-->

Friday, November 11, 2016

Jalan Yang Menakutkan Di Daerah Tangkak - Pagoh



KISAH DARI SEORANG PEMINAT CSM 
Oleh: Ain


Da lama sangat aku jadi silent reader so ari ni aku nak share pengalaman aku yang tak berapa seram ni dengan korang semua. 

Tahun: 2014
Masa: 11.30 malam
Tempat: Somewhere dalam daerah Tangkak-Pagoh (tak ingat da apa nama kampung)
Yang kena sakat: 2 orang
Yang menyakat: seekor tak tau jenis apa, kakak cantik kot…

Untuk pembaca yang bukan pengguna highway PLUS arah selatan, info ini harap dapat membantu supaya dapat memahami cerita ini dengan lebih baik. Sebaik sahaja melepasi sempadan MELAKA-JOHOR, laluan pertama yang di lalui dalam negeri Johor ialah Tangkak-Pagoh- Yong Peng- Ayer Hitam dan seterusnya…

Ok kita start…
Kisah ini bermula bila aku dengan adik lelaki aku dalam perjalanan pulang dari KL ke JB. Kami bergerak dari Sg Besi agak lewat sebab adik aku lambat abis keje. Tiba-tiba pulak banyak kereta yang masuk inspection pada hari tu. Jadi, kami gerak lepas maghrib dalam pukul 7.45 malam. Malam tu malam minggu dan ramai pulak yang sibuk balik kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina lagi 2-3 hari. Yang kami ni pun dok menyibuk kat jalan raya tumpang sesakkan lagi lebuhraya PLUS tu. Bila dah kereta banyak ni, skill pemanduan adik aku yg ala-ala Michael Schumacher tu pun rasanya dah boleh buang ke longkang dah kot. Mana taknya, kami sampai area Jasin lebih kurang pukul 10++ malam. Selalunya waktu macam tu kami dah duk sibuk call mak tanya , “ Masak apa mak? Kitorng dah nak sampai ni!”

Dipendekkan cerita, sampai ke area Kg Bemban Melaka (menghampiri sempadan JOHOR-MELAKA), sorang member adik aku ni call. Nama die Arep MA. M tu merujuk kepada ‘masuk’, A tu merujuk kepada ‘air’ dan Arep tu memang nama die. Si Arep ni pun sebenarnya dalam perjalanan balik JB tapi dia dah bergerak 2 jam lebih awal dari kami. Arep MA call kami kerana dia merasa bertanggungjawab untuk menasihati kami supaya mengelakkan laluan tol Pagoh sebab waktu dia call tu, dia tengah melepak di palang pembahagi jalan di tengah-tengah highway sambil hisap rokok dengan pengguna jalan raya yang lain. Sebabnya, die terperangkap dalam kesesakan teruk (jem melekat kata ongputeh) di laluan sebelum sampai tol Pagoh. Aku ingatkan dia saje2 test power menyeberang highway utk selfie sambil merokok di tengah2 pembahagi jalan tu… So demi menghormati keprihatinan Arep MA, kami pun merancang untuk keluar dari highway melalui tol Tangkak. Keluar dari Tol Tangkak kami akan melalui jalan lama atau orang panggil ‘jalan dalam’ untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Tangkak. Dari Bandar Tangkak kami akan terus ke Pagoh- Ayer Hitam dan masuk semula ke highway melalui tol Ayer Hitam. Tiba-tiba datang pulak idea (*****) adik aku ni untuk ikut satu laluan singkat yang membolehkan kami sampai ke Bandar Tangkak dengan kadar segera. Ye lah, da hampir pukul 11 malam tu… 

Laluan ni adik aku pernah guna setahun yang lepas masa dia nak balik JB so die dengan yakin die kata die ingat lagi laluannya. Sila jangan tanya aku, ‘laluan mana ek? Belok mana ek?’ Sorry aku memang tak ingat. Yang aku pasti laluan ni menggunakan laluan perkampungan-perkampungan manusia (bukan bunian eh…) yang terdapat di sepanjang laluan lebuhraya PLUS arah selatan. Cumanya kalau dari highway kita tak akan nampak kampung-kampung ni sebab dilindungi oleh bukit bukau, hutan hutin dan dusun-dusan milik penduduk kampung (haha.. adik2 sila jangan guna perkataan-perkataan tu dalam karangan eh).

Sekitar jam 10.55 malam, sebaik sahaja keluar highway melalui tol Tangkak, kami mula memasuki laluan short cut dari satu kampung ke satu kampung kerana menurut adik aku jalan short cut tu memang melalui kampung-kampung orang. Antara yakin tak yakin kami pun meneruskan perjalanan. Adik aku ni pulak jenis sanggup sesat daripada hilang macho sebab tanya arah jalan dengan orang. Owh, GPS? Waze? Google Map? Haha.. area tu xde line internet ye. Sampai suku jalan guna benda2 tu semua, kami terus ‘lost connection’. Jadi menggagau lah kami malam-malam tu dan hanya berpandukan kepada ingatan adik aku yang dah banyk telan semut tapi tak nak mengaku tu. Aku yang dah risau ni mulalah membebel suruh adik aku patah balik dan ikut laluan biasa tapi dia jawab, “ Rilek la long, aku yakin, depan lagi sikit tu kita akan jumpa jalan utama”. Mmm… adik aku xde la cakap ayat skema macam tu tapi aku edit sikit ayat tu supaya korang faham. Then, Sampai satu area tu, kami lalu depan satu court takraw. Aku Nampak beberapa orang abang-abang sado tengah main takraw malam-malam tu. Masa kami lalu kat situ, brader-brader tu pulak pandang kami macam nak ajak kami main polis sentri pulak. Ape die ingat kitorang ni tengah usha jalan supaya senang nak merompak esok malam ke? Bila fikir balik, memang patutla brader2 tu pandang kami macam tu. Malam-malam buta masuk kampung orang, bawak kereta kelajuan selaras dengan kereta lembu, siapa tak suspicious beb! Lepas 5 minit melepasi brader-brader takraw tu, aku mula perasan yang kami dah sampai ke hujung kampung. Macam mana aku tau? aku gunakan daya pengesanan dan kebolehan deduksi yang aku belajar hasil dari mengkhatamkan komik Conan dalam setiap keluaran. Daya intrepetasi yang kuat aku belajar dari Horatio Cane dalam siri CSI. Cuma aku tak cukup sewel lagi untuk pakai spek hitam malam-malam hari. Aku kesan kami sudah berada di penghujung kampung bila jalan yang kami lalui tu sudah mula menyempit, dan rosak serta berlubang-lubang. Lampu jalan pula dah xde, rumah-rumah penduduk juga sudah mula tidak kelihatan dan yang paling jelas ialah aku ternampak signboard yang tertulis, “Jalan Penghujung Kampung”. Kiri kanan kami pula terdapat semak samun dan pokok-pokok hutan. Time tu aku pun mula la sound adik aku, “Mmm.. aku rasa depan sikit lagi tu kita jumpa jalan utama la…” Adik aku dah tersentuh dengan kata-kata aku , die pun jawab, “ye lah! Patah balik lah!” Hah! Dah terlambat…

Tiba-tiba dari jauh aku nampak…

Berenti jap ea. Nak makan nasi. Jap agi sambung balik.

............................
............................
............................

Okey bebeh.. jom sambung cite tadi. Lepas aku perasan yang jalan tu dah sampai hujung dan suasana yang serba gelap dan horror kiri kanan jalan tu, dengan kuasa aku sebagai KAK LONG KAWASAN mengarahkan adik aku patah balik dengan ayat yg sinis. So adik aku pun terkial-ial nak patah balik tapi jalan tu agak sempit so, dia lajakkan sedikit kereta beberapa meter kehadapan sebelum aku ternampak sebuah rumah usang yang berada di sebelah kiri jalan. Dalam samar-samar berbekalkan lampu kereta dan cahaya bulan, Nampak la juga keuzuran rumah kayu tu. Dan yang paling menarik perhatian aku sebenarnya bila aku Nampak sepohon pokok nangka yang terdapat di pinggir jalan di hadapan rumah tersebut. Cissttt… sambil menaip ni bulu roma aku meremang pulak! 

Macamana aku tahu pokok nangka padahal aku bukan petani? Sebab aku Nampak sebiji buah nangka yang besar terdapat pada pangkal pokok tersebut. Korang mesti tahu kan buah nangka ni kalau dia dalam proses nak mula masak kat pangkal pokok, orang biasanya akan balut buah ni dengan kain guni, atau kain biasa untuk mengelak kan daripada buah ini di makan oleh haiwan dan menyebabkan dia rosak. Jadi, buah nangka yang aku Nampak ni memang besar(standard la tu kan) dan buah ni dibalut dengan kain berwarna cerah dan lusuh. Aku boleh Nampak beberapa kesan kotor pada kain pembalut buah nangka tu. 

Berbalik cerita adik aku yang tengah berkira-kira nak buat u-turn ni, sebaik sahaja melepasi sedikit sahaja pokok nangka di pinggir jalan sebelah kiri (di hadapan rumah usang tu) kereta kami terhenti sebab depan kami tu jalan mati. Hah! Baru ade akal! Rasa nak ketuk je kepala adik aku ni. Degil, xnak dengar cakap. Kalau nak buat u-turn kat situ memang x boleh la sebab terlalu sempit jadi terpaksalah dia buat pusingan tiga penjuru (ntah betul tak ape aku ckp ni). sape yg dah ada lesen sah tu tau la ape itu 3 penjuru. Yang buat lesen terbang tu tak tau la pulak aku. So point pertama dia forward sambil pulas stereng ke kanan, then point ke dua, undur sambil pusing stereng stereng ke kiri. Masa buat point kedua ni, sebahagian besar kereta memasuki halaman rumah usang tersebut dan pokok nangka tu betul- betul ada di sebelah kiri aku. Tiba masa nak buat point ketiga, aku Nampak tangan adik aku mengagau-ngagau cari tombol gear. Aku Nampak macam dia terketar-ketar. Aku pelik tapi mulut terkunci nak menegur. Perhatian aku tiba-tiba teralih bila ekor mata aku menangkap sesuatu…

Jap... jap... Nak bukak lampu kejap..



..................................
..................................
..................................

Sambung lagi…
Tak tau la kenapa mulut aku terkunci bila tengok tangan adik aku terketar-ketar nak masuk gear tu. Tiba-tiba ekor mata aku menangkap sesuatu. Mula-mula aku perasan macam kereta kami sedang bergerak mengundur dalam keadaan senget sebab dari ekor mata aku Nampak yang kami semakin dekat dengan pokok nangka tersebut sehinggakan buah nangka tu berada betul-betul dekat sebelah kiri aku. Tapi aku nak jelaskan di sini yang dalam keadaan macam ni, mata aku tak berani nak meliar sangat. Aku tak stay pandang satu tempat dalam tempoh yang lama so, dalam pada nak mengenalpasti apa yang ada di sebelah kiri aku, aku gunakan ekor mata. So kalau ternampak ape2 pun sekurang-kurangnya aku tak terpandang direct pada benda tu. Dalam pada kedudukan aku yang rendah tu, ye lah kereta kan rendah so aku tak Nampak keseluruhan bahagian buah nangka besar di sebelah aku tu. melainkan aku buka tingkap dan hulurkan kepala (mmg aku takkan buat la..). Dari ekor mata tu aku perasan buah nangka tu makin lama macam makin memanjang. Dari bahagian atas aku Nampak ada juraian hitam yang ksar dan kerinting. Kali ni advance skit, aku kerling benda tu. juraian hitam tu pulak makin banyak kelihatan dari bahagian atas buah nangka. Tak sampai sesaat aku cuba tafsir apa benda hitam-hitam tu?? satu perkataan muncul dalam kepala otak aku, RAMBUT!

Darah aku berderau, kepala aku panas seolah-olah darah tu naik ke muka. Aku tau tu ape! Tu bukan nangka! Siot betul! Patut la adik aku menggigil kat sbelah! Aku tak ingat apa yang pasti aku ingat aku jerit nama adik aku “AYENNNNNNNN” Jeritan tu sebagai isyarat supaya CEPAT JALAN!!!! Dan aku jerit sebab nak hilangkan rasa ketakutan yang amat sangat waktu tu. Susah nak gambarkan berapa lama tempoh masa antara aku mula perasan yang benda tu bukan nangka dengan betapa terkial2 dan lembapnya adik aku nak masuk gear dan pecut meninggalkan kawasan tu. kepala aku macam terawang-awang sampai aku sedar bila aku terhentak sedikit bila kereta terlanggar lubang dan adik aku dah mula buat skill Michael shumacher yg lari dari kakak cantik yang disangkakan buah nangka! Aku pun mula perasan yang radio kereta dah bertukar siaran dari lagu-lagu remix yang menjengkelkan tu kepada alunan suci bacaan quran dari radio IKIM. Bila masa si degil ni tukar radio pun aku tak perasan. Seminit dua dengar ayat suci dan aku boleh ikut sikit-sikit barulah keadaan aku kembali normal. Darah dan berjalan dengan lancar. Debaran yang kuat macam nak pecah dada ni pun dah hilang. Hanya meremang sikit-sikit je. Aku harap la sangat die tak ikut dok bertenggek kat blakang kereta.

Tak lama lepas tu kami lalu semula di kawasan court takraw tadi. Adik aku terus berhenti dan keluar dari kereta (kami mmg tak cakap ape2 pun sejak disergah dengan ‘kakak’ tadi tu) Nampak je adik aku keluar kereta, aku pun melompat turun dan ikut dia. Gila nak tinggal dalam kereta sorang2? So adik aku ni pun tanya la arah yang betul untuk keluar ke jalan utama daripada brader2 ni. salah sorang ni cakap yang kami ni dah jauh tersesat ni then die tunjukkan arah yang betul. Lepas ucap tq, kami pun nak belah tapi sebelum tu sempat pulak sorang lagi brader ni tanya kami, ‘patut la kitorng tengok tadi kereta kau lalu semacam je… eh dik, ape yang ko jumpa kat ujung tadi?’ brader tu tanya sambil2 senyum2 sinis kat kitorang….$%^^#@# betul! Kami pun sengeh je la… so akhirnya dapat la jugak kami jumpa jalan keluar dan balik dengan selamat. Sepanjang jalan kami tak cakap langsung pasal peristiwa tu sampailah keesokan harinya, kat rumah, adik aku cakap dia tak terfikir pun benda tu buah nangka sebab dari awal sebenarnya, dia da Nampak yang benda tu kakak cantik tengah dok usha kereta kami. Kenapa aku Nampak mcm buah nangka? Napa mula2 aku tak Nampak pun rambut dia?? Haha
Tu la kisah aku yang pertama. Nanti kalau rajin aku share lagi pengalaman-pengalaman lain. So far ini la paling meyeramkan. Adik perempuan aku pulak seorang nurse. Setiap kali abis keje malam ada je benda die cerita kat aku. next time aku share k. ok babai..

Gangguan Ketika Perjalanan Melalui Lebuhraya Yong Peng - Pagoh


KISAH SERAM YANG DIKONGSI DARI PEMINAT


Bismillahirrahmannirrahim...

Rupa-rupanya banyak kisah seram di lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Ingatkan lebuhraya Karak je yang banyak cerita mistik. Mungkin sebab tak berapa dihebohkan. Tak ramai yang tahu. Bila google, baru lah tahu ada juga yang diganggu bila melalui lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Kisah makhluk menumpang, kisah wanita dan anak lelaki nak isi tong minyak, kisah berentap dengan Daihatsu Charade putih, dan macam-macam lagi

Dan ini adalah pertambahan terkini kepada kisah-kisah mistik tersebut. Alkisahnya, lewat petang semalam, saya dan encik suami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Skudai setelah selesai segala urusan. Dalam pukul 6.30 petang macam tu kami keluar dari tol Skudai. Saya yang mula-mula memandu kereta. Kami plan berhenti solat di R&R Machap. Lepas solat dan mengalas perut, encik suami menawarkan diri untuk memandu kereta

Kami pun menyambung perjalanan. Saya duduk sebelah encik suami tersengguk-sengguk menahan mata yang mengantuk. Sesekali saya terlelap sebab tak tahan sangat dah mata yang berat. Dalam kereta, kami banyak diam sambil mendengar radio. Sampai la satu kawasan tu, saya terjaga dari terlelap, jalan raya sangat-sangat gelap. Tak banyak lampu jalan di kiri kanan jalan. Jarak kereta di depan dan di belakang sangat jauh. Tiba-tiba encik suami memperlahankan kenderaan dan memandu di lorong kiri. Terlalu perlahan yang sangat pelik bagi saya sebab encik suami suka memecut laju melebihi 130 km/j. Kenapa perlahan sangat dan masuk ke lorong kiri, padahal tak ada kereta pun kat belakang yang nak memotong bila saya jeling cermin sisi yang nyata gelap gelita. Agak lama juga encik suami memandu perlahan hingga timbul dalam hati saya, kereta 'berat' ke?

Lepas papan tanda Pagoh, encik suami memecut semula. Tapi saya tak bertanya apa-apa sebab mungkin tadi dia mengantuk. Sampai la dekat Senawang, saya perasan encik suami asyik menguap. Saya bersuara sambil memicit-micit bahunya untuk hilangkan mengantuk, "ok ke?"

Encik suami macam sangat terkejut bila saya sentuh bahu dia. Tapi dia still jawab, "tak....ngantok!" Huhu. Kesian encik suami, memandu sampai mengantok. Saya offer untuk tukar driver. Tapi encik suami tak menjawab. Sebaliknya, dia bertanya, "nampak kan ape yang abang nampak?"

Saya pelik. Saya jenguk jalan raya terang di depan, kemudian menoleh ke encik suami. "Nampak ape?"

Suami diam dua saat. "Dekat area bukit yang gelap tadi, yang tak banyak kereta, tahu tak abang nampak ape?"

"Tak...." Saya mula rasa semacam

"Abang nampak benda dalam kereta. Dalam cermin pandang belakang."

"Allahuakbar. Sebab tu ke kereta perlahan sangat tadi, sebab berat?"

"Aha. Berat. Muka dia betul-betul nampak full dan jelas dalam cermin pandang belakang."

Allah. Allah. Allah

"Perasan kan tadi kat bukit tu?" tanya encik suami lagi. Mungkin dia nak pastikan bukan dia berimaginasi sendiri

"Aha, perasan...abang bawak slow."

"Kejap je kat situ tadi, lepas tu hilang. Menumpang kot."

Kemudian kami diam. Selang beberapa minit saya pandang muka encik suami. Dalam hati saya, saya bersyukur sangat-sangat, encik suami tenang menghadapi situasi tu, dia tak melatah dan hilang kawalan. Saya fikir, kalau lah saya yang memandu, apa agaknya yang akan saya buat? Boleh ke saya jadi setenang encik suami? Ada hikmahnya Allah tukarkan driver kat Machap tadi. Subhanallah!

Saya masih bimbang. Saya fikir lebih baik saya drive, encik suami dah mengantuk dan penat, ditambah dengan apa yang dah berlaku. Tapi saya sendiri rasa takut dan gerun kalau-kalau ada lagi gangguan lain. Ya Allah, bertawakkal saja lah, Allah Maha Berkuasa. Dia yang lebih patut kita takuti berbanding segala makhluk di muka bumi

"Abang ok tak?"

Encik suami menggeleng kepala. "Masih terbayang-bayang muka dia."

"Takut tak muka dia?" Ya ampun, stop it Hasunah!

"Seram gila." Kesian encik suami. Dia geleng-gelengkan kepala laju-laju seolah-olah nak hilangkan bayangan wajah makhluk yang menumpang kereta kami. "Perempuan."

Saya tak bertanya lebih lagi sedangkan dalam hati nak tanya ade darah ke, baju putih ke, rambut panjang ke. Bimbang dalam keadaan encik suami macam tu, soalan-soalan tu buat dia tak dapat hilangkan bayangan makhluk tu

Bila nampak papan tanda RnR Seremban, encik suami bagi signal untuk masuk ke kiri. Kami isi minyak kereta, encik suami pergi toilet, kemudian saya mengambil alih memandu kereta. Dengan lafaz doa naik kenderaan dan tawakkal, kami menyambung perjalanan hingga selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah

Moga encik suami dan saya dalam kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan Allah selalu

P/S: Lepas ni, tak berani dah kot nak drive seorang diri malam-malam, balik or dari Johor. Alhamdulillah, bulan puasa tu tak jadi apa-apa

UPDATE: Encik suami dah cerita details dekat saya rupa makhluk yang menumpang tu. Wajahnya pucat putih, nampak segala urat, paling ketara urat pada bibirnya, dia duduk tengah-tengah seat belakang, tapi dia hanya diam dan matanya hanya memandang ke bawah. Dia berpakaian warna merah. Rambutnya tak seserabut macam hantu dalam cerita-cerita seram. Encik suami tergerak dalam hati mahu menegur dan bertanya, dia hendak ke mana, tetapi tidak terkeluar, mulutnya seolah-olah terkunci rapat


Thursday, November 10, 2016

Isteri Dirasuk Bunuh Diri Di Bangunan Plaza Lama


Nama saya Ruhaizat.. Saya berumur 27 tahun. Saya sudah berkahwin dan kini menetap di sebuah bandar di Selangor. Saya dan isteri saya mempunyai bisnes sendiri dan kami hanya bekerja berdua. Kami mempunyai ofis sendiri di sebuah bangunan yang agak lama di Selangor. Bangunan tu mempunyai banyak lot-lot kecil untuk disewa, namun tempat itu tidak mendapat sambutan. Hanya di tingkat bawah sahaja yang ada lah beberapa lot kedai telah disewa. Namun, tetap tidak penuh. Dan bangunan itu memang tak meriah kerana tak ramai orang ke sana.

Saya menyewa ofis di tingkat yang paling atas sekali kerana harga sewanya tersangat murah. Di pejabat, saya langsung tidak memakai pekerja, saya hanya mencari ejen yang hanya kerja dari rumah (promoter online). Di ofis selalunya hanya saya dengan isteri saya sahaja, kadang-kadang ada kawan-kawan datang, kadang-kadang saya bawa anak-anak bersama datang ofis. Kerana kami selalu buat kerja di ofis kadang-kadang sampai lewat malam.

Ok..saya akan ceritakan beberapa pengalaman seram yang kami lalui di bangunan ini..


Pada mula-mula sekali saya menyewa di sini, segala kerja renovate, wiring electric semuanya saya buat sendiri. Siap pasang aircond lagi. Lain-lain, just buat simple-simple je. Janji selesa bekerja. Lagipun yang duk di ofis tu hanyalah saya dan isteri saya sahaja. Saya ambil masa seminggu untuk saya siap sepenuhnya renovate ofis tersebut. Sepanjang proses renovation selama seminggu tu, isteri saya memang sangat jarang datang tengok saya buat kerja renovation, sebab biasanya dia hanya duduk di rumah dan buat kerja di rumah. Kerana waktu tu kami masih belum lagi ada office. Lagipun kat rumah saya ada dua orang anak kecil yang masing-masing berumur 3 tahun dan 5 tahun.


Pengalaman #1

Pada hari terakhir selepas proses renovation siap, saya hanya duduk santai-santai di ofis, tengok movie, kadang-kadang surf internet. So agak lama juga la saya duk rilek-rilek di ofis tu. Lebih kurang dalam pukul 5, saya duduk la sekejap di sofa, baring-baringkan kepala dan rehat-rehat. Tiba-tiba saya terlena pula. Tidur mati. Memang lama saya tidur. Tengah-tengah syok tidur, tiba-tiba saya terdengar dentuman berkali-kali yang sangat kuat (dummm dumm dumm dumm dummm). Saya terjaga.
Saya tengok pintu saya seakan-akan ada orang tendang dengan kaki sekuat mungkin. Sehinggakan macam nak tercabut pintu office saya. Waktu tu memang agak ketakutan jugak la. Namun saya beranikan diri saya bersuara "Siapa tu???"..

Sejurus sahaja selapas saya bersuara, tiba-tiba bunyi dentuman tu dah tiada lagi. Cepat-cepat saya pergi ke arah pintu dan buka pintu tersebut. Saya tengok di luar, langsung TAK ADA APA-APA. Saya hairan, selepas bunyi dentuman tu hilang, tak sampai beberapa saat, saya terus buka pintu, sepatutnya orang yang menendang pintu ofis saya tu masih ada di sekeliling kawasan tersebut. Puas saya cari atas bawah, kiri kanan, memang tak nampak sesiapa pun. Sunyi sepi. Langsung takde orang. Gelap gelita.

Saya gapai phone saya dalam poket, dan saya ON phone. ALAMAK! Dah pukul 11 malam rupanya. Patut la gelap je. Lagipun tempat tu memang sunyi. Saya pun terus ambil kunci kereta, kunci office dan terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, perkara seram tadi terus bermain di fikiran. Kerana saya hairan, kalau ada orang yang sengaja mengusik saya, tak mungkin dia boleh lari dengan begitu pantas. Kerana di kawasan office tersebut, langsung tiada sudut-sudut yang boleh bersembunyi. Lif dan tangga pula agak jauh. Kalau yang mengusik itu juga adalah penyewa di bangunan tersebut, kenapa langsung tak dengar pintu terbuka dan tertutup. Kenapa langsung tak dengar apa-apa. Saya tersangat hairan. Pelbagai soalan terus bermain di minda saya.

Keesokan hari, saya beli DUA buah CCTV dan juga satu set magnetic access door. Dan untuk menguatkan lagi security, saya upah pula orang untuk memasang pintu grill besi di office saya. Dipendekkan cerita, semua tu selesai dipasang. Saya letak sebuah CCTV di luar yang menampakkan depan office saya (pintu masuk), satu lagi saya letak di dalam office sendiri in-case ada apa-apa kejadian yang tak diingini. Magnetic Access Door saya letak di pintu office. So, hanya orang yang mempunyai Access-Card sahaja yang boleh masuk office. Selepas siap kesemuanya, saya terus pulang ke rumah.

Dipendekkan cerita, hari-hari berikutnya saya dan isteri saya mula bekerja di office tersebut. Anak-anak di rumah biasanya kakak ipar saya yang jaga. Sebab kakak ipar hanya tiinggal di sebelah rumah. Kebetulan kakak ipar adalah suri-rumah sepenuh masa.

Pengalaman #2

Sudah satu tahun lebih kami bekerja di office tersebut. Dan sepanjang kami bekerja di sana, sebenarnya tersangat banyak gangguan yang kami lalui. So, di seksyen pengalaman No 2 ini, saya hanya ceritakan gangguan-gangguan kecil yang kami lalui.

Kami ni sebenarnya selalu jugak la pulang lewat malam. Takde la lewat sangat, biasanya paling lewat, pukul 10 malam.

Pada satu malam tu, kami pernah kena ganggu ketika tengah menunggu lif. Waktu tu kami pulang pukul 10 malam, ketika kami sedang tunggu lif sampai, saya terdengar seakan-akan ada seseorang di belakang saya sedang berlari sangat laju. Kedengaran seperti dia berlari dari jauh dan menuju ke arah belakang saya. Sangat laju, apabila bunyi larian itu sampai di belakang saya, saya terkejut dan terus berpaling ke belakang. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya lihat langsung tak ada apa-apa di belakang saya. Isteri saya pun tegur saya "Kenapa ni bang?"...

Saya balas "Awak tak dengar ke tadi ada orang berlari?"..

Isteri balas, "Ishh mengarutlah awak, saya tak dengar pun"...

Memang sah saya dah terkena gangguan...

Ok...gangguan seterusnya berlaku kepada isteri saya....
Office saya ni sebenarnya tiada tandas. So, kalau nak lepas hajat, terpaksa guna tandas awam di luar di tingkat yang sama. Setiap tingkat ada satu tandas. So, tandas ni agak jauh la. Kadang-kadang kalau waktu malam, seram juga nak pi tandas sorang-sorang. Tapi al-maklum perempuan, sesetengah pompuan kuat pergi tandas. Bini saya pun sama. Kuat pergi tandas.

Dipendekkan cerita, pada satu malam tu, isteri saya tak tahan nak berak. Dia pun terus pergi tandas. Sampai je kat tandas, terus dia lepaskan hajat tanpa pikir panjang. Tengah-tengah berak tu, dia tengok la sekeliling tandas tu, ya Allah, buruk gila tandas. Al-maklum dah lama orang tak guna. Tapi oleh kerana tak tahan, isteri saya tetap lepaskan hajat. Beberapa minit kemudian, isteri saya selesai berak, dia pun buka la paip air untuk basuh duburnya... MALANGNYA!!! air takde !!! Dia pun mengeluh dengan agak kuat la dalam tandas tu "Aduuh!!! air pulak takde! "....

Sejurus sahaja selepas dia mengeluh, tiba-tiba dia terdengar ada orang bersuara dalam tandas tu..
"Awak kat sebelah?.... Awak kat sebelah nak tisu ke?"..Cara suara tu bercakap teramat slow dan ayu. Dan bunyi suara tu juga teramat lah perlahan. Agak susah untuk menangkap apa yang dikatakan. Tapi mungkin oleh kerana suasana di sana sunyi, isteri saya tetap dapat dengar apa yang suara tu kata kan... So isteri saya balas "ya cik, saya perlu tisu"... dan orang tadi tanpa bersuara, terus menghulurkan tisu dari bawah dinding kubik itu. Isteri saya ambil tisu tersebut dan ucap "terima kasih" namun tak berbalas. Isteri saya terus lap-lap duburnya hingga bersih. Selepas selesai sahaja, isteri saya bangun, Belum sempat isteri saya buka pintu kubik tandas tu, tiba-tiba terdengar lagi bunyi suara yang sama tadi "awak dah ok ke?"....isteri saya dengan pantas membuka pintu sambil jawab "ya saye ok"...Semasa isteri saya sedang keluar, alangkah terkejutnya bini saya apabila dia melihat pintu kubikal tandas di sebelah terbuka luas dan kelihatan langsung TIADA ORANG!!! habis tu, siapa yang bercakap tadi?! Isteri saya dengan pantas berlari menuju ke office. Sampai je di office, isteri saya ceritakan segalanya pada saya dan kami terus pulang ke rumah.

Keesokan hari, kami terus berfikir untuk buat tandas dalam office. So saya pun upah la orang utk buat tandas di dalam office kami. Hari-hari seterusnya memang kami tak guna dah tandas kat luar tu. Kami just guna tandas di office sahaja.

Sebenarnya banyak lagi gangguan-gangguan kecil yang kami lalui, tapi kami just buat tak tahu.
Ok,cerita seterusnya adalah pengalaman seram yang saya takkan DAPAT LUPA.

Pengalaman #3

Pada suatu hari, saya bawak dua anak saya di office. Waktu tu saya dah ada TV dalam office, so budak2 tu boleh layan cerita kartun di TV sambil duduk atas sofa. Isteri saya dan saya macam biasa buat kerja. Dipendekkan cerita, pada kali ini juga kami pulang lewat malam. Kali ni agak lewat, sampai pukul 12 malam macam tu lah. So, waktu tu kami dah nak pulang dah. Kami siap-siap kemas barang. Saya bukak pintu dan pintu grill. Depan pintu tu (bahgian dlm Office) saya letak satu kotak produk bisnes kami untuk siap2 diangkat masuk dalam kereta. So, sambil-sambil tu saya dan isteri pi kemas barang-barang lain. Sedang kami mengemas, tiba-tiba ada orang muncul di pintu office saya, kebetulan waktu tu pintu office terbuka. Dia pun tanya "Bang, ada tandas tak? Saya tak tahan sangat ni nak berak.. Tandas kat hujung sana takde air la.. Tingkat bawah pun takde air"... Saya agak terkejut jugak la tiba-tiba je muncul mamat ni. Entah macam mana hari tu saya benarkan aje mamat tu guna tandas office "ada,,,guna lah..kat hujung sana"....Dia pun masuk tandas...Dalam beberapa minit, saya terdengar seakan ada orang berlari di luar office... Saya pun berpaling ke pintu, saya tengok takde orang.. Dan alangkah terkejutnya saya apabila saya perasan kotak yang saya letak di pintu tu dah hilang. So saya terus bergegas keluar mencari orang yang mengambil kotak saya tu. Sebab kotak tu penting. Itu adalah produk yang nak dihantar pada Client. Saya dapat dengar bunyi tapak kaki orang tersebut. Saya ikut je bunyi tapak kaki tu. Isteri saya juga ikut sekali di belakang saya. Saya dan isteri saya memang bergerak pantas la cari orang tu. Dan tak lama lepas tu, di lif, saya nampak la orang itu memegang kotak tersebut. Dengan kelam-kabut saya tanya bini saya "Pintu office tadi tutup tak?".. Dengan pantas dia jawab "Tak"...

Saya pun apa lagi, dengan pantas berlari menuju office dan saya biarkan isteri saya berurusan dengan orang tadi. Saya bukan apa. Saya bimbang dengan anak-anak saya kat office tu. Sampai je di office, saya tengok sorang anak saya hilang. Saya tanya la anak yang sorang yang ada dalam office tu "Amir, kat mana adik kamu Laila?"...Amir yang berumur 5 tahun tu pun jawab "ade luar, orang tadi ambik, pa"....

Hati saya terus gelisah. "Astaghfirullah"..... Tak sampai beberapa saat saya terdengar bunyi tangisan anak saya si Laila tadi... Saya pun terus tutup pintu office. Dan automatik magnet pintu tu akan kunci pintu. Dan saya terus berlari ke arah tangisan tadi. Dipendekkan cerita, alhamdulillah saya dapat jumpa Laila sorang-sorang berada di suatu sudut. Saya bawak masuk office. Saya tutup pintu office dan kunci pintu grill juga..
Saya pun terus cari bini saya pula. Saya pergi ke arah lif tadi. Sebaik sahaja sampai di lif, kelihatan isteri saya dah tak ada. Saya tekan butang lif. Sambil menunggu, saya tengok di tangga kot2 isteri saya turun ikut tangga, tapi takde. Langsung tak ada dengar orang turun tangga. Lif masih lagi belum sampai, saya pun keluar dari ruangan menunggu lif, dan saya tengok kiri kanan. Dari jauh, kelihatan seperti seakan-akan seorang perempuan sedang berjalan. Saya pun dengan perlahan mendekatinya. Makin dekat, penglihatan makin jelas. Perlahan je dia jalan. Saya tegur la "hello"... Tapi tak terjawab. Perempuan itu seakan-akan pekak ataupun seakan-akan dirasuk. Kerana tangannya straight ke bawah. Kepalanya straight memandang ke depan tanpa toleh ke mana-mana pun. Langkahnya perlahan menuju ke depan. Makin lama saya mendekatinya, saya yakin perempuan tu sebenarnya adalah isteri saya. Saya pun melajukan pergerakan saya. Alangkah terkejutnya saya apabila saya lihat isteri saya sedang membuka dan memanjat tingkap besar di hujung sekali dan kelihatan dia cuba untuk terjun. Saya pun apa lagi, terus berlari sepantas yang mungkin untuk menghalang isteri saya dari berbuat demikian. Malangnya saya tak sempat! .. Isteri saya terjun dari tingkap tersebut.. Alangkah pedihnya saya. Waktu tu saya menangis sekuat hati, saya menjerit sekuat hati. Tanpa berfikir panjang saya terus buat panggilan kecemasan. Saya ceritakan segalanya.

Dipendekkan cerita, isteri saya dibawak masuk ke wad hospital. Nasib baik nyawa isteri saya masih lagi dapat diselamatkan. Itu pun kerana isteri saya bernasib baik. Isteri saya sebenarnya terjatuh atas pokok dan semak-semak yang tebal di bawah tu, so, impak jatuh tu TAK KUAT. Cuma isteri saya cedera teruk.

Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu, isteri saya sihat walafiat seperti biasa.

Kami bekerja macam biasa di office yang sama.

Tapi kami dah tak pulang lewat malam. Sebab siang hari kami langsung tak kena ganggu. Sebelum maghrib, wajib pulang ke rumah.



Saya ada tengok rakaman CCTV kejadian pada malam isteri saya dirasuk tu...
saya lihat...orang yang guna tandas office saya pada malam tu, TAK KELIHATAN di RAKAMAN CCTV !!
begitu juga orang yang mengambil kotak itu.. pergerakan kotak tu pun saya tak nampak.
HAIRAN!! Macam mana kotak tu tiba-tiba boleh berada di ruangan lif.
Si Laila pula kelihatan seakan-akan terapung dan menuju keluar dari office.


Thursday, September 29, 2016

Hantu Dalam Kereta di Sri Damansara



Satu puaka muncul di dalam kereta di sebuah jalan berdekatan Sri Damansara, Selangor.

 Saksikan


PPAP Pen Pineapple Apple Pen - CatDog Version

Cara Buat Telor Berdiri - Tutorial 2016

Tuesday, September 20, 2016

Fear TWD - Christopher Manawa is Negan?



Christopher Manawa showed a character where he will be a cruel person and want to conquer a place. He also want to have strength by increase his group members. And his father also said that a higher place like hill or mountain are the best place to survive.

As you know, Negan's place is at a hill. So maybe Negan is Christopher Manawa?

Cinta Jodoh Online di Seksyen 24, Shah Alam [18 ke atas]



cerita yang dikongsi dari peminat

Salam, Saya Rosham...
Saya ingin kongsi satu kisah seram yang terjadi dalam kehidupan saya suatu ketika dahulu...

Waktu tu saya berumur 23 tahun...Saya baru sahaja habis belajar dan dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat elektrik di Shah Alam. Untuk makluman, saya berasal dari Kedah. Dan sebelum saya ke Shah Alam, saya survey dahulu bilik untuk disewa di Mudah.my. Cari punya cari,, cari tu senang je..banyak je iklan bilik untuk disewa, tapi setiap kali call, mesti akan dapat respon "bilik dah disewa"...so agak susah la mencari....cari punyai cari, last-last saya ambil je bilik di rumah yang agak tak memuaskan lah..tengok pada gambar di Mudah tu, memang nampak tak memuaskan. Sebab bilik tak disediakan katil atau apa-apa lah.. Bilik tu kosong.. Kipas pun takde.. Rumah pulak takde dapur, takde peti ais, takde TV.. nasib baik ada WIFI... Zaman sekarang, internet tu penting melebihi segala-galanya...hehe...itu bagi saya la..bagi saya, internet itu nyawa..

Ok..so saya konfirm bilik sewa tu...saya pun deal dengan tuan rumah dan terus saya buat payment deposit sebanyak RM200... Nanti bila dah sampai sana, saya bayar pulak RM200 untuk sewa bulan pertama tu.

Ok.. dipendekkan cerita... Saya dah pun berada di Shah Alam...dan waktu tu saya sudah bekerja selama 4 bulan.. So far, kerja kat sana ok, takde masalah.. Bilik sewa pun ok.. Tapi saya bercadang nak pindah. Nak pindah bilik sewa di kondominium ke. Al-maklum gaji da naik..hehe... Tiga bulan probation memang rendah gaji. Tapi bulan ke-4, bos naikkan gaji... Memang agak banyak gaji yang dinaikkan sebab performance saya ketika probabation sememangnya mantap wooo... Masyuk jugak la gaji saya..hehe..

Banyak saya survey , bilik sewa kondo, rumah sewa flat..macam-macam saya survey, tapi hati ini masih lagi macam nak tangguh dulu.. Kerana saya nak pindah di tempat yang betul-betul selesa.. So saya tangguh dulu. Saya just survey-survey macam tu je dalam internet. Sedang saya asyik duk surf internet di laptop kesayangan saya ni, tiba-tiba muncul pop-up LUCAH...keluar perempuan bogel duk buat aksi yang menghairahkan... Saya ni memang agak suci orangnya. Saya kalau boleh nak elak daripada melihat benda-benda jijik ni... Tapi entah waktu tu nafsu saya macam membuak-buak pulak selepas pop-up seks tu muncul. Saya pun close pop-up tu...

Saya bukak fon android saya, entah kenapa saya rasa macam nak cari awek.. Dapat romen-romen sikit pun da sedap.. So saya cari la Friends Nearby di wechat dan juga beetalk.... Cari punya cari... Banyak saya request friend dengan awek, tapi nak dapat sorang ACCEPT FRIEND dgn saya, perghh punya la susah... Dalam ramai-ramai saya request friend, dapat dua orang je..tu pun lepas saya chat, kenal-kenal dalam berapa bijik message je, lepas tu diorang senyap tak reply chat saya... Cilaka punya pompuan taknak layan saya.. Saya agak sedih dan kecewa... Masa tu tengah desperate nak awek...

So, pikir punya pikir..Saya pun masuk satu website cari jodoh yang agak lucah la dalam internet..da lupa apa link website tu... So saya iklankan nombor telefon saya dalam tu, "kalau ada awek gersang (tak kisah janda ataupun single), call saya please 0134******"...

And then, sementara tunggu siapa-siapa call, saya pun cari la lagi jodoh di wechat...pergghh susah gile nak dapat...awek semua sombong..lama jugak la saya duk belek wechat tu..dari maghrib sampai pukul 11 malam...

Then, tiba-tiba telefon saya berdering.... "sayang, sesungguhnya aku tak me'e'e'ennduga, engkau insan yang tak boleh ku percaya"...itu ringtone saya, iaitu lagu Rindu-rinduan Jadi Kenang-kenangan oleh kumpulan Scoin...tengok di skrin menunjukkan "Private Number" yang call saya....so, saya pun angkat..lah.....

"hello", bunyi saya.....

"hello",,, pergghhhh, bunyi suara awek....dalam hati saya, ini mesti awek gersang yang call saya ni...

dia pun sambung bercakap lagi, "errmm, tadi saye jumpe no telefon awak dalam internet.."...

saya pun balas "ohh ye ke? hehe...ada apa cik malam-malam buta call ni?",,, saja saya buat-buat tanya...

"urmmm, sebenarnya saya gersang ni, sebab tu saya call awak..", dia balas....

jantung saya berdegup kencang....badan saya berpeluh seluruh badan....al-maklum, first time awek cakap macam ni dekat saya...waktu tu saya TER-SENYAP seketika dalam beberapa minit...kerana terkejut dan tak percaya ada awek macam ni...huhu.

"hellooo, hellooo...kenape senyap ?", dia tanya...

"err, maaf maaf....emm, awak gersang? so, err, macam mana saya boleh bantu cik?", saya buat-buat tanye lagi...

"ermm, saya nak ehem-ehem dengan awak..mai la datang rumah saya..saya kat blok S je...", dia balas...

pergghhh,,waktu tu badan saya makin berpeluh....jantung berdegup macam baru berlari turun tangga 12 tingkat...

saya pun balas "errr boleh-boleh...ermm bagi alamat rumah awak...hehe"....

dia pun terus letak telefon....

saya pun hairan la...apesal dia letak telefon...saya ada salah cakap ape-ape ke...

5 minit selepas tu, saya terima SMS, "memang benar cinta itu buta, banyak gadis cantik sini sana, macam mana aku boleh suka pada si dia dewi jelita", itu bunyi ringtone SMS saya iaitu lagu Cinta Dewa Dewi oleh kumpulan Spider....saya pun baca SMS... rupa-rupanya SMS dari awek tadi .. Dia hantar alamat rumahnya...pergghh....

saya pun cepat-cepat pergi mandi....pakai hensem2...wangi2...baju lawa-lawa....
dah siap semua, saya pun pergi la keluar rumah....housmate pun tegur "pergghh pakai hensem-hensem tengah-tengah malam buta ni, ko nak pergi mana dowh"....saya pun malas nak layan sangat "ahhh ada lah".......diorang pun balas "elehh...dating latttttewwwww".....saya pun abaikan sahaja diorang...

saya keluar dan terus pergi ke rumah awek gersang tu...

saya pun ketuk pintu rumahnya...dengan pantas awek tu bukak pintu, dia tarik saya masuk rumah dia...dan dengan pantas dia kunci pintu grill rumah nya dan juga pintu rumahnya....waktu tu dia kelihatan teramat gersang...dia terus tarik saya masuk dalam bilik tidur dia...dengan laju dia menikmati badan saya....

maaf,, saya tak boleh cerita detail pasal ni..kan tak pasal-pasal jadi cerita lucah...

dipendekkan cerita, saya melakukan hubungan seks la dengan dia...

so, memang teramat sedap, memang teramat nikmat....

al-maklum, first time bagi saya....selepas da penat main,, saya dengan dia terbaring atas katil kepenatan....saya pun cakap kat dia yang saya da nak balik rumah...dia pun balas "alaa bang, tunggu la dulu, lepak la dulu please.."....

saya pun balas "erkk esok saya kerja sebenarnya,,"...

dia pun balas "takpe, tidur sini je teman saya...esok saya kejutkan abang, ok? hehe"..dia pun tersenyum macam bajet-bajet comel gitu...

oleh kerana kecomelan wajahnya dan keseksian tubuhnya, saya pun kalah dengan nafsu, dan saya bersetuju untuk teman dia tidur....

oleh kerana saya teramat kepenatan, saya terus sahaja terlena sebaik sahaja membaringkan tubuh badan saya di atas katil empuknya itu..

saya terlena....

zzzzzzz

di dalam keasyikan lena, saya terasa seakan-akan ada seseorang mencium-cium dan menghisap leher saya. Saya fikir ni mesti awek gersang tu yang cium... Saya biarkan saja dia cium sbb saya rasa sangat sedap. Tak pernah saya rasa kenikmatan seperti ini sebelum ini.... Saya mengerang kesedapan. Semakin saya mengerang, semakin kuat dia hisap leher saya.. Saya pun berpaling muka saya ke arah mukanya untuk mencium bibirnya.. Namun, alangkah terkejutnya saya apabila melihat awek gersang itu tadi bertubuh hitam.. Hitam legam keseluruhan badannya. Matanya merah. Ya Allah, takut gile nak mampus... Tuhan je yang tahu perasaan saya waktu tu..

Oleh kerana takut yang teramat,secara automatik, saya menjerit sekuat hati.. Tapi suara saya seolah-olah tak dapat keluar.. Saya cuba pula bangun untuk lari.. Namun seluruh tubuh badan saya tak dapat bergerak... Saya cuba melawan... Lawan punya lawan, akhirnya saya dapat bangun.. Saya bangun je, awek gersang tadi pun tegur saya "kenapa ni bang?"...saya pun dengan pantas bangun dan lari ke arah pintu untuk ON suis lampu... Dan saya lihat awek gersang tadi MACAM BIASA je....TAKDE HITAM macam tadi pun..

Awek gersang tu pun tanya lagi "Kenapa ni?"...

Saya balas "err takde apa...just mimpi.."....

tapi entah kenapa saya rasa mimpi tu macam REAL sangat....
saya pun kembali pada katil sebelah awek tadi...
sebelum tidor, saya sempat sembang-sembang sikit untuk mengenal dirinya...

so, namanya adalah Juliana...dia tinggal di rumah tu dah hampir 8 tahun... Juliana berasal dari Pahang.. katanya dia lari dari rumah kerana ada masalah dengan keluarga...dia taknak cerita masalah tersebut.. so, dia hidup di sini (Shah Alam) sorang-sorang....

Dalam sedang bersembang tu, tak lama lepas tu, saya terlena..Esok pagi, saya terjaga dari tidur...saya tengok jam pukul 6 pagi...saya berpaling ke arah Juliana untuk peluk tubuhnya...Tapi saya dapati Juliana dah takde kat sebelah.... Saya bangun la pergi keluar bilik sambil memanggil-manggil namanya..

"Juliana....ooo Juliana...kat mana awak"..

"Ye bang,, saya kat dapur ni, baru je siap masak makanan untuk abang...hehe", balas Juliana..

Juliana waktu tu kelihatan sedang ambil pinggan dan mangkuk untuk hidangkan makanan atas meja makan...

Dalam hati saya, ya Allah, dah lama saya tak makan makanan kampung macam ni..siap ada tempoyak lagi, petai lagi..selama saya duk sini, saya makan makanan mamak je...da jemu..saya pun duduk la atas kerusi,,,dan makan.........Ya Allah, sedapnya Juliana masak...... Saya pun mula suka pada Juliana dek kerana kebaikannya dan juga kerana kepandaiannya dalam memasak..hehe....so, lepas ni saya da tak payah susah-susah pergi membazir masa makan kat mamak...beli je lauk, suruh Juliana masak..hehe..lagipun Juliana sendiri suruh...dia kata boleh jimatkan duit...

Dipendekkan cerita, lama-kelamaan kami berdua jatuh cinta...dan kami berkapel (tapi da macam suami isteri da)... Selama 8 bulan kami berkapel........ 8 bulan sahaja, dan akhirnya kami putus... Sebabnya..... nanti saya akan cerita...hehe...

So, sepanjang kami berkapel,, pernah berlaku sesuatu yang aneh.... waktu tu saya baru siap mandi.. Saya keluar dari bilik air dan menuju ke bilik,, saya nampak Juliana berdiri di dapur..entah apa yang dibuat........so saya masuk di bilik, saya tengok Juliana terbaring atas katil......"eh,, kat dapur tadi siapa?", tanya hati saya......saya pun tegur Juliana di atas katil tadi utk confirmkan itu Juliana, "Juliana?"......"ye bang", balas Juliana sambil memalingkan mukanya ke arah saya...saya pun cepat-cepat keluar bilik pergi ke dapur...tengok-tengok perempuan tadi dah takde...saya pun agak pelik la..dan hairan.....masa tu, saya macam syak Juliana ni ada saka... lagipun, saya rasa macam tak sedap badan je duduk rumah ni...

Ok, so bagaimana kami boleh putus?...ceritanya begini..

Waktu tu, entah kenapa tangan saya ni rasa gatal nak cari awek lain dalam weChat semasa ketiadaan Juliana kat rumah...masa tu Juliana kerja shift malam...so dia akan pulang dalam pukul 12 tengah malam... Jadi, sementara Juliana kerja, saya cari la awek lain dalam weChat...mana la tahu kan dapat romen ke....entah kenapa waktu tu rasa gatal tangan nak cari awek....so saya add ramai awek... dapat la sorang dua awek yang approve request friend saya... saya pun chatting la dengan ayat mengorat saya...tengah-tengah syok chatting, lima minit selepas tu, terdengar bunyi pintu grill rumah.. Dalam hati saya, "ni mesti Juliana"....saya cepat-cepat OFF telefon, tapi saya terlupa nak delete balik chatting dgn awek tadi...ermm...saya tengok jam, baru pukul 10...saya pun hairan la, "eh awalnya Juliana balik, baru pukul 10"........tak lama lepas tu, tengok-tengok memang betul Juliana dah balik...katanya hari ni bos bagi balik awal.. Juliana pun masuk rumah je cepat-cepat dia gapai fon saya dan check fon saya, seolah-olah Juliana dah tahu saya cari awek lain..

Juliana pun baca kesemua chat saya dengan awek lain dalam weChat tu....muka Juliana yang manis bertukar menjadi masam apabila dapat tahu saya menggatal dengan orang lain... Dia tanya saya saya chat dengan siapa...Dia tanya saya kenapa saya curang... Macam-macam soalan dia tanya saya... Saya pulak bagi macam-macam alasan kat dia, dan saya tak mengaku salah... Dipendekkan cerita, last-last kami bergaduh teruk... Sampai satu masa, Juliana berpaling ke arah lain dan menjerit sekuat mungkin.... kuat sangat... waktu tu, saya terdiam dan agak bimbang la.... Saya pun dengan perlahan memegang bahunya dan menegurnya dengan lembut "Juliana..."......Juliana pun senyap sekejap..."Juliana, abg mintak maaf"......Juliana pun dengan perlahan berpusing dan berpaling ke arah saya...

Alangkah terkejutnya saya melihat wajah Juliana yang sangat hitam dan mempunyai mata yang merah... Dia pun sambung jeritannya dengan sangat kuat dan nyaring... Ya Allah seram gila dowh... tak dapat digambarkan bagaimana seramnya... Saya pun cepat-cepat gapai kunci rumah dan lari dari rumah... Dan saya tengok di belakang Juliana yang mukanya hitam tu masih lagi kejar saya dengan laju.. .. Saya teruskan berlari..kali kedua saya tengok di belakang, tengok-tengok dia dah takde entah ke mana... Saya berpaling ke depan balik, tengok tengok Juliana betul-betul ada depan muka saya... oleh kerana terkejut yang teramat, saya pun jatuh pengsan....

Keesokan hari, saya sedar....Saya lihat di sekeliling, macam berada di rumah orang lain.. Tak lama lepas tu,, ada seorang Ustaz datang pada saya "alhamdulillah, dah sedar kamu ye", kata Ustaz tu pada saya....

"Saya jumpa kamu terbaring pengsan depan rumah kawan saya,,kalau tak silap dalam pukul 12 tgh malam...sebenarnya apa yang dah jadi pada kamu semalam?", kata Ustaz tu pada saya..

Saya pun cerita la segalanya pada Ustaz tu...

Selepas mendengar cerita saya, muka Ustaz tu berubah jadi pucat.... Ustaz tu cakap, Juliana tu memang pernah duduk di rumah tu...

Tapi, rumah tu da lama da kosong,, sebab Juliana sebenarnya dah lama meninggal dunia...

Habis tu, selama ni saya berkapel dengan siapa? dengan hantu?


Saturday, August 13, 2016

Pengalaman Misteri di Bilik Sewa di Rumah Flat, Puchong



Kisah dari Faizul

Salam..

Aku ingin berkongsi dengan korang semua pengalaman aku sewaktu aku mula-mula dapat kerja di KL/Selangor... Aku berasal dari Perlis.. So, kalau dapat kerja di KL, memang aku teramat seronok kerana kerja di KL biasanya gaji agak tinggi kalau nak dibandingkan kerja di kampung. Aku dapat kerja sebagai technician IT di sebuah syarikat swasta..

Kerja IT ni banyak kena tahu..contohnya basic electrical wiring, CCTV, Access Door (Magnetic Lock), internet, modem, wifi, networking, intercomm dan macam-macam lagi lah.

Ok...kerja di sini, bos dah sediakan tempat tinggal iaitu sebuah rumah kondominium yang dikongsi beramai-ramai bersama pekerja-pekerja yang lain... Dalam syarikat tu, ada 6 orang pekerja. So kesemua 6 orang tu berkongsi tidur dalam rumah kondominium yang sama... Aku biasanya tidur di luar (ruang tamu)..

Tak dinafikan, rumah kondo di Puchong tu memang selesa..Tapi bila dah kongsi beramai-ramai macam ni,, memang agak rimas la, ditambah pula dengan perangai sorang-sorang pengotor macam cilaka.. Yang sorang tu asyik pergi clubbing, balik mabuk muntah2 dalam rumah. Yang sorang lagi, bawak awek sesuka hati masuk rumah, pancut sana sini.. Memang busuk bau air mani dia di mana-mana.. Macam-macam bau da dalam rumah ni..

Akhirnya, aku buat keputusan untuk sewa satu bilik di rumah lain... Pada satu malam, aku search lah di Mudah.My .. memang sangat banyak bilik untuk disewa... tapi ada satu bilik tu aku berkenan... kerana di rumah tu juga disediakan banyak kemudahan lain macam peti ais, gas dapur, rice cooker, water heater, TV, internet...dan dalam bilik tu dah disediakan katil tilam siap dengan cadar sekali... kipas pulak kipas siling.. almari juga disediakan untuk simpan baju.. Harga sewa sebulan adalah RM350...

So, tanpa membuang masa, aku pun contact la nombor telefon yang tertera di iklan Mudah tersebut.. Waktu tu jugak aku pi jumpa tuan rumah di rumah tersebut utk tengok bilik.. Bilik yang aku nak sewa ni adalah di sebuah rumah apartment di Puchong, Selangor.

Tengok punya tengok,,,fuhhh memang puas hati... Semua lengkap dalam rumah ni.. Aku da tak payah beli apa-apa da...Bilik air pun cantik bersih dan selesa diguna. Internet UNIFI 50MBps disediakan...

So, tanpa fikir panjang, aku pun bayar lah RM700 pada dia termasuk duit deposit..

Dah setel apa semua pembayaran, aku pun pergi la ke kondo balik untuk ambil barang2 dan pakaian2 aku untuk dipindahkan ke rumah flat ni.

Dah setel apa semua pindah-pindah barang, kemas-kemas barang.. Aku pun duduk la rilex-rilex sekejap di sofa di ruang tamu sambil tonton TV LED Sony Bravia 43 inci.... Siap ada Android BOX TV.. So boleh la layan IPTV TV1, TV2..kadang2 tengok channel luar negara yang free..so, tak la bosan sangat duk sini.

Da bosan tengok TV, aku pun bangun jalan-jalan dalam rumah ni tengok sekeliling. Aku tengok di pintu masuk rumah ada rak kasut.. Di rak kasut tu ada banyak kasut dan selipar.. Ni mungkin kasut housemate aku.. Kasut dan selipar kesemuanya nampak macam branded. Mesti diorang ni kaya..Dalam rumah ni ada 3 bilik.. So, maknanya ada 3 orang yang menyewa dalam rumah ni termasuk aku.. Sebab nampak gaya rumah ni memang kemas dan bersih... Tak nampak macam rumah yang disewa beramai-ramai.

Da bosan jalan-jalan, bukak pulak laptop tengok internet.. Bukak facebook, twitter, baca forum carigold, forum lowyat dan sebagainya... Tengah-tengah aku duk menghadap laptop kat ruang tamu tu, tiba-tiba aku terlelap...Lama juga aku terlelap.. Sebab bila aku sedar je, aku tengok jam,, da pukul 11 malam.. Rumah masih lagi sunyi.. Macam takde orang... Dalam hati aku berbisik, "dua orang housemate aku ni memang tidur kat luar ke?"... Aku pun malas nak fikir..ngantuk punya pasal, aku pun masuk bilik dan tidur...

zzzzz
zzzzzz

Di dalam keasyikan lena..Di dalam tengah-tengah syok tidur.... tiba-tiba aku tersedar dan terdengar bunyi bising orang duk memekik kat luar..bunyi tu sangat kuat dan jelas...aku pun dalam hati berbisik "aihhh,, bisingnya diorang ni bergaduh...ape halnye ni" ..aku hairan la kan housemate-housemate aku ni bukan main bising bergaduh...kalau menjerit macam ni konfirm jiran-jiran marah punya.. aku taknak masuk campur.. aku duk je dalam bilik .. aku malas layan sangat diorang tu bergaduh...aku terus baring balik cuba untuk tidur....aku cuba tidur.... cuba punya cuba,, tapi tak dapet tidur.. sebab diorang ni bising yang teramat...

waktu tu mula aku rasa sakit hati....

aku pun bangun...bukak pintu bilik aku,dengan mata aku yang susah nak dibuka ni, aku pun cakap dengan nada perlahan, "kenape dengan korang ni gaduh malam-malam buta ni? nanti jiran dengar marah diorang tahu tak?".....


.....
...
suasana sunyi...
...
...
percakapan aku tak dibalas...semua orang senyap....

mata aku yang pada mulanya layu dan susah nak dibuka ni,,, tiba-tiba jadi segar..

aku celik mata aku luas-luas...

"eh,, mana diorang...tadi bising sangat dengar diorang bergaduh..."
aku tengok sekeliling memang diorang takde...

suasana pun jadi teramat sunyi...

aku pun pergi kat bilik diorang,, ketuk pintu diorang banyak kali, tapi pintu tak dibuka...
bilik yang satu lagi pun sama, ketuk pintu tapi tak dijawab...

walaupun benda ni terasa agak misteri, tapi aku malas sangat nak fikir,,,
aku pun masuk bilik sambung tidur...

Akhirnya aku dapat tidur dengan selesa....
Sehingga lah hari esok, macam biasa, bangun pagi, pergi kerja.....

Sebelum keluar rumah, aku tengok rumah ni still sunyi.. masih lagi tak nampak batang hidung housemate aku... di rak kasut, aku tengok kasut diorang masih lagi ada macam kelmarin..
hmm...ahhhh aku abaikan sahaja dan terus pergi ke office...

hari ni kerja agak busy sikit...pergi pasang access door kat syarikat client ..dan...lepas setel...pergi pasang CCTV kat tempat lain pulak...da la jalan jem...hmmmm...akhirnya aku pulang dan sampai di rumah pada pukul 10 malam..

sampai di rumah, oleh kerana penat sangat...aku letak beg, bukak baju, bukak seluar, bukak boxer..bertelanjang bulat dan terus pergi tidur tanpa seurat benang..hanya beralaskan tilam di atas katil dalam bilik.....

...tengah-tengah syok tidur,,,kali ni, sekali lagi tidur aku diganggu...aku terjaga...dan terbatuk-batuk..
kerana terhidu bau yang sangat sangat busuk...macam bangkai... tak tahu bangkai apa...tapi, memang teramat busuk..rase macam nak muntah pun ada...tp aku tahan je..aku picit hidung aku kuat2....aku tengok jam da pukul 3 pagi....

aku pun keluar bilik.. mencari tempat di mana datangnya bau busuk tu...cari punya cari...last sekali, aku yakin bau tu datang dari bilik housemate aku iaitu master bed room..

aku pun ketuk la pintu bilik master tu...ketuk punya ketuk, tak terjawab....oleh kerana bimbang, aku pergi pulak kat bilik sorang lagi housemate dan ketuk pintu bilik dia..pun sama tak dijawab...aku takut la jugak jadi apa-apa kan...so aku pergi semula ke bilik master tadi dan terus terajang pintu bilik tu sampai pintu tu terbuka....

so akhirnya pintu bilik tu terbuka....

alangkah terkejut beruk mak yeh nya aku apabila aku melihat seorang manusia yang ketika itu dalam keadaan lehernya dijerut dan tergantung dengan tali seolah-olah kelihatan dia BUNUH DIRI...

aku terkejut lalu aku cepat-cepat pergi ke bilik aku dan gapai semua kunci motor, kunci rumah, telefon dan dompet...dan aku keluar dari rumah....

di luar rumah, aku call polis....aku pun cerita apa yang aku nampak...dah setel bercakap dgn polis,, aku call pulak tuan rumah...pun sama aku cerita apa yang terjadi...tuan rumah cakap dia datang sekarang..aku tunggu je depan pintu rumah tu...

dalam 10 minit kemudian, tuan rumah sampai....kami pun masuk la ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik master tadi....sekali lagi aku terkejut pantet,, sebab tiba-tiba orang yang tergantung tadi sudah tak kelihatan....begitu juga dgn darah dan tali yang aku nampak dalam bilik tu tadi,, hilang entah ke mana...

Aku pun cerita la segalanya tentang apa yang terjadi sejak aku duduk rumah tu...

tuan rumah tu pun cakap la sebenarnya aku duduk sorang je kat rumah tu..mana ada orang lain..dan tuan rumah tu sebenarnya masih lagi mencari penyewa utk dua bilik yang kosong tadi...

tuan rumah tu pun cerita yang dahulu memang ada pasangan gay yang menyewa rumah tu, dan dengar-dengar, pada suatu ketika, pasangan gay tu bergaduh teruk sehingga menyebabkan pembunuhan salah sorang dari mereka...dan akhirnya sorang lagi tu pun bertindak membunuh diri dengan gantung diri dalam bilik master tu...

so, apa yang aku nampak tu, mungkin roh atau jin yang menyerupai orang yang membunuh diri tu..

sejak kejadian tu, aku terus stop sewa bilik tu ...

sekian

Saturday, April 23, 2016

Pengalaman Seram Ketika Kemalangan Seorang Diri dari Kuala Lumpur ke Kelantan

cerita dikongsi oleh: Abdul Fatah

Salam....


Pengalaman seram yang ingin aku kongsikan adalah ketika aku pulang ke kampung dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui LPT (waktu ni belom ada LPT2), so exit di Jabor, terus ke Dungun, Setiu, Jerteh dan terus ke Kelantan...

dan ini adalah kali pertama aku pulang ke kampung SEORANG DIRI...selalunya aku pulang dengan bas....dan kalau naik kereta, biasanya dengan kawan-kawan.. tu pun hanya beberapa kali aku drive kereta dgn kawan-kawan pulang ke kampung....so jalan-jalan yang dilalui aku tak berapa ingat la..

biasanya aku refer pada signboard je.....


dipendekkan cerita,,,tiba lah masa cuti...cuti selama seminggu...bukan PUBLIC HOLIDAY...tapi BOS bagi cuti sebab aku siapkan kerja awal...begitulah kerja di tempat aku,, bos akan bagi dateline..kalau siap awal, boleh la aku bercuti sehingga tamat dateline..betapa seronoknye kerja di sini..hermm..


so, hari tu kerja siap,, aku pulang ke rumah sewa aku, kemas-kemas barang, check semua kereta (minyak hitam, air radiator, aircon, lampu, dan sbgnya)...dan aku rancang malam tu juga aku nak bertolak pulang ke kampung....

aku pakai kereta wira...gaji aku boleh tahan besar,, tapi oleh kerana aku jenis yang kuat makan, aku takda cita-cita untuk beli kereta baru dan mahal..huhu....dapat makan sedap setiap hari tu dah kira nikmat bagi aku....biasanya setiap hari aku akan cari restoran yang ada jual Chicken Chop,,lagi best kalau ada Jus Buah...saje nak try lain2 kedai....kereta wira tu pulak dah habis bayar loan....so memang seronok...banyak duit lebih.....duit lebih biasanya aku kumpul banyak2..dan aku habiskan duit-duit tersebut pergi melancong luar negara dgn kawan2...kalau takde kawan ikut, aku pergi sorang diri...aku jenis yang tak kisah bersorangan...lone ranger la katakan...

so, sambung cerita tadi...

lepas siap semua kemas-kemas barang dan check kereta,,,,aku pi la mandi dulu sebelom bertolak....lepas siap solat maghrib dan isyak,,,baru la aku bertolak ...


aku bercadang aku nak terus gerak direct tanpa berhenti di mana-mana R&R.....so, perjalanan akan lebih cepat....

tapi, belom sempat aku masuk LPT,, baru je di Highway Karak, mata aku plak mengantuk yang teramat...maybe sbb hari ni belom rehat lagi.. .al maklom pulang dari kerja je, terus siap2 pulang kampung..

so, untuk menghilangkan ngantuk ni,,,aku plan nak berhenti di hentian Temerloh, sebab kat sana biasanya ramai yang berhenti makan ....so nanti,alang-alang berhenti, boleh la aku terus makan ringan2, minum kopi bagi hilang ngantuk...

tapi mata aku ni memang ngantuk yang teramat dh...kadang-kadang aku nampak jalan semacam belok kiri, padahal jalan tu belok ke kanan...kadang-kadang aku nampak ada kereta dpn aku, padahal takde apa-apa...kadang-kadang nampak macam lori masuk potong masuk lorong aku...padahal takde...

macam-macam halusinasi yang datang pada aku...paling mengejutkan, waktu tgh drive kereta, dan waktu tu mata aku macam makin layu...hampir saja mata aku tertutup, tiba-tiba aku nampak ada benda putih terbang di depan aku,,,dari jauh dan sgt laju menghampiri kereta aku..

apabila benda tu berada je dpn mata aku, aku sangat terkejut,,, dan terus hilang mengantuk,, mata aku terus celik seluas-luasnya... dan aku tengok sekeliling, takde apa-apa pun..takde bende putih yang terbang tu...dan aku yakin benda tu hanyalah halusinasi...

dalam hati aku, bagus juga ada bende tu, tak pasal-pasal ngantok aku terus hilang.....

selepas beberapa minit aku drive,, aku perasan ada sesuatu yang tak kena..

aku rasa agak pelik....aku rasa, jalan yang aku lalu ni, bukan jalan yang biasa aku lalu sebelom ni...

aku takde la sampai ingat semua jalan,,, tapi aku just ingat-ingat lupa la...

so, aku tak tahu sama ada jalan yang aku lalu ni betol atau tak...

namun, aku teruskan jugak perjalanan.....aku cuma berharap pada signboard je...

tetapi, selepas lebih kurang 15 minit, langsung takde signboard apa-apa....hanya ada jalan,penghadang jalan dan semak-samun di tepi jalan.....

aku pelik la kenapa langsung takde signboard...dan yang menghairankan aku lagi, jalan ni hanya ada satu lorong..maksudnya takde lorong memotong...macam jalan kampung....

waktu tu memang aku tak ingat macam mana jalan Highway Karak...dan waktu tu memang aku tak terpikir pun "nama pun Highway, mesti la ada lorong memotong"...sebab aku still confusing, campur penat dan lapar....

yang aku ingat,, sebelom ni, aku drive balik kampung, aku gerak straight je..takde exit mana-mana kecuali exit Jabor....

so, aku teruskan sahaja perjalanan...

jalan ni memang gelap,, takde lampu jalan...hanya mengharapkan lampu kereta ni je..

30 minit kemudian, masih takde kelihatan signboard....dan aku baru perasan, aku langsung tak nampak kenderaan lain kat jalan ni...

seolah-olah aku sorang je yang guna jalan ni...

tapi bila-bila pikir balik, sekarang ni bukan Public Holiday, so sebab tu takde orang kot...

aku teruskan sahaja perjalanann.....tiba-tiba ngantuk aku datang balik...tapi aku still boleh drive....

aku drive je....dalam keadaan penglihatan aku yang samar-samar (ditambah pula jalan yang gelap) ni, ada satu ketika, aku tak nampak jalan...

tak nampak garisan jalan...aku perlahankan sedikit kereta,,,,dan aku cuba cari garisan jalan...agak samar-samar....tapi aku follow je garisan jalan tu......dan beberapa minit kemudian,,,tiba-tiba kereta aku bergerak laju dgn sendiri....dan aku perasan kereta aku seolah-olah menurun ke bawah di jalan yang sangat curam...

belom sempat aku berfikir apa-apa,,,belom sempat aku buat apa-apa,,, BAMMMMM!...

pandangan aku gelap ....

beberapa detik selepas tu, penglihatan aku kembali elok...

aku sedar, aku berbaring di atas rumput.....aku lihat sekeliling aku, semua semak-samun.....

di suatu sudut,,, di celah-celah daun-daun semak itu, dalam beberapa meter dari tempat aku berbaring, aku nampak kereta wira aku dalam keadaan terbalik....ada sedikit api kecil yang membakar kereta aku itu...

waktu tu aku pikir kereta aku akan meletop...so aku pun dengan pantas cuba bangun utk dapatkan benda-benda penting dalam kereta tu....IC, telefon, dompet, laptop dan sbgnya....

namun, aku tak dapat bangun...susah untuk aku bangun...sakit yang teramat...aku seolah-olah tak boleh control kaki aku....

setiap kali aku cuba bangun, setiap kali itu lah aku rasa sakit sangat...

aku cuba merangkak menuju ke kereta aku...tak sampai seminit,, kereta aku meletop dengan kuatnya....

haihhh...rasa agak kecewa...

tapi, aku terus merangkak menuju ke kereta....agak-agak sampai di kawasan cerah (cerah dgn nyalaan api) itu, aku berhenti dan berbaring...rehat dan lepaskan hembusan penat aku ............. aku just harap akan ada la nanti orang yang akan nampak aku berbaring tepi jalan ni...aku just mengharapkan pertolongan...

beberapa minit kemudian, masih langsung takde orang yang lalu...

aku pun pusingkan badan aku kepada keadaan mengiring menghadap ke kereta aku....

aku tak boleh buat apa-apa selain daripada hanya melihat kereta aku terbakar....

ermmm...

lama-kelamaan, api kereta tu makin malap....sedikit demi sedikit api itu malap...

api yang makin malap tu membuatkan mata aku juga sedikit demi sedikit layu.....

dalam beberapa minit selepas itu,,, pandangan aku jadi gelap...aku tertidur...


aku tak tahu berapa lama aku tertidur...

tapi sebaik sahaja aku sedar,, aku masih lagi ada di tepi jalan, masih lagi dalam keadaan mengiring menghadap kereta aku yang terbalik tu...

aku masih lagi penat..;..susah untuk celik mata ini...pandangan aku samar-samar ....api kereta aku tu juga dah padam...

dalam pandangan aku yang samar-samar tu, aku nampak macam ada orang berdiri di tepi kereta aku...

dengan suara aku yang sangat lemah ni, aku cuba panggil orang itu...namun, tak dilayan...dia hanya berdiri sahaja di situ...

aku cuba celikkan mata aku,,,pandangan aku masih lagi samar-samar... namun, baru aku perasan orang itu hanyalah seorang budak-budak perempuan..


aku langsung tak berdaya untuk bergerak...aku hanya menggerakkan mulut aku cuba keluarkan suara memanggil budak itu... beberapa saat kemudian, aku nampak,, datang seorang wanita dewasa...wanita itu duduk cangkung depan budak tu sambil memegang kedua-dua tangannya, dan kelihatan wanita itu sedang bercakap-cakap dengan budak perempuan tadi...

tapi aku tak dengar diorang cakap ape...suasana di sekeliling memang senyap..aku hanya nampak diorang bercakap, tapi tak dengar perbualan diorang..

penat aku memanggil, diorang tak layan aku...aku pejamkan mata sekejap...

tak sampai 1 minit aku pejamkan mata, aku buka balik mata, tiba-tiba dua orang tadi hilang..............

aku terkejut....dan sumpah waktu tu memang rasa takut...

so, tiba-tiba mata aku tercelik dgn luas...aku cuba celikkan lagi,aku cuba bangun,,, dan akhirnya aku bangun... dgn keadaan yang tak bermaya ni, aku tengok sekeliling,, langsung takde orang....gelap gelita...tepi jalan hanya lah semak samun...

dalam hati aku "ah sudah..kat mana aku ni?"...aku tengok langsung takde orang....aku fikir daripada aku duduk sini sorang-sorang menunggu bantuan,baik aku terus jalan kaki..mana la tahu tiba-tiba ada kedai makan kat depan sana, atau ada orang depan sana...

so, dengan perlahan, aku berjalan kaki...

selepas beberapa minit,, aku nampak di depan aku,, dari jauh aku nampak seperti seorang perempuan yang memakai baju orang gila...rambutnya sangat kusut dan serabai...dia berdiri je di situ...

langkah aku terhenti seketika....aku pun lambai-lambai tangan aku padanya.. tiba-tiba sahaja dia berlari menuju pada aku...

aku pun apa lagi!! aku lari ke belakang balik......kat belakang aku pun sama, aku nampak dari jauh ada orang berlari menuju pada aku...

aku takde pilihan lain, aku masuk dalam semak.....

aku masuk sedalam-dalamnya...dan cuba cari bahagian yang memang tersorok....

memang cuak gile aku waktu tu...aku dah tak tahu nak pergi mana...nak berlari pun memang dah tak berdaya...

so, dalam semak tu, aku cuma duduk dan perhati melalui celah-celah dedaunan semak tersebut...

mata aku laju perhati ke kanan ke kiri, aku perhati ke setiap sudut...memang aku cemas dan takut waktu tu...

pandang di sudut ni, tak nampak apa-apa.. pandang di sana, tak nampak apa-apa juga... sampai je di suatu sudut, aku nampak, dua-dua wanita gila tu, berdiri di tepi jalan tu dan memandang ke arah aku...

aku dapat rasakan dia nampak aku.....

CUAK GILE DOWH!!! memang tak boleh lari dah aku waktu tu...dalam hati aku, aku cuma harap dia tak nampak aku, walaupun aku yakin diorang nampak aku, aku tetap berharap diorang tak nampak....usah cakap la bagaimana perasaan TAKUT aku waktu tu...aku tak sanggup lihat diorang yang memandang aku macam orang gile tu...aku pun pejamkan mata..badan aku terketar-ketar ketakutan....mulut aku secara semula jadi seperti nak menangis, tapi aku cuba TUTUP mulut aku, aku cuba tak hasilkan apa-apa bunyi...mata aku mengalir air mata...

beberapa minit jugak la aku pejam mata, tapi aku masih tak rasa diganggu....aku plan, nak terus tutupkan sahaja mata sampai tertidur... walaupun diorang dah ade dekat dgn aku, aku harap diorang tak apa-apa kan aku la...so better tutup terus mata sampai tertidur... tapi aku memang tak boleh tidur...dalam keadaan takut yang teramat tu, memang aku dah tak rasa ngantuk...

so,entah kenapa, aku bukak juge mata aku perlahan-lahan... dan....aku tengok diorang dah takde...

aku terkejut... dengan laju pandangan aku beralih ke sana dan ke sini mencari di mana diorang berada...

beberapa minit selepas tu, aku terdengar bunyi daun...seperti ade orang masuk dalam semak...

waktu tu, memang aku pikir diorang masuk dalam semak jugak sebab mencari aku....

bertambah takut la aku waktu tu....aku just boleh standby utk lari ke arah yang boleh lari je waktu tu...

aku just standyby...

tiba-tiba,,,,

dengan sangat laju, aku nampak orang gila ni merangkak laju ke arah sambil gelak macam org gile.. "hihihihihihihihihihi"..tanpa henti diorang gelak...

aku tak sempat buat apa-apa...

yang aku tahu, waktu tu aku memang TAKUT GILE!!

aku terkejut dan secara SPONTAN aku menjerit SEKUAT YANG MUNGKIN...................

tiba-tiba aku pengsan....

sedar-sedar je, aku dah ada di hospital...

aku buka je mata, kelihatan seorang jururawat sedang tengok aku... dan dia tersenyum...

mungkin kerana gembira tgk aku dah sedar...

aku pun tanya la pada jururawat tu apa yg dah terjadi....

dia pun cerita la....

rupa-rupanya aku tersalah jalan...

aku memang tak perasan aku tersalah jalan....mungkin sebab mengantuk kot...

dan jalan yang aku lalu tu, memang takde orang yang guna malam-malam...

Saturday, April 16, 2016

Asrama Tingkat 4 Ada Hantu - Blok Asrama Lama



cerita dari peminat Cerita Seram Melayu

 salam ..

 aku ada sebuah kisah seram berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika aku menuntut pelajaran di sebuah Universiti kerajaan di Malayia.

 Waktu tu, aku berumur 18 tahun, iaitu setahun selepas SPM...

aku mendapat keputusan SPM yang boleh dibanggakan jugak la..dan aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di IPTA (rasanya tak perlu sebut universiti mana, demi kebaikan Universiti tersebut).... So, aku tersangatla gembira.. kerana aku dapat kursus yang aku sangat harapkan dan aku sangat minat dengan kursus tu, iaitu Diploma Sains Komputer...

 Dipendekkan cerita, tiba la masanya untuk aku pergi ke universiti tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran... Aku ni sebenarnya seorang yang sangat terkenal (di kalangan member2 sekolah aku) dengan perangai suka lewat...pergi sekolah lewat, masuk kelas lewat, hantar kerja sekolah lewat, solat berjemaah lewat, semua benda mmg lewat je aku ni..... so, begitu juga dengan hari pendaftaran di Universiti ini.........

 Waktu aku sampai di dewan serbaguna (MPH) universiti tersebut untuk pendaftaran,, aku tengok orang dah tak ramai...masih ada yang beratur untuk pendaftaran...tapi memang sikit la... so, aku pergi ke satu meja ni untuk check nama aku....boleh nampak di list tersebut, nama aku sorang sahaja lagi yang tertinggal...kah3... ada beberapa meja di situ iaitu untuk pendaftaran semester, daftar course, daftar elearning, dan last sekali adalah pendaftaran untuk bilik di ASRAMA...

 ok,,

sampai di pendaftaran bilik ASRAMA NI,, aku dapat tingkat 4 di sebuah bangunan asrama lama...agak buruk sikit la..aku dapat tingkat paling atas sekali iaitu tingkat 4.....bilik yang aku dapat tu adalah untuk DUA ORANG sebenarnya...tapi dah takde orang dah lepas aku, maknanya aku duduk sorang-sorang la dalam bilik tu....aku agak gembira la sebab dapat duk sorang satu bilik tu...takde la serabut sangat dengan suasana bising....luas pun luas... ok, so tiba di bangunan asrama, aku jalan-jalan cari di mana tangga, boleh nampak la ramai student dgn parents diorang angkut barang,,,agak meriah la...ramai orang... aku teruskan berjalan...aku naik satu tingkat,,, pun sama ramai student, satu tingkat lagi, pn sama ramai student,, begitu juga tingkat yang seterusnya...

 tapi, sampai je di tingkat aku, aku tengok langsung takde orang....ohh lupa bagitahu,, aku ni jenis seorang yang lone ranger...aku datang sorang-sorang tanpa mak ayah aku..buat apa bawak mak ayah, kesian mak ayah aku letihkan diorang..

 so di tingkat 4 tu,, aku dapat rasa, aku sorang je yang duduk di tingkat 4 sebenarnya.... aku seorang yang simple,, dengan hanya DUA BEG BAJU aku ni, aku sumbat sekali baju, laptop, charger, barang-barang mandi dalam DUA BEG INI....dan aku tak perlu da angkut-angkut barang...

masuk je dua beg ni dalam bilik,,,aku terus BERBARING atas katil empuknya itu....walaupun bangunan lama, tapi bilik aku tu sangat selesa,, tak panas, kipas kuat, katil memang tebal dan empuk.... dan tak lama lepas tu, aku terlena.....

 dalam terlena itu, dalam kegelapan tu,,,

 tiba-tiba.....

 aku dengar orang ketuk pintu bilik aku dengan laju.... mula-mula bunyinya sangat sayup2 je... waktu kedengaran sayup-sayup tu, aku seolah-olah dah sedar dari lena, tapi mata aku susah nak dibuka, badan aku susah nak bergerak....seperti kena tindih... ketukan pintu tu terus berbunyi... tiba-tiba makin kuat.... makin kuat,, dan sangat kuat bunyi ketukan pintu tu...

tapi,,, akhirnya,,, nasib baik aku terjaga...

fuh!! 

bunyi ketukan pintu yang kuat tadi TERUS HILANG sebaik sahaja aku dapat bangun....pelik... aku dengan pantas pergi ke pintu bilik dan bukak,,, tengok di luar bilik takde orang seorang pun..sunyi sepi....aku tengok jam di telefon baru pukul 3 petang.... hermmm.. hari ni takde buat apa-apa,, sebab pihak universiti beri masa pada student untuk rehat di bilik pada hari pertama....esok baru la start orientasi.... so, aku mase tu agak bosan la sunyi sepi je floor aku....aku turun floor bawah,, baru la rasa meriah sikit,, dengar bunyi lagu, bunyi game laptop, bunyi orang sembang-sembang...

akhirnya aku bercadang pergi ke office pengurusan asrama.. aku pi la...sampai je, aku tanya pada akak yang ada dalam office tu tentang tingkat 4 di blok asrama yang aku duduk tu... akak tu cakap, di tingkat 4 tu aku sorang je duduk... tapi dia cakap dalam 2 bulan lagi , akan ada intake baru untuk budak-budak foundation... dan kemungkinan segelintir budak-budak foundation tu akan duduk tingkat 4 tersebut.... ok..so aku redha... itu lah akibatnya suka LEWAT..

 so, aku balik semula ke asrama... oleh kerana belom kenal sape-sape lagi, aku duk terperap dalam bilik je...buke laptop,, surf internet...kadang-kadang main game... jam sudah menunjukkan pukul 5 petang....aku pun bercadang nak pi mandi.. setiap floor ada DUA tandas...satu di hujung,, satu lagi di hujung yang satu lagi....

 aku pun pi la tandas yang dekat dengan aku.... aku mandi.....mmg syok mandi tandas tu...paip air hujan,, kuat plak tu airnye... tengah-tengah aku syampu rambut aku, tiba-tiba terdengar bunyi air paip yang sangat laju dan kuat.... waktu tu mata aku tertutup, tak boleh buka dek kerana buih syampu yang banyak....aku cepat-cepat bilas rambut aku dengan air.. selesai je, aku tutup paip air aku....dan memang sah ada paip ditinggalkan TERBUKA di luar kubikel mandi aku ni... sebab aku masih lagi dengar air melimpah-limpah..... aku pun siap-siap pakai tuala... aku keluar...kelihatan semua paip di ketiga-tiga SINKI terbuka penuh...so, aku pun tutup kesemuanya... tapi masih lagi kedengaran bunyi paip air.. aku pergi tengok paip di tempat ambil wudhu,,,tiga-tiga paip tempat ambil wudhu juga terbuka penuh....so, aku tutup ....

 keluar je tandas,,,, kedengaran masih ada lagi bunyi paip air yang terbuka...

sayup sayup je bunyinya... aku dapat lihat dari jauh,,,,tandas di hujung yang satu lagi tu,,,, paip di tempat ambil wudhu dibiarkan terbuka....

 oleh kerana jauh sgt, aku tak berani pergi hujung sana,,,aku buat tak tahu....aku masuk bilik, dan terus kunci pintu bilik...


dipendekkan cerita,,,3 minggu sudah berlalu...

orientasi program telah tamat,, dan dah seminggu aku masuk kelas....

so, aku kenal la beberapa orang kawan...ada sorang member aku tu, Fahmi namanya...

kadang-kadang dia datang bilik aku untuk tidor...kadang-kadang dia tido bilik dia...

sepanjang 3 minggu tu, aku masih dapat gangguan yang sama seperti paip air terbuka,, bunyi orang ketuk pintu dan tingkap....tapi aku dah biasa....bukan tak takut,, takut sebenarnya... tapi aku buat tak tahu je....

so, selepas 3 minggu,,, hari ni hari Jumaat....minggu depan, ISNIN, SELASA dan RABU  cuti raya cina...

so, aku bercadang nak balik kampung la...nak cerita la jugak pada parents aku suasana di universiti tu... Fahmi tak pulang ke kampung,, dan ada la beberapa orang yang stay di asrama...di setiap floor tu, maybe ada la dalam 5-6 orang tak pulang ke kampung..

dipendekkan cerita,, aku pulang ke kampung....jumpa parents, jumpa family, jumpa member-member sekolah...memang seronok la jumpe member2 sekolah,,, masing2 cerita pasal universiti masing-masing...ada yang masuk matrikulasi....ada yang masih tak dapat masuk U...macam2 la.....

tapi aku sorang je cerita pengalaman diganggu hantu kat universiti....haha.....

so,,, dah habis bercuti...dah habis enjoy....hari Rabu,, macam biasa,, aku akan ambil tiket paling lewat skali...pukul 11 malam adalah tiket paling lewat...so, esok akan sampai pukul 6 pagi...pukul 8 pagi ada kelas..

biasa la aku suka last minit...

dipendekkan cerita,,, aku sampai lah di universiti...waktu tu dalam pukul 6.30 pagi aku sampai di bilik aku....terus aku mandi-mandi,, solat,,, dan siap-siap pergi ke kelas...

sampai di kelas........ macam biasa, aku jumpa Fahmi, tegur dia...tapi dia buat tak tahu je....pelik gak ......aku ignore dan aku ikut blakang dia...dia duduk di satu tempat tu...aku pun duduk sebelah dia....

tapi dia boleh pulak bangun pergi duduk kat lain.....punya la sombong...aku tak faham....pelik... tapi aku abaikan..lantak dia lah....

DUA HARI perangai dia macam tu je...tetap tak berubah...dia seolah-olah takut dengan aku..dan dah taknak berkawan dengan aku...

aku panas hati jugak la....

ada satu hari tu,,, dia tengah makan di cafe dengan member2 lain....kebetolan waktu tu aku baru je nak pi makan.....so , sebelum aku ambil makanan, aku pi kat dia dulu...aku terus tegur dia dengan kasar "weyhh, pesal ngan ko ni...ko tak puas hati ape dgn aku? aku ada salah apa?"..

"err..tak takde apa,,, aku .....akuu...err ...aku cuma tak sihat", kata Fahmi...

aku boleh nampak dia menipu..."weyh terus terang la bod0h"....

"err..ko tak takut ke duk sorang-sorang kat tingkat 4 tu?", tanya Fahmi....

"takut??? takut apa?? hantu??", jawab aku....

"err..ye hantu"....dia balas...

"ok...aku pernah kena ganggu,,,..", jawab aku....

dan aku ceritakan segala gangguan yang aku pernah kena.....aku cerita semuanya

dan aku sambung, "dalam 3 minggu tu, banyak kali jugak la aku kena ganggu, tapi aku buat tak tahu je"....

Fahmi yang sebelom ni nampak takut dengan aku seperti cuba memberanikan diri dengan bertanya, "ko ada bela saka?"....

"pantet anjing,, ape ko cakap ni...aku takde masa main benda cilaka tu lah!", aku jawab dengan marah..

Fahmi tanya lagi, "err ko ada balik ke asrama ke sepanjang cuti?"....

aku jawab, "aku cuti, kat kampung la... ko pun tahu aku suka datang lewat, last minit...subuh khamis baru aku sampai.."...

Fahmi balas, "ok....aku terus terang....cuti raya cina,,, ko balik...tapi aku stay kat asrama..,,,roomate aku pun balik kampung jugak...so kadang-kadang aku pi bilik Toyyib tumpang tidur kat bilik dia,dan kadang-kadang aku tidur sorang2 kat bilik....  hari Isnin,, mase tu ...aku tengah bosan gile dowh tak tahu nak buat apa....Toyyib pulak pergi keluar jumpe awek katenye...aku duk atas katil baring-baring belek telefon...dan tak lama lepas tu, aku tertidur..."......

Fahmi sambung lagi,,
"tengah syok aku tidur,,,tiba-tiba aku dengar orang ketuk bilik aku...ketukan tu kuat dan berterusan...tak berhenti....so aku terjaga,, aku tak bukak lagi pintu...dan pintu tu masih lagi diketuk,,langsung tak berhenti....pelik gak aku..tak letih ke ketuk pintu lama2 ni?....aku tersangat malas nak bangun,, mata aku tersangat susah nak bukak,, al maklum memang ngantuk nak mampus....tapi pintu tu diketuk je manjang 'tuk tukk tukk tuk tuuk  tukk tukk',,berterusan .... macam orang gile yang ketuk pintu....aku pun gapai dulu phone aku..aku tengok jam di phone sudah pukul 3.30 pagi...aku kata ni mesti orang gila bangsat ni kacau aku tidur pagi-pagi buta....dengan keadaan malas aku tu, aku pi jugak la bukak pintu... ko nak tahu siapa yang ketuk pintu aku?????"

aku yang ingin tahu ni dengan pantas bertanya "Sape??"...

"ko yang ketuk pintu aku.....aku pelik jugak...aku pun tanya la ko,, 'hari tu ko kata balik, tapi kenapa ada di asrama lagi'........ko diam...ko langsung tak jawab aku tanya.......aku tanya lagi, 'ade ape ko datang bilik aku pagi-pagi buta ni'.....ko masih diam...ko senyap...so waktu tu aku mengantuk sangat,,ak pun bercakap dah tak pandang sangat la muke ko....aku ajak ko masuk...dan ko berdiri dalam bilik aku...aku pulak landing badan aku atas katil...dan sekejap je, aku terus terlena....

dalam sedap aku terlena,,, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan yang sangat kuat...'bamm, bammm bamm bamm bamm bammm'....aku pun terjaga...aku tengok bilik aku terang...aku lupa tutup lampu tadi.....masih kedengaran lagi bunyi ketukan bising tu.....aku cuba bukak jugak mata aku luas2....

aku tengok ko duk ketuk-ketuk locker aku kuat-kuat sambil kepala ko menoleh pandang aku,,mata ko bulat dan putih...muka ko pucat....aku beranikan diri aku tanye 'ko ok ke tak'...tapi ko diam...aku pun bangun perlahan-lahan,,, bergerak ke arah pintu bilik....agak-agak dah dekat dengan pintu bilik tu, aku cepat-cepat lajukan pergerakan aku,, aku keluar dan terus berlari ke bilik Toyyib..aku yakin Toyyib dah ada dalam bilik....aku ketuk-ketuk pintu dia kuat-kuat.. dalam cemas tu, sambil aku ketuk pintu bilik Toyyib, sekejap sekejap aku berpaling ke arah bilik aku......dari jauh aku nampak ko bergerak menuju kat aku dengan laju...tangan ko dua-dua ke depan,, macam Frakenstein berjalan...sumpah seram bodo..kalau kena betul-betul depan ko, ko tahu la macam mana seram nya...sebelum ko sampai kat aku,, nasib baik, Toyyib bukak pintu nya,,, sebaik dia bukak pintu dia,, aku terus tolak kuat-kuat pintu dia....tercabut kuku ibu jari kaki Toyyib....nasib baik Toyyib baik tak marah aku....aku masuk bilik Toyyib, aku cerita semua kat Toyyib....tahu tak kitorang pikir apa pasal ko??? kitorang pikir ko bela saka..... aku pikir baik ko pi cek kat mana-mana rawatan Islam.."

ooohhh,, sebab tu lah member2 aku semua pandang aku lain macam, sombong dengan aku...rupanya diorang pikir aku bela saka...

aku pun terpikir nak pergi jumpa jugak orang yang boleh merawat....tapi kat mana...aku tak tahu...
aku tak tahu nak mintak tolong sape..last-last aku terpikir pasal senior-senior dalam group masa orientasi baru-baru ni...group tu kononnya untuk merapatkan silaturahim antara senior dan junior la...so aku ajak jumpa semua senior dalam group aku tu.....alhamdulillah semua senior dalam group aku tu semua baik...diorang okay je jumpe aku..kitorang lepak la di cafe....masing-masing ambil makanan masing2...duduk di satu meja,, dan kitorang sembang-sembang....tengah-tengah sembang, aku bukak mulut pasal bilik aku tu...

"kat asrama ni pernah ada cerita-cerita seram tak?"

senior-senior aku terdiam sekejap.....

kemudian salah sorang (iaitu Faiz) tanya balik pada aku, "ko duduk bangunan lama tu kan?"...

aku angguk kepala aku "ye,,blok tu lah,,saye duk tingkat 4,...bilik 404"...

sorang lagi (iaitu Hanif) cepat je terus balas, "Ohh tingkat 4, bilik 404?? aku pernah dengar cerita pasal bilik tu,, aku pun tak tahu betol ke tak..sebab cerita ni pun aku dengar dari senior aku jugak, diorang dah graduate dah...dah bekerja dah pun....."

aku yang ingin tahu ni terus tanya, "cerita pasal apa?"...

Hanif sambung lagi, "dulu, blok yang ko duduk tu adalah asrama perempuan....ada sorang budak perempuan ni, nama dia Fadia....dan dia duduk di bilik yang ko duduk sekarang,,,bilik 404....Fadia ni memang pelik perangai nya... pelik tu takpe,, tapi kadang-kadang menakutkan ... sehinggakan roomate Fadia, kalau tak silap nama roomate tu Sara,.so Sara dah tak tahan duduk satu bilik dengan Fadia,,sebulan je duduk dengan Fadia, akhirnya Sara mintak tukar bilik... Sara pernah jugak cerita kat orang ramai tentang perangai pelik Fadia ni...kadang-kadang pukul 3 pagi,, tiba-tiba je Fadia duk gelak sorang-sorang kuat2 atas katil... Sara tengok Fadia tu takde la pegang buku ke, pegang phone ke..Fadia takde buat apa-apa, tapi gelak sorang2 dengan kuat? tak ke pelik dan menyeramkan tu....student-student yang stay di bilik yang berdekatan dengan Fadia pun pernah mengadu tak dapat tidur sebab kadang-kadang Fadia buat bising pukul 3 pagi,, kadang2 ketuk pintu biliknya kuat2,, ketuk locker kuat2,, ketawa kuat2 sorang2....kadang2 dalam bilik air, mandi gelak sorang2....bukak paip air dan tak guna, lepas tu blah macam tu je...memang pelik.."

aku berminat nak tahu lagi,.aku berbunyi "Lepas tu?"

so Hanif pun teruskan lagi "...ok..suatu hari, beberapa orang student di tingkat 4 tu perasan sesuatu, iaitu diorang dah tak nampak dah Fadia....student sekelas dengan Fadia pun ada cakap dia dah tak masuk kelas sejak kebelakangan ni..diorang pun cerita la pada warden....dan warden pun pi la cek bilik Fadia...ketuk punya ketuk, tak berjawab....tengok selipar ada je di luar...so warden ambil kunci penduanya dan buka pintu bilik Fadia... di belakang warden, ada la beberapa orang student yang kenal Fadia, datang juga utk tengok keadaan Fadia.....alangkah terkejutnya diorang semua ....diorang nampak Fadia berbaring atas katilnya dengan mata terbuka luas, badan kaku,, kaki straight ke hadapan,,, kedua-dua belah tangan Fadia berada atas lehernya, seolah-olah dia bunuh diri dengan mencekik dirinya sendiri...Macam tu lah keadaan Fadia masa tu....warden check nadi Fadia, dan warden pasti Fadia dah tak bernyawa...cepat-cepat diorang call ambulans...dipendekkan cerita, hospital mengesahkan Fadia dah meninggal...polis mengkategorikan kematian Fadia ni adalah kematian mengejut...."

Kelihatan Hanif macam ada lagi benda yang nak diceritakan, dia teguk segelas air dan terus sambung lagi cerita "ok, sejak kematian Fadia tu,,, macam-macam perkara misteri dan menyeramkan berlaku... iaitu berlaku benda yang sama mcm Fadia buat iaitu ketuk pintu, ketuk locker, bukak paip air, gelak sorang2,, tapi kali ni Fadia takde,, macam mana diorang boleh dengar jugak semua benda-benda tu? tu yang pelik....dan sejak kematian Fadia tu jugak,,, beberapa student di tingkat 4 tu terkena histeria...lepas sorang sorang mintak pindah bilik...last-last semua student di tingkat 4 tu semua mintak pindah di blok lain,, ada yang sanggup sewa rumah di luar universiti..bila tingkat 4 tu dah kosong...student di tingkat 3 pulak kena kacau....so, sama juga, sorang demi sorang pindah dari blok tu.....dipendekkan cerita, akhirnye semua pindah,,,, dan dah takde orang duduk di blok tu...hermmmm...so, tu je la yang aku tahu cerita pasal blok lama tu...dah lama dah sebenarnya blok ni tak buka,,, semester ni je baru bukak balik,,, lagipun aku dengar-dengar pihak universiti dah ada panggil-panggil ustaz untuk halau benda-benda yang tak elok di blok tu, dan diorang dah pagarkan dah pun blok tu..wallahualam...tu je aku tahu"....


Selepas habis mendengar cerita si Hanif tu,, aku pun cakap la terus terang, "sebenarnya saye pun kena gangguan yang sama..ketukan pintu, paip air.....member saya kat tingkat 3 pun kena,, tapi member saye tu nampak hantu tu dalam bentuk bayangan saya..diorang pikir saye bela saka.."

Si Hanif balas "Macam ni la.. aku kenal sorang Ustaz yang pandai rawat benda-benda macam ni....nah nombor dia,,, ko contact la dia....kitorang nak pergi da ni...ada kerja sikit... ko contact la dia ok...Assalamualaikum"..

diorang pun berlalu pergi...aku pun pelik gak apasal diorang ni mcm terburu-buru je pergi...tapi aku abaikan...

aku terus call Ustaz tu..tapi tak diangkat pulak....tengok jam baru pukul 4 petang...hurm...akhirnya aku SMS je sekeping,, dan aku cerita secara ringkas pasal aku kena ganggu... aku balik bilik...dan tidur....

pukul 6 petang aku bangun balik...bangun je, terus bukak phone,,, exercise sikit....dan terus pi bilik air ambil wudhu dan semayang....dalam kul 7 lebih,, sekali lagi aku pi bilik air untuk mandi....

aku masuk la satu cubicle tandas yang paling hujung....aku terus mandi...tengah-tengah syok mandi,,,,duk syampu rambut....mata aku tertutup waktu tu dek kerana buih syampu...syampu rambut puas-puas...dan seterusnya aku bilas rambut aku dengan air....aku bukak je mata,, aku nampak sorang perempuan betul-betul berdiri depan aku dengan tangannya yang kelihatan sedang cekik dirinya sendiri...rambut panjang sampai ke lutut....muka pucat,,,mata bulat...dia berdiri betol-betol depan pintu kubikel tandas tu menyebabkan aku takleh nak keluar dari tandas tu...aku terjatuh terduduk....masa tu aku sangat cemas......dan aku nampak dia perlahan-lahan bongkokkan badannya, dan dekatkan mukanya ke arah muka aku....

tak usah cakap la betapa cuaknya aku masa tu...aku pun pejam mata dan jerit sekuat hati ....tak henti aku menjerit...

dalam beberapa minit aku menjerit, aku terasa seolah-olah aku hanyut ke alam lain,, tapi masih lagi aku dengar diri aku menjerit...masih lagi aku dengar bunyi air yang jatuh ke lantai...tapi secara perlahan-lahan bunyi tu seakan-akan tenggelam....dan badan aku terasa seolah-olah menggelupur dengan sendiri....aku tak tahu aku berada di alam mana...seolah-olah ada seseorang kawal badan aku...

aku tak tahu berapa lama aku menggelupur...beberapa minit lepas tu,,, aku rasa seolah-olah dengan lajunya aku terjaga dari hanyut tadi...tiba-tiba dengan laju, mata aku tercelik, dan badan aku berbaring atas lantai....atas lantai sebuah rumah.....aku bangun perlahan-lahan,, aku tengok sekeliling ramai member2 yang aku kenal di universiti duk tengok aku....depan aku, aku tengok ada seorang Ustaz...dia pun berbunyi, "alhamdulillah, jin tu dah keluar dari badan kamu"...

"jin?", aku bertanya kehairanan....

Ustaz tu balas, "ye,, ada jin yang suka kat kamu"....

aku agak terkejut la...aku tak mampu berkata apa-apa...

Ustaz tu sambung lagi, "takpe, kamu dah ok,,kamu balik la dulu....bilik kamu saya dah bersihkan...tapi takpe lah, malam ni kamu tidur la dulu di bilik kawan kamu, kalau ada apa-apa lagi, senang..."...

member2 aku pun mendekati aku, dan pimpin aku keluar .....aku tengok kat luar dah gelap...aku bukak phone ....dah pukul 11 malam...lama jugak la aku menggelupur rupanya...

malam tu aku tidur di bilik Fahmi...aku ambil beg-beg aku, dan juga tilam kat bilik tu, aku bawak ke bilik Fahmi, aku hampar tilam tu atas lantai je...beberapa hari jugak la aku tidur di bilik Fahmi..alhamdulillah, dah takde gangguan....

dan sejak dari itu, kami dah slow-slow plan pindah ke rumah sewa di luar...

itu sahaja dari aku,, terima kasih...