-->

Sunday, February 14, 2016

Pengalaman MISTIK di Kulim berdekatan Taman Seri Mahkota



KULIM - Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut

Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik

Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan sederhana

“Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam

“Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,” katanya

Katanya, kerana sering berwaspada ketika melalui jalan itu perasaan gemuruh dapat dikawal apabila terserempak kelibat mistik itu

“Selalu sampai di kawasan ini, dekat Taman Seri Mahkota itu pada tengah malam atau awal pagi, saya akan berwaspada dan mengambil langkah memperlahankan kenderaan

“Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan

Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa

“Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di sini,” katanya

Abd Samat berkata makhluk ini kebiasaannya akan muncul selepas jam 10 malam dan ke atas dan suasana akan bertukar menjadi sunyi secara tiba-tiba

“Bayangkan ketika itu saya dan isteri melalui jalan itu, tiba-tiba lepas saja sungai keadaan bertukar sunyi sepi dan kita dapat rasakan kenderaan menjadi semakin perlahan

“Bulu roma dan tengkuk mula rasa meremang, dan saya ternampak dari jauh seorang wanita yang turun dari atas bukit bersama anaknya seolah- olah berlari menuju ke arah jalan dan sekelip mata hilang

“Saya dan arwah isteri ketika itu terdiam seribu bahasa, kereta yang dipandu juga hampir terbabas mujur tak ada kenderaan lain di hadapan,” katanya

Tambahnya, melalui percakapan masyarakat setempat makhluk itu muncul disebabkan dahulunya ada seorang wanita mengandung dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya tidak dikebumikan dengan baik

“Ramai cakap makhluk itu adalah jelmaan mangsa rogol yang ditanam di atas bukit sana, sejauh mana kebenarannya saya juga tak pasti,” katanya

Manakala, seorang lagi pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman,29 berkata, dia juga pernah mengalami pengalaman mistik beberapa tahun lalu di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech

Katanya, pekerjaannya yang memerlukan keluar awal pagi dan pulang lewat malam menyebabkannya malam

“Ada satu malam itu hujan renyai- renyai kira-kira pukul 2 pagi, saya dalam perjalanan pulang ke Taman Mutiara, Sungai Kob

“Kebiasaannya waktu itu memang kenderaan tak begitu banyak tapi masih ada, tapi mahu dijadikan cerita hari itu hujan renyai-renyai suasana pula saya rasa amat sunyi sekali

“Tak ada langsung kenderaan lalu, terutama apabila saya sampai di satu perkuburan dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil BMR, memang rasa sejuknya lain macam,” katanya

Katanya, tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya juga menjadi perlahan dan terasa amat berat sekali. “Saya yang rasa seram sejuk apabila lalu saja depan perkuburan itu, motosikal pula seperti tidak mahu bergerak walaupun sudah puas saya pulas minyak

“Dalam kepala mula berfikir macam- macam, tapi sempat juga baca ayat-ayat suci al-Quran walaupun sedar ayat yang dibaca tunggang langgang,” katanya

“Hendak dijadikan cerita Ya ALLAH, apabila saya terpandang cermin sisi motosikal ada sesuatu sedang berada di belakang, mengucap panjang saya

“Motosikal juga hampir terbabas, entah bagaimana tiba-tiba bersilau mata saya akibat kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kerana melihat saya sudah memasuki arah bertentangan,” katanya

Mengingati pengalaman “diekori” entiti hodoh itu Azman berkata ia seakan kepala sedang terbang dan rupanya sangat menyeramkan

“Pertemuan kali pertama dalam hidup saya itu membuatkan saya hampir demam, selama ini saya tidak pernah mahu percaya cerita-cerita hantu, namun sebenarnya kita tak boleh menafikan kewujudannya,” katanya

Menurutnya, ramai juga menceritakan makhluk halus itu adalah jelmaan seorang wanita yang dibunuh sebelum ditanam di salah sebuah tapak kilang yang beroperasi

“Kadangkala wanita ini menunjukkan wajahnya yang lengkap berpakaian sari berkeliaran di kawasan kilang dan hanya menunjukkan separuh mukanya, tapi sejauh mana kebenaran saya pun tak tahu,”katanya

Thursday, February 11, 2016

Kisah Paling SERAM dan menakutkan di Pejabat JPJ Glenmarie, Shah Alam



Assalamualaikum

Saye Shahrul. Saya ingin berkongsi pengalaman seram saya ketika bekerja sebagai technician networking. Kerja saya ni memang banyak bergerak ke sana ke mari dan salah satunya di JPJ Glenmarie menjadi client company saya.

Pihak JPJ ingin memasang beberapa CCTV (IP CCTV), IP CCTV ni sejenis CCTV yang modern. Ia juga dikenali digital CCTV... IP CCTV ni hanya memerlukan satu sahaja cable, iaitu CABLE network CAT6. Cable ini akan menghantar data-data cctv tu melalui cable network itu. Begitu juga POWER CCTV itu akan diambil melalui cable network itu juga.

So dipendekkan cerita, saya dan kawan saya Haris ditugaskan untuk melaksanakan kerja-kerja pasang CCTV di JPJ Glenmarie tersebut. Oleh kerana kami pekerja yang bagus, kami ingin siapkan kerja ni seawal mungkin.

Kami bermula dari tingkat bawah dan terus ke atas. Dalam sehari tu, kami berjaya memasang beberapa CCTV di 4 tingkat. Waktu tu pukul 6 petang. Ofis JPJ kelihatan macam dah sunyi. Sebab ramai yang dah pulang ke rumah. Kami berhasrat nak sambung terus buat kerja malam, so kami mintak kebenaran dekat guard tu. Ada seorang ketua guard tu, perempuan, mak cik... Kami pun mintak la kebenaran. Mak Cik Guard tu pun cakap, "saye bukan taknak bagi awak kerja malam2, tapi kat sini kalau waktu malam, dah banyak kali saye nampak 'benda' , saye bukan buat2 cerita, guard-guard yang lain pun selalu nampak".. Kami pun cakap "takpe mak cik tak kisah, lagi pun kami berdua, takde la takut sangat"...

Mak Cik tu pun benarkan kami kerja sampai lewat malam. Kami pun blah dan gelak-gelak. Haris pun cakap "apa la mengarut mak cik tua tu" ..

Kami pun sambung buat kerja di tingkat 5...

Kami bermula dengan menarik kabel.

Haris berdiri di kotak kabel di dalam sebuah bilik networking, dan saye pula tukang tarik kabel sampai lah ke tempatyang nak dipasang CCTV tersebut.

Apabila sampai je di tempat yang sepatutnya, saya pun jerit "woi haris, boleh potong kabel tu"..

Haris tak menyahut panggilan saye. Saye pun keluarkan walkie talkie dalam poket, dan cuba berkomuikasi dengannye. Namun tidak dibalas.

Saye pun akhirnye pergi menuju ke bilik tersebut. Agak jauh jugak la.. Dan rase agak seram, bilik office yang besar ini, dengan meja kerusi, tp sunyi sepi...Kadang-kadang terdengar kertas jatuh, dengar itu ini.. Agak seram jugak la...

Namun saya buat tak tau aje...

Sampai je di bilik si Haris tu tunggu, saye tengok Haris dah takde.

Dalam hati "Cilake punye Haris tinggal aku sorang-sorang"..

Saye pun nak keluar la dari bilik tu, tiba-tiba aku sangat terkejut gile babi sebab Haris betul-betul muncul depan muka aku. "Fuhhh ko ni Haris, ke mana ko pergi? aku jerit tak dengar ke"..

Dia cuma senyap tak berkata apa-apa. Matanye bulat, langsung tiada senyum.

"Apa kene ngan ko ni Haris? Ko dengar tak aku cakap?? Ahh mampus ko lah.. Lepas siap tingkat 5 ni kita balek la.. Aku dah penat.. Sebelum tu Aku nak pi tandas jap.. Ko tunggu sini"

Saye pun pergi la ke tandas, belum sempat aku kencing, walkie talkie aku berbunyi...

"Woii Shahrul, ko ade mane?!.. aku dah ade kat tingkat bawah ni, tapi tak jumpa jalan keluar!" suaranye kedengaran agak cemas.

Dalam hati aku terdetik "kalau Haris ada kat tingkat bawah, siapa yang aku cakap tadi?"

Ahh sudah,...cilaka..aku dah terkena kacau...

Aku pun tutup pintu tandas, kunci!

Aku pun balas walkie talkie, "Haris, ko dah lame ke ada kat bawah?? Tadi aku baru jumpe ko kat bilik network tadi.. Ko jangan main-main Haris tengah-tengah malam bute ni"

Sharul balas "Woi b4bi celaka anjing!! Aku takde mase nak main-main.. Aku pun kene kacau tadi, dah lama aku kat bawah, tapi tak jumpa jalan keluar! Ko turun sekarang! Yang kat bilik network tu bukan aku! "

Aku pun dengan senyap-senyap aku keluar tandas, dan terus berlari ke lif. Aku pun tekan butang turun. Alamak lif plak lambat sampai...

Aku pun masuk turun ikut tangga kecemasan. Sambil aku berlari tu, aku terdengar ade bunyi tapak kaki lain yang turut berlari di tangga kecemasan tu..

Aku pun berhenti berlari seketika, dan memang betul masih terdengar tapak kaki berlari tu.. Aku jerit "Woi!! ko ke tu Haris?!!" Namun tak berbalas... Aku pun apa lagi sambung berlari... Akhirnya sampai jugak kat Ground Floor... Aku mencari-cari jalan keluar...


Dari jauh aku nampak Haris berdiri.... Aku pun pergi la berjalan perlahan menuju Haris.

Tiba-tiba walkie talkie aku berbunyi "Woi Sharul! Ade mane?! Aku kat tempat kereta Hilux JPJ banyak2 ni.. mane ko?"


Ahhh sudah, maknanya orang yang aku nampak tu bukan Haris.. Aku pun berlari arah yang bertentangan mencari tempat yang dimaksudkan Haris, namun aku gagal.

Aku akhirnya termasuk bilik minum air (aku lupa orang putih panggil ape, al maklum aku bukan keje opis)... Dalam bilik tu, oleh kerana ade air, aku minum air seteguk...sempat lagi aku buat kopi secawan...aku pun minum dengan laju...Waktu nak keluar je, Muncul Haris hantu tu.. Wajah pucat lesu, seram dan ada pisau di tangannye... Mula-mula dia berjalan perlahan...Tiba-tiba dia berlari ke arah aku dengan laju..

Aku menjerit "BABI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

apabila aku tersedar, aku ada di bilik tidur aku...

"fuhh cilake, mimpi rupanya"

Haris pun muncul....

"hah dah sedar dah pun ko,,, wei malam tadi ko pergi mane? puas aku cari ko.. sejam aku cari ko tahu tak? aku call tak angkat, walkie talkie tak balas, sms pun tak balas, apatah lagi wassap, wechat, beetalk, kakao, fb messenger,, semua tak balas"..so aku pun balik la.. aku sorang buat keje memang tak jadi la bro.. ape yang jadi sebenarnye semalam? cuba cerita kat aku"..

aku pun dengan agak kehairanan "hah?? Semalam??? kat JPJ??"

Haris balas "Ye, kat JPJ tu la.. waktu ko tarik kabel tu, lame gile ko tarik, aku pergi la cari ko..aku dah ikut kabel yang ko tarik tu, tapi tak nampak plak ko... aku pun tengok kat tingkap, ko berjalan keluar dari JPJ, tu yang aku call ko tanye ko pergi mane, tapi dah semuanye tak balas, aku balek la sorang-sorang.."

Ternyata bukan MIMPI...ini betul-betul bukan cubaan. Aku pun "Ehh, ko balek? Bukan ke ko pun kena kacau hantu?? Ko tak jumpe jalan keluar?"

Haris "Mana ada la wei.. Ko yang kene kacau.. Mak Guard jumpe ko pengsan dekat kawasan kereta hilux JPJ banyak2 tu"...

Wednesday, February 10, 2016

Bunyi Menakutkan di Jalan Antara Pelangi Damansara Condominium ke McDonald's Centerpoint Bandar Utama



Salam

Saye Imran Harun. Saya adalah seorang graduan dari sebuah universiti IPTA, baru sahaja tamat belajar kursus Ijazah dalam Sains Komputer. Saya berasal dari Johor dan selepas tamat belajar, saya terus mendapat tawaran sebagai Mobile App Programmer di sebuah syarikat mobile app development di Damansara.

Jadi, saya terima tawaran tersebut. Hari pertama saya ke sana, saya hanya tinggal di rumah abang saya di Shah Alam. Hari kedua, terus saya cari bilik sewa yang berdekatan di tempat kerja dan dipendekkan cerita, saya jumpa la satu bilik di Pelangi Damansara Condominium. Tempat itu agak nice la. Cuma parking, kalau nak parking kat basement, kena bayar RM120 sebulan. So, saya jenis berjimat, saya just parking kat luar. Kena lintas jalan besar, selalunya saya parking dekat dengan 7-Eleven.

Ok. So, sepanjang saya tinggal di sini selama 3 bulan, saya ada satu kisah seram dan misteri yang saya alami.

Kejadian seram ini berlaku di sebuah jalan (kalau tengok kat Google Map, nama jalan tu adalah 'Persiaran Bukit Utama') . Jalan ini menghubungkan antara Pelangi Damansara dan Centerpoint Bandar Utama.

Dipendekkan cerita, pada suatu malam (pukul 12.00 tgh malam), waktu tu saya berada di bilik tengah layan movie, tiba-tiba perut saya rasa macam nak makan McD. Al-maklum saya ni sebenarnya kuat makan orangnye.

So, saya pun terus ambik kunci kereta, ambik dompet, turun bawah pergi ke kereta...Saya pun start kereta dan terus ON GPS untuk cari McDonalds terdekat.

McDonalds yang paling dekat di Pelangi Damansara tu sebenarnya adalah di sebelah Tesco Mutiara Damansara. Tapi waktu tu saya masih tak kenal jalan. Al maklum orang Johor. So, GPS yang agak stupid ni bagi saya McDonalds yang berada di Centerpoint Bandar Utama. Tapi apa-apa pun sebenarnya tak jauh pun. Dalam 10-15 minit sampai.

Jadi, untuk ke Centerpoint Bandar Utama tu, perlu lalu jalan yang dikatakan seram tu iaitu Persiaran Bukit Utama.

Jalan ni memang agak sunyi. Ada pokok-pokok besar di tepi jalan. Dan di tepi jalan yang satu lagi ada kawasan perumahan (nampak macam rumah-rumah mewah) dan macam biasa rumah mewah ni kadang-kadang nampak seram (tak meriah, nampak macam takde orang). Jalan ni jalan straight je, cuma yang tak best, terlalu banyak bonggol.

Tapi takpe, saya lalu je. Sepanjang perjalanan ke Centerpoint tu, memang saya dapat rase agak seram. Tapi alhamdulillah takde ape yang berlaku, saya sampai ke McDonald centerpoint dan beli la ape yang patut.

Dalam perjalanan pulang, saya lalu jalan yang same. Sampai je satu kawasan tu, saya terdengar semacam ade orang menangis. Waktu tu saya bukak tingkap, sebab nak rase angin di jalan tu yang rasanya agak sejuk dan nyaman. Saye dengar orang menangis, sayu-sayu je bunyinya. Tak lama kemudian, saya nampak satu bonggol di depan, so saya perlahankan kereta. Sampai je dekat bonggol tu, saya nampak seorang perempuan baju putih duduk mencangkung seperti sedang menangis.

Perempuan tu duduk betul-betul tepi bonggol tu.. Saya pun pandang la dia sambil melalui bonggol tu. Tiba-tiba dia angkat kepalanye dan tengok saye dengan muka yang agak menakutkan (macam orang gile).. Saya pun buat tak tahu je.

Saya teruskan perjalanan..Sambil-sambil tu, saya tengok cermin sisi..dan saye nampak dia bangun, dia tengok je kereta saya...Dalam beberapa saat, dia berlari kejar kereta saya! ..Saya pun ape lagi, terus pecut... tapi takleh pecut sangat. Sebab terlalu banyak bonggol.

Apa-apa pun, akhirnye saya sampai ke rumah dengan selamat.

Tapi sesungguhnya itu adalah pengalaman saya yang memang menakutkan.

Saya tak tahu dia adalah hantu atau hanyalah orang gila semata-mata.

Monday, February 8, 2016

Dicakar Pontianak



Dicakar Pontianak Siti seorang anak yang degil.Puas ibunya menasihatkan.Puas juga dipukul dengan harapan berubah.Tetap degil juga seperti biasa.Walau bagaimana pun jika disuruh menghantar kuih ke warung dan mengambil duit jualan,pasti Siti tidak membantah.Suatu hari,Siti dimarahi kerana tidak menutup lauk dengan tudung saji,menyebabkan kucing-kucing puas kekenyangan hari itu. Siti seperti biasa berdegil dan melawan balik cakap Ibunya.Gaduh besar petang itu.Siti tetap nak menang juga.Walau bagaimana pun Ibunya cuba menahan sabar dan bercakap dengan nada lembut untuk menasihatkannya.Siti tetap ungkal kerana egonya.Katanya ‘Apa salahnya sekali-sekala biar kucing dapat makan puas-puas,kan setiap hari kita dapat makan sedap-sedap.Kucing pun tak suka dengan Ibu. Kedekut.’Hilang sabar Ibunya mendengar keceluparan Siti.Lalu dibalasnya ‘Biar kau dicakar apa-apa nanti!!!’.Ayah Siti kemudian terpaksa masuk campur menenangkan keadaan.Disuruh Siti ke warung mengambil duit,dengan tujuan menenangkan si Ibu. Siti bersetuju,pasal dapat juga dia duit sikit nanti.Hari dah gelap.Tapi Siti masih tak pulang-pulang lagi.Biasanya beberapa minit setelah maghrib,Siti dah pulang.Keluarganya menjadi risau.Lalu si Ayah menyusur keluar mencari,Ditemui Siti pengsan dicelah pokok pisang tidak jauh dari rumah. Berdarah dibahagian bahu kiri.Agak dalam juga lukanya.Malam itu Siti dihantar ke klinik di pekan.Setelah dirawat dan dibawa pulang,Siti menceritakan apa yang terjadi;Setelah mengambil bekas kuih dan duit daripada pemilik warung,Siti berjalan pulang melalui jalan biasa.Waktu itu telah senja,cuma kali ini keadaan sedikit berbeza. Waktu melalui kawasan berhampiran pokok pisang,dilihatnya seorang perempuan berpakaian putih menantinya.Siapa pula getus hati Siti.Tak sempat bertanya siapa gerangan,perempuan itu menyeringai padanya.Merah matanya dan bersiung panjang.Siti kaku disitu.Perempuan itu tanpa belas mencakar Siti dibahagian bahu. Seterusnya pandangannya gelap.Parut dengan 3 bekas garisan masih jelas dibahu Siti,diceritakan waktu beliau dan Ibunya datang kerumah datuk penulis dikampung tak silap tahun 1999 dulu. P/S-Tambahan cerita pada waktu-waktu tertentu masih akan kedengaran hilaian Pontianak dikawasan pokok pisang tersebut.