-->

Saturday, November 21, 2015

Perkhemahan Sekolah Rendah - Pengalaman Misteri



masa tu perkhemahan sekolah rendah. darjah 6 (biasa la kat sekolah masing2 mesti ade citer hantu. kalu sekolah dia xde cite hantu kire childhood dia tak complete la...haha)

time tu aktiviti burung hantu pukul 2-3 pagi. satu team 10 orang. team aku ade sorang cikgu lead. sebelum team kitorang dilepaskan cikgu nor (name cikgu aku) suruh kitorang duk dalam 1 barisan pastu sebutkan nombor. slepas sume ok...kitorang pon jalan. cikgu nor duk belakang. setiap orang termasuk aku (lelaki sahaja..ade 5orang) akan gilir2 lead depan atas arahan cg nor.

kitorang pon jalan. jalan..jalan..jalan...

ok habis jalan sudah.

sbelum masuk kantin (tempat ramai2 berkumpul) cikgu nor suh duk dalam satu barisan...sebutkan no balik sorang2.

aa...mesti da agak kan pe yang berlaku? hehe...

yap. tetiba ade no terlebih. mula2 kira ade 10 orang. abis jalan tetiba ade 11 orang. orang yang sebut no 11 tu sebut slow2 (sebab sebut dalam kehairanan tiba2 datang no 11). lepas dia (nama dia judin) sebut no 11...awkward moment sekejab. tetiba cg nor pon bilang kitorang sendiri. lepas mulut dia kumat kamit bilang tetiba dia senyap. pastu dia kate "korang duk sini kejab, cikgu nak gi panggil ustad din". habis je cg nor sebut camtu...amende lagi habis bertaburan budak2 lari pergi kantin tempat budak2 lain berkumpul hahahaha. giler ape nak tunggu situ! yang kelakarnye cg nor sendiri berlari lepas tu dia yang sampai kantin dulu pintas budak2 kekekeke

sampai kat kantin...bilang orang balik. ustad din sendiri bilangkan. ok...10 orang. ustad din bacekan air jampi pastu suh team aku minum air tu..cg nor pun minum sekali. lepas tu bace surah yasin. tak pasal2 tido lewat sikit malam tu

ok..pastu xde ape2 gangguan pon. aktiviti berjalan lancar. tapi memang serius time kire tu ade 11 orang

kemudian benda ni jadi legend dalam sekolah aku...adik aku yang masuk sekolah kemudian pun tahu ceite ni

Friday, November 20, 2015

Kisah Seram Asrama Pekan Slim River berdekatan Ipoh

Kejadian Padil di ganggu pontianak



Kisah ini berlaku sekitar tahun 2004. zaman ini. zaman aku amik STPM
aku boleh di katakan super senior di sekolah ini. dari form 1 hngga form5 dan kemudian hingga form6 aku lepak di asrama
aku berasal dari Pekan SLim River. tak jauh dari Ipoh..
di asrama. aku ,menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Umum,jawatan num dua dalam organisasi asrama.

sememangnya. sekolah aku ini. boleh di kategorikan. sekolah yang lama.
sekolah melayu pertama di Ipoh.

hari minggu adalah hari paling bahagia bagi budak2 asrama. tnayalah mana2 budak asrama
OUTING! BOLEH BALIK KAMPUNG! MAKAN SEDAP LAUK NASI MINYAK! bla bla bla
dan sebagai kebanyyakan budak asrama.
aku keluar pada hari Sabtu tersebut. seperti remaja lain.pergi ke cyber cafe.
zaman itu zaman Ledakan MYSPACE!
gila myspace. siapa yang tak gila myspace ketika itu!


aku balik agak lewat.
jam 8 baru aku pulang. dan aku terlepas lauk nasi minyak!
arghh. takpela. aku dah beli maggi dan dah melantak nasi goreng tadi.
sampai sahaja di dorm ....

" Meor. mana yang lain?" tanya aku

"ramai balik beb. ngada la dorg. rindu mak bapak" perli mior.

"bior la mior..org ada mak bapak" celah Azuan. ntah datang dari mana suara itu. agaknya dari celah2 katil
(Azuan memang gemar lepak celah2 katil. nak caj hp. kalau warden datang.senang nak caver katenye)

aku tersenyum memerhatikan gelagat kawan2 aku.

jam hampir 12malam.
tv tiada cerita yang menarik. jumlah penonton malam itu memang kurang..
berbanding minggu lepas. ramai budak2.
dorg memg pakat balik...

dorm aku menempatkan semua pelajr senior
ya dorm aku semua form 5 dan form 6.
nak elakkan gejala buli kata warden

hampir jam 2am. aku melepak di kaki lima.
menghisap rokok. rasa bebas. budak2 junior takde
nanti mati aku di repotnya pada CIkgu Amir

aku lapar
ini lah maslah duduk di asrama.cepat lapar
aku mula menyelongkar loker aku
aku capai Meggi Ruski perasa tomyam

kitorg panggil Meggi Neraka
sebab pedas die melampau!!!!!
tak percaya.pegi la cari

turun kebawah. pegi ke watercoller. isi,rendam dan makan
jam 240 aku bercadg untuk masuk tidur..
sedang aku hendak menyusun bantal..
perut aku terasa sakit

"argh.. ni yang malas makan ruski ni" bebel aku seorg diri.

kedengaran Mior ketawa dari bawah.
tak tidur lagi rupanya

aku jenguk kebawh; kelihatan mior sedang bergayut dengan awek

"teman aku wei!"

"ahhh! maalas. aku tgh on call ni. busuk la padil teman ko berak"

aku malas nak menyambung percakapan.
perut dah tak tahan..

aku segera mengambil baldi dan menuju ke tandas....

sejuk.
tandas malam itu sunyi.
tiada budak2 overtime basuh baju senior...
dan aku sedikit cuak semasa melangkah masuk....

kebetulan. tandas faveret aku terletak di hujung.
sebab apa faveret? air laju. getah panjang dan agak bersih kurang lumut2
mungkin org jarang pergi. semua pergi tandas belah2 depan

cangkung
lepaskan apa yang patot.
kelihatan dari atas para tandas. ada senaskah majalah.
Majalah Gempak la ni!
getus aku dalam hati!

aku pastikan tiada yang nak keluar.( hahaha)
dan dengan kadar yang cepat aku cuba mencapai majalah tersebut

aku meletakkan tangan untuk menggapai!!


TIBA TIBA!!!
AKU MERASAKAN TANGAN AKU DI PEGANG DARI ARAH TANDAS SEBELAH!!!

SEMACAM ADA YANG MAHU MENGAPAI MAJALAH YANG SAMA.!!!!

SEMEMNAGNYA AKU NAMPAK TANDAS SEBELAH TERBUKAK
TIADA ORG

DAN AKU MULAI MERASA KAGET..

"AHH SUDAH...SIAPA LAK NI"

HAAAAAAAA ni mesti mior nak wat dajal kat aku!

"wei mior!! aku baling taik ni ke sebelah kang....!" jerit aku.
dengan harapan mior lari.
sebab aku memg di kenali sebagai gila2 dan aku penah buat benda yang aku cakap td!

senyap.sunyi
dan tiba tiba telinga ini menangkap bunyi

"HEEEEEEEEEEEE.HEEEEEEEEEE.HEEEE.HEEEEEEEEEEEEEEEE "

terdengar bunyi hilaian dari sebelah!
yang sememangnya suara perempuan!!
dan aku mula kecut!!!

dan tiba kedengaran bunyi org berdehem

secara kasar dan garau.

"errrrrrrrrrrrrrrm! hmmmmmmmmmmmmmmmmm!'

dan tidak semena mena.aku merasakan kotak tandas itu gelap!

semacam ada yang menghalang cahaya lampu!!!!!

dan sememangnya..

ada sesuatu di atas!!

dengan perlahan2.aku mendongakkan kepala ke atas dan!!!!!!!!

KELIHATAN SATU LEMBAGA BERAMBUT PANJANG! DAN MUKA SEPERTI TERBAKAR DAN BERDARAH!
MATANYA LOHONG DAN BERTARING GIGINY!!!
MELIHAT AKU DAN MENGILAI!!!!!!!!!!!!
HEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!

SEAKAN MAHU MENERPA AKU!!!
AKU PITAM!!!


jam 6pagi. mior mengetuk pintu tandas
baru aku tersedar. dan aku tak tau apa yang terjadi pada aku!

aku cepat2 menyahutt!

"haa. ada ada.. sori beb. aku tertido la "

kedengaran mior ketawa.

sesudah selesai.aku keluar dan menuju ke dorm

dan sememangnya. aku rasa mahu demam!!!!

apa yang datang malam tadi????????!!!!!

Thursday, November 19, 2015

Gagal Dapat Adsense? Memperkenalkan H12 Ads - Alternatif Terbaik Selain Adsense

DAFTAR SEGERA DI SINI !!!!!!!!!!!!!!

H12 Ads adalah salah sebuah syarikat pengiklanan yang akan memberi peluang kepada anda membuat duit secara ONLINE.

Jika anda baru hendak mengenal apa itu adsense, anda boleh skip dahulu kepada tajuk "Bagaimana kerjanya?". 

Adsense memang terkenal dengan bayaran tinggi pada CPC (cost per click), namun anda rasa ada ke orang nak klik iklan tu? Jarang orang klik beb!! Lagi satu, untuk dapatkan APPROVAL adsense ni memang tersangat susah. Jadi, lupakanlah adsense. Kerana syarikat itu akan terus menerus membuat anda kecewa. Percayalah!

H12 Ads pula terkenal kerana bayaran tingginya pada eCPM (cost per million). CPM ni merujuk kepada impression. Impression adalah bilangan iklan itu dipaparkan pada pengguna. Lagi satu, untuk dapatkan APPROVAL H12 Ads tersangatlah senang. Percayalah!

Dengan H12 Ads, apabila ada orang lawat je website anda, terus bertambah duit.

Bukan macam Adsense, selagi takde orang klik, selagi tu lah tak dapat duit.. :(


Bagaimana kerjanya?

Karang artikel di dalam blog anda sebanyak mungkin, semakin ramai baca artikel anda, semakin banyak pendapatan anda.

Bagaimana ingin bermula? 

  • Buat satu blog (tak kisah tajuk apa, yang penting, anda yakin akan ada orang tengok [kecuali lucah dan pembunuhan]).
  • Karang sekurang-kurangnya LIMA artikel
  • Daftar akaun H12 Ads di sini. 
  • Request approval 
  • Apabila dah APPROVED, anda boleh letakkan iklan anda di blog anda dengan CODE yang diberi
  • Selesai!!!
Selepas itu, kerja anda hanya mengarang blog yang anda rasa orang akan berminat baca. Semakin ramai yang baca, semakin meningkat pendapatan anda.

Dalam dunia rezeki Blog+Ads ini, kesabaran dan minat itu tersangat penting!

Jika tiada KESABARAN, tiada MINAT, kemungkinan takkan menjadi.

Tidak ada benda yang senang dalam dunia ni untuk berjaya..

Cuma, mencari duit melalui Blog ini adalah sesuatu yang unik, kerana anda perlu bekerja di depan komputer dan di dalam bilik anda sahaja!!

Tak salah kalau anda mencuba dulu! Mana tahu rezeki!

DAFTAR SEGERA DI SINI !!!!!!!!!!!!!!

Cara Buat Duit di Rumah dengan H12 Ads! HOT! 2016

DAFTAR SEGERA DI SINI !!!!!!!!!!!!!!

H12 Ads adalah salah sebuah syarikat pengiklanan yang akan memberi peluang kepada anda membuat duit secara ONLINE.

Jika anda baru hendak mengenal apa itu adsense, anda boleh skip dahulu kepada tajuk "Bagaimana kerjanya?". 

Adsense memang terkenal dengan bayaran tinggi pada CPC (cost per click), namun anda rasa ada ke orang nak klik iklan tu? Jarang orang klik beb!! Lagi satu, untuk dapatkan APPROVAL adsense ni memang tersangat susah. Jadi, lupakanlah adsense. Kerana syarikat itu akan terus menerus membuat anda kecewa. Percayalah!

H12 Ads pula terkenal kerana bayaran tingginya pada eCPM (cost per million). CPM ni merujuk kepada impression. Impression adalah bilangan iklan itu dipaparkan pada pengguna. Lagi satu, untuk dapatkan APPROVAL H12 Ads tersangatlah senang. Percayalah!

Dengan H12 Ads, apabila ada orang lawat je website anda, terus bertambah duit.

Bukan macam Adsense, selagi takde orang klik, selagi tu lah tak dapat duit.. :(

Bagaimana kerjanya?

Karang artikel di dalam blog anda sebanyak mungkin, semakin ramai baca artikel anda, semakin banyak pendapatan anda.

Bagaimana ingin bermula? 

  • Buat satu blog (tak kisah tajuk apa, yang penting, anda yakin akan ada orang tengok [kecuali lucah dan pembunuhan]).
  • Karang sekurang-kurangnya LIMA artikel
  • Daftar akaun H12 Ads di sini. 
  • Request approval 
  • Apabila dah APPROVED, anda boleh letakkan iklan anda di blog anda dengan CODE yang diberi
  • Selesai!!!
Selepas itu, kerja anda hanya mengarang blog yang anda rasa orang akan berminat baca. Semakin ramai yang baca, semakin meningkat pendapatan anda.

Dalam dunia rezeki Blog+Ads ini, kesabaran dan minat itu tersangat penting!

Jika tiada KESABARAN, tiada MINAT, kemungkinan takkan menjadi.

Tidak ada benda yang senang dalam dunia ni untuk berjaya..

Cuma, mencari duit melalui Blog ini adalah sesuatu yang unik, kerana anda perlu bekerja di depan komputer dan di dalam bilik anda sahaja!!

Tak salah kalau anda mencuba dulu! Mana tahu rezeki!

DAFTAR SEGERA DI SINI !!!!!!!!!!!!!!

Manusia Tanpa Muka


Pagi itu. aku bergegas mandi. seronok rasanya hati.sebab dapat masuk hutan lagi. horrayy! mana tak seronok
sebab equipment barang2 camping dah di beli. habis duit PTPTN aku. khemah. kasut Teva. tali.clip dan berbagai2 lagi aku beli
padahal. ada je fakulti provide. tapi nak pakai barang sendiri. hahaha

jam 6am. aku dah tercengat di Fakulti dengan kawan2 yang lain.
kami sekelas akan ke ENDAU ROMPIN.
hutan tebal. dan penuh misteri.
dari mulut orang. aku hampir2 taknak pergi. bila aku di momok dengan cerita hantu.
tetapi. di sebabkan aku sendiri penah terkena hal2 mistik ( rujuk Misteri Penamppakan TOKONG) aku rasa berani

tiba di sempadan Jhor Pahang kira2 jam 2petang. lewat sedikit. sebab berenti makan. berak la. dan solat.

tiba di pintu pengawal Polis Hutan,kami di beri taklimat. seperti biasa. hampir 1 jam.
kebetulan kami masuk semasa musim kemarau. jadi cuaca agak panas. tapi kami bersiap juga dengan kelengkapan ketika hujan.
kadang2 cuaca bukan boleh di ramal. ini kuasa TUHAN.

kami masuk ke dalam hutan kira2 jam 4pm. di bawah seliaan Perhilitan dan Renjer Hutan sendiri.
selepas di tunjuukan tapak camping. hampir 45min brjalan baru jumpa. memang tebal.
kami setup2. kira2 550pm. baru selesai. siap 20 khemah di pasang
dan aku memang beli 6 men tent,haha besar sedikit. sebab aku tinggi. hehe dan aku ada bawak air mattress. nak puas tidor!

malam itu masing2 penat. aktiviti masak ada.tapi malam itu aku hanya makan nestum dan masuk tidur.
malam itu sunyi. hanya bunyi cengekerik dan bunyi2 haiwan kecil sahaja berbunyi...

pagi itu. jam 6am. kami solat subuh berjemaah. dan lecturer aku. aku namakan En Fizo.( EF )
EF arahkan aku dan Mail ( nama tipu) untuk cari kayu api dan buahan2 yang boleh di makan
memang dah di ajar untuk survival dalam hutan. dan kata EF . kawasan ini da pisang hutan.
wahh. lama sudah tak makan pisang hutan!

berbekalkan lampu torchlite dan headlamp. kami berjalan .perlahan2. sambil aku memegang parang sehasta panjangnya.
perlahan2. dan aku dengan selamba memakai bot Doc Marten dalam hutan. berat. tapi macam secure.padahal aku ada boot untuk camping. tapi rasa seolah2 skinhead pula.hahah

kira2 20min. kami berjalan. kami dan nampak langit membiru. matahari nak keluar. dan kedudukan kami sedikit di atas bukit.
kira2 jam 650am. baru la kami berjumpa apa yang nak di cari.
Mail terus roger EF guna walkie. mengatakan kami dan jumpa pisang hutan dan kami inform EF tentang koordinat kami.
memang kami buat macam tu setiap 20min. untuk keselamatan. kami akan tagging bearing dan koodinat.

sebelum kami mengambil pisang hutan. Mail . seorang yang agak alim dan selelau jadi imam dekat kolej.
membaca doa. mohon di tolak segala bala kalau2 ada yang marah kami ambil barang hutan
dan sebelum aku mecantas pisang itu. aku membaca
Assalamualaikum Ya Nabi Sulaiman.
kata ustaz. jin2 sangat takut dengar nama Nabi Sulaiman.

dapat la hampir setandan pisang hutan. boleh la di salai.
kira jam 720am. langit dah cerah. kami bergerak pulang. sambil aku menjinjit pisang yang di letak dalam guni.
dan mail lead di depan aku.
tiba tiba.terdengar bunyi suara wanita ketawa.ketawa kecil.
terus langkah aku terhenti! dan mael segera berpaling ke arah aku sambil letak jari telunjuk di mulut!
tanda diam!

aku terus diam. terus aku genggam parang aku.dan mael pun bergitu...
dan tiba tiba. kira2 30meter dari kami..

kelihatan 3 orang kelibat wanita berkurung putih dan bertutup kepala seakan2 kain batik berwarna kuning2.
berjalan di celah2 pokok besar.

aku dan mail terus merendahkan badan! aku terus berpeluh. rasa cuak.
dan aku tau! itu bukan nya manusia.
mana mungkin ada manusia begitu di tengah hutan!
berbaju kurung!
serba putih!

sedang kami memerhatikan mereka.
mereka beetiga. berhenti. dan tidak semena mena.
mereka bertiga memandang kami
dan terkejut!!

ada rambut. tapi muka kosong!!
sejurus mereka melihat kami.

kedengaran di sisi telinga kami. bunyi orang memberi salam,
entah datang dari mana.

( muka kosong tu sebijik cam cite bunian afdlin shaauki tu geng!!)

terus mael bangun dan berjalan laju . ikut jalan lain!
dan aku follow belakang!
kami terpaksa re route jalan lain.
sebab jalan itu ada mereka. rasa tak berani pula nak langgar. sebab dorg tercongok je dekat situ.,
sempat aku tengok mereka. mereka hanya berjalan.seperti terapung...dan di sekiling mereak sepertu ada kabus2...
pelik.

balik di base camp. aku bercerita dengan EF.
dia agak otai dalam kes2 macam ni..
sepatah sahaja dari mulut EF

"bunian."
sambung EF " untung la korg dpt jumpa anak dara buniaan pagi2 cmni" katanya sambil ketawa.


aku terdiam. dan mael menggaru2 kepala.
itu baru hari kedua kami di sini........
seperti pengalaman lepas.

"sekali dah nampak. mesti dia nak bagi nampak lagi!"

Tuesday, November 10, 2015

Jin Pelaris di Setiu, Terengganu



Tempat : rumah mak mertua
Masa : 4tahun lepas
Ahli : keluarga aku
Suspek : Hantu Pelaris


Kejadian ni berlaku pd aku & family masa dalam perjalanan nk balik kg mertua aku di setiu,terengganu. Kami bertolak pd hari jumaat jam 3 ptg lepas solat jumaat dari KL. Dalam family aku ada mak,ayah,aku,wife & anak kecil aku bru setahun. Dari KL ayah aku yg drive, dia bg chance aku rilek dlu sebab nanti masuk cherating dia ckp tukar driver pula. Setiba di cherating aku bertanya kt ayah aku nk tukar driver ke? tapi kita berhenti makan dulu sebab jam dah pukul 7.30 malam. Ayah aku kata nanti lah kita berhenti kt depan. Aku hanya bagi respon OK. Dari cherating sampai ke Kerteh aku tgk ayah aku drive je tak pulak ada tanda² dia nk berhenti makan. Tiba² dia berhenti kt sebuah kedai tepi jalan. Kedai tu terletak di antara kerteh nk ke paka. aku tak berapa ingat lokasi yg sebetulnya. Kedai nampak usang tp agak memeranjatkan org terlampau ramai. Yang dtg mkn silih berganti mcm pelanggan tak putus² dtg. Kedai tu sentiasa penuh nk order pn ambil masa. Menu utama yang aku nampak kt signboard tulisan tgn ROTI TEMPAYAN.

Kami sekeluarga pn order tanpa syak apa².Dalam fikiran aku hanya fikir mungkin kedai lain tak buka kot tu sebab orang ramai. Selesai makan malam kami meneruskan perjalanan. Masa ni aku pula yg drive. Elok masuk je dalam kereta anak aku menangis masa tu mak aku yg dokong anak aku ni. Aku tak syak apa² mungkin sebab dia penat kot jalan jauh. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Aku perhatikan bila isteri aku ambil anak aku akan menangis tak tahu punca kenapa. so dalam perjalanan tu anak aku cuma duduk dgn mak aku je. Nasib lah mak ayah aku nk ikut aku balik rumah mak mertua aku kalau tak aku pn tak tahu nak buat apa.

Kami sampai di rumah mak mertua aku ngam² pukul 12 tgh malam. Isteri aku turun untuk panggil org buka pintu dan pergi ke kereta balik untuk ambil anak aku tp masa tu anak aku masih lg menangis bila tgk isteri aku. Bila semua org dah masuk rumah anak aku masih menangis lg so mak aku decide dia jaga anak aku malam tu. Masa aku ambil barang untuk dimasukkan ke dlm bilik aku tgk isteri aku dah ada dalam tu. Aku ni jenis org yg pakai spec mata. so biasa klu pakai spec lama² mata jadi letih. Aku pn buka spec untuk gosok² mata sebab letih tak semena² aku terkaku sekejab lihat wajah isteri aku. Aku tenung melihat tanpa berkelip. Aku rasa lain je muka isteri aku ni. kenapa jadi putih plain mcm pelakon opera cina bila makeup. Aku tersedar bila isteri aku tegur dan bertanya kenapa pandang dia mcm tu? Aku hanya diam dan duduk di sudut katil. sambil berfikir.. mungkin sebab ni kot anak aku takut. Ada benda tumpang rupanya. Aku tidak bg tahu sesiapa pn dlm rumah tu sebab takut nanti semua org takut dan terjaga dari tidur.

Aku biarkan saja cuma baca ayat kursi berberapa kali.tp macam tak jalan je.mungkin aku ni kurang ilmu. Malam tu aku tidur ala kadar takut benda tu buat kacau.tapi Alhamdulillah sampai pagi tiada apa² yg aneh berlaku dalam rumah tu. Aku ingatkan benda yg menumpang tu dh pergi tapi sangkaan aku meleset,mana taknya anak aku masih lg tak nak kt isteri aku.Aku baru cakap kt keluarga aku yg aku nampak malam tadi,mungkin sebab tu anak aku tak nak dan menangis bila tengok isteri aku. Mak aku terus baca lah ayat ayat alquran (ayat dan surah mane aku tak pasti) dan minta isteri aku ikut bacaan dia dan lepas tu minta isteri aku pergi mandi air yg telah dia sediakan. Alhamdulillah lepas mandi anak aku terus nk dekat isteri aku.

Kakak ipar aku bawa aku dan isteri pergi rumah pengamal perubatan islam dan minta org tu tengok kn kot² benda yg tumpang tu ada lg ke tak tapi alhamdulillah org tu cakap benda tu dah pergi dia cuma tumpang aje dan memang tak kacau.sambil berseloroh benda tu sesat kot.. ketawa org tu.
Aku senyum je sambil tu aku usik bini aku ada benda yg berkenan le tu..
sekian.

Wednesday, November 4, 2015

Hubungi Makhluk Halus

Perkongsian dari Peminat Page FB Cerita Seram Melayu  - Linda Ana Grey










Salam,admin...sy ada ceriter hantu nak criter ni and brdasarkan pengalaman sy sndri..harap disiarkan ye...thanx...


Saya nak share satu cerita yang dah 20 tahun saya pendamkan. Cerita saya ni pernah disiarkan dalam Majalah Mastika tahun 2009 dan dapat banyak feedback dari pembaca. So, sekarang zaman dah serba canggih with the world infos only on the tip of your fingers, so I have the urge to share my scary and weird story with you...terpulang kepada para pembaca semua sama ada nak percaya atau tidak cerita saya...saya sendiri tak percaya benda2 ni jadi pada saya...tapi kita kene ingat kerana syaitan tu wujud untuk menyesatkan umat manusia dalam pelbagai cara...

OK. Cerita bermula pada tahun 1994. Masa tu saya berada di Form 5 dan bersekolah di Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh. Biasa la bila nak dekat SPM, waktu rehat saya dihabiskan dengan membuat ulangkaji di library dengan 4 orang BFF saya.

Tapi ntah camana hari tu salah sorang kawan saya bawak sekeping kertas lukisan dan sekeping suit syiling 50sen. Kertas lukisan tu pulak ada tulis abjad A sampai Z. Pastu ada tulis “YES” and “NO”. Then di tengah2 ada tulis “HOME”.

Kawan saya cakap kalau kat oversea, orang2 kat sana panggil OUIJA BOARD... medium utk berkomunikasi dengan roh or so they said... kat sana diorang guna kayu ukir tapi kawan saya ni nak cut budget dia guna kertas lukisan and syiling 50sen.

So, kawan saya cakap asyik study je so apa kata kita buat benda lain dari yang lain... kira di luar normal kita sebagai students? well, in that case, we felt paranormal already...hahaha!!!

So, back to the story. Kawan saya ni ajar saya camana nak main. Kami letak jari atas coin tu tapi punya la slow coin tu bergerak... kawan saya cakap kalau nak coin ni gerak laju, kene letak darah. Especially darah perempuan yang tengah period. Kebetulan pulak ada 3 orang di kalangan kami yang period and I was one of them... tapi seorangpun tak berani nak letak darah...

Keesokan hari, kami main lagi. Kali ni saya beranikan diri menitikkan darah dari jari hantu saya ke atas coin tersebut. Apa lagi, bukan main laju lagi coin tu bergerak.

Kawan2 saya mula bertanya soalan. Soalan2 yang ditanya...

“Awak ni Melayu ke Mat Salleh?”... coin tu bergerak dan mengeja M.E.L.A.Y.U.

“ Awak ni lelaki ke perempuan?”... L.E.L.A.K.I.

“ Awak asal mana?”... .U.T.A.R.A...(maknanya sama ada dari Kedah, Perlis, Penang atau Perak).

“Awak dulu kerja apa masa hidup?” ... A.Q.U.A... (maknanya kerja yang ada berkaitan dengan air).

“Awak mati camana?”... D.R.U.G.S...(pandai pulak spelled dalam English).

Pastu bunyi loceng, saya dan kawan2 saya terus masuk kelas. Saya tak sempat nak suruh ‘benda’ tu balik terus angkat je kertas lukisan tu. Saya bagi balik kat kawan saya and dia terus buang macam tu jer kertas tu dalam tong sampah.

So, lepas tu saya tak main dah. Lepas SPM masing2 bawak haluan diri masing2. Kawan2 saya ada yang pergi ke oversea untuk further studies. Ada yang sambung di U tempatan sahaja dan saya sendiri further studies di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka mengambil course TESL(Teaching English As A Second Language).

Masa kat maktab, maktab pulak semua perempuan memang boring giler la...hahaha...so, saya mula melanggan 1 majalah English ni, malajah Galaxie. Dalam majalah tu ada ruangan berkenalan. Masa tu tahun 1997 mana ada FB, IG semua. Sesiapa yang pakai handsetpun hnya golongan kaya2 je. So, kalau nak cari kenalan dengan cara ni je la...main utus2 surat...so, sayapun masuk ruangan tu untuk cari kenalan...

Saya dapat banyak surat untuk berkenalan dengan saya tapi dalam banyak2 surat yang saya terima, saya tertarik dengan sekeping surat yang dikarang oleh seorang lelaki namanya Roslan dari Kuala Nerang, Kedah dan bekerja sebagai penternak ikan air tawar.

Bahasanya berbunga2...macam sasterawan bahasa yang dia guna. Memang penuh puitis. Tapi yang paling pelik dan yang paling ganjil pada Roslan ni, dia menulis guna berus lukisan yang kecik tu dan tulis dia atas kain kanvas yang buat lukisan tu. Pastu tulisan dia pulak macam tulisan khat.

Setelah berbulan2 dok berutus surat, saya ajak berjumpa tapi macam2 alasan dia bagi. Sibuk la, kursus la, apa la. Dalam masa yang sama saya akui saya dah jatuh cinta dengan dia dan saya nak jadikan dia suami saya. Tapi dia cakap dia belum bersedia untuk jumpa saya. Saya cakap takpelah. Saya akan tunggu sampai hujung tahun.

Bila hujung tahun saya balik kampung saya di Ipoh sebab dah cuti sekolah. Pelajar maktab perguruan kalau cuti sekolah kami juga akan cuti.

Dalam cuti sekolah tu saya bagi nombor telefon rumah saya pada Roslan. Sebelum ni saya yang asyik call dia sebab masa kat maktab dulu mana ada pakai handset lagi. So, setiap malam Roslan akan call saya. Saya cakap kalau nak call pukul 10 malam ke atas sebab masa tu makbapak saya dah tidur.

So, bergayut la saya tiap2 malam dengan Roslan sampai pukul 3 pagi baru stop. Tapi saya masih tak puashati dia taknak jumpa saya. Saya mula merajuk and dia cakap dia janji akan jumpa saya sebelum bukak sekolah.

So, saya continue bergayut dengan dia. Ntah camana, bapak saya perasan saya dok bergayut malam2. Bapak saya tanya serius ke saya dengan lelaki ni? Saya cakap saya serius, cuma lelaki ni tak tau camana.

Last2 bapak saya call si Roslan ni and bapak saya basuh dia cakap kalau nakkan saya, jangan main2 dengan saya tapi buat cara elok. Bawak makbapak datang rumah dan risik elok2 ikut adat. So, Roslan cakap dengan bapak saya, dia janji akan call bapak saya untuk set up bila nak mari.

Masa tu hati sayapun berbunga2 riang sebab tak lama lagi saya akan jumpa jugak si Roslan ni. Lagi happy bila tak lama lagi saya akan kahwin dengan dia. Memang saya tak sabar2 nak jumpa dia.

Malam yang dijanjikan pun tiba. Roslan bagitau bapak saya yang dia akan call dalam pukul 10 malam tapi sampai ke pukul 11 malam Roslan tak call2 saya. Bapak saya pulak dah terlentok2 tertido atas sofa. Sampai le ke pukul 3 pagi Roslan tak call2. Saya cuba call dia, tapi tak berangkat. Saya betul2 kecewa dengan sikap dia. Bapak saya pulak cakap kalau macam ni perangainya maybe dia nak main2 je.

So, esoknya selama 3 malam berturut2 dia tak call saya langsung. Saya call diapun tak dapat. Saya menangis setiap hari sebab rindu kat sangat2 kat dia.

Bapak saya tak tahan tengok penderitaan saya, bapak saya bawak saya pergi ke rumah Roslan di Kuala Nerang, Kedah berdasarkan alamat yang tertera di surat2 dia sebelum ni.

Sesampai je kami ke sana, saya cari alamat rumah nombor 57. Tapi tak jumpa. Kami jumpa hanya rumah bernombor 55. Rumah kampung yang jaraknya lebih kurang 100 kaki dari rumah ke rumah.

Bapak saya bertanya seorang makcik yang duduk di rumah bernombor 55 tu dan bagitau tujuan kami datang. Makcik tu terkejut sangat2 dengan cerita saya. Makcik tu cakap maybe ada orang nak main2 dengan saya sebab makcik tu cakap rumah nombor 57 memang ada tapi kat belakang rumah dia and rumah tu dah tak berpenghuni selama berbelas2 tahun.

Makcik tu cakap dulu ada 1 family duduk kat situ. Tapi semenjak si bapa dalam family tu mati kene bunuh dengan anak sendiri kerana dadah pastu anak dia pulak gantung diri dalam rumah tu, seluruh family dia berpindah ke Kelantan and rumah tu terbiar bersemak-samun sampai sekarang. Saya tanya makcik tu anak yang bunuh bapak dia tu nama apa? Makcik tu cakap dia tak tau sebab makcik ni tak bercampur dengan orang sangat.

Pastu kami balik. Saya rasa macam tak puashati dengan si Roslan ni. Apa yang dia nak sorok dari saya? Saya mulakan siasatan. Maybe alamat rumah yang si Roslan bagi maybe alamat palsu. Nak tau alamat betul, saya kene pergi ke Telekom Malaysia Berhad sebab saya tau nombor phone rumah dia mesti berdaftar atas alamat betul rumah dia.

So, sayapun pergi ke Telekom Malaysia Berhad. Tapi pihak Telekom tak boleh bagi alamat rumah orang sesuka hati tanpa ada kebenaran. Kebenaran tu kiranya macam kes polis ka, boleh la diorang bagi. So, takkan saya nak buat report polis kut. Atas kesalahan apa? Roslan tak cederakan saya. Cuma dia tipu saya saja. Tapi dia tak tipu duit saya. So, saya lupakan saja hasrat saya tu.

So, beberapa malam selepas tu dia tak call saya. Punya la saya rindu gila2 dengan dia. Cinta punya pasal saya tak kisah kalau dia tipu saya sekalipun. At least call la saya. Ni tak...senyap terus. Tapi saya masih mengharapkan diri dia and cinta dia. Dalam masa yang sama saya masih lagi call dia setiap masa dan as usual, tak berangkat.

Untuk hilangkan rasa frust menonggeng saya, saya keluar ke Ipoh jalan sorang2. Tengok wayang sorang, shopping sorang2. Tak lama lepas tu, kawan sekolah saya dulu yang main spirits tu dengan saya sedang bercuti semester dar Florida State University balik ke Malaysia. Saya kuar dengan dia jalan2 sambil nak lupakan frust menonggeng saya ni.

Kawan saya ni tanya saya ni dah ada boyfriend ke belum...so, saya cerita pada dia pasal si Roslan ni dari A to Z. Apa lagi, kawan saya ni terkejut dan tiba2 dia recalled something that happened few years back. Dia cakap macam ada kebetulan yang disengajakan antara kisah saya dan Roslan dan spirits saya dan kawan saya main dulu.

Dia cakap dulu spirits tu mengatakan nama dia ROSLAN. Lelaki yang saya kenal ni namanya Roslan juga. Lepas tu spirits tu kata dia asal UTARA. Roslan saya berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Lepas tu spirits tu mengatakan yang Roslan ni dulu kerja AQUA(kerja yang berkaitan dengan air)... Roslan saya pulak kerja sebagai penternak ikan air tawar. Terlalu banyak kebetulan...

Lepas tu tiba2 sahaja saya rasa tak sedap badan. Tiba2 je saya rasa tekak saya loya. Saya cakap kat kawan saya, saya nak balik rumah. So, saya balik rumah.

Malam tu tiba2 sahaja saya demam. Maybe saya pikir saya demam rindu pada Roslan. Demam sampai menggigil2 badan. Bapak saya bawak saya ke klinik and ke hospital, still demam saya tak baik2.

Ntah camana 1 malam ni, pukul 12 tengah malam tiba2 telefon rumah saya bordering. Apa lagi, seronok la saya sebab saya tau yang call tu mesti Roslan. Punya la rindu saya pada dia. Masa tu saya demam, saya tak pedulik terus bangun angkat phone rumah.

Tapi yang seramnya bila saya bagi salam dan cakap hello, yang saya dengar hanya bunyi sunyi dah hening di sebelah sana. Lepas tu saya panggil, “Abang?”... setiap kali saya panggil abang, yang saya dengar hanya bunyi hembus nafas... saya cakap kenapa dia tinggalkan saya tanpa khabar berita tapi yang saya dengar hanya bunyi hembus nafas seorang lelaki...

Lepas tu saya diganggu dengan bunyi selama 5 malam berturut2... dalam masa yang sama demam saya masih tak baik2. Mula2 saya OK je dengan bunyi hembus nafas tu tapi malam ke 3 saya dah mula rasa seram sejuk. Rasa lain. Disebabkan rasa takut saya cabut wayar telefon.

Saya ingatkan saya dah cabut wayar telefon tu gangguan dah takdak. Tapi ada lagi bila pukul 12 tengah malam hembusan nafas tu saya dengar di telinga saya pulak. Seolah2 suara hembusan nafas tu ada dalam bilik saya.

Disebabkan rasa takut, saya bagitau bapak saya dan bapak sayapun bawak pergi berubat secara kampung dengan seorang pakcik ni sebab masa tu demam saya makin teruk. Pakcik ni cakap ada benda ikut saya dan berkenan dengan saya. Saya ceritakan dari A to Z camana saya kenal Roslan, main spirits tu semua.

Pakcik tu cakap syaitan ni akan menyesatkan dan mengganggu manusia dalam apa cara sekalipun so sebagai manusia kita mesti ada pendinding dari semua ni. So, pakcik ni cakap sebelum tido, saya kene minum air yang dibekalkan pakcik ni dan pakcik ni cakap selalu ingat Allah dan berzikir sepanjang masa. Pakcik ni pesan lagi apa saja barang Roslan yang diberi pada saya mestilah dibakar. So, segala surat2 Roslan saya bakar.

Tapi sebelum saya bakar surat2 Roslan tu, saya tangkap gambar surat2 tu dulu sebagai bukti benda ni jadi pada saya. Tapi pakcik ni pesan jangan tangkap gambar atau simpan apa sahaja yang ada kene-mengena dengan Roslan sebab takut benda tu taknak tinggalkan saya. So, saya buang Kodak(gulungan filem dalam camera sebab zaman saya dulu mana ada camera guna memory card) dan lepas tu saya baik dari demam.

Nombor telefon rumah sayapun saya dah tukar tapi gangguan still ada. So, bapak saya tamatkan talian telefon rumah dan pakai handset. Masa tu handset dah murah sket dah.

So, terpulang pada pembaca semua untuk menilai cerita saya. Saya tak suruh pembaca percaya cerita saya sebab saya rasa permainan seru roh macam OUIJA BOARD ni bagi saya, ntah la... saya agak skeptic sket tapi bila kene macam ni pada saya, sayapun tak tau nak tafsir camana. Tapi tu
20 tahun punya cerita. Kalau saya masih simpan surat2 Roslan tu dah lama saya share kat sini. Tapi saya terpaksa bakar semua...

I think that’s all from me. I don’t expect you to believe my story, but you have to believe there are spirits and devils roam the earth because they are parts of Allah’s creations...mereka juga makhluk Allah... Wallahualam...

Kisah Seram Dajjal

Perkongsian dari Peminat Page FB Cerita Seram Melayu  - Muhd Azriel

Dajjal .



Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.
Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.
' Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?', tiba2 isteri aku bertanya.
' Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan,' jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.
' Dah ada? Kat mana?,' tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.
' Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, ' jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.
' Aikk? Media?? Nape pulak?,' tanya isteriku lagi.
Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.
' Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ,' jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.
' Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni,' ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.
' Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat daru kamera, manusia percaya. Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya. Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hkikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal,' jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.
' Ya Allah... Takutnya..,' tiba2 isteri aku berbisik.
' Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ', jelasku lagi.
' So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?', tanya isteriku lagi.
' Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?,' ujarku.
' Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ,' jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.
' Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat. Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan
sirah nabi s.a.w. Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia. Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, ' jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.
' Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ,' ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.
' Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan sy dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat sayang.... Sy akan buat apa sahaja yg saya mampu untuk lindungi keluarga saya. Sebab tu ada riwayat sebut, ikatlah anak bini kamu pabila dajjal muncul. Dan skrg sy tgh ikatlah ni. Hehe... Ikat hati dan pemikiran. Bukan ikat jasad.., ' jelasku sambil mula menarik selimut.
' Imam mahadi pulak? Ceritalah... Awak asyik mengadap buku jer, tapi tak cerita pun kat saya ,' ujar isteriku sambil mula membetulkan posisi badannya.
' Nanti saya ceritakan. Kiamat dan kemunculan dajjal akan berlaku dalam konteks akal manusia boleh terima. Bukan dalam keadaan yg ganjil. Masa sudah semakin suntuk. Ummat islam sudah tidak punya banyak masa, sebab tu yahudi banyak menguasai teknologi. Sebab tentera dajjal adalah yahudi. Imam mahadi juga sudah ada. Dia hanya belum membuat pengumuman rasmi. Selagi anak muda islam masih leka begini, selagi itulah islam dibuli. Tidurlah. Doa supaya semuanya selamat. Kerana Allah kekal ada. Sy mintak maaf yer kalau arini ada buat silap. Assalamualaikum, ' ujarku sambil meminta maaf, risau2 esok tak bangun subuh hari.
' Waalaikumsalam sayang, sy pun minta maaf. Sy harap harini sy jadi isteri yg memberi manfaat untuk anak dan suami. Nite sayang...,' jawab isteriku sambil memejamkan mata .

#Sekadar Perkongsian .