-->

Saturday, October 31, 2015

Kisah Seram di kampung tok, Baling, Kedah



Tempat = Kampung Tok (Baling,Kedah)
Masa = Zaman kanak² tahun x ingat.
Ahli = Ramai.. Raya Ke-3
Suspek hantu = Xpasti.



Crite ni berbunyi cmni..
Kejadian ni berlaku pada aku zaman kanak² x ingat sangat tahun bile. Masa ni hari raya puasa ke 3, maklumlah bile hari raya ramai la sanak saudara berkumpul, riuh lah kawasan rumah Tok aku ni. Rumah Tok aku ni jenis rumah teres corner lot so ruang tepi tu luas bole dikatakan tempat melepak sebab ade pangkin & kerusi rotan yg boleh berbuai.

Pada malam hari raya ke 3 tulah kejadian ni berlaku. ramai yg x senang duduk sebab x sangka jadi kt family kita org.
Dalam pukul 10 lebih tetiba angin kuat then selang dgn hujan turun. aku dgn sepupu tengah syok² layan bunga api masa tu jadi terbantut la bru nk enjoy da hujan. Waktu tu dh dengar tok panggil masuk sebab angin kuat sangat. Masa kita org nk masuk tetibe blackout ramai² la terkejut ngan menjerit. Faham² je lah da gelap.. apa pun xboleh nk nampak.

Waktu kita org kat dalam, macam ade sesuatu je kt luar tengah duduk atas kerusi rotan.. bunyi kerusi tu "kreekk..krekkk.krekk.." mungkin sebab angin kuat menyebabkan kerusi rotan tu berbuai. Kita org ape lg.. dok perhatikan la dr pintu rumah masa tu mmg x nampak apa pun sebab gelap sangat. Tok aku masa tu ingat ada la cucu dia dok main kt luar lg..then boleh pulak dia panggil masuk.aku ingat lagi ayat dia.. "Sape kt luar tu..mai la masuk..jgn dok main hujan nanti demam".

Aku ngan sepupu aku terpinga-pingalah dok tgk sape lg yg x ada. aku kire semua sepupu aku ade je kt dalam lepas tu kite org pandang sesama sendiri. Kite org berbisik.. Tok panggil sape lg tu? semua muke dok blurr je.. then kita org tgk balik kt luar. Masa nk tgk kt luar tu kilat punya kuat..kawasan halaman rumah jadi cerah terang menerang.. perghh punya kite org terkejut.. rupe²nya ade benda tgh duduk atas kerusi rotan tu.. macam kelibat org tua.. dia punya janggut punyalah panjang sampai ke lantai.. Ramai² la kite org bertempiaran lari ketakutan..biarkan pintu terbuka. ada yang menjerit dgn menangis sebab takut.. faham² je lah budak².

Bila da riuh rendah dalam rumah. Makcik aku tanya knapa? Sepupu aku yg sorang ni gi crite ape yg dia nampak kt depan rumah. Masa ni kite org yg budak² ni da kecut perut.. menggigil tak yah crite la..semua ada rasa..jantung berdegup punyalah laju + nk terkencing pun ade..
Mujurlah makcik aku ni ustazah. dia dgn tok lang aku ni pandai bab agama skit. so dia org pergi kt luar dgn berbekalkan lampu picit. dok suluh kt tempat kite org nampak benda tu sambil mulut dok baca apa ntah. aku tak tahu.. lama jugak dia org dok kat luar tp x bagi sesiapa pn keluar rumah, maybe takut kena sampuk la rasenya..

Bila makcik dgn tok lang aku masuk rumah. dia org cakap dah xde ape². fuhhh punya kami rase lega.. gile x happy..benda yg menakutkan da xde..tp rupenya sangkaan kite org meleset..
Sepupu pompuan aku sorg ni tetiba terasa nk buang air. so kite org yg ramai² teman lah dia pergi tandas mujur lah tandas tu dekat dapur.. Masa tu kat dapur memang ada makcik² kita org tgh basuh pinggan rasa lega la sikit. sampai je kt tandas kite org tgk ada org dalam tandas.. so kite org tunggu la..mcm bunyi org mandi.. tuala pun tersangkut kt pintu bilik air. tuggu punyalah tunggu da dekat 15minit.. xsudah lg mandi. tetiba tuala tu mcm ada org tarik..sreeeettt.. ingatkan da siap.. tp senyap je lepas dia tarik tuala tu.. Sepupu aku yg nk buang air ni da xboleh tahan..hilang tahap kesabaran dia.. dia pun terus pergi kt pintu bilik air tu masukkn tangan dekat celah² pintu terus tolak pencangkuk pintu.mujur masa tu pintu bilik air x brape rapat sebab untuk safety org² tua yg guna.klu apa² berlaku senang buka dari luar.Masa sepupu ak tolak pintu bilik air kite org tgk xde sape pun kat dalam.. punya la hairan bin ajaib.. mula la kite org lari berterabur ke tengah rumah.

Makcik dgn toklang aku macam seblm ni..dok baca² ayat suci alquran. dok halau benda tu. malam tu mmg kite org tidur dalam gelap..
So abis sudah crite aku yg x brape nk seram ni.. nti aku blanje crite laen pula. 

Alam Dewa dalam Buddhisme



Di dalam Ajaran Buddha, Dewa adalah salah satu hidupan yang dalam Kitaran Hidupan selain Manusia, Asura, Haiwan, Hantu Lapar dan Naraka.

Hidupan ini mendiami suatu alam yang dipanggil Syurga disebabkan tahap Kesenangan di dalam Dewa amat berbeza dengan apa yang di alami di alam Manusia.

Definisi Syurga di dalam Ajaran Buddha berbeza dengan definisi Syurga di dalam Agama Abrahamic (Jew, Kristian dan Islam). Mana-mana hidupan yang berjaya lahir di Alam Dewa bergantung kepada Merit yang telah dilakukan pada masa hayat lepas.

Dewa mempunyai jangka hayat yang amat lama (ada yang hanya berusia hampir 1,000,000 tahun sehingga ada yang berusia puluhan Trilion tahun). Walaubagaimana pun, Dewa juga TIDAK terlepas dari mengalami kematian setelah mengalami jangka hayat yang lama. Bergantung kepada Merit yang telah dilakukan, ada yang akan lahir di masa hayat akan datang di dalam Alam Dewa yang lebih tinggi atau ke alam yang lebih rendah seperti Manusia ataupun Haiwan.

Menurut Ajaran Buddha, tiada satu pun Dewa yang wujud ini patut disanjung, disembah kerana Dewa masih lagi berada berada di Alam Samsara (Reincarnation) sama seperti Manusia, Haiwan dan lain-lain.

Disebabkan Dewa mempunyai jangka hayat yang amat lama dan terlalu gembira dengan keseronokan, Dewa terlalu LALAI dengan hidupan di Syurga yang hanya menyebabkan Dewa semakin jauh dari keingginan untuk mencapai Nibbana (Pencerahan).

Para Dewa mendiami 3 alam berbeza.


Alam-alam tersebut adalah
1) Kamadhatu
2) Rupadhatu
3) Arupadhatu

------------
KAMADHATU -

 merupakan alam Dewa paling rendah dibandingkan dengan Rupadhatu dan Arupadhatu.

Di Alam Kamadhatu mempunyai tingkatan Syurga dari yang paling tinggi ke terendah.

Parinirmita-vaśavartin adalah tingkatan Syurga paling tinggi. Dewa di dalamnya mempunyai berketinggian 1400 m dan jangka hayat 9,216,000,000 tahun.

Nirmānarati dihuni Dewa yang ketinggian 1140 m dan jangka hayat adalah 2,304,000,000 tahun.

Tusita pula Dewa dengan ketinggian 910 m dan jangka hayat 576,000,000 tahun.

Yama adalah Syurga terendah dihuni Dewa dengan ketinggian 690 m dan jangka hayat 144,000,000 tahun.

-----------
RUPADHATU -
alam Dewa yang lebih tinggi daripada Kamadhatu. Penghuni di alam dipanggil para Brahma.

Selain itu, di alam ini para Dewa Rupadhatu tidak mempunyai apa-apa jantina sama ada lelaki atau perempuan.

Dewa Rupadhatu berbeza dengan Kamadhatu kerana di alam ini tidak terpengaruh dengan keseronokan Syurga Kamadhatu. Dewa Rupadhatu menghabiskan jangka hayat yang amat-amat panjang dengan berSamadhi (meditasi) yang dipanggil dhyana.

Terdapat 4 jenis dhyana...Dewa Brahma yang mencapai tahap Dhyana Keempat menghuni Alama Rupadhatu ke-2 tertinggi manakala Brahma yg mencapai Dhyana pertama berada di alam Rupadhatu terendah.

Brahma terendah iaitu Maha Brahma disebabkan lahir di alam ini keseorangan telah menganggap dirinya sebagai Pencipta Alam hanya disebabkan telah wujud sebelum Alam Semesta wujud.

Brahma inilah Dewa yang disembah oleh kebanyakan penganut Hinduisme dan dianggap yang Maha Esa oleh penganut Hinduism.

Or maybe some sort of 'God' yang disembah penganut Agama Abrahamic.

------------
ARUPADHATU -
Dewa yang menghuni di dalamnya tidak mempunyai apa-apa fizikal dan lokasi kewujudan. Alam ini juga sendiri tidak bertempat.

Dewa Arupadhatu menghabiskan jangka hayatnya yang amat-amat panjang dengan berSamadhi dan dianggap setara dengan Pencerahan (Enlightenment).

-----------------------------------
Ini sedikit sebanyak yang aku traslate pasal Dewa mengikut Ajaran Buddha. Ramai Muslim yg tersalah anggap Dewa ni adalah Tuhan yg disembah penganut Buddha.

Paling HARU sekali, ada yg anggap penganut Buddhisme ni menyembah Buddha...walhal Buddha bukanlah Tuhan, dia hanyalah salah satu RIBUAN Buddha yg pernah lahir di Bumi sejak ratusan ribu tahun lepas - Manusia yg mencapai Pencerahan (Enlightenment).

Sebenarnya tidak, sebab dalam Ajaran Buddha TAK WUJUD apa yg dipanggil TUHAN. Dewa tidak lebih hanyalah hidupan2 di Alam Samsara (Kitaran Kehidupan @ reincarnation). Bergantung pada Merit yg dilakukan semasa hayat, ada yang akan lahir di Alam Dewa yg lebih tinggi atau 'Jatuh' ke alam yg lebih rendah seperti Manusia atau Haiwan.

Mana-mana Dewa pun TIDAK LAYAK untuk disembah kerana dalam Ajaran Buddha mementingkan mencapat Pencerahan (Enligntenment). Dengan mencapai Pencerahan barulah terputus dari Kitaran Kehidupan.

Sun Wukong ke...Maharaja Jade ke...Dewa tu Dewa ni dlm citer Cina tu takder kene mengena dgn Ajaran Buddha. Dewa2 Cina tu tak lebih adalah Mitos2 Ajaran Taoisme.

---------
Binaan Kuil Borobudur dibina berasaskan definisi Tingkatan2 Dewa, bukannya binaan ciptaan Nabi Sulaiman.


Apa yg aku tulis ni ringkasan2 je...nak yg lebih padat n kompleks just google pasal 'Deva in Buddhism'.

Wednesday, October 28, 2015

Gangguan di Highway LPT2 area Bukit Sejuk dari simpang Mek Bulu.



Assalam semua & Selamat hari Raya Aidilfitri....
Kali ni aku dtg bawa cerita seriau yang latest plak...
Selepas kejayaan cerita seram aku yg lepas 'Gangguan hiway Grik' kali ni aku bawa plak cerita adik ipar aku sendiri plak...

Adik ipar aku ni kembar...mlm raya haritu, si abg ajak adik dia ni dgn 2 org kawan yg lain p Dungun amik motor RXZ dia...
depa pegi dlm tgh mlm raya from Manir ke Dungun...
so dah amik motor tu depa masuk la hiway LPT2 from Paka tu dekat area 'Mek Bulu' ... So siadik ni ride la cam biasa...
Sambil tu mmber dlm keta amik gambar dia ride...
tiba-2 kat area Bukit Sejuk tgh-2 hiway adik ni nmpak cam kabus cross hiway...dia wat relax je...
tetiba tgh sedap 140kmh suddenly motor rasa berat....drop slow-2 smpai stop motor....
depa semua stop la...siabg tanya apsal? adik jawab entah bagai la...abg tiaw adik ko tak isi myk ke? myk penuh...
siabg tahu benda tk syok berlaku...dia suruh tarik dgn keta...
punya la berat nak tarik pun sussah nak gerak motor tu...
sampai sakit tgn pegang terpaksa stop lagi...
2-3 kali gak depa mcm tu...semua dah seriau...
rupa-2nya ada brader naik wira dok follow depa dari jauh, stop depa n tanya nape? depa explain apa yg patut...then brader tu hulur myk petrol...sambil pesan " Mu bawok muto molek2 skit ok..."
lepas brader tu belah baru buleh start balik muto n depa balik rumah..dlm kul 5 lebih sampai rumah...
adik ipar aku tu badan tak sedap...cam ada benda duk paut blkg dia...nak jalan rasa berat...lepas tu p jumpa ustaz baru rasa ringan badan...
then kat bawah ni apa benda yg duk paut blkg adik ipar aku tu...
korang kaji la sendiri...aku tgk pun seram masa awal2 dia tunjuk....
Amaran : Jgn simpan gmbar mistik dlm fon korang...risiko rosak tanggung sendiri...huhu...

Saturday, October 24, 2015

[GAMBAR] Pembunuhan Beramai-Ramai di Nanking,China

1937 to 1938 Japanese invaded Nanking china killing hundreds of thousands. They were told not to waste bullets and killed many with knives, swords, bayonettes. Toddlers to old women were raped and mutilated, murdered - and many females forced to just be sex slaves.

These photos show rape victims, children, and just how much the Japanese loved to smile with their kills.


















Pelik!! Demi Awet Muda Wanita Ini Mandi 650 Org Darah Perawan

Demi Awet Muda, Elizabeth Bathory Mandi Darah Perawan. Agar mendapatkan Kecantikan Abadi Wanita bernama Elizabeth Bathory ini melakukan perbuatan brutal dan kejam. Dalam sejarah wanita ini tercatat melakukan ratusan pembunuhan yang dia lakukan. Wanita yang hidup di tahun 1500-an ini terbukti telah membunuh 650 orang.




Pembunuhan pada gadis perawan sengaja dilakukan. Elizabeth percaya bahawa mandi darah perawan akan membuatnya selalu awet muda. Ratusan nyawa melayang sia-sia hanya untuk memenuhi hasrat Elizabeth Bathory untuk cantik di sepanjang usianya.

Seperti Dikutip vemale.com Elizabeth Bathory lahir di Hungary, 7 Ogos 1560. Wanita ini dilahirkan dalam keluarga bangsawan kaya dan terpandang. Keluarga terkaya di Hungary ini menyimpan sisi gelap. Lingkar keluarga Bathory tercatat ada yang menjadi memuja syaitan, menyembah berhala dan beberapa yang lain mengalami kelainan jiwa dan tercatat melakukan kejahatan seksual.

Seperti gadis-gadis pada masanya, Elizabeth Bathory berkahwin di usia 15 tahun, dengan lelaki yang 10 tahun lebih tua darinya, bernama Ferenc Nadasdy. Seseuai peraturan, kerana kedudukan suaminya lebih rendah, Elizabeth tetap memakai nama Bathory, sedangkan suaminya berganti nama menjadi Ferenc Bathory. Ferenc Bathory sering bertempur di medan perang.

Dia digelar Black Hero of Hungary, tetapi hal itu justeru membuat Elizabeth merasa kesepian. Sehingga dengan kecantikannya, dia mempunyai banyak kekasih gelap yang selalu melayaninya sehingga urusan intim. Bahkan, Elizabeth menjadi biseksual kerana dia juga berhubungan intim dengan orang gajinya.


Kekasih Gelap dan Penyiksaan




Dengan latar belakang gelap keluarga Bathory, tidak menghairankan jika Elizabeth mula mengenal ajaran Satanisme. Dia sering memuaskan hasrat seksualnya dengan menyeksa gadis-gadis muda yang menjadi pelayan istananya. Mereka ditelanjangi, disebat, diikat, dan sebagainya. Semua keganasan rahsia itu terus terjadi hingga suami Elizabeth meninggal di tahun 1600.

Saat memasuki usia 40 tahun, Elizabeth mula merasakan tanda penuaan pada wajahnya. Hal ini wajar, tetapi Elizabeth tidak mahu kecantikannya hilang. Sebuah kejadian 'tak sengaja', iaitu tamparan pada gadis pelayan membuat tangan Elizabeth terkena darah sang gadis. Saat itu dia melihat bahawa darah gadis perawan memancarkan kemudaan.

Di waktu yang sama, Elizabeth langsung meminta pelayan kepercayaannya untuk menelanjangi sang gadis, mengikatnya di atas tab mandi lalu memotong urat nadi. Gadis pelayan itu meninggal kehabisan darah, tetapi Elizabeth menikmatinya, dia langsung berendam di dalam tab mandi berisi darah sang perawan.


Membunuh Gadis Pelayan Hingga Bangsawan




Sejak saat itu, keganasan bermula. Elizabeth Bathory mula berani membunuh gadis-gadis pelayan muda yang bekerja di istananya (dengan bantuan pelayan-pelayan kepercayaannya). Hal sadis dan gila ini terus dilakukan, bahkan meluas hingga penipuan pada gadis-gadis desa akan menjadi pelayan istana. Semua bernasib sama, meninggal kehabisan darah setelah diikat di atas tab mandi dan dipotong urat nadinya.

Tentu saja mandi darah perawan tidak memberikan kesan apa-apa pada penuaan yang wajar berlaku pada manusia. Elizabeth merasa darah perawan gadis kelas rendah tidak cukup, sehingga dia mula menculik gadis-gadis bangsawan. Gadis bangsawan dirasa mempunyai darah dengan kualiti yang lebih baik. Hilangnya pada gadis dari keluarga kaya dan bangsawan tentu saja menjadi berita besar.




Tetapi Elizabeth tidak menghentikan aksinya. Dia senang melihat gadis yang sudah diikat dan pelan-pelan meninggal kerana kehabisan darah. Tidak hanya mandi darah perawan, Elizabeth bahkan meminum darah mereka untuk memancarkan kecantikan dari dalam.


Total Korban Sekitar 650 Orang




Hingga pada suatu malam di akhir bulan Disember 1610, pasukan yang dipimpin oleh sepupu Elizabeth sendiri menyerang istananya. Di sana, mayat seorang gadis terletak di atas meja makan. Ditemui juga gadis lain yang hampir meninggal dan terikat di tiang, dengan urat nadi yang mengeluarkan darah. Puluhan mayat yang sudah membusuk ditemui.

Istana milik Elizabeth Bathory ibarat neraka yang menyimpan seribu kekejaman. Sudah jelas, hal sadis dan mengerikan ini dibawa ke mahkamah. Dari senarai mangsa yang ditemui mati dan aduan pelbagai pihak yang kehilangan anak gadisnya, sekurang-kurangnya 650 nama diyakini menjadi korban kekejaman Elizabeth Bathory. Empat pelayan Elizabeth yang terlibat pembunuhan dihukum mati.

Elizabeth sendiri 'hanya' mendapat hukuman di kurung dalam kamarnya yang dibuat tertutup dan hanya diberikan lubang kecil untuk memberi makanan. Di tahun 1614, pada usia 54 tahun, Elizabeth Bathory ditemui meninggal dengan wajah tertelungkup di atas lantai. Kekejaman yang telah dia lakukan membuat banyak orang menggelarnya sebagai The Blood Countess (Wanita Bangsawan Berdarah).

Thursday, October 22, 2015

Cerita Misteri LPT 2 Yang Tak Pernah Anda Dengar


lpt 2
Lebuhraya pantai timur fasa 2 (LPT 2) sepanjang 184km dari Jabor ke Kuala Terengganu adalah sambungan dari LPT fasa 1 dari Kuantan ke Karak (169km). Lebuhraya ini dibuka secara berperingkat sehingga siap dan dibuka sepenuhnya pada awal 2015.
Sejak awal pembinaan sehinggalah ke pembukaan sepenuhnya LPT fasa 2 ini banyak cerita-cerita yang berunsur mistik dan dikaitkan dengan alam ghaib kedengaran berlaku di sini. Menariknya, peristwa-peristiwa yang berlaku kebanyakannya terjadi di 'area' yang sama antaranya :
- RNR ajil
- Antara susur Bukit Besi dan Susur Ajil
- RNR Perasing
- Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Aku sendiri sebagai seorang yang selalu berulang-alik antara Paka dan Kuala Terengganu sebenarnya amat jarang menggunakan lebuhraya ni sebab jarak lebuhraya dari Paka ke Kuala Terengganu sebenarnya lebih jauh berbanding jalan pantai sebab tempat tujuan aku di Kuala Terengganu agak jauh dari susur keluar untuk kawasan tu. Kalau dari Kuala Lumpur atau ke Kuala Lumpur barulah berbaloi untuk gunakan LPT 2 ni sebab menjimatkan masa dari 6 jam ke 4 jam perjalanan. Alhamdulillah , setakat ni aku belum pernah mengalami apa-apa kejadian mistik atau misteri sepanjang menggunakan LPT 2.
Ramai sahabat-sahabat aku yang selalu menggunakan LPT 2 untuk urusan ke Kuala Lumpur atau pulang ke rumah keluarga atau berulang-alik ke Kuala Terengganu. Ada di antara mereka yang mengalami sendiri kejadian aneh, mistik dan misteri. Bacaan seterusnya agak menyeramkan terutamanya jika anda sedang memandu sendirian di LPT 2 di waktu malam gelap gelita.

Cerita satu
Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : awal 2014
Waktu : 12.00 Tengah malam - 1.00 pagi
"Aku dari KL nak balik ke Kuala Terengganu, naik LPT , exit di Jabor lepas tu naik balik highway kat Paka. Lepas dalam 2 KM aku macam perasan ada sesuatu kat tepi kereta aku. Bila aku toleh ke kanan, nampaklah satu lembaga putih terbang kat tepi cermin kereta aku. Aku pun bacalah ayat kursi, pasang CD Al-Quran dan elakkan dari panik, terus drive ke depan. Sampailah kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun makhluk tu hilang. Waktu tu anak dan isteri aku semua tidur, memang aku tak kejutkan diorang takut diorang histeria."

Cerita dua
Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : Pertengahan 2014
Waktu : Antara 11.00 malam ke 12.00 tengah malam
"Aku dari GPP2 nak balik ke Kuala Terengganu, masa tu shutdown jadi memang terpaksa balik lewat. Aku naik highway kat exit Paka, mulanya takde apa-apa lepas tu aku terpandang kat cermin pandang belakang, ada makhluk macam kain putih terbang belakang kereta aku. Aku pun tengok balik betul-betul, confirm memang ada yang mengikut. Aku tekan minyak, lagi laju dia kejar. Aku terus drive sampai kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun, makhluk tu terus hilang. Betullah orang tua-tua cakap, sungai ni sempadan makhluk nampak dan makhluk tak nampak"

Cerita tiga
Lokasi : RNR perasing
Tarikh ; Awal 2015
Waktu kejadian : 3.00 - 4.00 pagi
"Aku nak ke Temerloh dari Kuala Terengganu, sampai di RNR Perasing rasa nak kencing, aku pun singgahla kat Perasing tu. Time tu takde kereta lain pun kat situ. Cuaca masa tu, baik je. Takde ribut, takde angin kuat. Masa aku lalu kat tepi taman permainan, aku nampak ada satu buaian berayun-ayun tapi aku tak layan sebab rasa nak kencing tak tertahan. Selesai qada hajat, aku lalu balik kat taman tu, buaian tu masih lagi berayun-ayun. Yang peliknya masa tu aku tak rase pun angin." Sahabat ni seorang Hafiz Al-Quran jadi dia memang jenis kuat iman. Setakat usik-usik manja camni dia buat dek je.

Cerita empat
Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Julai 2015
Waktu kejadian : 10.00 malam - 12.00 tengah malam
"Aku dengan kawan on the way balik ke Kuala Terengganu. Perjalanan kami lancar je tanpa sebarang gangguan. Sampai je dekat area Jerangau, tiba-tiba aku nampak macam ada lori treler melintang tengah jalan. Aku pun apa lagi, brek la. Nasib baik takde apa-apa kat belakang. Elok je kereta kitorang slow down, lori tu tiba-tiba hilang. Aku pandang kawan aku kat sebelah, dia pandang aku. Aku pun cakap, syyhh nanti kita cerita. Pasang Al-Quran , teruskan perjalanan tanpa sepatah bicara"

Cerita lima
Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Ogos 2015
Waktu kejadian : 1.00 pagi - 2.00 pagi
"Aku dengan budak aku on the way dari Paka nak ke workshop di Bukit Payong. Kami terpaksa balik sebab stok ducting dah habis. Sampai dekat area Jerangau aku potong satu kereta ni. Lepas tu tiba-tiba kereta tu ada balik depan kitorang. Aku pun tekan minyak nak potong balik kereta tu, sampai je dekat kereta tu, kereta tu terus hilang. Yang budak aku ni, buat mulut celupar boleh pulak dia cakap kat aku, "bos, mana kereta tadi. Ahh sudah. Hantu tu. Kita dah kena ni. Hantu tu." aku terus cakap kat dia , diamlah. Lepas tu tiba-tiba je terbau busuk yang amat sangat. Budak tu boleh pulak cakap "Bau apa ni bos, bos kentut ke. Eh, ni macam bau bangkai. Ah sudah, dia main tumpang-tumpang pulak". Aku pun terus pasang bacaan Al-Quran sambil menyumpah seranah budak tu. Tobat aku tak bawak lagi dia pergi Paka. Mulut takde insurans."



Ada banyak lagi cerita-cerita lain yang dikatakan berlaku di LPT2 ni tapi tak dapat dipastikan kesahihannya sebab aku tak dengar dari orang yang mengalaminya sendiri. Lima cerita di atas diceritakan terus dari orang yang mengalami kejadian-kejadian tersebut. Selain itu, jika diperhatikan, kebanyakan kemalangan maut yang berlaku di LPT 2 terjadi di kawasan yang lebih kurang sama. Mungkin sebab faktor keadaan jalan yang beralun dan mungkin juga sebab terdapat gangguan makhluk Allah yang kita tidak nampak. Ingatlah, makhluk itu juga makhluk Allah dan sebaik-baik mereka adalah sejahat-jahat manusia. Sentiasalah berzikir dan mengingati Allah setiap masa. Insya Allah , kita akan sentiasa dalam perlindungan Allah dan malaikatNya walau di mana kita berada. 


Satu nasihat, kalau bawak isteri dalam pantang atau ada anak-anak kecil, seboleh-bolehnya elakkan dari menggunakan LPT 2 di waktu maghrib atau tengah malam. Rancang perjalanan anda supaya tidak terlalu lewat ketika sampai di LPT 2. Keluarlah ke jalan pantai bila waktu dah maghrib atau lewat malam sebab bila dah sampai ke LPT 2 tubuh dah semakin letih. Ketika tubuh letih ni, semakin mudah makhluk-makhluk ni untuk mengganggu. Yang penting sentiasa berzikir mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W insya Allah jiwa kita akan sentiasa kuat dan berupaya melawan apa jua gangguan yang datang.

Friday, October 16, 2015

Kapsul (2015)







Kapsul ialah sebuah filem melayu yang diterbitkan pada tahun 2015.

Pelakon: Faizal Hussein, Zamarul Hisyam, Dato Rahim Razali, Irfan Khairi, Jue Aziz, Elly Mazlein, Tun Mahathir




Badi (2015)






Badi ialah sebuah filem melayu yang diterbitkan pada tahun 2015.




Sunday, October 4, 2015

Polis EVO (2015)




Polis EVO merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Mimie Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.

Inspektor Khai (Shaheizy Sam),Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.





Misteri Jam 12 - Saka Nenek Masih Mengganggu


Assalamualaikum Wr Wb kepada DJ bertugas,

Nama saya Ellah. Memang banyak kisah hantu dan misteri kalau nak diikutkan, tapi saya akan cerita pengalaman yang pertama bila saya diberitahu bahawa saya didampingi sesuatu.

Kisahnya begini.......

Beberapa tahun lepas, saya telah pergi bercuti ke salah sebuah pulau di Asia Tenggara ini dengan tiga orang teman saya. Semasa berada di sana, ada juga perkara yang aneh dan pelik berlaku tapi, kami tidak hiraukan sangat. Maklumlah, "benda-benda" ni di merata tempat, dalam dan luar negeri jadi tak payahlah nak dikhuatirkan sangat. Saya mengaku, sebelum perkara ini, saya ni memang tak berani tapi saya juga tak kuasa dengan perkara pelik ini semua. Pada saya, mereka wujud; hanya mereka ghaib. Dan benda-benda yang ghaib ni, tak usahlah kita fikirkan melebih-lebih.

 Jadi sepulangnya saya dan rakan-rakan ke Singapura, saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Seperti saya sering merasakan bahawa saya diekori seseorang, atau lebih tepat lagi sesuatu. Dah namanya ghaib, saya pusing lihat kiri, kanan, depan dan belakang, memanglah tak nampak apa-apa. Tapi rasa seram itu masih ada.

Satu hari, dengan izin Allah, saya bertemu dengan seorang pakar kerana saya pernah meluahkan hasrat kepada seorang rakan saya tentang perasaan yang tak enak ini. Alhamdulillah, saya berkenalan dengan pakar ini (Pakar A) dan pergi berkonsultasi dengannya. Alangkah terperanjatnya saya bila dia keluarkan sesuatu dari badan saya dan pindahkan ke badan seorang pakar lagi satu (Pakar B) untuk soal-siasat. Kenangkan balik, perasaan takut dan gementar ada dalam hati kerana dalam kepala saya, saya bertanya: "Apa benda ni?? Ni buat-buat ke betul?" Saya begitu sangsi dan ragu-ragu. Seperti mana saya katakan awal tadi, saya memang tak kuasa dengan benda macam ini. Suka dengar cerita-cerita hantu bila kawan-kawan berkongsi dan ada juga ikut kawan kawan yang lain pergi "adventure". Tetapi setakat itu sahaja.
Balik kepada cerita, saya disuruh tanya soalan kepada jin ini yang sedang berada dalam jasad Pakar B. Jadi saya tanyalah, kenapa dia ada dalam badan saya, apa dia nak, dan lain-lain soalan umum. Oh, sebelum saya lupa, sebelum dimasukkan jin kepada badan pakar B ini, pakar B memang orang yang badannya tegap dan segak tetapi setelah jin itu masuk ke dalam tubuh Pakar B, Pakar B terus menjadi lemah longlai dan seperti orang tua. Saya rasa pakar A tu tak sabar dengan saya lalu dia bertanya kepada jin. Siapakah dia dan siapa menghantarnya. Apa urusan dia dengan saya.


Alangkah terperanjatnya apabila Jin tu menjawab bahawa dia adalah saka dari arwah nenek saya. Dipendekkan cerita, setelah mendapat tahu tentang hal ini, saya ada menyelidik latar belakang keluarga saya kerana saya diberitahu bahawa saka ni sebenarnya jin yang turun-temurun oleh ahli keluarga. Wallahua'lam. Rupa-rupanya, bukan ada satu sahaja tetapi ada dalam kurang lebih tiga jin dalam badan saya ketika itu.
Perkara ini buat saya runsing, buat saya terfikir. Mungkin sebab itu, saya dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib terutama sekali bila saya sendiri, saya akan menangis teresak-esak kadang-kadang dengan tanpa sebab, saya akan mendapat mimpi-mimpi pelik. Apabila saya membaca tentang tanda-tanda orang yang di dalam badannya ada Jin, saya terperanjat dan rasa cuak.
Sampai ke hari ini, saya dimaklumkan bahawa saka arwah nenek masih ada dengan saya dan akan sering mengganggu saya kalau saya tidak memberi kata putus yang saya akan pelihara saka ini. Saya dah tekad. Saya tak akan pernah ambil benda ni. Sepertimana yang diberi kepada nenek saya dahulu tanpa pengetahuan nya, dan seperti mana dia mengganggu nenek semasa nenek masih hidup kerana nenek juga tidak mahukannya, begitulah yang akan saya lakukan dan lalui.
Dalam mimpi, banyak kali "dia" menjelma. Saya tahu itu dia kerana dia marah-marah dengan saya dan dia juga pernah memberi amaran yang dia akan tetap membuat kacau-bilau dalam kehidupan saya. Tapi saya tak hiraukan.

Memang saya tak salahkan semua yang mendengar termasuk KC (atau DJ yang tertugas) kalau rasa cerita saya ni dongeng. Saya sendiri rasakan benda ni dongeng, tapi, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tapi yang sememangnya benar, tetap akan jadi benar dan yang bathil itu pasti suatu hari akan musnah. Yang penting, hati ingat pada pencipta kita dan dengan izinnya juga, hidup kita lebih diberkati. Amin, InsyaAllah.
Selamat malam dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengetengahkan cerita saya ini.
TERIMA KASIH ELLAH!!!