-->

Wednesday, September 30, 2015

Misteri Jam 12 - Pintu Bilik diketuk oleh Orang Sebelah di Asrama Sekolah di Port Dickson



Kisah Orang Sebelah

Assalamualaikum DJ KC dan para pendengar Mister Jam 12,

Saya Bobby dari Skudai, Johor Bahru. Saya ada sebuah cerita ringkas yang ingin dikongsi dengan KC dan para pendengar, walaupun kisah ini bukan saya yang alami tapi bagi saya, cubalah bayangkan kalau kita yang kena.

Kisah ini diceritakan oleh rakan saya ketika kami sedang menetap di asrama sekolah di Port Dickson. Memandangkan kami duduk di asrama, cerita hantu sajalah yang menjadi penglipur lara kami. Pada masa itu kami sedang bercerita tentang hantu, sedang kami bercerita seorang kawan saya mencelah dan menceritakan tentang cerita seram di salah sebuah asrama sekolah di Malaysia. Ceritanya berbunyi begini…

Ada sebuah asrama ni, pada minggu pelajar balik kampung, ada beberapa orang saja yang tinggal di dalam blok. Adalah seorang hamba Allah ni, yang tiada rezeki untuk balik ke kampung halaman, tinggal di dalam bilik/dorm seorang diri.

Dipendekkan cerita, pada malam kejadian, si hamba Allah ni sedang menggosok bajunya, tiba–tiba, pintu biliknya diketuk. Dia bertanya, "Siapa tu???” Kedengaran jawapannya, "Orang sebelah...” Si hamba Allah menjawab, "Sekejap ye...”
Jadi, si hamba Allah ni tertanya-tanya, “Eh, bilik sebelah ni ada yang tak balik ke???” Namun dia hanya anggap tiada apa-apa yang berlaku. Sedang dia tertanya-tanya, pintunya diketuk lagi dan dia bertanyakan siapa yang mengetuk, maka dijawabnya lagi, “orang sebelah”. Dan si hamba Allah ni menjawab “Kejap ye, tengah gosok baju...”

Selepas selesai menggosok baju, si hamba Allah ni terlelap dan terlupa pasal orang sebelah tadi. Dalam beberapa jam dia terlelap, dia terbangun kerana pintu biliknya diketuk. Si hamba Allah ni tanya dalam keadaan separuh sedar.

HAMBA ALLAH: Siapa tu???
YANG MENGETUK: Orang sebelah...

Barulah dia ingat yang tadi ada orang memanggilnya. Lantas dia pun terus membuka pintu dan dia amatlah terperanjat bahawa orang yang mengetuk pintu tadi betul-betul “ORANG SEBELAH” (SEPARUH BADAN SAHAJA!!!).

Itu sahaja dari saya. Assalamualaikum.
Wa'alaikumussalam. Terima kasih Bobby!!!

Friday, September 11, 2015

Misteri Jam 12 - Hantu Tingkap Bilik Rumah



Dikongsi oleh Kak Fatimah
Dibaca oleh KC

Akak ingin berkongsikan pengalaman seram dan misteri yang akak alami. Kisah yang ingin akak kongsikan adalah mengenai sebuah misteri di tingkap rumah selepas kematian arwah nenek akak.

Semasa arwah nenek akak masih ada di rumah akak, dia selalu memanggil-manggil akak dengan nama timangan “imah” kerana meminta tolong buatkan sesuatu. Tetapi, sejak kematian arwah nenek, akak seringkali terdengar seolah-olah arwah nenek akak memanggil akak dengan nama timangan. Suaranya kedengaran sangat dekat di telinga akak. Sekali kali kadang-kadang terdengar suara itu datang dari luar tingkap rumah akak. Kadang-kadang akak pernah terlihat kelibat seakan akan muka arwah nenek akak di luar tingkap rumah tersebut.

Walaubagaimanapun, gangguan ini berlaku hanya untuk beberapa kali sahaja sebelum akak memanggil seorang ustaz untuk membersih rumah ini dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Itu sahaja kisah dari Kak Fatimah….

__________________________


Seterusnya, adalah juga kisah mengenai pengalaman seram tingkap rumah..


Dikongsi oleh Imran
Dibaca oleh KC

Ketika saya sedang duduk di ruang tamu pada waktu malam, saya terperasan macam ada orang sedang berada dekat tingkap bilik tidur saya. Tapi setiap kali saya toleh, tidak ada sesiapa pun di sana.

Dan apabila saya masuk di dalam bilik kerana ingin lelapkan mata untuk tidur, saya dikejutkan dengan lembaga yang agak tinggi sangat-sangat sebabnya saya nampak samaran sahaja wajah makhluk yang menakutkan itu. Bila saya katakan saya nampak, bukan secara fizikal saya bangun saya nampak, TIDAK.  Waktu tu, saya dah masuk bilik, saya tengah baring dekat atas katil;. Kemudian, saya terlelap sampai saya tertidur. Dalam keadaan saya tidur tidak sedarkan diri, saya bermimpi di tingkap bilik rumah saya ini, ada sejenis makhluk yang tinggi berdiri..jadi sebab itulah bila saya bangun, saya dapat rasakan seolah olah apa yang saya mimpi, benar benar terjadi di alam realiti..



__________________________


Seterusnya, adalah juga kisah pendek mengenai pengalaman seram tingkap rumah..

Antara gangguan yang menghantui saya lazimnya waktu malam. Ketika saya sedang berbaring di atas katil, saya terdengar seperti ada orang memanggil “psssttt pssttt”… Jadi, lumrah manusia jika terdengar ada orang panggil, saya akan menoleh ke tingkap (tempat di mana terdengar bunyi tersebut). Memang tak nampak apa-apa, tapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Dan akhirnya pada suatu malam, apabila saya berbaring di atas katil membaca buku seorang diri, saya terperasan macam ada benda berlegar-legar dekat jendela (tingkap) bilik tidur saya (ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan). Tetapi yang hairannya, setiap saya menoleh untuk memandangnya, benda itu hilang dari pandangan. Setiap kali ada sesuatu benda kat tingkap, bila saya toleh je, benda itu hilang entah ke mana.

Yang paling menakutkan apabila waktu tu seorang teman saya datang ke rumah saya lepak-lepak pada malam tu. Kemudian, saya suruh la teman saya masuk ke dalam bilik untuk mengambil bantal. Jadi, teman saya masuk dalam bilik nak ambil bantal atas katil, tiba-tiba dia terperanjat dan dia memberitahu dia taknak lagi masuk bilik saya, kerana dia menceritakan kepada saya dia ternampak seorang wanita berada di luar tingkap bilik tidur saya dan memandang ke arahnya.

Itu sahaja, sekian…

Friday, September 4, 2015

Wabak Zombie - Benar-Benar Akan Terjadi? - Sekadar Teori



Assalamualaikum....

Seperti yang kita lihat di dalam kebanyakan filem-filem seram dari negara-negara Barat yang bukan berdasarkan sesuatu yang tidak logik (seperti hantu, lain-lain benda ghaib), tetapi berdasarkan sesuatu yang (kelihatan macam) logik, iaitu sejenis virus yang merebak melalui gigitan dan udara, di mana sesiapa yang terkena jangkitan ini, berkemungkinan akan menjadi zombie selepas seseorang itu mati ataupun setelah seseorang itu kehilangan banyak darah.....

Penghasilan filem-filem tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi penonton tidak kira tua atau muda..

Ada yang berkata semua ini mengarut, ada yang mengatakan benda ini adalah sesuatu yang unik, sehinggakan ada yang sanggup ingin melihat terjadinya wabak zombie dalam kehidupan sebenar..

Kenapa mereka ingin wabak zombie ini benar-benar terjadi?
  • Kebebasan. Itulah sebenarnya jawapannya... Bagi yang menginginkan wabak zombie ini benar-benar terjadi, sebenarnya mereka sekarang berada dalam tekanan hidup.. Sebab itu mereka mengharapkan sesuatu bencana besar berlaku (bencana yang hanya memusnahkan manusia, dan bukan memusnahkan barang-barang lain, pokok, makanan, bangunan dan sbgnya)..dan bencana tersebut adalah wabak zombie...Bila terjadinya wabak zombie, manusia akan BEBAS DARI SISTEM yang manusia cipta di bumi ini, dan mereka bebas melakukan apa saja...
  • Sukakan cabaran. Ada juga yang memang sangat meminati sesuatu yang mencabar seperti survival. Mereka sangat meminati aktiviti-aktiviti seperti berkhemah di dalam hutan, atau tinggal di dalam hutan dan membina tempat teduh sendiri, memburu makanan sendiri dan sebagainya. Tetapi bagi mereka, aktiviti-aktiviti itu tidak terlalu mencabar sehinggakan ada di antara mereka sanggup mengharapkan adanya Wabak Zombie ini.


Namun, jika diikutkan secara logiknya, tidak mungkin manusia yang meninggal, boleh hidup kembali...

Wallahualam...



terima kasih...

Thursday, September 3, 2015

Misteri Jam 12 - Misteri Sebuah Rumah Apartment Shah Alam

Cerita oleh Juliana...
Dibaca oleh KC Misteri Jam 12



Saya menetap di sebuah apartmen yang saya sewa. Harga menyewa apartment ini, sebulan dalam RM1200. Saya tinggal bersendirian. Saya tidak suka tinggal bersama rakan-rakan dan mengharap mereka untuk keluarkan duit untuk sama-sama membayar rumah sewa. Sebab pengalaman saya sebelum ini, sudah dua kali, di dua rumah yang berbeza, di mana waktu itu saya mengajak rakan-rakan sewa bersama.. dan sampai masa untuk meminta duit untuk dibayar, sesetengah rakan saya ada yang cakap "ala takde duit lagi la sekarang, nanti la",, dan menyebabkan saya yang menjadi mangsa terpaksa tolong bayar dahulu duit mereka..dan kadang-kadang sampai mereka terlupa nak bayar balik pada saya..

jadi, sebab itu lah saya tidak pernah mengajak teman-teman untuk menyewa rumah bersama..takpe, saya tinggal sorang-sorang takpe...janji tak sakit hati...

dan sebab itulah saya menyewa di apartmen ini (yg berharga RM1200 sebulan) bersorangan.. apartment ini mempunyai dua bilik tidur, ruang tamu, dua tandas, dapur dan berada di Tingkat 7..apartmen ini terletak di Shah Alam (maaf, saya tak nak sebutkan nama apartment ini)..

Bila saya tinggal di apartmen ini, hati saya rasa senang dan tenang sebab tempatnya cantik... di apartmen ini juga tersedia kolam renang dan lain-lain kemudahan....

Berbalik pada kisah pengalaman seram yang saya tidak dapat lupakan,,

Sejurus mendapat kunci rumah apartmen ini..saya ingat lagi, saya berjumpa Agen rumah ini untuk mengambil kunci... saya masih ingat lagi, Ejen tersebut langsung tidak membawa saya ke rumah yang nak disewa itu. Malah, saya diberi kunci dan dibenarkan untuk berpindah.. Sewa untuk bulan yang pertama, tidak perlu saya bayar. Dia akan kenakan bayaran pada saya untuk bulan yang KEDUA ke atas.. Dalam rumah itu siap lengkap dengan perabot....

Mula-mula saya duduk di rumah itu rasa agak takut juga menyebabkan saya terpaksa tidur dalam keadaan lampu terbukak, lampu ruang tamu pun terbuka...tapi makin lama saya duduk rumah tu, makin hilang rasa takut saya...sehinggalah menjelang hari kelapan saya duduk di rumah tu, suatu kejadian menakutkan berlaku......

Saya dapat rasakan ada gangguan..

antaranya, waktu saya sedang TERtidur di ruang tamu ketika menonton televisyen, tiba-tiba saya terjaga kerana bunyi televisyen yang amat kuat (seolah-olah ada seseorang yang menguatkan bunyi televisyen tersebut)..bunyi desiran pasir yang sangat kuat (bunyi siaran televisyen tamat..orang yang pernah rasa televisyen lama, tau la bagaimana bunyinya)

saya pun bangun, matikan televisyen tersebut dan masuk ke bilik untuk sambung tidur... sebaik sahaja saya ingin lelapkan mata, tiba-tiba bunyi desiran pasir di televisyen tadi kedengaran kembali (seolah-olah ada orang menghidupkan kembali TV tadi)..

Agak takut saya masa tu, dalam hati saya, "ya Allah, siapa pulak ni?",,

saya pun bangun, pergi ke ruang tamu, dapat saya lihat TV tu sedang menyala...oleh kerana mengantuk sangat, saya buat tak tahu je..saya matikan TV tu dan terus masuk bilik untuk sambung tidur..baru nak lelapkan mata, tiba-tiba berbunyi lagi TV tu....

saya bangun lagi, kali ni bulu roma saya meremang...dan saya berasa takut la untuk ke ruang tamu..saya berjalan perlahan lahan menuju ruang tamu sambil menjerit "hoii, tolong la..aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku la,, tolong la"... sesampai je di depan, saya matikan TV dan saya cabut PLUG yang ada supaya TV tu takkan mampu untuk dihidupkan kembali..

saya baring, saya belum tidur,,

saya cuma tunggu je..

ternyata gangguan itu sudah tiada lagi...
tunggu punya tunggu, akhirnya saya terlelap...

malam yang ke 9, tiada gangguan..
begitu juga malam yang ke 10...

tetapi, menjelang malam yang ke 11, waktu tu, mohon maaf, tubuh saya kurang bersih, maklum lah, penyakit perempuan yang datang setiap bulan..saya pula dalam rumah sedang duduk atas katil, sedang membelek belek hanfon saya tengok instagram...saya terperasan macam ada orang lari dekat ruang tamu dari satu sudut ke satu sudut..benda itu lari melepasi bilik tidur saya...saya pun bangun, pergi ke pintu bilik saya, dan hanya memandang ruang tamu dari pintu bilik saya...saya pandang kiri kanan, memang tak nampak sesiapa...

saya pun sambung bermain handphone....sekali lagi, nampak seakan akan ada orang lari...saya pun pusing lagi tengok sambil menjerit "dah laaa,, jangan kacau aku la"...saya menjerit bukan sebab nak halau ke apa ke...tapi lebih kepada nak memberi keberanian pada diri...sebab saya seorang diri, saya kena tunjuk yang saya berani...jadi, saya pun mengiringkan badan..bila saya mengiringkan badan, belakang saya adalah pintu bilik saya..

ok..lepas tu, saya terdengar sesuatu...saya tak pasti apa yang saya dengar itu, tetapi selepas saya dengar itu, saya terus takut nak terus tinggal dalam rumah..

dengan sayu sayunya suara itu, ia berkata "beraniiii kauuuu"..

saya langsung tak berani toleh..saya terpaksa mendiamkan diri dan tidak endahkan gangguan itu...mulut saya terkumat kamit membaca ayat al-Quran...

sambil dalam hati berkata, mungkin ini la sebabnya kenapa untuk bulan pertama tidak perlu bayar....

saya pun mengambil keputusan untuk bercakap dengan jiran saya....
saya pun pergi ke rumah jiran saya, dan mengetuk pintu rumah jiran..
saya ketuk2, takde orang...pergi rumah sebelah lagi, takde orang...
sampailah rumah keempat, baru lah ada orang...

saya pun bagitahu la kat dia yang saya tinggal di rumah hujung sana (sambil menunjukkan rumah saya itu) dan saya cakap la pada dia, saya ada benda nak tanya...

sejurus selepas itu, terus dia tanya "awak dah masuk ke belum rumah tu? kalau belum masuk, bagus lah,, jangan ambil rumah tu"

saya pun terdiam sebentar..dan bertanya "errr , kenapa ea?"..

dia pun membalas "rumah tu, dengar dengar khabar, tuan rumah ada bela jin...dan jin tu nak mencari penyewa(tuan) baru,, nak-nak kalau penyewa baru tu pompuan dara macam awak ni"

saya ada bertanya beberapa orang la yang tahu pasal benda ini...dan dipendekkan cerita, kemungkinan rumah itu hanyalah sebagai tempat santapan jin..sebab itu lah tuan rumah itu bagi PERCUMA untuk sebulan yang pertama...untuk memberi jin tu merogol penyewa baru....wallahualam..

itu sahaja

terima kasih...

Misteri Mimpi dikejar Wanita Yang Menyeramkan



Assalamualaikum...

di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang agak misteri dan pelik...

Al kisahnya bermula,

Ada sepasang kekasih ini, Azri dan Anis, sudah lama diorang berkapel.. Dikatakan pasangan ini pasangan yang sangat sweet di tempat diorang belajar dulu...diorang berkapel hampir 5 tahun lamanya semenjak waktu sekolah lagi... Sebenarnya sebelum diorang kapel lagi, Azri sebenarnya pernah melihat Anis ketika diorang masih kecil kerana dulu diorang sebenarnya berjiran.

Dipendekkan cerita,
setelah 5 tahun lamanya, setelah pelbagai cerita pahit dan manis sepanjang hubungan mereka itu, akhirnya diorang mengambil keputusan untuk berkahwin...

lagi pun, masing-masing semua dah bekerja...
Setelah pelbagai dugaan yang dihadapi oleh Azri dalam kehidupannya untuk mencapai kejayaan, akhirnya takdir meletakkan Azri di sebuah syarikat elektronik yang sangat terkenal iaitu syarikat Intel...dia bekerja sebagai Engineer dalam bahagian IC Design...
Anis pula, pernah menjadi Chef di sebuah hotel, dan akhirnya berhenti dan berjaya mencapai impiannya untuk membuka Kafe sendiri dan alhamdulillah kafe tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan...

Setelah dua bulan selepas mereka berkahwin, suatu hari, Anis mendapat mimpi yang sangat misteri. Mimpi itu menunjukkan Anis sedang memimpin tangan seorang budak kecil di sebelahnya.. Tiba-tiba muncul seorang wanita berpakaian serba putih, berdiri kaku (dalam 10 meter ) di depannya, Mata wanita itu agak layu, kelihatan mukanya pucat seperti tidak bermaya, dan tangannya perlahan-lahan (dari sisi) bergerak ke atas sambil menunjukkan budak yang dipimpin oleh Anis itu... Dalam beberapa saat, Secara tiba-tiba wanita itu bertindak berlari ke arah Anis dan mengejar Anis. Anis terus mengangkat budak ditepinya tadi dan terus berlari sekuat-kuatnya dan akhirnya Anis tersedar dari mimpi.

Setiap hari, Anis mendapat mimpi yang sama...Sehinggalah suatu hari tu, anak dalam kandungan Anis dilahirkan. Anis mendapati muka anaknya itu sebijik sama dengan muka budak yang muncul dalam mimpinya itu. Setelah beberapa hari selepas anaknya dilahirkan, Anis masih lagi bermimpi benda yang sama, sehinggalah suatu hari itu, Anis  bermimpi budak kecil (anaknya) yang dipimpin di sebelahnya itu bertindak melepaskan tangannya dan berlari ke arah wanita misteri di depannya itu. Kali ini wanita misteri itu tersenyum(senyuman yang sangat menakutkan). Anis cuba berlari ke arah anaknya itu untuk menghalang dari diambil oleh wanita itu, namun pergerakannya seolah-olah berada dalam keadaan slow-motion.. Anis tetap cuba berlari sedaya upaya sambil menangis...cuba cuba dan cuba, akhirnya Anis terjaga dari mimpi...Anis pun cepat-cepat pergi ke katil anaknya, dan kelihatan anaknya sudah tiada... Tiada apa yang boleh dilakukan Anis selain dari menangis dan menjerit sekuat hati...

dalam beberapa minit, Anis terdengar sayu sayu suara tangisan seorang budak, dan Anis yakin suara itu adalah suara anaknya... Anis terus bergegas mencari di mana suara itu..Puas Anis mencari, dan akhirnya Anis menemui anaknya di luar rumah (luar pintu pagar rumah).. Anis terus bergegas masuk ke bilik bersama anaknya..

Adakah kejadian ini adalah cubaan 'orang bunian' untuk mengambil anaknya?
Atau kejadian ini hanyalah suatu kebetulan sahaja, dan anaknya cuma mengigau sampai ke luar rumah?
Tapi agak mustahil jika dikatakan anaknya mengigau hingga ke luar rumah, kerana anaknya yang baru sahaja berusia berapa bulan itu belom mampu lagi untuk berjalan..

Semenjak dari kejadian itu, Anis tidak lagi mendapat mimpi tersebut......

Sekian..