-->

Saturday, August 29, 2015

Jalan Kg Bali - Jalan Berhantu dari Teluk Intan ke Sri Iskandar Perak



Assalamualaikum...

aku adalah pelajar UiTM Sri Iskandar, Perak....

aku berasal dari Johor.. dan di tempat ni, aku mempunyai saudara mara di sekitar Teluk Intan...

dipendekkan cerita,
suatu hari, aku pergi la ke rumah Mak Cik aku di Teluk Intan...aku ni agak lembab sikit bab-bab mengingat jalan... tambahan pula kalau tempat tu tempat yang baru aku kenal...

jadi, semasa dalam perjalanan ke Teluk Intan menggunakan jalan yang menuju ke Lumut, aku pasanglah GPS,,,waktu tu aku berseorangan ke sana....

ok dipendekkan cerita, sampai je sana, sembang-sembang, makan-makan, lepak-lepak,,

sampailah malam aku duduk di sana, waktu tu pukul 8.30 malam, aku pun bergerak pulang ke Sri Iskandar...

sebelum bertolak, aku siap-siap pasang GPS, sebab memang tak tahu jalan, tambahan pula, malam gelap gelita..

aku pun ikut je apa GPS tu kata...

tapi aku rasa lain macam je jalan yg dia tunjuk...macam bukan jalan yang aku lalu siang tadi..tapi takpe, aku bedal je..aku percaya pada GPS.jalan apa pun dia tunjuk, pasti akan sampai jugak ke destinasi....

tak lama lepas tu, baru aku perasan, aku buat DESTINATION ke TRONOH..entah macam mana boleh tersilap tekan TRONOH...tapi takpelah, TRONOH bersebelahan je dengan SRI ISKANDAR...jadi, aku teruskan saja ikut GPS tu..

jalan yang GPS ni tunjuk agak pelik...jalan dalam..gelap gelita...takde lampu jalan...TAKDE ORANG PLAK TU..

aku sorang je kereta kat jalan tu...aku pun pecut sedikit kereta aku..tapi takde la pecut sangat,,biasa-biasa je..al maklum, sayangkan kereta...kan kalau langgar lubang ke apa ke... sebagai student, mesti la kena pandai berjimat..aircon pun aku tutup,,aku bukak tingkap je...

sampai di satu jalan ni,,

buat pertama kalinya, AKU BERASA TERSANGAT TERKEJUT
buat pertama kalinya, BULU ROMA AKU MEREMANG kerana ketakutan...

aku nampak seakan-akan macam KAIN PUTIH berterbangan dari bahu jalan menuju serong ke kereta aku....seolah-olah dia macam nak masuk tingkap kereta aku (tingkap di sebelah penumpang)...

aku pakai kereta kancil,,cermin tingkap kena tutup manually pakai pulas dengan tangan...

dengan terkejut BERUKNYA aku, aku cepat-cepat cuba tutup TINGKAP kat sebelah pemandu tu...mata aku memang tak pandang dah kat kain putih tu (sebab pernah dengar ada orang cakap, kalau nampak hantu, jangan tengok lama-lama, takut boleh jadi gila..haha.).

tapi memang betul, perasaan TENGOK hantu di komputer dan tengok hantu betol-betol depan kita, memang berbeza..rasanya tak sama.... sebab aku ni kira jenis yang berani jugak la..aku berani tengok cerita hantu sorang-sorang dalam gelap...takut tu ada sikit,, tapi masih boleh teruskan tengok..aku berani pergi sorang2 kat tempat yang gelap, takde orang..... aku boleh cakap aku berani... tapi bila HANTU TU MUNCUL DEPAN MATA,,,ambik kau,,,pertama kali aku takut terketar-ketar....

ok, kat mana tadi...tutup tingkap ye...ok..aku tutup tingkap cepat-cepat, mata aku tak pandang dah kat kain putih tu...aku cuma pandang kat pemulas tutup tingkap tu je...selesai je tutup tingkap, aku terus pandang depan,,aku hampir-hampir terbabas ke dalam hutan...tapi nasib baik sempat betulkan stering...

aku pun cuba memandu macam biasa sambil tangan kanan aku terketar-ketar menutup tingkap aku pula...

aku pandang depan je...kali ni memang aku pecut habis habisan..lubang ke apa ke, aku dah tak kisah..

sekali sekala aku jeling 'cermin pandang belakang'...aku rasa seolah olah macam ada orang kat belakang aku....MEREMANG BULU ROMA AKU WAKTU TU....tapi aku cuba bertenang...aku cuba tak pandang kat lain, selain pandang jalan..dan teruskan bawak kereta...

akhirnya, sampai lah aku di UiTM Sri Iskandar...


aku pun cerita la ke member-member.....member cakap mungkin aku lalu jalan Kg Bali kot...jalan tu memang takde orang lalu malam-malam...sebab khabarnya jalan tu memang berhantu....

wallahualam...

Saturday, August 15, 2015

Cerita Seorang Pelajar Sekolah ketika Event di UiTM Puncak Alam






Saya nak cerita ni.. Cerita benar.. Di UiTM Puncak Alam, angsana 1, Rumah no. 1405, bilik A. Saya duduk situ 4 hari ada event Dr. Muda. Dari hari pertama lagi dh seram. 

1st d: waktu baru masuk, dua2 katil & setiap penjuru ada beberapa rmbut yg banyak. 
Tu tak cukup pelik. So, sy & kawan sy sorang tu pun cuma keluarkan jelah bagi kami ingat kakak kakak yg duduk situ dulu. Pas dah keluarkan tu kitorang selfie lah hantarkan kat kawan2 girls sy. Kawan sy terperasan ada 'benda' dlm almari tu dia suruh sy zoomkan tengok. Last last ada kelibat. 

2nd d: rambut sy tertarik sendiri. Padahal kawan2 sy ada dlm bilik masing masing kecuali roommate sy. Dia tgh borak kat bilik sebelah. Sy pun cita kt kwn2 diorang x percaya. Sy pun biarkan jelah 

3rd d: pukul 12:00 malam, langsir terbukak sendiri malah tingkap pun padahal kami x pernah pun bukak. Kami tanya ckgu ckgu kata ckgu tak pernah pun bukak tingkap bilik kitorang. Kitorang pun redho jela. Pukul 4:30 pagi, packing utk baling esok. Bunyi macam guli jatuh padahal xde pun org bwk guli or main guli. Kitorang ngadu kat ckgu ckgu x percaya... Kitorang pun apa lagi nk pegi mandi menggigil la... Alhamdulillah xda apa2 serious yg berlaku cuma kena tarik rambut tulah sakit sket...

Hantu di Russia




Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.
Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.
Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek

tanya:
“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
“Mana ada, semua dah tidur la..”
“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”
Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..
Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.

Thursday, August 13, 2015

Kisah Pemuda Hidup Selama 17 Tahun Dalam Kubur

 Pernahkah kamu dengar cerita ini?

Kisah Benar :Kisah Seorang Pemuda Hidup Selama 17 Tahun Dalam Kubur ? INi cerita betul. Jangan ingat dia tinggal di tempat yangg dekat degan kawasan kubur. Tidak! Bukan macam yang kamu fikirkan. Dia tak tinggal di tempat yang dekat dengan kubur tapi dia memang betul-betul tinggal di dalam lubang kubur. Ni bukan kisah seram malam jumaat tapi ini kisah benar yag berlaku dalam masyarakat kita.

Macam mana ceritanya?

Kamu semua mungkin tak akan percaya cerita ni, sebab pemuda ni lahir dari keluarga berada. Ayah & ibunya orang yg terhormat & memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Dalam pandangan masyarakat, kedua orang tua pemuda ini adalah orang tua yang sempurna namun orang hanya boleh menilai apa yang nampak di mata saja.

Orang ramai tak tahu yg kedua orang tua dihormati inilah yang memasukkan anaknya ke dalam lubang kubur dan menjalani hidup selama 17 tahun di dalam kubur.

Setiap hari sejak dia dilahirkan, si anak makan, minum dan tidur di dalam lubang kubur yang penuh kegelapan itu. Tiada langsung rasa bersalah dalam diri mereka atas perbuatan mereka.

Si anak hanya boleh menjalani apa yang diberikan kedua orang tuanya, tanpa membantah sedikit pun. Menjelang ulang tahun kelahiran si anak itu yang ke-17, kedua orang tuanya berjanji akan memenuhi apa pun permintaan si anak sempena hadiah hari lahirnya.

Si anak pun berfikir, inilah masanya dia ingin meminta satu permintaan yg didambakannya selama ini. Dia tak ingin lagi tinggal di lubang kubur itu, walaupun diberi makan dan pakaian yg cantik tapi dia tak mahu selamanya hidup di dalam lubang kubur. Tapi apakah orang tuanya akan memenuhi permintaannya?

Hari itu pun tiba. Si anak menyambut hari lahirnya yang ke-17. Kedua orang tuanya datang menghampiri dan bertanyakan hadiah apa yang dia inginkan.

Si anak menjawab, “Ayah, Ibu…saya tak mahu minta banyak, saya nak minta satu perkara saja.”

“Apa, Nak? katakan saja, Ayah dan ibu pasti akan penuhi permintaanmu.”

“Janji?”, si anak meminta kepastian.

“Tentu, nak. Ayah dan ibu berjanji akan memenuhi permintaanmu..”

“Ayah…Ibu…sebenarnya saya tidak mahu lagi tinggal di dalam lubang kubur ni.”

“Apa? Apa maksud kata2mu itu nak?”, ayahnya bertanya kehairanan.

“Ayah dah janji nak penuhi permintaan saya kan? dan hanya itu permintaan saya..”

“Ya betul. Ayah dah janji…tapi...tapi ayah tak paham....”

“Ayah, sudah 17 tahun saya tinggal di sini, tapi tak pernah pun saya mendengar ayah atau ibu membaca Al-Qur'an. Sedangkan Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Qur'an di dalamnya adalah seperti kuburan. Saya tak mahu tinggal di dalam kubur ni lagi..”

Si ayah dan ibunya terdiam.

“Ayah dan Ibu tak pernah mengajar saya bagaimana membaca Al-Qur'an. Ya..memang rumah ini mewah, besar dan orang ramai melihatnya sebagai istana yang gah. Tapi mereka tak tahu, bahawa di mata Rasulullah saw, rumah ini tak lebih macam kubur. Jika ayah dan ibu tak mahu menepati janji memenuhi permintaan saya tak mengapa tapi ajarlah saya membaca Al-Qur'an, agar rumah ini bercahaya dengan cahaya Al-Qur'an."

Renungan untuk kita selepas baca cerita kat atas : Selama ini di manakah kita ini makan, minum, tidur dan menetap? di rumah kayu? Rumah taman? Rumah banglo? atau di dalam lubang kubur? kerana Rasulullah saw mengibaratkan rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Qur'an di dalamnya, rumah itu seperti kubur...

Cara Memanggil Hantu Cermin

Untuk pengetahuan semua, lagenda Bloody Marry merupakan salah satu kisah lagenda yang popular di Amerika Syarikat. Bloody Marry atau nama sebenarnya ialah Mary Whirnington dipercayai mati di hadapan cermin. Segelintir mengatakan bahawa dia mati dibunuh kekasihnya dengan kejam dan ada juga yang mengatakan Mary merupakan seorang ahli sihir.

Hantu Mary terperangkap di dalam cermin sehingga tidak boleh keluar melainkan ada seseorang yang akan membuka jalannya kerana terlalu lama terperangkap di dalam cermin akan membuatkan jiwanya menjadi marah, tidak bermaya dan boleh melakukan perkara-perkara yang di luar batasan kemanusiaan. Bloody Marry dikatakan muncul dalam cermin apabila namanya dipanggil tiga kali apabila anda berda di dalam bilik air yang gelap.Bloody Marry juga digambarkan sebagai pembunuh kanak-kanak yang tinggal di bandar.

Cara Memanggil:

1.Pergi ke bilik air di rumah anda.

2.Tutup suis lampu bilik air.

3.Buka paip air.

4.Sebut "Bloody Marry" 3 kali.

5.Tutup mata seketika.

6.Buka mata anda dan lihat di cermin bilik air.

7.Kalau tidak menjadi, cuba berpusing 3 kali.



AMARAN!  TOLONG JANGAN LAKUKAN INI!

Sesungguhnya ini adalah perkara SYIRIK!!!. Tapi  boleh dijadikan sebagai pengetahuan kita supaya kita boleh monitor anak2 kita, Mana la tahu kot2 depa terpengaruh dengan perbuatan syirik begini~

Saturday, August 8, 2015

Kisah Seram di UTM Skudai (#1)





chazey bercerita

masa aku kat U dolu pun ada budak pompuan cainis bunuh diri sebab ni.

beliau gantung diri dalam lemari. kasihan rumet yang jumpa itu. harus trauma seumur hidup nampak mayat bergantung dalam lemari bilik dengan lidah terjulur panjang. lepas kes tu, asrama tutup for one sem. then reopened the next sem, tapi dah jadi kolej kediaman lelaki.


ko ingat tak apa nama blok tu? aku ingat KTC jah. sekarang masih jadi asrama lelaki kah? kawan lelaki aku semangat nak apply tinggal sana bila dengar gossip kata sesapa yang tinggal di blok tu FOC jah. tapi sem depan, bila dibuka semula, kena bayar gak. ceh.





Aku Disorok di Jalan Bentong Lama 2.00 AM

 
 
Sesape org pantai timur mesti da biase dgn jalan bentong lama..

Ini kisah aku balik kampung raya cina hari tu……

Aku dan adik laki aku balik pantai timur hari rabu malam..kami sama2 kerja rabu..aku langsung x tido lepas balik kerja..adik akupun sama..memandang kan trafik sesak yg amat malam tu aku plan untuk gerak awal subuh esok nye..malam tu kami x mengantuk.aku paksa mata untuk lelap, sebab memang aku yg drive dari KL ke pantai timur..adik aku juz teman kan aku je..

12:00AM
Aku masih xmengantuk..aku pikir kalo ikut kan trafik, esoknye pun sesak jugak.gerak awal sampai awal...aku amik keputusan untuk gerak malam tu..n adik aku setuju! Dan kami pun bersiap………………………………..

12.30AM
Aku mula kan perjalanan dgn bosan nye..jln sekitar KL sesak teruk..aku suruh adik aku tido dulu, dgn alasan bila turn aku mengantuk bole tukar driver..adik aku tido2 ayam…sambil sembang kosong hilang kan boring..sesekali aku layan lagu kat radio, untuk hilang kan kebosanan yg amat…(mcm cerpen doe aku tulis)..puiii..

Ok sambung…

Trafik bukan agak sesak..tapi memang sesak..aku menuju ke tol gombak.yg mana tol untuk ke luar ke pantai timur…sejam lebih aku stuck kat situ…

1.45AM
Aku Berjaya melepasi tol Gombak..ko ingat da lepas tol tu xjem la?? Lagi sekali aku di uji dengan trafik yg sesak..aku insan biase yg mana kadang2 menyumpah jugak bila ade org yg msk lane emergency..(jgn tiru aksi ini)..

Ok..sekarang aku nk bercerita secara serius..nanti x sampai lak mesej yg aku nak sampai kan…(sambil menghela nafas panjang)…

2:00AM (jam ni aku agak2 je..maybe yg tepat nye 2:05, xpun2:10..jgn hencap aku di atas kekurangan ini)

Masa ni baru je lepas dari tol Gombak..kereta dlm20km/j…adik aku hampir terlelap kat sebelah.aku biar kan..aku drive dgn yakin nye..aku da biase bawak kereta jauh..tapi aku akui aku xpernah balik time macam ni..aku selalu nye akan gerak subuh..tapi malam ni memandang kan jalan jem teruk, aku xterasa takut..yela kereta penuh bersesak atas jln raya kot..

Dalam beberapa KM selepas tu..aku xtaw berapa KM dari tol Gombak..yg aku taw jalan ikut bentong lama..aku taw bahaya jalan tu untuk gadis macam aku...aku xtaw kenapa,di saat aku dan semua yg lain tgh beratur panjang bersesak menuju ke kampung,tiba2 aku terasa nk bagi signal kiri…………………….”exit ke bentong lama”!!

***Org pantai timur mesti taw..actually aku xpernah taw..xpernah lalu..xpernah dengar pun sal jalan ni..yg pernah aku lalu karak lama je..karak lama selalu gak aku lalu kalo ngan abang aku la..karak lama 100xlagi better dari jalan ni…


Sambung….

Masa aku exit ke kiri aku da rasa pelik taw..logik akal x aku sebijik kereta je yg exit kiri sedang kan time tu kelajuan semua kereta atas jln raya hanya 20 ~ 30KM/J je memandangkan jem…nak kata aku sesat? Dah kali keberapa puluh ntah aku balik kampong…nak kata aku bengang ngan jem? Mungkinye..tapi aku xbodoh nak risiko kan diri masuk jalan macam tu hnya nak elak jem..nak kata aku piang?? Hmm ade la sikit kot…..tapi sampai sekarang aku masih tertanya2 kenapa aku exit kiri…………………………………………………

Korang xrasa lagi debaran nye kan..ok..ketakutan bermula………………………..

Bila aku exit ke kiri, aku hanya follow s.board kebentong..jam 2AM hnya kereta aku je..kurang seminit lepas aku exit tadi, aku terjumpa roundbout kecik, n aku amik pukul 9(bacaan jam utk r/bout)..means aku menuju kekiri…jalan tu bukit, bila mnuju ke kiri die agak curam…masuk xsampai 15saat aku masuk 1 jalan sempit..aku blur kejap, kereta bergerak sendiri tanpa tekan mnyak..tapi mungkin ‘sesuatu’ yg melalaikan aku…aku ternampak ade lori di depan..memang xjauh dgn aku….aku tekan minyak, speed xspeed mana pun lam hutan dgn jalan sempit nye…aku laju kan kereta dgn niat nak berada hampir dgn lori..yes! aku da masuk perangkap..aku da berada hampir dgn lori..maybe kalo ikut ukuran senang,umpama beza dalam 5biji kereta dgn lori tu…saat tu adik aku juz diam je..sesekali die pusing kiri kanan…

Keadaan jalan amat berliku...aku lupa liku yg ke berapa..aku memang xjauh dari lori tu..saat aku melepasi liku tu, tiba2 lori tadi xda..aku tgk kiri kanan, xda simpang..aku tgk jalan ke depan, xlogik die bole hilang sekelip mata dgn jalan yg macam ni..even die bawak 200KM/J sekali pun xlogik die terus hilang dari pandangan aku…masa tu memang aku rasa PANGGGGGGGG!!!!

Aku dan adik aku saling berpandangan…

Saat tu aku rasional…cuba rasional…jalan tu…aku xtaw macam mana nk bagitaw.maybe kalo lalu di siang hari ok je kot..tapi aku berada di situ pukul 2:30AM..jalan sempit,gelap gelita yg amat, kabus tebal gile, longkang besar…dan liku merbahaya…yg penting sekali aku sebijik kereta je...........

Dalam keadaan jalan amat gelap..kabus yg amat tebal..saat liku yg ke berapa aku da lupa, hingga la jumpa tokong .. memang sesuatu sangat saat di tokong tu..aku ternampak 'seseorang'..putih..segala nye putih..dari atas sampai bawah putih..serius! adik aku mula gelabah…bkn takut dgn apa yg die juga nampak..tapi gelabah sebab saat tu jalan tgh berliku..die tenang kan aku.."kabus je tu.."..die cuba saiko aku..die mintak aku henti kan kereta, die xyakin aku mampu bawak dalam keadaan macam tu…

Tangan aku sudah menggigil..lutut aku da goyang…telinga aku da berdengung…bulu roma dah mencacak…

Dalam hati aku baca ayat qursi…saat tu aku sangat takut..takut pada apa yg aku nampak, dan xmustahil akan jelma lagi.aku masih disitu! Dan aku juga takut pada org jahat………..tangan aku dah menggigil sepenuhnye..adik aku da naik kn suara mintak aku henti kan kereta..aku pandang keliling..segala nye hanya hutan ! NO! ini bukan tempat yg sesuai untuk berhenti….dalam hati aku berdoa..Ya allah bagi la aku jalan untuk aku u turn balik..jalan tu terlalu sempit, dan mmg xbole u turn dgn longkang yg besar..

Tiba2 datang sebijik kereta dari belakang…aku lega..

Aku : ade kereta..syukur..kite x sendiri kat sini…
Adik aku : jangan…terus kan pandu…dalam keadaan kite disini..jgn percaya kan sesiapa…tapi bawak hati2..xda ape2 nye…

**aku pikir ade betul nye cakap adik aku…kalo kereta tu org jahat?? Aku mula speed dalam jalan berliku…tiba2 kereta tu cucuk aku..masa tu memang debaran die hnya tuhan yg taw..dan tiba2 ade simpang kecik ke kiri,,aku tgk simpang tu…oh no…jalan tu lagi teruk dgn pokok kiri dan kanan saling bertaut..aku teruskan perjalanan manakala kereta tersebut masuk ke kiri…tiba2aku brek emergency! Sssssttttttt….adik aku tergamam..aku trs unlock kereta nmintak die bawak.adik aku bertindak pantas.terus die keluar dari pintu passenger n masuk ke pintu driver.aku lompat je dari dalam keta tu.nk keluar mmg x la..masa adik aku kalut tutup pintu kereta, smart tag yg aku letak dekat pemegang kereta terjatuh..adik aku terpakse bukak pintu kereta dan cari smart tag dalam keadaan gelap..tiba2 datang sebuah kereta myvi…dgn laju nye..aku dah risau..sebab kereta aku stop tgh jalan.bkn tepi jalan..terus aku tekan lampu kecemasan kereta..dan myvi tu brekkkkkkkkk….dgn adik aku yg masih di tgh jalanpegang smart tag..adik aku masuk kereta n lock..myvi tu maybe menyangka kamipenjahat, die trs reverse n potong kami dgn laju nye..aku tergaman sekejap.

Adik aku bawak kereta..aku xhabis dgn bacaan doa sepatotnye..apa yg aku nampak tadi masih terbayang..adik aku cuba tenang kn keadaan.cuba bernyanyi kecil.aku taw die pun cuakkkk..dalam 10 ~15min lepas tu..kami nampak myvi tadi da terbalik dalam longkang..ya allah..kami terpakse slow kn kereta sbb jalan sempit..adik aku cuma bukak tingkap 3inch je…bertanya kan keadaan.nak berhenti terus.maaf..kami bukan xmau tolong tapi keadaan macam tu kami xboleh bertindak berani..apa2 kemungkinan bole berlaku…2org brader tu OK..die cakap baru dapat coverage.die da kol, sape die kol xtaw..adik aku ade offer nak kiteorg tolong kol polis ke x, die cakap xpe semua da setel..n kami berlalu..bukan xmo tumpangkn die.tapi kami xberani…

Kami terus kan perjalanan … dgn jalan berliku… sesekali aku nampak ade mcm kem..kem ape xtaw..tapi semua nye gelap gelita….
Hingga lah pada liku yg ke berapa aku xtaw..dalam keadaan kiri kanan hnya hutan..adik aku perlahan kan kereta bila melalui liku yg agak bahaya..dengan cahaya lampu kereta..aku terpandang ke kiri…jelas seorang lelaki berdiri di tepi jalan..adik aku juga pandang tempat yg sama…berpakaian kasual,beg sandang……….aku pandang sekeliling..segala nye hutan..xda rumah orang…siapa die? Kami sama2 diam..sb kami sama2 paham mustahil itu orang berdiri di tengah hutan pukul 2:30AM…adik aku pecut..aku cuba baca ayat qursi dan ayat 1000dinar..aku xnafi kan, saat tu semua bacaan doa aku berterabur? Mungkin aku tgh gelisah, kecut, menggigil…………adik aku mintak aku pejam kan mata dan tido..aku xpaham kenapa…adik aku Cuma mintak aku tunduk kan kepala….aku turut…aku pejam kan mata…..

Dan setengah jam kemudian aku nampak cahaya kereta seakan bersusun atas jln raya…..

Yesssss…kami sampai bandar bentong!! Ye aku da keluar ke jalanraya…aku da masuk bersama kereta2 yg jem tadi..yaaa..sepatot nye ini lah barisan yg patot aku lalui tadi…aku patot berbaris dgn kereta ini smua..yes…aku da selamat…aku gembira tgk kereta jem berbaris di jalan raya…aku hepi sangat…aku xkisah jem…aku janji xkan menyumpah dah bile jem…ini lah barisan tadi…ini lah barisan kita…yg ikhlas berjuang..hahaha..memang aku hepi giler saat tu….
aku bukak cermin n menjerit sekuat hati..sampai bentong aku berhenti rehat..cuba tenang kn pikiran..lapang kan dada…n adik aku yg drive sepanjang jalan sementara aku zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz………………………………………

Sampai kampong…femli aku pelik..waaa…tgk berita jalan jem awal gak korang sampai….aku dalam hati..’mana x awal..aku masuk short cut kot…aku dah save 3 4 jam…’ huhu….

Kami bercerita perihal semalam pada femli…dan adik aku mula buka mulut kenapa die mintak aku pejam mata..sebab lelaki yg same yg kami tgk berdiri di tepi jalan tu, org yg sama, pakian yg same masih ade berdiri di jalan depan…..kan die kat belakang tadi…lau aku nampak mst aku histeria….itulah pengalaman aku……

Kisah Seseorang Yang Dibuka Hijabnya



salam..
ape yg aku nak ceritakan kat sini adalah kisah benar yg diceritakan oleh seorang sahabat.pengalaman dirinya sendiri.percaya atau tak terpulang la kat korang sendiri.

member aku ni namenye arman..die ni ade keistimewaan tersendiri iaitu matanya boleh tgk benda2 yg kite tak boleh nampak.senang cakap benda2 halus ni la.lagi senang kalau aku kategorikan dia ni sbg org yg hijabnya dah dibuka oleh Allah swt.tak perlulah aku cerita mcm mana aku tau dia ni ade kebolehan tu.tapi cukup la aku cakap yg asalnya memang dia tak nak cerita.panat aku desak punya desak akhirnya dia bagitau jugak.katenye die ade kebolehan ni dari kecik lagi.tapi biasa la masa budak2 tu ape la yg dia ni tau.antara pengalaman yg dia ingat dan kongsikan dgn aku macam ni......

mengikut yg disampaikan oleh ayah n ibunya,memang sejak bayi lagi die ni kuat menangis.lepas tu mate duk terbeliak dan melilau2 tengok merata.biasa la budak2 kecik ni orang cakap kena tegur la ape.so tak la menjadi suatu yg terlalu pelik bagi orang tuanya.sampai la dia ni dah besar sikit dalam 2,3 tahun mcm tu dia start boleh berfikir.katenye masa tu die selalu nampak macam2 benda pelik dalam rumahnya.macam2 rupa ada.ada yg besar,kecik,panjang,pendek,bulat??..dan biasanye dia memang takut dan akan menangis la bila nampak.tapi tak la kerap atau tiap masa dia akan nampak semua tu.benda ni boleh dikatakan jadi tetap,bila dia ni umur dlm lingkungan remaja gitu.dia ni dulu keje dekat kilang je..biasa la kalau kene keje malam tu.so boleh katekan ade je la yg dia ni nampak dan kacau hidupnya.sampai ada satu masa arman ni dapat tekanan perasaan.ye la bayangkanla kalau diri kite ni nampak hantu direct je.ape rasenye?ni bayangkan tiap masa...

contoh ade 1 malam tu tgh keje la ni.yg keje malam tak ramai so rehat ikut turn la..jadi masa tu tinggal die ni ngan ade la 2 orang lg je tgh keje.masing2 sibuk dgn keje masing2.tibe2 katenye die nampak dekat member die yg sorang ni,belakangnye ade terpacak 1 lembaga rambut panjang lusuh,berdiri tegak belakang mamat tu sambil lidahnya duk terjelir panjang menjilat kepala mamat tu..penuh la muka mamat ni dengan air liur benda tu.si arman ni pun menggigil la 1 badan.nak keluar suara pun tak mampu.nak dikuatkan jugak hatinya nak bagitau mamat tu dirasakan mcm tak patut.dan tak mungkin dia percaya..so didiamkan je.dan benda tu mcm perasan yg arman ni boleh nampak die.benda tu tenung je arman ni dan terus ghaib..berpeluh2 si arman ni melihatkan kejadian tu.tapi mcm biasa bila setiap kali jadi perkara mcm tu,dia cuba menidakkan dan anggap tu cuma khayalan dia..tapi perkara mcm tu tak pernah putus2 berlaku..

kejadian ni berlaku dalam lingkungan masa arman ni belum dapat terima hakikat kebolehannya lagi.dia masih was2,takut dan tertekan.masih panjang dan banyak lagi kisah dia ni sampai la sekarang yg mana dia dah boleh terima kenyataan dan gunakan kebolehan tu sbg amanat utk membantu org.ade jugak kisah2 dan pengalaman dia masuk ke alam bunian.ade la dia ceritakan kat aku keadaan alam tu.mmg luar dari bayangan kita..spesis2 makhluk atau hantu yg dia pernah namapak,berbeza dan banyak lagi rupenye dr ape yg kite selalu tgk atau bayangkan selama ni.dari sekecik2 mcm anak ayam,sampai la besar mcm gajah..aku just nak share je kisah2 menarik dari sahabat aku ni..tapi korang berminat ke nak tau lg kisah die ni?kalau minat nanti aku sambung lg..kalau korang rase mengarut dan tak percaya takpe la.aku stop kat sini je.mod boleh lock thread ni...tQ.