-->

Sunday, October 4, 2015

Polis EVO (2015)




Polis EVO merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Mimie Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.

Inspektor Khai (Shaheizy Sam),Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.





1 comment: