dah dibincang tadi.

habitzone
Perbandingan saiz dan skala sistem bintang Kepler-452, dibandingkan dengan sistem Kepler-186 dan sistem Matahari kita. Credits: NASA/JPL-CalTech/R. Hurt

Fakta Menarik


Data


Walau apa pun, penemuan Kepler-452b ini merupakan langkah penting dalam misi teropong angkasa Kepler. Saya melihat statistik penemuan Kepler hingga ke hari ini (artikel ini ditulis) dan mendapati banyak faktor menarik.
4696 = Jumlah calon objek yang berpotensi ialah sebuah eksoplanet (belum confirm)
1033 = Bilangan eksoplanet yang dah disahkan wujud
300 = Bilangan eksoplanet yang berada dalam kawasan Habitable Zone
Scatter-gram_22July-Coughlin_RadOPe-THEN&NOW
Taburan data calon-calon eksoplanet sebanyak 4696 buah kesemua, pertambahnan sebanyak 521 sejak pengumuman penemuan terakhir bualn Jan 2015 lepas Credits: NASA/W. Stenzel

Jarak ke Kepler-452b


Jarak eksoplanet Kepler-452b ialah 1400 Tahun Cahaya daripada Bumi.
Jika terbang pada kelajuan kapal angkasa New Horizons (58,536 km sejam), kita akan sampai ke sana dalam masa 32 juta tahun sahaja.
Jem nak balik raya lagi teruk daripada ni! 😉


Kesimpulan.


Misi Kepler merupakan antara kajian terulung di dalam pencarian planet-planet atau eksoplanet di luar sistem suria kita. Walaupun dengan kemamuan teknologi yang terhad, kita masih mampu menemui begitu banyak eksoplanet menggunakan pelbagai kaedah yang kreatif.
Kepler-452b ialah salah satu daripadanya. Ia mungkin tidaklah sekecil seperti Kepler-186f, tetapi disebabkan faktor-faktor lain seperti jarak, saiz dan bintang yang di-orbit-nya, menyebabkan penemuan ini ‘agak menarik’.
Apa yang pasti, kita jangan terus buat andaian bahawa ‘bumi ke-2′ sudah ditemui. Saya khuatir ramai di antara kita ini cepat buat rumusan berdasarkan tajuk-tajuk berita tanpa memahami berita sebenarnya! Masih banyak lagi perkara yang belum pasti mengenai Kepler-452b ini sebelum ia layak digelar demikian.
Jom belajar lagi! Learning is fun!
Hendaklah kamu semua mengusahakan ilmu pengetahuan itu sebelum dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan matinya orang-orang yang memberikan atau mengajarkannya. Seorang itu tidaklah dilahirkan langsung pandai, jadi ilmu pengetahuan itu pastilah harus dengan belajar. ( Ibnu Mas’ud r.a )
Wallahua’lam

11 Pokok yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu




Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.

Malahan mungkin di antara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang digeruni dan menjadi tempat tinggal hantu. Sila baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.

Pokok Ara
Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.

Pokok Kekabu
Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.

Pokok Ciku
Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.

Pokok Saga
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu. Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu.

Pokok Asam Jawa
Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.

Pokok Pisang
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.

Pokok Buluh
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak. Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh. Harus diingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh puntianak.

Pokok Nangka
Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.

Pokok Beringin
Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo), Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.

Pokok Sukun
Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.

Pokok Bacang
Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol. Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.

Apabila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.

Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.

Kisah Benar Daripada Seorang Perogol


Gambar Mangsa Rogol

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu
:
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?


Perogol tu menjawab :

No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim

Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu


Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.


Gambar Rogol

Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara


Kesimpulannya
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam
golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.


Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :


Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya

Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk




Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :

Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Aurat Wanita
Cara Pemakaian Wanita yg dianjurkan dalam Islam

Thursday, July 23, 2015

Kemalangan Di Gerik, Kelantan - Gajah Bersiar-siar Makan Rumput

Jilake, siapa punya kerja ni?’



Gerik : Tiada insiden gajah menyerang lima hingga enam kereta di Jalan Jeli-Gerik seperti yang ‘viral’ di laman sosial hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya khabar angin dan menyebarkan maklumat tidak tepat apatah lagi ketika ramai penduduk dari Kelantan menggunakan laluan itu untuk pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Jurucakap PERHILITAN negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak dimaklumkan berhubung sebarang kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman menyangkal dakwaan mengenai amukan gajah itu.

“Kes kemalangan jalan raya yang disebarkan berlaku pada Aidilfitri kedua disebabkan jalan licin akibat hujan di kawasan berkenaan. Tiada kaitan dengan gajah,” katanya.



*************************************************************
LAGI GAMBAR

gajah naik angin seorang meninggal sebentar tadi. 5 6 biji kereta lg diserang











Kalau ALLAH itu MAHA BAIK, kenapa BUAT NERAKA?



Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum.

14 HARI TINGGAL BERSAMA HANTU




Sumber: Blog

Cite ni adalah kisah benar yang betul-betul berlaku kat aku dalam 2-3 tahun lepas. Bukanlah niat aku nak burukkan sapa-sapa, tapi sekadar pedoman dan iktibar buat kita yang masih hidup di dunia ni. Kisah ni berkisar masa aku belajar kat Kolumpo ari tu.
"Mana ada hantu kat sini?!"
Aku duduk kat satu apartment yang disediakan oleh pihak kolej. Time tu baru masuk, jadi aku takde niat nak menggatal tinggal kat luar. Lagipun duduk kat sini boleh pegi kolej naik bas yang disediakan oleh kolej. Jimat sikit.
Ramai jugak student yang duduk kat sini. Bebudak KUIM pun ada. Pastu bebudak MARA apa tah pun duduk kat sini. Jadi apartment ni dikongsi oleh 3 buah institusi pelajaran. Jadi macam-macam la pe'el bebudak yang kita boleh nengok.
Umah ni kolej aku punya. Jadi kitaorang tak terlibat langsung ngan bayar-bayar sewa ataupun api air. Dia potong straight.
Macam biasa, kalau tempat tinggal student macam ni, mesti ada cerita-cerita hantu yang timbul. Awal-awal aku masuk umah ni pun terus je dengar cerita hantu dari senior serumah. Namun ketika itu aku haram tak percaya ada hantu. Maklumlah bebudak, sekali nengok kain terbang, terus je cakap nampak penanggal. Nak-nak tempat macam ni. Diaorang saling menakutkan antara satu sama lain. Mangli ngan cerita macam ni, jadi aku buat tak pot je.
Krew Baru
Dalam umah aku tu, aku sorang je yang ambik course yang aku ambik tu. Orang lain semua entah hapa course dah diaorang ambik. Start masuk kelas, aku jumpa member baru. Tapi diaorang tak tinggal satu umah ngan aku. Terus je kitaorang jadi kamcing giler. Nak-nak ada satu particular group ni yang sama-sama minat muzik jugak. Aku yang baru nak berjinak ni nampak perkara ni macam satu peluang yang baik. (perkara ni banyak membantu aku dalam karier aku sampai hari ni)
Jadi kitaorang pun membentuk satu pasukan kumpulan gitar rancak. Geng ni terus tak join ngan orang lain dah. Kitaorang je. Sebab orang lain semua sibuk pekena Kolumpo. Maklumlah orang kampung first time masuk bandar.
Kitaorang start jamming. Bila-bila free kitaorang training kat bawak apartment ni. Bila malam kitaorang pekena menapak jauh gile ke studio jamming. Dah siap jamming mesti pekena makan nasik, jadi boleh dikatakan hari-hari aku balik lewat.
Krew-krew baru aku ni semuanya duduk kat umah yang berlainan. Jadi kalau nak jumpa kena meeting kat mana-mana.
Budak Yang Berperangai Aneh
Kat umah baru aku ni, aku haram tak bertegur sapa ngan sapa-sapa pun. Bukan la sampai jadi sombong pulak, tapi maklumlah aku ni pemalu orangnya. Jadi aku tak banyak bercakap kat dalam umah. Lagipuin diaorang semua dah beso panjang. Aku ni bebudak lagi.
Dalam umah aku banyak meluangkan masa dengar discman aku kat atas katil sorang-sorang. Nak mingle ngan bebudak umah tak ngam langsung.

Yang aku ingat kat umah aku tu ada sorang ni stail alim-alim Sheikh namanya. Pastu ada abang sasa ni muka sejibik macam Norman Hakin, jadi aku panggil dia Norman Hakim. Pastu ada sorang mamat "aww.." ni Wan nama dia. Yang lain-lain semua samada aku tak ingat nama diaorang ataupun aku tak tegur sampai tak tau nama.
Langsung aku tak ambik tau apa yang diaorang buat. Yang jelas, time buat besday party, aku ada la menyempe sebab ada makan-makan. Pastu meeting umah, aku kena ada sebab aku pun ahli umah tu. Selebihnya masa aku dihabiskan kat luar bersama bebudak kelas aku.
Ada jugak la 2-3 orang budak umah tu cuba nak bermesra ngan aku. Bukan sebab aku sombong, tapi tak ngam langsung pemikiran diaorang ngan jiwa aku. Ada tu sosial sangat, ada tu alim sangat, ada tu layan Nsync, ada tu asik nak bina badan je. Cuma Wan Aww ni je yang ngam ngan aku. Sebab dia aww jadi dia caring lebih ngan aku. Banyak mende aku rujuk kat dia. Sebab tak berani nak tanya ngan housemate aku yang lain-lain. Aku anggap dia ni all-rounder. Ngan semua orang dia ngam. Samada golongan aww ni memang macam ni ataupun dia sorang je, aku tak tau. Tapi ada sesuatu aura yang mencurigakan menyelubungi Wan Aww ni. Aku terasa seperti something...
Rutin Harian Saya
Pepagi aku kuar pegi kelas. Bila balik dari kelas mungkin kitaorang pekena snooker kat kolej. Pastu terus lepak umah member aku ni main gitar sampai malam. Bila malam kitaoramng kuar jamming. Pastu baru la makan malam. Pastu lepak minum sampai padat pundi kencing. Hari-hari dalam pukul 2-3 pagi jugak aku balik ke umah.
Sebab tu lakadang-kadang bila aku balik umah tu, diaorang semua pakat-pakat nyanyi lagu 'Hotel California' ramai-ramai. Memang. Memang aku buat umah tu macam hotel. Aku balik hanya untuk 2 tujuan sahaja. Mandi dan tido.
Ada jugak satu peringkat aku dah lupa macamana rupa paras bebudak umah aku ni. Bila diarang dah start tido baru aku balik. Time pepagi memang chaos, semua bersiap nak pegi kelas. Last-last bebudak umah aku ni dah tak macam housemate aku dah. Macam orang lain. (mungkin sebab ni dompet aku kena rompak. Rujuk Bidadari Bab 15 - Kebab oh Kebab)
Wan Aww
Satu hari tu aku sembang ngan Wan Aww ni. Hari tu kebetulan aku balik awal. Dia tengah lepak depan pintu umah. Memula aku kuar sebab nak tipon. Tipon awam swasta tu depan pintu umah aku ni je. Tipon tu paling senang nak curi line. Lepas dail, korang masuk je duit syiling 5sen. Terus timer dia hang. Akupun time tu memang banyak buat panggilan jarak jauh. Jadi aku memang sayang kat tipon awam ni. Memandangkan aku ni nak cerita pasal hantu bukan pasal tipon awam ni, jadi aku rasa molek aku teruskan cerita aku ni.
Wan Aww cerita. Time tu dia tengah kusut sebab adik dia baru lepas meninggal. Aku tanya pasal apa. Pastu dia terus story pasal adik dia ni yang sakit sejak kecik lagi. Sakit yang misterius. Macam demam, pastu meracau-racau. Dah bertahun-tahun dah. Pegi hospital, hospital cakap takde apa-apa. Pastu famili dia try berubat cara tradisional. Dia cakap entah berapa banyak dah Tuan Guru Ibrahim Mat Zin yang dia jumpa tapi tak baik-baik jugak.
Bila dia jumpa bomoh, bomoh tu akan suh balik umah. Pastu malam tu kalau ada dengar apa-apa, jangan tegur. Sebab bomoh tu punya assistant akan buat kerja. Banyak la jugak bomoh yang buat stail macam tu. Sebab tu dia cite bila malam-malam, dia dengar macam-macam bunyi pelik kat umah dia.
Namun adik dia tak baik-baik jugak. Last-last adik dia meninggal. Tu yang dia sedih sangat tu. Lagi power, walaupun adik dia dah takde, tapi bunyi-bunyi pelik kat umah dia time malam-malam tetap ada.
Aku akui bahawa aku memang seram gile masa Wan Aww ni cerita. Naik meremang roma aku. Tapi aku paling seram bila cerita yang sebab dah banyak sangat bomoh diaorang jumpa, maka banyak gile hantu aneka jenis yang still melepak kat umah dia. Dan ada jugak yang permanently attached ngan ahli keluarga dia. Termasuk Wan Aww ni.
Oblivious
Sekali geng kumpulan gitar rancak aku ni plan nak masuk satu pertandingan kugiran. Maka makin intense la sessi latihan kitaorang hari-hari. Kuar pepagi malam baru aku balik. Kebetulan semester tu aku takde kelas pagi. Boleh la aku bangun lewat hari-hari.
Time ni bila aku balik je umah dah sunyi. Dah gelap. Semua orang dah tido. Bila aku celik mata semua orang dah keluar pegi kelas. Hari-hari macam tu. Sampai aku naik rindu pulak nengok muka bebudak umah aku ni. Selalu nampak la jugak sekilas lalu lalang depan bilik aku. Ini takde langsung.
Satu malam tu tu macam biasa aku balik semua orang dah tido. Jam pun dah pukul 3am. Bila aku start nak tido aku dengar bunyi kat dapur. Macam ada orang memasak. Periuk belanga berlaga. "Ni mesti Norman Hakim masak megi ni." bisik hati kecil aku ni. Pastu aku ingat nak menyendeng-nyendeng kat Norman Hakim ni ejas-ejas megi sikit, sebab perut aku pun agak lapar jugak ni. Aku pun bangkit dan terus menuju ke dapur. Aku nengok dapur gelap semacam je. Takde pun kelibat Norman Hakim ni. Pastu pintu bilik dia tutup. Hampeh tul. Mesti dia dapat kesan aku nak ejas megi dia. Sebab tu dia terus bawak lari masuk bilik.
Sejak hari tu tiap-tiap malam aku dengar Norman Hakim masak megi kat dapur. Aku ingat, kalau aku apply pun mesti tak dapat punya, jadi aku biar je. Lagipun aku ni memang maleh nak bangkit bila dah landing.
Kadang-kadang tu dengar bebudak ni sembang kat ruang tamu. Tapi aku haram tak paham butir percakapannya. Walaupun aku dah pasang telinga dan dengar betul-betul, tapi tak dapat tangkap jugak. Mungkin diaorang mengumpat aku dalam bahasa rahsia. Ataupun mungkin jugak Sheikh sembang ngan member dia dalam bahasa arab ke, bahasa Tehran ke, bahasa sanskrit ke.
Sebab Sheikh ni memang alim orangnya. Lagipun dia berasal daripada Sarawak. Dan paling power, dia sebenarnya sekampung ngan Bidadari. Masa raya tahun 2001 aku ada jugak bertandang ke umah dia kat Sarawak nun. Aku memang tak boleh nak elak daripada lari tajuk cerita ni. Aku ni nak cerita pasal hantu, bukan pasal Sheikh ni. Baik aku teruskan cerita aku ni. Pepehal, pasal status Sheikh ni yang sekampung ngan Bidadari akan aku ceritakan kat 'Bidadari Rewritten'.
Yang aku herannya, masa aku balik, semua dah tido. Bila aku dah landing nak tido, barulah diaorang kuar bersembang. Mungkin diaorang memula nak tido, pastu tak dapat lelep, pastu ajak member kuar sembang.
Horrific Truth
Ada la dalam seminggu lebih aku tak jumpa bebudak umah aku tu. Maklumlah, aku dah la balik lewat, bangunpun lewat jugak. Mananya nak jumpa. Bila diaorang bangkit memalam nak masak megi ataupun sembang (dalam bahasa Tehran) aku dah ngantuk sangat.
Time tu ada sesuatu yang meng-heran-kan aku bila aku jumpa bebudak umah aku kat kolej. Diaorang semua sibuk ngan hal masing-masing. Sebab dah hujung semester. Jadi sekejap je aku dapat bercakap ngan diaorang.
Bila aku jumpa Norman Hakim dia tanya,
"Ko duduk lagi umah tu Amin?"
"Ha'ah"
"Waa.. ko memang power"
"Ngape pulak?"
Pastu dia blah. Tak sempat aku nak tanya.
Bila aku jumpa Sheikh dia cakap,
"Sapa lagi duduk ngan ko skang ni?"
"Haa??"
Sebab aku tak paham butir percakapan dia tu, aku terpana. Pastu dia blah.
Akhirnya kebenaran terungkap bila aku jumpa Wan Aww.. (kat kolej)
"Wan, lama tak nampak ko skang ni?"
"Aku dah pindah kuar. Aku duduk ngan bebudak DSK (Diploma Sains Kompiter) skang ni"
"Ooo.. patut la lama tak jumpa"
"Ko duduk umah Man kan skang ni?"
"Eh tak ah.. aku duduk umah kita tu la..."
"Umah kita tu?"
"Ha'ah pesal?"
Time ti muka Wan Aww tu dah pucat gaya macam nampak hantu. Tangan dia pun ketar-ketar hisap rokok.
"Ko tak tau ke?"
"Tau apa!"
"Bebudak semua dah pindah keluar. Wan ingat ko pun dah pindah jugak."
"Semua orang? Semua sekali? Abih tu sapa je yang tinggal?"
"Tu la pasal Wan ingat ko pun dah pindah. Jadi umah tu kosong la skang ni. Tak tau pulak ko masih duduk kat situ"
Di pendekkan cerita, Wan Aww ni story kat aku.
Dua minggu lepas, pukul 2 pagi Wan Aww ni dengar bunyi kat dapur. Dia pun pegi la usyar. Tapi gelap je semacam. Dalam keadaan suram tu dia nampak satu kelibat berdiri kat depan pintu tandas. Bila dia nengok betul-betul, rupanya sorang pompuan. Rambut teknik rebonding sampai dada. Pakai baju warna putih tutup seluruh badan. Bila Wan Aww ni pandang muka dia, dia terus menyeringai. Wan Aww ni apa lagi, menjerit la sampai sakit anak tekak. Bebudak lain yang dah tido semua terjaga. Time ni semua bebudak umah aku tu nampak lembaga ni. Dia terus mengilai sambil terbang keluar ikut tingkap. Walaupun tingkap tu tutup, tapi dia meresap je keluar.
Dari Norman Hakim yang berbadan sasa tu, sampai ke mamat Nsync ni, sampai la ke Sheikh yang alim tu, semuanya tak cukup tanah berlari keluar dari umah tu. Terus tak balik dah malam tu. Tido umah member masing-masing.
Hanya 15 minit lepas diaorang semua lari keluar, sekonyong-konyong akupun balik umah. Terus tido. Macam takde apa-apa berlaku.
Punyalah terkejutnya diaorang ni nampak lembaga tu, mamat Nsync ni terus jadi macam sawan malam tu. Pastu malam tu jugak diaorang bawak pegi berubat kat seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berdekatan. Bomoh tu cakap, makhluk ni datang dari jauh. Tapi dia tetiba attached ngan umah tu, sebab umah ni pernah berdarah. Maksudnya pernah ada orang mati kat dalam umah ni. Padahal makhluk tu datang situpun sebab menumpang si Wan Aww ni. Kalau nak halau makhluk ni, kena panggil tuan dia. Iaitu salah satu daripada bomoh yang family Wan Aww ni pernah jumpa sebab nak mengubat adik dia dulu. Jadi bomoh ni pun tak boleh buat apa-apa la.
Pagi besoknya, sebelum aku bangun dari tido, diaorang ni semua datang balik umah tu, packing barang, dan terus pindah keluar hari tu jugak. Aku yang tak tau apa-apa ni, masih duduk kat umah tu. Buat macam biasa.
Now I Know
Migrasi beramai-ramai penduduk umah aku tu tak dapat aku kesan sebab takde apa perubahan berlaku. Sebab bila hari siang aku takde kat umah tu. Bila nak tido je aku balik. Selama ni aku saspek diaorang semua dah tido, rupanya sekor haram pun takde. Semua dah pindah keluar. Pasal barang-barang diaorang yang dah takde tu aku langsung tak perasan. Sebab aku balik dah malam. Lampu pun dah tutup. Umah ni gelap gelita.
Paling horror :
Yang aku saspek Norman Hakim masak megi tengah-tengah malam, bukanlah Norman Hakim, tapi mende lain. Yang aku saspek Sheikh bersembang tengah-tengah malam (dalam bahasa yang tak dapat difahami) bukanlah Sheikh, tapi mende lain.
Jadi secara kasarnya, selama 14 hari, yakni 2 minggu aku sebenarnya duduk sorang-sorang je kat umah ni. Orang lain semua dah pindah keluar sebab ternampak hantu kat dalam umah ni. Bunyi-bunyi yang aku dengar memalam buta tu sebenarnya adalah aktiviti paranormal yang dijalankan oleh makhluk halus yang dahpun jadikan tempat tu port lepak diaorang. Bebudak nak lalu kat koridor depan umah siang-siang hari pun tak sanggup, inikan pulak malam-malam buta.
Bila aku dapat tau perkara ni aku jadi pucat. Kaget dan terkasima. Aku jadi rasa macam nak demam. Gile babi ko, dah la orang semua takut nak pegi umah tu sebab jumpa hantu, aku pulak boleh tinggal kat situ sorang-sorang.
Lalu aku ambik keputusan mudah untuk pindah kuar jugak. Tapi takde sorang pun yang berani nak tolong aku angkat barang. Aku paksa-paksa baru nak. Itupun bertolak-tolak.
Epilog
14 hari tinggal bersama hantu adalah pengalaman ngeri yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ini satu pengajaran yang berguna buat aku. Lain kali kena beramah mesra dengan orang serumah. Dan jangan bersikap tak ambik pot pasal persekitaran kita. Peristiwa ni telah menginsafkan aku.
Tapi yang penting, kita tak sepatutnya takut kepada hantu ni. Aku tak pernah lagi dengar cerita pasal orang berdarah lengan kena gigit ngan hantu. Mempercayai hantu juga boleh menyebabkan syirik.
Jadi pesanan aku adalah, Jangan biarkan hidup anda diselubungi..

Hantu Cabut Kepala di Tandas Asrama



Assalamualaikum...

bila menyebut perkataan malam,bermain-main difikiran kita pelbagai bayangan
mahupun ilusi..Kadang-kadang,ilusi itu mengawal pemikiran kita
sehingga kita merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita pada waktu malam yang sunyi sebegini..


Beberapa tahun yang lalu,aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh
di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah..
Aku memang tahu,sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior..
Cuma,kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti..



Satu malam yang nyaman,tepat pukul 2 pagi..
Aku terasa ingin membuang air kecil..Ketika di asrama,kami tidur di atas katil double-decker..dan aku dapat katil pada bahagian bawah..
Aku kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemanku,
tapi,sedih..Dia sudah tidur nyenya tanpa menghiraukanku..


Mahu tidak mahu,aku terpaksa menggagahi langkahku untuk ke bilik air..
Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain..
Lampu waktu itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air..Jadi,kurang sikit rasa takutku..

Aku memasuki bilik air seperti biasa..
bilik air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas,tempat basuh baju dan kolah mandi..
Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan kami tinggal di asrama..
Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air..
Jadi,senang untuk ke tandas..

Ketika sedang membuang air kecil,tiba-tiba aku terdengar bunyi orang memberus,,
seolah-olah memberus baju..hairan aku,siapa yang rajin membasuh baju waktu itu..
Sedangkan semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu sebegitu..
Fikiranku berkata,mungkin pengawas yang menjaga kami membasuh baju itu..

Selepas aku membuang air kecil,aku terus pulang ke dorm..
tapi,terasa anda benda menarikku untuk ke tempat basuh baju..
aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju..
aku mengintai dari dinding ..
aku terkejut!!



YA ALLAH!!
Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya..
bayangkan dia cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus aku
yang lebih menakutkan,muka kepala tu menghadap aku..
aku lihat dia menggunakan baldi aku..

YA ALLAH!!
hanya dia yang tahu apa perasaanku waktu itu..
badanku berpeluh seperti orang baru lepas berlari dan aku terus membaca ayat al-Quran yang aku tahu
aku terus lari ke dorm..
Dalam perjalanan aku lari,terasa seperti anda benda mengejarku..
Aku terus baring ke katilku dan aku tutup mata rapat-rapat..
terasa ada benda mengelilingiku..

Tapi,Alhamdulillah..aku tersedar pagi esoknya dan semuanya sudah tiada..
tapi,aku terus buang berus dan baldi aku jauh-jauh..
aku takut ia datang lagi..

Monday, July 13, 2015

Kajian: Matahari dijangka akan 'tidur' dlm tempoh yang tertentu

Fenomena 'Mini ICE AGE' bakal berulang?
10 July 2015

A new study claims that between 2020 and 2030 solar cycles will cancel each other out.

This, will lead to a phenomenon known as the 'Maunder minimum' - which has previously been known as a mini ice age when it hit between 1646 and 1715, even causing London's River Thames to freeze over.


The Frozen Thames, 1677 - an oil painting by Abraham Hondius shows the old London Bridge during the Maunder Minimum. It caused London's River Thames to freeze over, and 'frost fairs' became popular.


Matahari yg dirakam pd tahun 2011, kelihatan tenang dan jelas. Tiada aktiviti. Saintis jangka kejadian seperti ini akan berlaku berterusan dalam tempoh 10 tahun, iaitu mulai dr tahun 2030 hingga 2040


Conventional wisdom holds that solar activity swings back and forth like a simple pendulum.

At one end of the cycle, there is a quiet time with few sunspots and flares.

At the other end, solar max brings high sunspot numbers and frequent solar storms. It's a regular rhythm that repeats every 11 years.

Reality is more complicated. Astronomers have been counting sunspots for centuries, and they have seen that the solar cycle is not perfectly regular.

Predictions from the model suggest that solar activity will fall by 60 per cent during the 2030s to conditions last seen during the 'mini ice age' that began in 1645, according to the results presented by Prof Valentina Zharkova at the National Astronomy Meeting in Llandudno.

The model predicts that the pair of waves become increasingly offset during Cycle 25, which peaks in 2022.

During Cycle 26, which covers the decade from 2030-2040, the two waves will become exactly out of synch and this will cause a significant reduction in solar activity.

'In cycle 26, the two waves exactly mirror each other – peaking at the same time but in opposite hemispheres of the Sun,' said Zharkova.


Apa itu THE MAUNDER MINIMUM?
Kewujudan tompokan [warna gelap] pada matahari menjadi minimum untuk tempoh yang panjang.


1645 to about 1715, when sunspots became exceedingly rare, as noted by solar observers of the time.

There is evidence that the Sun has had similar periods of inactivity in the more distant past, Nasa says.

'Over the cycle, the waves fluctuate between the northern and southern hemispheres of the Sun. Combining both waves together and comparing to real data for the current solar cycle, we found that our predictions showed an accuracy of 97%,' said Zharkova.


Montage of images of solar activity between August 1991 and September 2001 taken by the Yohkoh Soft X-ray Telecope, showing variation in solar activity during a sunspot cycle.

Zharkova and her colleagues derived their model using a technique called 'principal component analysis' of the magnetic field observations from the Wilcox Solar Observatory in California.

They examined three solar cycles-worth of magnetic field activity, covering the period from 1976-2008.

In addition, they compared their predictions to average sunspot numbers, another strong marker of solar activity.

All the predictions and observations were closely matched.

Sunday, July 12, 2015

Misteri Kain Putih



Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper. Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming. Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar. Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi aku tersintak apabila terdengar lolongan diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya. Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa seram sejuk. Lolongan diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling.Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan. Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai. Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar. Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku. Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang sama.

Saturday, July 11, 2015

Makhluk Halus di Pejabat [PART 3] : Berbogel Angkara Rasukan Jin




sambungan dari PART 2

Nak citer sikit dulu pasal Nora ni, die ni memang sangat cun macam Nora Danish, serius. (sebab tu aku bagi name Nora ni). Mude setahun dari aku.  Bertudung tapi baju ketat, memang body die seksi pun, sebab tu nak tunjuk kot. Kitorang yang satu ofis ni memang rase bertuah sangat la dapat menatap die ni hari2… mase keje plak slalu je usha2 die ni… sebab tu memang susah kitorang ponteng keje kot… nak tengok die hari2… Die punye cantik ni sampai ofis tingkat2 lain hebohla… selalu je ade yang lalu depan ofis kitorang, usha Nora ni… ofis pintu depan kaca, boleh nampak dalam… Nora pulak duduk depan… macam receptionist… so kalau lalu depan ofis kitorang memang nampak Nora la… Nora ni pulak memang murah dengan senyuman, sape2 lalu tu die senyum je… cair beb… Nora ni mase start keje baru putus dengan boyfriend die…

Aku citer pasal Nora ni, bukan ape, sebab sejak 2 kejadian kat atas ni aku banyak mimpi pasal Nora ni… dalam mimpi tu aku selalu buat bende tak senonoh dengan die… tapi belum tahap 'bersama' la… aku pun pelik jugak, sebab ape selalu mimpi si Nora ni… nak kate aku jatuh cinte tu tak la pulak… aku memang suke tengok die, usha2 sebab die memang lawa kan… sebagai lelaki memang susah nak tahan la daripada tengok perempuan cantik ni… jadi aku anggap mimpi aku tu macam mainan tidur je… mungkin sebab hari2 asyik usha, dah ade pulak feeling… angau pulak ke? Aku dah putus dengan awek aku sebelum keje lagi, hubungan 5 tahun…putus di tengah jalan… aku dah serik, nak tahan dulu dari bercinta2 ni… kumpul duit banyak2 dulu…

Aku dengan Nora ni sebenarnye jarang sangat bercakap… walaupun satu ofis… aku ni pendiam… memang berat mulut… terutama dengan perempuan… maklumlah dah kecewa… selalunye kitorang saling senyum2 dan angguk2 je… Nora ni pun dengan pekeje lain cume cakap bende2 pasal keje je… kadang2 bile keluar lunch same2 barula die ade citer sikit2 pasal peribadi...

Pasal episod 1 & episod 2, kitorang sumer rahsiakan daripada Nora… die ni memang penakut sikit, kalau kitorang citer ofis tu berhantu, aku rase die memang takkan masuk pantry tu lagi dah buatkan air… silap2 berhenti keje terus…

Kejadian ke 3… berlaku dalam April 2010, beberape bulan lepas episod 2… sejak kejadian episod 2 kitorang memang tak duduk ofis tu lebih daripada pukul 8 malam… kalau ade keje kene siapkan, kitorang akan bawak balik rumah… Si Nora yang tak tau pasal kejadian2 ni, memang tabiat die balik pukul 6.30 petang… dah biase…

Hari tu hari Rabu, Said dan Bos keje outstation… 2 orang grafik designer tu ambik cuti seminggu, jadi tinggal la aku dengan Nora… seronok jugak dapat berdua, tapi memang tak cakap ape2 la… masing2 sibuk keje… mase lunch kitorang keluar sendiri2… dalam pukul 6.30, aku siap2 la nak balik… kejap lagi Nora balik, aku malas la nak duduk sorang2… tetiba Nora ni datang kat meja aku, mintak aku tunggu sampai die balik… die kate mungkin die lewat balik… pukul 8… die tak nak duduk sorang2… Nora ni, bapak die yang hantar pegi dan jemput balik keje… sebab die tak ade lesen… jadi haritu mungkin bapak die ade hal, lambat la sikit nak jemput… aku mase tu pinjam motor Said, kalau nak tolong hantarkan macam tak manis la pulak… helmet lebih pun takde… Jadi aku setuju tunggu sampai pukul 8 malam… aku duduk kat meja aku main game, Nora ni duduk kat meja die…

Dari meja aku ni memang boleh nampak terus meja Nora ni, mase tu aku nampak la die ni macam resah gelisah sikit, kejap2 tengok handphone, pastu mengomel sorang2… memang tak senang duduk la die mase ni, tak biase balik lambat kot… aku usha2 je die, memang gelisah betul. Masuk waktu Maghrib, semayang… pas habis semayang aku sambung main game. Usha2 Nora ni, tengok die dah diam je pulak dah… tadi macam cacing kepanasan… mase ni bile aku usha die, die ni tengah pandang tepat kat aku… aku senyum, die senyum balik… tapi die pandang je aku, macam tak berkelip2 mate die… aku pulak, pandang die sekejap, pastu tengok skrin PC… hati dah rase lain… kenape pulak die pandang aku sambil senyum macam tu? Tak pernah2 die pandang aku sampai macam tu sekali… Aku tengok die lagi, masih same… memandang tepat kat aku… kalau dari meja die tu memang boleh nampak muke aku… aku dah rase lain… jangan2 Nora dah balik mase aku semayang tadi… ni Nora lain kot… alamak… aku terus capai handphone, call Nora… ade bunyi… dari meja depan… lega sikit aku… memang Nora betul la ni… 'Kenape  awak call…?' Nora tanye… suare die cukup lembut daripada biase… macam menggoda pun ade… 'Takde2, tersalah tekan la, sori2'… alasan aku. Tapi aku memang rase ade yang tak kena… kenape die buat lenggok suare macam tu… aku cube tak pikirkan sangat… lagipun die memang Nora yang sebenar… aku sambung main game… tengok jam… dah pukul 8.15 malam… alamak… tadi janji pukul sampai pukul 8 je… aku usha Nora lagi, kali ni die tersandar dekat kerusi, sambil tutup mate… tidur pulak dah?

Warning: ade sikit unsur 18sx!!!

Aku ingat Nora dah tidur… tapi tak. Mase die tengah sandar tutup mate tu, aku tengok tangan die bergerak2… … …  dalam baju die… die tengah meraba2 dirinye sendiri… terutama kat bahagian dada… aku terkesima… berdebar2… cukup confuse… tak tau nak rase ape… sebab aku tau, memang ade sangat yang tak kene. Tak kan la tetibe Nora ni nak buat macam tu. Die tu walaupun seksi, tapi beradab… tak logik. Aku sambung main game. Cube tenangkan perasan bercampur baur dalam diri aku ni. Mungkin Nora ingat aku syok sangat main game kot, die ingat aku takkan pandang die… sebab tu die ambik kesempatan, mungkin tempat tu gatal ke…  aku main je game… memang tak syok dah la. Aku cube lupekan ape yang aku nampak… lame jugak la aku tak pandang2 Nora lagi… sampai la pukul 9 malam… dah sejam lewat… tetiba aku dengar, 'ah… ah…' suare perempuan mengeluh, macam tengah 'buat' tu… berdebar lagi aku… Nora tengah buat ape pulak… tak kan la… aku memang tau tak de orang lain masuk… sebab pintu ofis aku macam 7-eleven tu, ade bunyi bile bukak… lame jugak la Nora buat bunyi seksi tu, aku memang tak nak pandang die… tapi sebab dah tak tahan lagi, aku rase nak jerit je kat die 'ape kau buat ni??'. Jadi aku bangun, nak suruh die berhenti la, sebelum sempat aku cakap tu, aku tengok Nora dah berdiri kat depan meja die, kitorang saling memandang… tetiba, die senyum, dan… menanggalkan pakaiannye… sampaila semua die tanggal… lepas tu die berjalan, terhuyung hayang sikit, datang kat aku… sambil tu die cakap, 'Marilah… marilah…' memang cukup menggoda… syukur, ade lagi iman walaupun tipis kat aku ni. Aku tadi memang macam terkaku dengan ape yang die buat, bile die dah nak sampai kat meja aku, aku cepat2 elak… jadila adegan kejar mengejar pusing2 meja…  Nora cube nak dapatkan aku… mase tu aku fokus pandang muke die je… sambil cakap 'Wei berhentila, ape kau buat ni'… ade la dalam 10 kali pusing2 meja, aku nampak ade ruang untuk aku lari… aku tolak kerusi ke arah Nora, die sambut kerusi tu, aku terus lari, pergi kat meja die, ambik kunci… kunci aku pulak memang aku dah ambik mase pusing2 meja tadi… aku lari keluar ofis, aku kunci… aku tengok balik dalam ofis… Nora tak kejar aku pun… dari luar tu memang aku tak nampak meja aku… Nora pun aku tak nampak… tadi bersungguh2 nak dapatkan aku, takde pulak die datang cube pecahkan pintu ni ke ape ke… kunci die aku dah ambik, jadi memang die terkurung la…

Aku da risau… macam2 bermain dalam otak… macam mane kalau ni perangkap kan… Nora nak tuduh aku cube rogol die… yela, dalam keadaan macam ni, mesti pihak lelaki yang dipersalahkan… tapi kenape? kenape pulak die nak tuduh aku… die tak suke aku ke… ke die dah telanjur dengan orang lain, cube nak perangkap aku kahwin dengan die jadi pak sanggup… hai… macam2la dalam otak… aku intai lagi kat dalam opis… takde lagi si Nora ni… hilang pulak dah ke… betul ke tadi tu Nora… haritu 'bende' tu memang menyamar jadi die… nak kan kepastian, aku call lagi… berbunyi handphone die atas meja tu… entah2 Nora sebenar dah balik, die tertinggal handphone… tengah handphone berbunyi tu, aku nampak Nora dari dalam ofis… tanpe seurat benang, die pergi kat meja die, angkat handphone… 'Kenape awak lari… marila… marila…' mendayu2 suare… sambil pandang aku yang kat luar pintu ofis ni…

Aku terus tarik shutter ofis aku. Jadi tak nampak la Nora dalam tu. Aku dah malas nak pikir. Memang tak dapat nak pikir dah. Aku call Bos… aku cakap ringkas… 'Nora dah kene rasuk, macam mane ni?'. Mase tu aku tak pasti pun Nora ni kene rasuk, tapi cakap je la macam tu… asalkan ade orang datang tolong… Bos ade nombor bapak Nora… Dalam 15 minit, aku masih berdiri kat luar tu… sampailah bapak Nora, dengan mak, dan abang die sekali datang… aku bagitau serba sikit ape jadi sebelum masuk… aku bagitau jugak die bukak baju… mase tu tak tau la family Nora ni percaye ke tak… adela dalam 2 minit aku citer… lepas tu aku bukak shutter… nampak terus Nora ni tengah duduk kat meja die… masih tak pakai baju… bile nampak je family die datang, Nora macam terkejut, bulat mate die… die terus lari… aku rase ke pantry… family Nora masuk… aku kunci balik pintu ofis… aku tunggu luar… dalam hati aku berdoa supaye Nora tak tuduh aku nak rogol die ke ape ke… habisla aku kalau die cakap macam tu…

Kat luar ofis tu aku dengar macam ade bunyi gaduh2… bunyi jerit2… yang paling jelas aku dengar, Nora jerit 'Pergilaaaa!!'… dan memang sah… bunyi tu dari pantry… Bile aku pasti die lari kat pantry, terdetik kat hati aku yang ni keje hantu pantry tu… mase tu aku macam diberi ilham,  aku terus azan… kat luar ofis… sekuat hati… aku dengar Nora jerit 'Diamlaaaa!!'… pas aku azan, aku dengar abang die pulak azan dari dalam pantry… lagi kuat dari aku… keadaan jadi tenang… aku nampak mak Nora terkocoh2 datang kat meje Nora ambik baju2 die… nampak macam menangis mak die… kesian… pastu pekeje2 ofis tingkat 3 datang, dalam 4 orang, termasuk Ustaz haritu… tanye sebab ape azan… aku citerla… tapi aku tak bagitau bab die bukak baju… malu la die… kitorang masuk ofis, aku ketuk pintu pantry mintak izin masuk… aku bagitau ade ustaz boleh tolong… Ustaz pun masuk pantry… adela die bace2 aku tak dengar… yang lain duduk luar pantry… aku tengok Nora tengah duduk kat atas lantai menangis2… sambil ditenangkan family die… die dah berbaju balik dah… lepas Ustaz sapu2 dan bagi die minum air doa, Nora dah tenang sikit… mase tu dah pukul 11 malam… kitorang sumer pun balik… family Nora berterime kasih kat aku… tak tau la kenape… aku lega Nora tak cakap aku nak buat tak baik kat die… aku balik rumah, terus tidur… memang tak nak citer ape pun… malam tu jugak dalam pukul 12, Bos call tanye, aku citer tapi aku tetap tak bagitau bab bukak baju…

Esoknye Nora tak datang keje… die ambik cuti seminggu… Lepas seminggu Nora masuk balik, aku perasan die berubah terhadap aku… malu kot… die akan sedaye upaye elak dari bertentang mate dengan aku… cakap dengan aku pun die pandang tempat lain… takpela aku paham… rasenye die memang malu… aku dapat sms dari die berterime kasih kat aku sebab aku tak buat ape2 kat die mase tu… die berterima kasih jugak sebab bile aku citer, aku skip part bukak baju tu… tapi aku betul2 nak tau ape yang jadi malam tu, Nora setuju nak citer tapi tunggu mase sesuai la…

Sejak haritu Bos buat bacaan Yassin satu ofis setiap hari Khamis… Kadang2 pekeje ofis tingkat atas pun join sekali… dah takde gangguan… untuk seketika…

Lebih kurang 2 bulan kemudian, mase tu yang lain dah pergi lunch, aku tak keluar , alasan kenyang… sebenarnye Nora da sms nak citer kat aku mase lunch ni… pas kitorang tinggal berdue je, aku pun pergila kat meja die, supaye takdela die datang kat meja aku yang tersorok dari pandangan luar tu, kang jadi fitnah pulak… Nora pun bercerita kisah die malam tu…

Mase aku nampak die resah gelisah tu, memang die tengah gabra pun… sebabnye bapak dengan abang die tak balas2 sms die… die risau la jadi ape2… call pun tak angkat… macam mane die nak balik… sepanjang mase tu hati die memang berdebar2… die pun banyak kali doa dalam hati, 'mintak2 la Sham tunggu sampai aku balik…mintak2 la Sham tunggu sampai aku balik…' Tapi setiap kali die doa sebut name aku tu, makin berdebar pulak die rase… pastu bile aku pergi semayang, die dapat sms… bapak die dapat jemput pukul 9.30… kereta rosak katenye… lagi la die gabra… mase tu die memang fikirkan aku je… sebab die penakut… dalam hati kate, 'takpe, Sham ade lagi teman aku ni'… makin die berdebar2… pastu bile aku habis semayang, entah kenape, die rase nak tengok muke aku je… takdela hensem pun… tapi macam bagi ketenangan kat debaran2 die tadi… lagi lame die tengok… die rase sayang pulak… rase macam nak peluk aku… rase macam rindu… die cube lawan tapi tak terdaya… yela, die mengaku die ni lemah semangat, semayang pun kekadang buat kekadang tak… mudah la nak kene macam ni… die tengok je aku… debaran datang balik… tapi kalau tadi gabra sebab nak balik, skarang ni rase bernafsu pulak… makin lame makin bernafsu… die cube tahan tapi macam kuat sangat nafsu tu… die jadi lupe semua… lupe mak bapak, lupe tuhan, lupe semua la… yang die ingat mase tu… aku. Dan bertape die nak 'bersama' dengan aku… akhirnye… tu la jadi adegan 18sx tu…  mase mak bapak die datang pun, die tak ingat pun sape diorang… die jadi takut… sebab nampak diorang macam orang jahat… bile abang die dah azan… baru ingatan die pulih sikit2… baru die ingat… lepas tu die pergi berubat nak pulihkan semangat… orang yang ubatkan die tu pun kate memang takde ape dah dalam badan die… cume die kene pagar diri dengan amalan2 lepas ni… jangan tinggal semayang lagi… baguslah… ade hikmahnye setiap kejadian…

Kejadian ke 3 ni buat aku rase syak sesuatu… mase aku tanye Nora kenape lari kat pantry… die bagitau seolah2 tu memang tempat die… macam tempat selamat die… jadinye Nora ni memang kene rasuk jin pantry tu la… aku cube kaitkan kejadian2 sebelum ni… sebab aku syak… jin ni suke kat aku… adoi… maksudnye jin asyik… aku pernah bace kat forum ni tande2 jin jatuh cinte kat manusie… memang aku ade banyak pun tande tu… paling aku yakin, aku selalu mimpikan Nora… mungkin jin tu menyerupai Nora dan nak 'buat' dengan aku… tapi dalam mimpi, aku tak 'buat' jugak… tu yang die rasuk Nora ajak 'buat' di alam nyata pulak… gersang betul jin ni… kenape die pilih nak menyerupai Nora? Mungkin memang dah sebab semua orang syok kat die kot… termasukla aku… yang suke usha2 die… jin tu pun tau la aku suke orang cantik macam Nora tu... tapi ni sumer tekaan aku la...