-->

Saturday, April 23, 2016

Pengalaman Seram Ketika Kemalangan Seorang Diri dari Kuala Lumpur ke Kelantan

cerita dikongsi oleh: Abdul Fatah

Salam....


Pengalaman seram yang ingin aku kongsikan adalah ketika aku pulang ke kampung dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui LPT (waktu ni belom ada LPT2), so exit di Jabor, terus ke Dungun, Setiu, Jerteh dan terus ke Kelantan...

dan ini adalah kali pertama aku pulang ke kampung SEORANG DIRI...selalunya aku pulang dengan bas....dan kalau naik kereta, biasanya dengan kawan-kawan.. tu pun hanya beberapa kali aku drive kereta dgn kawan-kawan pulang ke kampung....so jalan-jalan yang dilalui aku tak berapa ingat la..

biasanya aku refer pada signboard je.....


dipendekkan cerita,,,tiba lah masa cuti...cuti selama seminggu...bukan PUBLIC HOLIDAY...tapi BOS bagi cuti sebab aku siapkan kerja awal...begitulah kerja di tempat aku,, bos akan bagi dateline..kalau siap awal, boleh la aku bercuti sehingga tamat dateline..betapa seronoknye kerja di sini..hermm..


so, hari tu kerja siap,, aku pulang ke rumah sewa aku, kemas-kemas barang, check semua kereta (minyak hitam, air radiator, aircon, lampu, dan sbgnya)...dan aku rancang malam tu juga aku nak bertolak pulang ke kampung....

aku pakai kereta wira...gaji aku boleh tahan besar,, tapi oleh kerana aku jenis yang kuat makan, aku takda cita-cita untuk beli kereta baru dan mahal..huhu....dapat makan sedap setiap hari tu dah kira nikmat bagi aku....biasanya setiap hari aku akan cari restoran yang ada jual Chicken Chop,,lagi best kalau ada Jus Buah...saje nak try lain2 kedai....kereta wira tu pulak dah habis bayar loan....so memang seronok...banyak duit lebih.....duit lebih biasanya aku kumpul banyak2..dan aku habiskan duit-duit tersebut pergi melancong luar negara dgn kawan2...kalau takde kawan ikut, aku pergi sorang diri...aku jenis yang tak kisah bersorangan...lone ranger la katakan...

so, sambung cerita tadi...

lepas siap semua kemas-kemas barang dan check kereta,,,,aku pi la mandi dulu sebelom bertolak....lepas siap solat maghrib dan isyak,,,baru la aku bertolak ...


aku bercadang aku nak terus gerak direct tanpa berhenti di mana-mana R&R.....so, perjalanan akan lebih cepat....

tapi, belom sempat aku masuk LPT,, baru je di Highway Karak, mata aku plak mengantuk yang teramat...maybe sbb hari ni belom rehat lagi.. .al maklom pulang dari kerja je, terus siap2 pulang kampung..

so, untuk menghilangkan ngantuk ni,,,aku plan nak berhenti di hentian Temerloh, sebab kat sana biasanya ramai yang berhenti makan ....so nanti,alang-alang berhenti, boleh la aku terus makan ringan2, minum kopi bagi hilang ngantuk...

tapi mata aku ni memang ngantuk yang teramat dh...kadang-kadang aku nampak jalan semacam belok kiri, padahal jalan tu belok ke kanan...kadang-kadang aku nampak ada kereta dpn aku, padahal takde apa-apa...kadang-kadang nampak macam lori masuk potong masuk lorong aku...padahal takde...

macam-macam halusinasi yang datang pada aku...paling mengejutkan, waktu tgh drive kereta, dan waktu tu mata aku macam makin layu...hampir saja mata aku tertutup, tiba-tiba aku nampak ada benda putih terbang di depan aku,,,dari jauh dan sgt laju menghampiri kereta aku..

apabila benda tu berada je dpn mata aku, aku sangat terkejut,,, dan terus hilang mengantuk,, mata aku terus celik seluas-luasnya... dan aku tengok sekeliling, takde apa-apa pun..takde bende putih yang terbang tu...dan aku yakin benda tu hanyalah halusinasi...

dalam hati aku, bagus juga ada bende tu, tak pasal-pasal ngantok aku terus hilang.....

selepas beberapa minit aku drive,, aku perasan ada sesuatu yang tak kena..

aku rasa agak pelik....aku rasa, jalan yang aku lalu ni, bukan jalan yang biasa aku lalu sebelom ni...

aku takde la sampai ingat semua jalan,,, tapi aku just ingat-ingat lupa la...

so, aku tak tahu sama ada jalan yang aku lalu ni betol atau tak...

namun, aku teruskan jugak perjalanan.....aku cuma berharap pada signboard je...

tetapi, selepas lebih kurang 15 minit, langsung takde signboard apa-apa....hanya ada jalan,penghadang jalan dan semak-samun di tepi jalan.....

aku pelik la kenapa langsung takde signboard...dan yang menghairankan aku lagi, jalan ni hanya ada satu lorong..maksudnya takde lorong memotong...macam jalan kampung....

waktu tu memang aku tak ingat macam mana jalan Highway Karak...dan waktu tu memang aku tak terpikir pun "nama pun Highway, mesti la ada lorong memotong"...sebab aku still confusing, campur penat dan lapar....

yang aku ingat,, sebelom ni, aku drive balik kampung, aku gerak straight je..takde exit mana-mana kecuali exit Jabor....

so, aku teruskan sahaja perjalanan...

jalan ni memang gelap,, takde lampu jalan...hanya mengharapkan lampu kereta ni je..

30 minit kemudian, masih takde kelihatan signboard....dan aku baru perasan, aku langsung tak nampak kenderaan lain kat jalan ni...

seolah-olah aku sorang je yang guna jalan ni...

tapi bila-bila pikir balik, sekarang ni bukan Public Holiday, so sebab tu takde orang kot...

aku teruskan sahaja perjalanann.....tiba-tiba ngantuk aku datang balik...tapi aku still boleh drive....

aku drive je....dalam keadaan penglihatan aku yang samar-samar (ditambah pula jalan yang gelap) ni, ada satu ketika, aku tak nampak jalan...

tak nampak garisan jalan...aku perlahankan sedikit kereta,,,,dan aku cuba cari garisan jalan...agak samar-samar....tapi aku follow je garisan jalan tu......dan beberapa minit kemudian,,,tiba-tiba kereta aku bergerak laju dgn sendiri....dan aku perasan kereta aku seolah-olah menurun ke bawah di jalan yang sangat curam...

belom sempat aku berfikir apa-apa,,,belom sempat aku buat apa-apa,,, BAMMMMM!...

pandangan aku gelap ....

beberapa detik selepas tu, penglihatan aku kembali elok...

aku sedar, aku berbaring di atas rumput.....aku lihat sekeliling aku, semua semak-samun.....

di suatu sudut,,, di celah-celah daun-daun semak itu, dalam beberapa meter dari tempat aku berbaring, aku nampak kereta wira aku dalam keadaan terbalik....ada sedikit api kecil yang membakar kereta aku itu...

waktu tu aku pikir kereta aku akan meletop...so aku pun dengan pantas cuba bangun utk dapatkan benda-benda penting dalam kereta tu....IC, telefon, dompet, laptop dan sbgnya....

namun, aku tak dapat bangun...susah untuk aku bangun...sakit yang teramat...aku seolah-olah tak boleh control kaki aku....

setiap kali aku cuba bangun, setiap kali itu lah aku rasa sakit sangat...

aku cuba merangkak menuju ke kereta aku...tak sampai seminit,, kereta aku meletop dengan kuatnya....

haihhh...rasa agak kecewa...

tapi, aku terus merangkak menuju ke kereta....agak-agak sampai di kawasan cerah (cerah dgn nyalaan api) itu, aku berhenti dan berbaring...rehat dan lepaskan hembusan penat aku ............. aku just harap akan ada la nanti orang yang akan nampak aku berbaring tepi jalan ni...aku just mengharapkan pertolongan...

beberapa minit kemudian, masih langsung takde orang yang lalu...

aku pun pusingkan badan aku kepada keadaan mengiring menghadap ke kereta aku....

aku tak boleh buat apa-apa selain daripada hanya melihat kereta aku terbakar....

ermmm...

lama-kelamaan, api kereta tu makin malap....sedikit demi sedikit api itu malap...

api yang makin malap tu membuatkan mata aku juga sedikit demi sedikit layu.....

dalam beberapa minit selepas itu,,, pandangan aku jadi gelap...aku tertidur...


aku tak tahu berapa lama aku tertidur...

tapi sebaik sahaja aku sedar,, aku masih lagi ada di tepi jalan, masih lagi dalam keadaan mengiring menghadap kereta aku yang terbalik tu...

aku masih lagi penat..;..susah untuk celik mata ini...pandangan aku samar-samar ....api kereta aku tu juga dah padam...

dalam pandangan aku yang samar-samar tu, aku nampak macam ada orang berdiri di tepi kereta aku...

dengan suara aku yang sangat lemah ni, aku cuba panggil orang itu...namun, tak dilayan...dia hanya berdiri sahaja di situ...

aku cuba celikkan mata aku,,,pandangan aku masih lagi samar-samar... namun, baru aku perasan orang itu hanyalah seorang budak-budak perempuan..


aku langsung tak berdaya untuk bergerak...aku hanya menggerakkan mulut aku cuba keluarkan suara memanggil budak itu... beberapa saat kemudian, aku nampak,, datang seorang wanita dewasa...wanita itu duduk cangkung depan budak tu sambil memegang kedua-dua tangannya, dan kelihatan wanita itu sedang bercakap-cakap dengan budak perempuan tadi...

tapi aku tak dengar diorang cakap ape...suasana di sekeliling memang senyap..aku hanya nampak diorang bercakap, tapi tak dengar perbualan diorang..

penat aku memanggil, diorang tak layan aku...aku pejamkan mata sekejap...

tak sampai 1 minit aku pejamkan mata, aku buka balik mata, tiba-tiba dua orang tadi hilang..............

aku terkejut....dan sumpah waktu tu memang rasa takut...

so, tiba-tiba mata aku tercelik dgn luas...aku cuba celikkan lagi,aku cuba bangun,,, dan akhirnya aku bangun... dgn keadaan yang tak bermaya ni, aku tengok sekeliling,, langsung takde orang....gelap gelita...tepi jalan hanya lah semak samun...

dalam hati aku "ah sudah..kat mana aku ni?"...aku tengok langsung takde orang....aku fikir daripada aku duduk sini sorang-sorang menunggu bantuan,baik aku terus jalan kaki..mana la tahu tiba-tiba ada kedai makan kat depan sana, atau ada orang depan sana...

so, dengan perlahan, aku berjalan kaki...

selepas beberapa minit,, aku nampak di depan aku,, dari jauh aku nampak seperti seorang perempuan yang memakai baju orang gila...rambutnya sangat kusut dan serabai...dia berdiri je di situ...

langkah aku terhenti seketika....aku pun lambai-lambai tangan aku padanya.. tiba-tiba sahaja dia berlari menuju pada aku...

aku pun apa lagi!! aku lari ke belakang balik......kat belakang aku pun sama, aku nampak dari jauh ada orang berlari menuju pada aku...

aku takde pilihan lain, aku masuk dalam semak.....

aku masuk sedalam-dalamnya...dan cuba cari bahagian yang memang tersorok....

memang cuak gile aku waktu tu...aku dah tak tahu nak pergi mana...nak berlari pun memang dah tak berdaya...

so, dalam semak tu, aku cuma duduk dan perhati melalui celah-celah dedaunan semak tersebut...

mata aku laju perhati ke kanan ke kiri, aku perhati ke setiap sudut...memang aku cemas dan takut waktu tu...

pandang di sudut ni, tak nampak apa-apa.. pandang di sana, tak nampak apa-apa juga... sampai je di suatu sudut, aku nampak, dua-dua wanita gila tu, berdiri di tepi jalan tu dan memandang ke arah aku...

aku dapat rasakan dia nampak aku.....

CUAK GILE DOWH!!! memang tak boleh lari dah aku waktu tu...dalam hati aku, aku cuma harap dia tak nampak aku, walaupun aku yakin diorang nampak aku, aku tetap berharap diorang tak nampak....usah cakap la bagaimana perasaan TAKUT aku waktu tu...aku tak sanggup lihat diorang yang memandang aku macam orang gile tu...aku pun pejamkan mata..badan aku terketar-ketar ketakutan....mulut aku secara semula jadi seperti nak menangis, tapi aku cuba TUTUP mulut aku, aku cuba tak hasilkan apa-apa bunyi...mata aku mengalir air mata...

beberapa minit jugak la aku pejam mata, tapi aku masih tak rasa diganggu....aku plan, nak terus tutupkan sahaja mata sampai tertidur... walaupun diorang dah ade dekat dgn aku, aku harap diorang tak apa-apa kan aku la...so better tutup terus mata sampai tertidur... tapi aku memang tak boleh tidur...dalam keadaan takut yang teramat tu, memang aku dah tak rasa ngantuk...

so,entah kenapa, aku bukak juge mata aku perlahan-lahan... dan....aku tengok diorang dah takde...

aku terkejut... dengan laju pandangan aku beralih ke sana dan ke sini mencari di mana diorang berada...

beberapa minit selepas tu, aku terdengar bunyi daun...seperti ade orang masuk dalam semak...

waktu tu, memang aku pikir diorang masuk dalam semak jugak sebab mencari aku....

bertambah takut la aku waktu tu....aku just boleh standby utk lari ke arah yang boleh lari je waktu tu...

aku just standyby...

tiba-tiba,,,,

dengan sangat laju, aku nampak orang gila ni merangkak laju ke arah sambil gelak macam org gile.. "hihihihihihihihihihi"..tanpa henti diorang gelak...

aku tak sempat buat apa-apa...

yang aku tahu, waktu tu aku memang TAKUT GILE!!

aku terkejut dan secara SPONTAN aku menjerit SEKUAT YANG MUNGKIN...................

tiba-tiba aku pengsan....

sedar-sedar je, aku dah ada di hospital...

aku buka je mata, kelihatan seorang jururawat sedang tengok aku... dan dia tersenyum...

mungkin kerana gembira tgk aku dah sedar...

aku pun tanya la pada jururawat tu apa yg dah terjadi....

dia pun cerita la....

rupa-rupanya aku tersalah jalan...

aku memang tak perasan aku tersalah jalan....mungkin sebab mengantuk kot...

dan jalan yang aku lalu tu, memang takde orang yang guna malam-malam...

Saturday, April 16, 2016

Asrama Tingkat 4 Ada Hantu - Blok Asrama Lama



cerita dari peminat Cerita Seram Melayu

 salam ..

 aku ada sebuah kisah seram berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika aku menuntut pelajaran di sebuah Universiti kerajaan di Malayia.

 Waktu tu, aku berumur 18 tahun, iaitu setahun selepas SPM...

aku mendapat keputusan SPM yang boleh dibanggakan jugak la..dan aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di IPTA (rasanya tak perlu sebut universiti mana, demi kebaikan Universiti tersebut).... So, aku tersangatla gembira.. kerana aku dapat kursus yang aku sangat harapkan dan aku sangat minat dengan kursus tu, iaitu Diploma Sains Komputer...

 Dipendekkan cerita, tiba la masanya untuk aku pergi ke universiti tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran... Aku ni sebenarnya seorang yang sangat terkenal (di kalangan member2 sekolah aku) dengan perangai suka lewat...pergi sekolah lewat, masuk kelas lewat, hantar kerja sekolah lewat, solat berjemaah lewat, semua benda mmg lewat je aku ni..... so, begitu juga dengan hari pendaftaran di Universiti ini.........

 Waktu aku sampai di dewan serbaguna (MPH) universiti tersebut untuk pendaftaran,, aku tengok orang dah tak ramai...masih ada yang beratur untuk pendaftaran...tapi memang sikit la... so, aku pergi ke satu meja ni untuk check nama aku....boleh nampak di list tersebut, nama aku sorang sahaja lagi yang tertinggal...kah3... ada beberapa meja di situ iaitu untuk pendaftaran semester, daftar course, daftar elearning, dan last sekali adalah pendaftaran untuk bilik di ASRAMA...

 ok,,

sampai di pendaftaran bilik ASRAMA NI,, aku dapat tingkat 4 di sebuah bangunan asrama lama...agak buruk sikit la..aku dapat tingkat paling atas sekali iaitu tingkat 4.....bilik yang aku dapat tu adalah untuk DUA ORANG sebenarnya...tapi dah takde orang dah lepas aku, maknanya aku duduk sorang-sorang la dalam bilik tu....aku agak gembira la sebab dapat duk sorang satu bilik tu...takde la serabut sangat dengan suasana bising....luas pun luas... ok, so tiba di bangunan asrama, aku jalan-jalan cari di mana tangga, boleh nampak la ramai student dgn parents diorang angkut barang,,,agak meriah la...ramai orang... aku teruskan berjalan...aku naik satu tingkat,,, pun sama ramai student, satu tingkat lagi, pn sama ramai student,, begitu juga tingkat yang seterusnya...

 tapi, sampai je di tingkat aku, aku tengok langsung takde orang....ohh lupa bagitahu,, aku ni jenis seorang yang lone ranger...aku datang sorang-sorang tanpa mak ayah aku..buat apa bawak mak ayah, kesian mak ayah aku letihkan diorang..

 so di tingkat 4 tu,, aku dapat rasa, aku sorang je yang duduk di tingkat 4 sebenarnya.... aku seorang yang simple,, dengan hanya DUA BEG BAJU aku ni, aku sumbat sekali baju, laptop, charger, barang-barang mandi dalam DUA BEG INI....dan aku tak perlu da angkut-angkut barang...

masuk je dua beg ni dalam bilik,,,aku terus BERBARING atas katil empuknya itu....walaupun bangunan lama, tapi bilik aku tu sangat selesa,, tak panas, kipas kuat, katil memang tebal dan empuk.... dan tak lama lepas tu, aku terlena.....

 dalam terlena itu, dalam kegelapan tu,,,

 tiba-tiba.....

 aku dengar orang ketuk pintu bilik aku dengan laju.... mula-mula bunyinya sangat sayup2 je... waktu kedengaran sayup-sayup tu, aku seolah-olah dah sedar dari lena, tapi mata aku susah nak dibuka, badan aku susah nak bergerak....seperti kena tindih... ketukan pintu tu terus berbunyi... tiba-tiba makin kuat.... makin kuat,, dan sangat kuat bunyi ketukan pintu tu...

tapi,,, akhirnya,,, nasib baik aku terjaga...

fuh!! 

bunyi ketukan pintu yang kuat tadi TERUS HILANG sebaik sahaja aku dapat bangun....pelik... aku dengan pantas pergi ke pintu bilik dan bukak,,, tengok di luar bilik takde orang seorang pun..sunyi sepi....aku tengok jam di telefon baru pukul 3 petang.... hermmm.. hari ni takde buat apa-apa,, sebab pihak universiti beri masa pada student untuk rehat di bilik pada hari pertama....esok baru la start orientasi.... so, aku mase tu agak bosan la sunyi sepi je floor aku....aku turun floor bawah,, baru la rasa meriah sikit,, dengar bunyi lagu, bunyi game laptop, bunyi orang sembang-sembang...

akhirnya aku bercadang pergi ke office pengurusan asrama.. aku pi la...sampai je, aku tanya pada akak yang ada dalam office tu tentang tingkat 4 di blok asrama yang aku duduk tu... akak tu cakap, di tingkat 4 tu aku sorang je duduk... tapi dia cakap dalam 2 bulan lagi , akan ada intake baru untuk budak-budak foundation... dan kemungkinan segelintir budak-budak foundation tu akan duduk tingkat 4 tersebut.... ok..so aku redha... itu lah akibatnya suka LEWAT..

 so, aku balik semula ke asrama... oleh kerana belom kenal sape-sape lagi, aku duk terperap dalam bilik je...buke laptop,, surf internet...kadang-kadang main game... jam sudah menunjukkan pukul 5 petang....aku pun bercadang nak pi mandi.. setiap floor ada DUA tandas...satu di hujung,, satu lagi di hujung yang satu lagi....

 aku pun pi la tandas yang dekat dengan aku.... aku mandi.....mmg syok mandi tandas tu...paip air hujan,, kuat plak tu airnye... tengah-tengah aku syampu rambut aku, tiba-tiba terdengar bunyi air paip yang sangat laju dan kuat.... waktu tu mata aku tertutup, tak boleh buka dek kerana buih syampu yang banyak....aku cepat-cepat bilas rambut aku dengan air.. selesai je, aku tutup paip air aku....dan memang sah ada paip ditinggalkan TERBUKA di luar kubikel mandi aku ni... sebab aku masih lagi dengar air melimpah-limpah..... aku pun siap-siap pakai tuala... aku keluar...kelihatan semua paip di ketiga-tiga SINKI terbuka penuh...so, aku pun tutup kesemuanya... tapi masih lagi kedengaran bunyi paip air.. aku pergi tengok paip di tempat ambil wudhu,,,tiga-tiga paip tempat ambil wudhu juga terbuka penuh....so, aku tutup ....

 keluar je tandas,,,, kedengaran masih ada lagi bunyi paip air yang terbuka...

sayup sayup je bunyinya... aku dapat lihat dari jauh,,,,tandas di hujung yang satu lagi tu,,,, paip di tempat ambil wudhu dibiarkan terbuka....

 oleh kerana jauh sgt, aku tak berani pergi hujung sana,,,aku buat tak tahu....aku masuk bilik, dan terus kunci pintu bilik...


dipendekkan cerita,,,3 minggu sudah berlalu...

orientasi program telah tamat,, dan dah seminggu aku masuk kelas....

so, aku kenal la beberapa orang kawan...ada sorang member aku tu, Fahmi namanya...

kadang-kadang dia datang bilik aku untuk tidor...kadang-kadang dia tido bilik dia...

sepanjang 3 minggu tu, aku masih dapat gangguan yang sama seperti paip air terbuka,, bunyi orang ketuk pintu dan tingkap....tapi aku dah biasa....bukan tak takut,, takut sebenarnya... tapi aku buat tak tahu je....

so, selepas 3 minggu,,, hari ni hari Jumaat....minggu depan, ISNIN, SELASA dan RABU  cuti raya cina...

so, aku bercadang nak balik kampung la...nak cerita la jugak pada parents aku suasana di universiti tu... Fahmi tak pulang ke kampung,, dan ada la beberapa orang yang stay di asrama...di setiap floor tu, maybe ada la dalam 5-6 orang tak pulang ke kampung..

dipendekkan cerita,, aku pulang ke kampung....jumpa parents, jumpa family, jumpa member-member sekolah...memang seronok la jumpe member2 sekolah,,, masing2 cerita pasal universiti masing-masing...ada yang masuk matrikulasi....ada yang masih tak dapat masuk U...macam2 la.....

tapi aku sorang je cerita pengalaman diganggu hantu kat universiti....haha.....

so,,, dah habis bercuti...dah habis enjoy....hari Rabu,, macam biasa,, aku akan ambil tiket paling lewat skali...pukul 11 malam adalah tiket paling lewat...so, esok akan sampai pukul 6 pagi...pukul 8 pagi ada kelas..

biasa la aku suka last minit...

dipendekkan cerita,,, aku sampai lah di universiti...waktu tu dalam pukul 6.30 pagi aku sampai di bilik aku....terus aku mandi-mandi,, solat,,, dan siap-siap pergi ke kelas...

sampai di kelas........ macam biasa, aku jumpa Fahmi, tegur dia...tapi dia buat tak tahu je....pelik gak ......aku ignore dan aku ikut blakang dia...dia duduk di satu tempat tu...aku pun duduk sebelah dia....

tapi dia boleh pulak bangun pergi duduk kat lain.....punya la sombong...aku tak faham....pelik... tapi aku abaikan..lantak dia lah....

DUA HARI perangai dia macam tu je...tetap tak berubah...dia seolah-olah takut dengan aku..dan dah taknak berkawan dengan aku...

aku panas hati jugak la....

ada satu hari tu,,, dia tengah makan di cafe dengan member2 lain....kebetolan waktu tu aku baru je nak pi makan.....so , sebelum aku ambil makanan, aku pi kat dia dulu...aku terus tegur dia dengan kasar "weyhh, pesal ngan ko ni...ko tak puas hati ape dgn aku? aku ada salah apa?"..

"err..tak takde apa,,, aku .....akuu...err ...aku cuma tak sihat", kata Fahmi...

aku boleh nampak dia menipu..."weyh terus terang la bod0h"....

"err..ko tak takut ke duk sorang-sorang kat tingkat 4 tu?", tanya Fahmi....

"takut??? takut apa?? hantu??", jawab aku....

"err..ye hantu"....dia balas...

"ok...aku pernah kena ganggu,,,..", jawab aku....

dan aku ceritakan segala gangguan yang aku pernah kena.....aku cerita semuanya

dan aku sambung, "dalam 3 minggu tu, banyak kali jugak la aku kena ganggu, tapi aku buat tak tahu je"....

Fahmi yang sebelom ni nampak takut dengan aku seperti cuba memberanikan diri dengan bertanya, "ko ada bela saka?"....

"pantet anjing,, ape ko cakap ni...aku takde masa main benda cilaka tu lah!", aku jawab dengan marah..

Fahmi tanya lagi, "err ko ada balik ke asrama ke sepanjang cuti?"....

aku jawab, "aku cuti, kat kampung la... ko pun tahu aku suka datang lewat, last minit...subuh khamis baru aku sampai.."...

Fahmi balas, "ok....aku terus terang....cuti raya cina,,, ko balik...tapi aku stay kat asrama..,,,roomate aku pun balik kampung jugak...so kadang-kadang aku pi bilik Toyyib tumpang tidur kat bilik dia,dan kadang-kadang aku tidur sorang2 kat bilik....  hari Isnin,, mase tu ...aku tengah bosan gile dowh tak tahu nak buat apa....Toyyib pulak pergi keluar jumpe awek katenye...aku duk atas katil baring-baring belek telefon...dan tak lama lepas tu, aku tertidur..."......

Fahmi sambung lagi,,
"tengah syok aku tidur,,,tiba-tiba aku dengar orang ketuk bilik aku...ketukan tu kuat dan berterusan...tak berhenti....so aku terjaga,, aku tak bukak lagi pintu...dan pintu tu masih lagi diketuk,,langsung tak berhenti....pelik gak aku..tak letih ke ketuk pintu lama2 ni?....aku tersangat malas nak bangun,, mata aku tersangat susah nak bukak,, al maklum memang ngantuk nak mampus....tapi pintu tu diketuk je manjang 'tuk tukk tukk tuk tuuk  tukk tukk',,berterusan .... macam orang gile yang ketuk pintu....aku pun gapai dulu phone aku..aku tengok jam di phone sudah pukul 3.30 pagi...aku kata ni mesti orang gila bangsat ni kacau aku tidur pagi-pagi buta....dengan keadaan malas aku tu, aku pi jugak la bukak pintu... ko nak tahu siapa yang ketuk pintu aku?????"

aku yang ingin tahu ni dengan pantas bertanya "Sape??"...

"ko yang ketuk pintu aku.....aku pelik jugak...aku pun tanya la ko,, 'hari tu ko kata balik, tapi kenapa ada di asrama lagi'........ko diam...ko langsung tak jawab aku tanya.......aku tanya lagi, 'ade ape ko datang bilik aku pagi-pagi buta ni'.....ko masih diam...ko senyap...so waktu tu aku mengantuk sangat,,ak pun bercakap dah tak pandang sangat la muke ko....aku ajak ko masuk...dan ko berdiri dalam bilik aku...aku pulak landing badan aku atas katil...dan sekejap je, aku terus terlena....

dalam sedap aku terlena,,, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan yang sangat kuat...'bamm, bammm bamm bamm bamm bammm'....aku pun terjaga...aku tengok bilik aku terang...aku lupa tutup lampu tadi.....masih kedengaran lagi bunyi ketukan bising tu.....aku cuba bukak jugak mata aku luas2....

aku tengok ko duk ketuk-ketuk locker aku kuat-kuat sambil kepala ko menoleh pandang aku,,mata ko bulat dan putih...muka ko pucat....aku beranikan diri aku tanye 'ko ok ke tak'...tapi ko diam...aku pun bangun perlahan-lahan,,, bergerak ke arah pintu bilik....agak-agak dah dekat dengan pintu bilik tu, aku cepat-cepat lajukan pergerakan aku,, aku keluar dan terus berlari ke bilik Toyyib..aku yakin Toyyib dah ada dalam bilik....aku ketuk-ketuk pintu dia kuat-kuat.. dalam cemas tu, sambil aku ketuk pintu bilik Toyyib, sekejap sekejap aku berpaling ke arah bilik aku......dari jauh aku nampak ko bergerak menuju kat aku dengan laju...tangan ko dua-dua ke depan,, macam Frakenstein berjalan...sumpah seram bodo..kalau kena betul-betul depan ko, ko tahu la macam mana seram nya...sebelum ko sampai kat aku,, nasib baik, Toyyib bukak pintu nya,,, sebaik dia bukak pintu dia,, aku terus tolak kuat-kuat pintu dia....tercabut kuku ibu jari kaki Toyyib....nasib baik Toyyib baik tak marah aku....aku masuk bilik Toyyib, aku cerita semua kat Toyyib....tahu tak kitorang pikir apa pasal ko??? kitorang pikir ko bela saka..... aku pikir baik ko pi cek kat mana-mana rawatan Islam.."

ooohhh,, sebab tu lah member2 aku semua pandang aku lain macam, sombong dengan aku...rupanya diorang pikir aku bela saka...

aku pun terpikir nak pergi jumpa jugak orang yang boleh merawat....tapi kat mana...aku tak tahu...
aku tak tahu nak mintak tolong sape..last-last aku terpikir pasal senior-senior dalam group masa orientasi baru-baru ni...group tu kononnya untuk merapatkan silaturahim antara senior dan junior la...so aku ajak jumpa semua senior dalam group aku tu.....alhamdulillah semua senior dalam group aku tu semua baik...diorang okay je jumpe aku..kitorang lepak la di cafe....masing-masing ambil makanan masing2...duduk di satu meja,, dan kitorang sembang-sembang....tengah-tengah sembang, aku bukak mulut pasal bilik aku tu...

"kat asrama ni pernah ada cerita-cerita seram tak?"

senior-senior aku terdiam sekejap.....

kemudian salah sorang (iaitu Faiz) tanya balik pada aku, "ko duduk bangunan lama tu kan?"...

aku angguk kepala aku "ye,,blok tu lah,,saye duk tingkat 4,...bilik 404"...

sorang lagi (iaitu Hanif) cepat je terus balas, "Ohh tingkat 4, bilik 404?? aku pernah dengar cerita pasal bilik tu,, aku pun tak tahu betol ke tak..sebab cerita ni pun aku dengar dari senior aku jugak, diorang dah graduate dah...dah bekerja dah pun....."

aku yang ingin tahu ni terus tanya, "cerita pasal apa?"...

Hanif sambung lagi, "dulu, blok yang ko duduk tu adalah asrama perempuan....ada sorang budak perempuan ni, nama dia Fadia....dan dia duduk di bilik yang ko duduk sekarang,,,bilik 404....Fadia ni memang pelik perangai nya... pelik tu takpe,, tapi kadang-kadang menakutkan ... sehinggakan roomate Fadia, kalau tak silap nama roomate tu Sara,.so Sara dah tak tahan duduk satu bilik dengan Fadia,,sebulan je duduk dengan Fadia, akhirnya Sara mintak tukar bilik... Sara pernah jugak cerita kat orang ramai tentang perangai pelik Fadia ni...kadang-kadang pukul 3 pagi,, tiba-tiba je Fadia duk gelak sorang-sorang kuat2 atas katil... Sara tengok Fadia tu takde la pegang buku ke, pegang phone ke..Fadia takde buat apa-apa, tapi gelak sorang2 dengan kuat? tak ke pelik dan menyeramkan tu....student-student yang stay di bilik yang berdekatan dengan Fadia pun pernah mengadu tak dapat tidur sebab kadang-kadang Fadia buat bising pukul 3 pagi,, kadang2 ketuk pintu biliknya kuat2,, ketuk locker kuat2,, ketawa kuat2 sorang2....kadang2 dalam bilik air, mandi gelak sorang2....bukak paip air dan tak guna, lepas tu blah macam tu je...memang pelik.."

aku berminat nak tahu lagi,.aku berbunyi "Lepas tu?"

so Hanif pun teruskan lagi "...ok..suatu hari, beberapa orang student di tingkat 4 tu perasan sesuatu, iaitu diorang dah tak nampak dah Fadia....student sekelas dengan Fadia pun ada cakap dia dah tak masuk kelas sejak kebelakangan ni..diorang pun cerita la pada warden....dan warden pun pi la cek bilik Fadia...ketuk punya ketuk, tak berjawab....tengok selipar ada je di luar...so warden ambil kunci penduanya dan buka pintu bilik Fadia... di belakang warden, ada la beberapa orang student yang kenal Fadia, datang juga utk tengok keadaan Fadia.....alangkah terkejutnya diorang semua ....diorang nampak Fadia berbaring atas katilnya dengan mata terbuka luas, badan kaku,, kaki straight ke hadapan,,, kedua-dua belah tangan Fadia berada atas lehernya, seolah-olah dia bunuh diri dengan mencekik dirinya sendiri...Macam tu lah keadaan Fadia masa tu....warden check nadi Fadia, dan warden pasti Fadia dah tak bernyawa...cepat-cepat diorang call ambulans...dipendekkan cerita, hospital mengesahkan Fadia dah meninggal...polis mengkategorikan kematian Fadia ni adalah kematian mengejut...."

Kelihatan Hanif macam ada lagi benda yang nak diceritakan, dia teguk segelas air dan terus sambung lagi cerita "ok, sejak kematian Fadia tu,,, macam-macam perkara misteri dan menyeramkan berlaku... iaitu berlaku benda yang sama mcm Fadia buat iaitu ketuk pintu, ketuk locker, bukak paip air, gelak sorang2,, tapi kali ni Fadia takde,, macam mana diorang boleh dengar jugak semua benda-benda tu? tu yang pelik....dan sejak kematian Fadia tu jugak,,, beberapa student di tingkat 4 tu terkena histeria...lepas sorang sorang mintak pindah bilik...last-last semua student di tingkat 4 tu semua mintak pindah di blok lain,, ada yang sanggup sewa rumah di luar universiti..bila tingkat 4 tu dah kosong...student di tingkat 3 pulak kena kacau....so, sama juga, sorang demi sorang pindah dari blok tu.....dipendekkan cerita, akhirnye semua pindah,,,, dan dah takde orang duduk di blok tu...hermmmm...so, tu je la yang aku tahu cerita pasal blok lama tu...dah lama dah sebenarnya blok ni tak buka,,, semester ni je baru bukak balik,,, lagipun aku dengar-dengar pihak universiti dah ada panggil-panggil ustaz untuk halau benda-benda yang tak elok di blok tu, dan diorang dah pagarkan dah pun blok tu..wallahualam...tu je aku tahu"....


Selepas habis mendengar cerita si Hanif tu,, aku pun cakap la terus terang, "sebenarnya saye pun kena gangguan yang sama..ketukan pintu, paip air.....member saya kat tingkat 3 pun kena,, tapi member saye tu nampak hantu tu dalam bentuk bayangan saya..diorang pikir saye bela saka.."

Si Hanif balas "Macam ni la.. aku kenal sorang Ustaz yang pandai rawat benda-benda macam ni....nah nombor dia,,, ko contact la dia....kitorang nak pergi da ni...ada kerja sikit... ko contact la dia ok...Assalamualaikum"..

diorang pun berlalu pergi...aku pun pelik gak apasal diorang ni mcm terburu-buru je pergi...tapi aku abaikan...

aku terus call Ustaz tu..tapi tak diangkat pulak....tengok jam baru pukul 4 petang...hurm...akhirnya aku SMS je sekeping,, dan aku cerita secara ringkas pasal aku kena ganggu... aku balik bilik...dan tidur....

pukul 6 petang aku bangun balik...bangun je, terus bukak phone,,, exercise sikit....dan terus pi bilik air ambil wudhu dan semayang....dalam kul 7 lebih,, sekali lagi aku pi bilik air untuk mandi....

aku masuk la satu cubicle tandas yang paling hujung....aku terus mandi...tengah-tengah syok mandi,,,,duk syampu rambut....mata aku tertutup waktu tu dek kerana buih syampu...syampu rambut puas-puas...dan seterusnya aku bilas rambut aku dengan air....aku bukak je mata,, aku nampak sorang perempuan betul-betul berdiri depan aku dengan tangannya yang kelihatan sedang cekik dirinya sendiri...rambut panjang sampai ke lutut....muka pucat,,,mata bulat...dia berdiri betol-betol depan pintu kubikel tandas tu menyebabkan aku takleh nak keluar dari tandas tu...aku terjatuh terduduk....masa tu aku sangat cemas......dan aku nampak dia perlahan-lahan bongkokkan badannya, dan dekatkan mukanya ke arah muka aku....

tak usah cakap la betapa cuaknya aku masa tu...aku pun pejam mata dan jerit sekuat hati ....tak henti aku menjerit...

dalam beberapa minit aku menjerit, aku terasa seolah-olah aku hanyut ke alam lain,, tapi masih lagi aku dengar diri aku menjerit...masih lagi aku dengar bunyi air yang jatuh ke lantai...tapi secara perlahan-lahan bunyi tu seakan-akan tenggelam....dan badan aku terasa seolah-olah menggelupur dengan sendiri....aku tak tahu aku berada di alam mana...seolah-olah ada seseorang kawal badan aku...

aku tak tahu berapa lama aku menggelupur...beberapa minit lepas tu,,, aku rasa seolah-olah dengan lajunya aku terjaga dari hanyut tadi...tiba-tiba dengan laju, mata aku tercelik, dan badan aku berbaring atas lantai....atas lantai sebuah rumah.....aku bangun perlahan-lahan,, aku tengok sekeliling ramai member2 yang aku kenal di universiti duk tengok aku....depan aku, aku tengok ada seorang Ustaz...dia pun berbunyi, "alhamdulillah, jin tu dah keluar dari badan kamu"...

"jin?", aku bertanya kehairanan....

Ustaz tu balas, "ye,, ada jin yang suka kat kamu"....

aku agak terkejut la...aku tak mampu berkata apa-apa...

Ustaz tu sambung lagi, "takpe, kamu dah ok,,kamu balik la dulu....bilik kamu saya dah bersihkan...tapi takpe lah, malam ni kamu tidur la dulu di bilik kawan kamu, kalau ada apa-apa lagi, senang..."...

member2 aku pun mendekati aku, dan pimpin aku keluar .....aku tengok kat luar dah gelap...aku bukak phone ....dah pukul 11 malam...lama jugak la aku menggelupur rupanya...

malam tu aku tidur di bilik Fahmi...aku ambil beg-beg aku, dan juga tilam kat bilik tu, aku bawak ke bilik Fahmi, aku hampar tilam tu atas lantai je...beberapa hari jugak la aku tidur di bilik Fahmi..alhamdulillah, dah takde gangguan....

dan sejak dari itu, kami dah slow-slow plan pindah ke rumah sewa di luar...

itu sahaja dari aku,, terima kasih...

Friday, April 15, 2016

Tandas di Tingkat Tiga Berhantu di UTP, Sri Iskandar, Perak



cerita dari seorang bekas pelajar UTP

Salam..

nama aku Badrul.... aku ingin kongsikan suatu kejadian yang sangat seram dalam hidup aku di sebuah tandas di Universiti Teknologi Perak...

Kisah ini berlaku dalam pertengahan semester pertama aku berada di UTP....

Pada suatu malam, ada sorang kawan aku bagi cadangan untuk studi di library.... Lagipula final exam dah dekat...elok benar la jika studi hard sekarang...

waktu tu malam...pukul 8 malam....

so, kami berempat pergi la ke library UTP...

kalau korang nak tahu, library UTP ni tersangat la besar (takde la sangat), tapi memang besar dan unik...

so, walaupun bila waktu dekat final exam, ramai orang akan ke library, tapi still akan ada jugak meja-meja kosong...di tingkat atas kadang-kadang kosong takde orang.... so, boleh bayang sendiri la betapa besarnya library UTP ni...

memang sangat selesa belajar di library ni, sebab suasananya tenang dan sejuk...
untuk orang-orang yang bising suka berbincang bising-bising, atau yang suka mengajar kawan-kawannya, akan ada beberapa bilik khas yang perlu dibooking.

ok so sambung cerita tadi...

pukul 8 malam...

kami tinggal di asrama Village 4,, so agak jauh la dari Village 4 ke library.... nasib baik ada sorang member tu namanya Afiq, dia anak orang kaya... ayah dia bagi sebijik kereta MyVi untuk kegunaan belajar di UTP....

so, kami naik kereta MyVi menuju ke library....akhirnya sampai juge di library...
ini adalah kali pertama kami masuk library untuk study group.......

dipendekkan cerita,,, kami study di tingkat 3, sengaja kami study di tingkat atas walaupun kat bawah masih banyak kosong.... study punya study,,, waktu tu dah pukul 9.45 malam....tiba-tiba perut aku buat hal....banyak kali jugak la kentut....kali pertama kentut,, member2 aku pandang aku lain macam (maybe dalam hati diorang cakap aku tak senonoh kot).. kali kedua ak kentut lagi... member aku tutup hidung "Owohhh busuk err natang"...member aku tu orang Terengganu...orang Terengganu kebanyakan cakap lepas je..."gi kentut jauh, cilakak natang ni".......lepas tu kentut lagi, kentut dan kentut...aku pun cakap "errr mintak maaf...bila kita nak balik ni? aku sakit perut.."...

sorang member aku cakap, "mungkin lewat kot...pukul 12 lah kita balik....ko sakit perut nak berak ke? pergi la tandas kat sana tu ha", sambil menunjukkan satu signboard tandas di hujung floor itu (Takde la hujung, tapi agak jauh la dari meja kami)....

Aku pun apa lagi, dengan laju aku berjalan ke tandas tersebut...
masuk je tandas, sempat lagi dalam hati aku berkata "woww, cantik juge tandas ni, bersih dan selesa"...
masuk je kubikel tandas tu,,, bukak seluar, cangkung, "prakkkkkkkkk", keluar la segala tahi yang dah terkumpul nak keluar tadi...tapi waktu tu masih lagi sakit, so aku cangkung lagi,,tunggu lagi....

sambil-sambil berak tu, aku tengok la sekeliling kubikel tandas tu..kubikel tandas ni tertutup di bahagian atas,,, udara-udara yang busuk akan dikeluarkan melalui exhaust fan dalam setiap kubikel tu,, so takde la orang boleh intai dari atas....

cumanya di bahagian bawah kubikel tandas tu (di pintu), tidak tertutup,, so boleh nampak la kaki orang berjalan masuk tandas....

tengah-tengah nikmat aku melabur, tiba-tiba aku terdengar bunyi seakan-akan orang perempuan menangis...sayup-sayup je bunyinya,,,makin lama, makin dekat.... "Eeeeiikkkk"....."Pammm"....bunyi pintu tandas terbuka dan tertutup.....dan waktu tu aku dengar jelas suara seorang perempuan menangis......menangis teresak-esak, macam orang baru putus cinta...aku pun dalam hati "apa minah ni masuk tandas laki??? ke aku yang salah tandas?"....

bunyi tangisannya makin dekat...makin dekat...

dan lepas tu....

alangkah terkejut pantetnya aku apabila terlihat kaki seorang perempuan yang sangat pucat (seperti tiada darah mengalir), lalu depan kubikel tandas aku.....dan yang paling menakutkan aku adalah, perempuan tu terapung!!! kakinya tak menyentuh lantai!!!

aku hanya nampak kaki dan kainnya sahaja...

aku memang tersangat terkejut pantet beruk makyeh...apa-apa pun, aku cuba diamkan diri..aku taknak dia tahu aku ada dalam kubikel tandas tu....dia hanya lalu dan pergi ke kubikel yang paling hujung...aku pulak di kubikel paling first selepas masuk tandas...

usah cakap la betapa takutnya aku masa tu,,, tapi aku diam je....nasib baik dalam tandas tu ada tisu...biasanya aku guna air untuk basuh dubur aku ni...kali ni aku guna tisu, lap segala apa najis di dubur aku ni...dan aku bangun, pakai seluar.....aku cuba tak hasilkan sebarang bunyi...

perempuan tu masih menangis...waktu tu aku memang pikir nak lari keluar je....

tengah-tengah aku pakai seluar tu,, tiba-tiba aku dengar bunyi dia mengetuk pintu kubikel tandas di hujung sekali... "tuk,,,, tuk,,, tuk".....dia ketuk lagi "tuk ,,, tuk,,, tuk""....agak perlahan ketukannya...dan dia pun bersuara dengan suara yang lembut macam perempuan ayu "ade orang takk?"....memang seram la jugak dengar suara dia bajet ayu tu... lepas tu "eeiikkkkkkk",,bunyi pintu kubikel tandas terbuka...

and then, bunyi lagi ketukan pintu kubikel tandas..kali ni lagi dekat...sama juga dia tanye "ade orang takkk?"..then "eiiiikkkkkk" pintu terbuka...

dan bunyi lagi ketukan pintu makin dekat...

seolah-olah dia ketuk pintu satu per satu bermula dari kubikel paling hujung ....

waktu tu aku dah cuak,, mungkin sekarang dah pintu yang ketiga...seterusnya yang keempat adalah kubikel tandas aku!!! aku memang takut gile waktu tu... badan aku sejuk,, pucat....aku tak tahu nak buat apa....aku dah siap pakai seluar....aku standby nak cabut lari...tangan aku dah standby pada pemegang pintu tu...

dan bunyi pintu tandas ketiga tu terbuka "eiiiiiikkkkkk"

dan kali ni, aku nampak kaki terapung tu lalu depan pintu tandas aku,,,,dan berhenti depan pintu tandas aku!! "ahhh sudah"...waktu tu, aku rasa takut sampai nak terkencing, nak terberak,,, kadang-kadang aku terkentut,,, aku tersangat takut...

dan macam kubikel-kubikel seblom, perempuan tu buat benda sama pada tandas aku,, dia ketuk-ketuk "tukk,, tukkk,,, tukkk"......"ada orang tak???"....."tukkk,, tukkk,, tukkk"...

dan lepas tu, kedengaran macam dia cuba untuk tolak pintu aku tapi tak dapat buka "ketakkk,, ketakk,"....

waktu tu tangan aku pada tombol pintu standby utk lari...
tapi kaki aku jauh dari pintu...kiranya aku berdiri agak condong la... sebabnya, aku takut dia tarik kaki aku....

tak lama lepas tu, senyap...dia dah tak ketuk pintu...

oleh kerana aku berdiri secara condong,,, muka aku memang menghadap ke lantai dekat dengan lubang bawah pintu tu...

dalam tak sampai satu minit lepas tu......aku nampak macam rambut bawah lantai tu..
rambut tu masuk dalam kubikel tandas aku...argghhh..aku takut...

makin lama, makin dalam....

pantet terkejut babi aku apabila aku melihat kepala perempuan freehair yang mukanya pucat itu  masuk dalam lubang bawah pintu tu.. mukanya sangat menakutkan.....

secara spontan aku terus bukak pintu...

aku lompat melepasi tubuh badan hantu tu.....aku keluar dari tandas tu...

aku terkejut lagi,,, aku lihat di luar tandas tu iaitu di library tadi semuanya gelap gelita...

ahhh sudah gangguan apa lagi ni.....

tanpa pikir panjang, aku terus berlari ke arah tangga....dan turun tangga tersebut....sambil aku turun sempat lagi aku maki member2 aku dalam hati "cilaka budak2 ni tinggalkan aku"...

tengah-tengah aku turun tangga, bunyi la tangisan pompuan tu lagi dari jauh...sambil dia berkata "awakkk, awakkk kat mana "sambil menangis......dia seolah-olah mencari aku... dan makin lama bunyi tangisan tu makin kuat,, 

aku berhenti seketika, dan lihat di atas melalui celah-celah tangga tu..dan aku dapat lihat dia juga lihat aku...dia dah perasan aku ada di tangga...."tunggu saye awakkk", sambil menangis... aku pun dengan pantas belari turun...sampai je di bawah, aku berlari ke arah pintu library untuk keluar...

sampai je di pintu,, alamak,,, pintu library plak terkunci....keadaan waktu tu sangat cemas....suasana gelap gelita, takde orang dan gelap...aku hanya boleh dengar tangisan perempuan tu je..

aku tak tahu nak buat apa...aku terduduk di depan pintu tu sambil tenangkan diri aku dan cuba control pernafasan aku...

dan aku nampak perempuan tu dari jauh, dia menangis..dia menuju ke arah aku dengan laju...

makin dekat...makin dekat....

aku jerit "arggghhhhhh!!!!!!, jangan ganggu aku bodoh!!!! babi!!! argghhhhhhhhh!!!"...

waktu tu aku jerit sambil pejam mata....aku dah tak sanggup tengok perempuan cilaka tu lagi...

aku jerit sekuat-kuatnya dan tanpa henti..waktu tu aku rasa macam orang gila....

aku jerit kuat-kuat sebab aku dah taknak dengar lagi suara dia..dan juga (of course la) sebab aku takut yang teramat....

keadaan jadi gelap gelita...

tiba-tiba aku sedar,,, aku berada di atas katil hospital..

aku tengok sekeliling ada la member-member aku yang stadi  sama-sama malam tu ...diorang duduk sekeliling aku...

"alhamdulillah ko dah sedar".....

aku tanya diorang dengan suara tak bermaya aku "...aku nampak perempuan..ape dah jadi sebenarnye? aku mimpi ke? kita ada stadi kat library ke?"

sorang member aku cakap "sabar......ye memang kita stadi kat library....dan ko sakit perut,, ko gi tandas..."

dia terus sambung cerita lagi....

"waktu tu dalam dekat pukul 10, ko tahu tak sebenarnya library UTP ni tutup pukul 10 malam..waktu ko pergi je masuk tandas,, dalam sepuluh minit lepas tu,, lampu library berkelip-kelip,,,sekejap terbuka sekejap tertutup....dari jauh kami nampak pak guard off on switch....kami pandang la pak guard tu dengan muka hairan...dia pun jerit, 'library dah nak tutupp' ...ok so kitorang faham la library nak tutup..so dengan laju kami kemas-kemas barang, turun, dan keluar.. keluar je dari library, baru kami teringat ko dalam tandas...aku masuk balik, cakap kat pak guard yang ko masih dalam tandas,, pak guard pun benarkan aku naik balik panggil ko...   so, aku naik atas balik, aku cuba buka pintu tandas, tapi berkunci..aku panggil la ko...banyak kali aku panggil ko...tapi ko langsung tak jawab dan tak bukak pintu tu..pak guard plak dari tadi suruh cepat,,,,cepat,,,,,lepas tu pak guard tu tak habis-habis ON OFF lampu dengan suis kawalan jauh tanpa wayar tu...geram plak aku dengan pak guard tu... tak lama lepas tu, aku terima SMS dari telefon nombor ko 'minta maaf, lupa bagitahu, aku dah balik asrama' ....tanpa pikir panjang, aku terus keluar dari library tu...memang aku rasa pelik jugak, biasanya ko CALL je aku, kali ni ko SMS....kitorang pun blah, dan terus balik asrama... kitorang dah tak sabar nak maki ko sebab tinggalkan kitorang tak bagitahu... sampai asrama, tengok ko takde....kitorang main game sampai pukul 2 pagi..ko masih takde... hari ni pagi tadi baru kitorang tahu ko sebenarnya masih dalam library selepas Pak Guard jumpa ko terbaring tak sedarkan diri depan pintu library.....badan ko panas sangat...doktor cakap ko demam panas....cuba cerita kat kitorang, apa dah jadi pada ko malam tu?"


aku pun cerita segalanya pada diorang....tapi diorang tak percaya...beberapa hari selepas tu, ada yang sanggup try masuk tandas tu pukul 10 malam....tapi takde apa-apa yang berlaku....aku sendiri pun tak tahu kenapa aku sorang sahaja yang diganggu.....

sejak dari tu, sampai GRADUATE aku dah tak pernah guna tandas library tingkat 3 tu.....

Cinta Berakhir Dengan Pengalaman Menakutkan



Hari ini aku bawakan satu kisah daripada pengalaman aku sendiri.

 Kisah ini berlaku mase aku belajar kat sebuah IPTA dulu....

 dalam tahun 2006 hingga 2009


Pengenalan

Name aku Sham, aku bekas pelajar sekolah agama.... selama 10 tahun, sejak umur 7 tahun sampailah 17, aku menuntu ilmu kat sekolah agama....

Mase form 5, aku jatuh cinta la pulak dengan seorang gadis ni.... Ain namenye... kawan sekelas aku sendiri... cinta aku berbalas.... Tapi hubungan kitorang sangat terbatas... cuma boleh berbalas surat je... Kitorang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi yang sama... Mase tu kitorang dapat satu kebebasan yang tak pernah dapat sepanjang bersekolah agama dulu...

Kiranya kitorang ni mengalami proses 'culture shock' la.... Tapi syukur, disebabkan imej sekolah agama tu kitorang nak jaga, aku tak pernah la pegang2 tangan atau bergayut dengan Ain ni sampai tengah2 malam... bile nak jumpe pun hanya kat library... makan sama-sama pun tak pernah...

sepanjang aku couple dengan dia memang dihiasi dengan nasihat-nasihat agama yang berguna la..jadi Ain ni sayang sangat-sangat kat aku sebab tak rosakkan dia...

Perangai aku berubah bila masuk IPTA..... aku dapat kat semenanjung, tapi Ain sambung belajar kat UMS... kami berjanji untuk terus berhubungan....


Episod 1

Mase tahun pertama aku masuk universiti, budak-budak sekolah agama memang jadi buruan masa tu.... Bukanlah nak riak ke apa, tapi memang biaselah kan, budak-budak sekolah agama ni memang muka baik-baik... Orang kata ada 'nur' lah...Boleh bagi ketenangan.... Orang kate la, bukan aku..

Berbekalkan muka yang dikatakan ala-ala Ustaz ni, ramai la gadis-gadis yang berminat dengan aku.... Distula bermula perasaan riak dan takbur dalam diri..... aku pernah mengaku aku dah ada Ain.... tapi masih ada yang nak pada aku.... Sebab seronok sangat jadi pujaan, aku pun kalah lagi dengan godaan syaitan.....

Masuk tahun ketiga aku di Universiti, aku dah pun ada skandal dengan seorangadis ni... Ayu namanya... Ayu ni pulak setuju nak jadi yang kedua selepas Ain... Aku tak puas lagi, dalam hati aku mase tu cuba menjustifikasikan perbuatan aku ni, aku pegang prinsip "Lelaki boleh kawen 4"..... Jadi aku nak carik lagi yang boleh dijadikan kekasih hati... Aku dapat lagi sorang.... Aku sendiri macam tak percaya... Nama dia Dila (mase aku taip ni aku memang rasa sakit hati pulak dengan diri sendiri... teruk perangai aku time ni)...

Dila ni berbeza sikit, kalau Ain dan Ayu masing-masing pakai tudung dan sopan, tapi Dila ni memang artis la... rambut dia dye, pakaian pulak sentiasa tak cukup kain. Aku tertarik kat dia pun memang sebab nafsu semata-mata... Yang buat aku puas hati sebab dia ni memang hot... muka memang CUN MELECUN!... ramai yang cuba tackle dia...tapi aku yang dapat... ramai la yang jeles.. bertambah-tambah la takbur aku....Dila tak tahu pun kewujudan Ain dan Ayu.... Kawan-kawan aku naik menyampah dengan aku... ramai la yang nasihat... tapi godaan syaitan lagi kuat...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh berguling.. Aku silap langkah... Dila ni sentiasa jadi bualan dan perhatian lelaki-lelaki lain, jadi bila ada mata-mata yang nampak aku dating dengan Ayu, ada je la kaki yang report kat Dila.... memang ramai yang nak kitorang ni putus... Akhirnya perang besar bila Dila curi handphone aku dan tahu kewujudan Ain dan Ayu.... Dila call Ain mintak penjelasan, baru la Ain tahu yang aku dah menduakan dia... eh... sebenarnya menTIGAkan dia.... Gaduh la kami semua.... Ain mintak putus... Aku dipaksa pilih sorang je antara 2 yang tinggal tu... Akhirnya aku putuskan hubungan dengan kesemuanya sekali... Senang.... Kat hati aku, langsung tak ada rasa bersalah... aku boleh cari yang lain.. Ramai yang nak kan.... Tapi aku rasa sikit kesal, sebab aku putus dengan Ain... Antara diorang bertiga, Ain yang terbaik... Dah la 5 tahun kitorang couple... Kenapa la aku boleh buat macam tu... Ayu boleh terima dengan baik... Dila pulak macam dalam drama TV tu.... Jadi pendendam.. Dila selalu ugut aku, yang dia takkan lepaskan aku macam tu je...

Sebulan berlalu, aku yang tak serik, dapat yang no 4, Ema namanya.... Ema, yang sama macam Dila dari segi penampilan... maka berpacaranla aku sekali lagi.. .kawan-kawan yang baik dengan aku banyak dah nasihat, jangan mainkan perempuan.... tapi aku memang berlagak, tak peduli pun.. aku rasa sangat hebat sebab boleh tundukkan sorang lagi...

Dalam 2 bulan aku couple dengan Ema, Dila diam-diam jumpa dengan dia.. Dila bongkarkan segalanya.. Siap bawak Ayu sekali... Bergaduhla aku dengan Ema... Dia tak dapat terima aku yang baru sebulan single terus nak cari yang lain... Orang kata kalau kematian isteri, kuburnya masih merah la...... Ema pun soal siasat kawan-kawan aku... Kantoi pulak sebab aku pernah cakap "nak main-main" je dengan Ema... tak serius.... so, akhirnya kitorang putus..... aku ingatkan dendam Dila tu dah terbalas...

Rupanya baru nak bermula......


Episod 2

Masuk bulan pertama semester 6, dah lebih 3 bulan aku single... aku ingat nak 'rehat' sekejap daripada kaum hawa ni... nak fokus belajar dan berbaik-baik dengan kawan-kawan lelaki yang aku tak hirau dari dulu tu....akhirnya aku berjaya memperbaiki hubungan kami... budak-budak lelaki tak lagi menyisihkan aku... Maka aku teruskan hidup seperti biasa...

Bulan kedua semester 6..... satu hari tu aku ke kuliah macam biasa... kuliah petang... start pukul 5, habis pukul 6.30... dalam pukul 6.15, aku perasan sesuatu, aku nampak seekor ular hitam, saiz besar betis, panjang, tengah elok berlingkar kat kaki lecturer yang mengajar tu... tapi yang pelik, semua orang buat tak tahu je... lecturer tu pun macam takde feeling, mengajar macam biasa... sebab semua orang buat tak tahu tu, aku ingatkan ular tu pet lecturer la.. spontan aku tanya kawan sebelah aku, "Bawak pet macam tu, orang tak takut ke?" Kawan aku terpinga-pinga, banyak kali dia tanya aku, "Mana? Mana?".. Banyak kali jugak la aku tunjuk kat kaki lecturer tu, sampai lecturer tu perasan, siap tanya kalau aku ada soalan ke apa....Bila balik tu takde sorang pun kawan-kawan aku mengaku nampak ular tu... aku tak percaya... mungkin diorang ni saje nak main-main kenakan aku.. tapi diorang memang sungguh-sungguh, siap bersumpah bagai kata memang tak NAMPAK!... aku rasa lain macam...

Dua tiga hari lepas tu, malam tu aku tengah melepak kat bilik kawan aku, (kitorang duduk hostel) aku  rasa nak pergi tandas... Bila aku dah hampir sampai ke tandas, lagi sekali, aku nampak seekor ular...kali ni lagi dekat... sebab masa kat kuliah hari tu nampak dari jauh je... aku TERKEJUT! ... Ular tu elok je berlingkar kat depan pintu tandas.... Ular tu angkat kepala dia, pandang aku... Aku terus lari balik ke bilik kawan aku tadi... Panggil diorang.. Bila pergi tengok balik ramai-ramai, dah takde!...

Puas aku cuba meyakinkan diorang.. Ular ni memang sebijik macam yang aku nampak masa kuliah hari tu... Akhirnya buat report kat warden.. Pagi-pagi esoknya tu ada la pekerja yang cari ular ni...

Tapi tak jumpa !

Dalam hati aku, lambat sangat bertindak diorang ni.. dah lari jauh da ular tu... Hidup aku dah tak keruan sejak hari tu... Asyik teringat-ingat kat ular ni.. Aku jadi risau, takut pun ada... Pernah sekali ada batang kayu kat tepi jalan pun buat aku terkejut sebab aku ingatkan ular tu.....

Selang seminggu, kali ni kat kafeteria... Waktu malam lepas pukul 10, aku tengah buat group project dengan kawan-kawan aku... tengah-tengah duk bincang-bincang tu, aku nampak balik ular tu... jauh dari aku... berlingkar tak bergerak... tapi kepala dia pandang aku.... lepas tu aku nampak dia bergerak laju.... bergerak..... berlingkar ke arah aku... makin lama makin dekat....makin laju... Spontan aku terus terlompat dari kerusi yang aku duduk tu, lintang pukang aku lari balik hostel...aku lari masuk bilik kawan aku... Terus kuncikan pintu.. Terpinga-pinga diorang... Muka aku betul-betul pucat... Aku terangkan pada diorang... Mungkin sebab aku asyik cerita pasal ular ni, diorang da mula percaya... Diorang nasihatkan aku supaya jadi aku yang dulu balik, imam muda... Banyakkan amalan.. Sebab ular tu mungkin syaitan nai main-mainkan aku... aku terima...

Mulai hari tu aku da jaga balik sembahyang aku... tapi hidup aku makin tak keruan...
Gangguan makin menjadi-jadi pulak... Ada masa-masa kat kuliah ke, kat bilik ke, aku dengar bunyi desiran ular... Bunyi sayup-sayup tapi telinga aku dapat tangkap... Aku jadi terlebih takut... Buku jatuh dari meja pun boleh buat aku terkejut sampai pucat lesi...

Kemuncaknya,

satu hari aku siap-siap nak pergi kuliah... Aku baru lepas mandi, nak pakai baju... Bila bukak je almari baju aku, seekor ular hitam tengah berlingkar-lingkar atas baju-baju aku... Itu la situasi aku paling dekat dengan ular tersebut... Memang besar betul ular tu.. Senang-senang dia boleh belit aku sampai mati.. Ular tu angkat kepala dia.. Pantas, terus patuk muka aku... Dunia aku jadi gelap.. Aku tumbang... Aku rasakan badan aku jadi sejuk... Sangat sejuk... Badan aku bergerak-gerak... Aku tak pasti apa yang aku buat... Tak dapat fikir pun.. Tapi aku sedar lagi.....

Aku tak tahu berapa lama aku terbaring sambil mengoyang-goyangkan badan kat atas lantai tu.. Aku memang tak nampak apa-apa.... Sampai la aku dengar suara roomate aku... Dia baru balik kuliah... Tak jelas apa yang dia jerit-jeritkan.. Telinga aku berdesing je... Aku dengar pulak suara ramai orang.. .Pastu aku rasa diri aku diangkat... Badan aku masih bergoyang-goyang... Aku tak pasti aku buat tarian ke apa.... Aku rasa aku diletak dalam kereta... dalam 10 minit, aku diangkat keluar pulak...Aku dengar bacaan ayat-ayat Quran.... Penglihatan aku beransur-ansur pulih...

Rupanya kawan-kawan aku da hantar aku kat rumah lecturer aku yang pandai mengubat ni... Nasib baik la lecturer tu ada kat rumah masa tu... Memang syukur sangat... Aku tengok roomate aku pun ada, dia bukak cerita... Masa balik dia nampak aku terlentang kat lantai... Mata aku buntang, tapi nampak mata putih je.. Anak mata da ternaik habis ke atas.. Sebab tu aku tak nampak apa-apa.. Pastu dia kata aku tengah buat macam gerakan ular... Terlenggok-lenggok badan aku macam ular berlingkar... Dia jadi takut, terus panggil kawan-kawan aku yang lain, hantar aku sini..

Lecturer tu mintak aku pergi rumah kawan dia yang lagi pandai, malam tu jugak...

Kawan-kawan bersimpati, setuju tolong aku...Kami balik hostel, makan-makan, pastu gerak ke rumah kawan lecturer tadi.. Perjalanan agak jauh... Sebab rumah dia kat luar IPTA... Kami sampai kat rumah kawan lecturer ni, aku panggil Abang Wan, dalam sejam kemudian, kami dipersilakan masuk dan aku duduk berhadapan dengan Abang Wan.... Abg Wan memulakan rawatan dengan membaca Ruqyah... Lepas tu dia mintak aku mengangkat kedua-dua tangan... Sambil tempik: "Kalau ada jin sihir dalam badan Sham, bergerak ke tangan kiri sekarang!! Jatuhkan tangan kiri Sham!"... Ayat tu diulang 3 kali... Takde respon... Abg Wan sambung Ruqyah... Dada aku berdebar-debar... Lagi sekali dia tempik ayat yang sama... Kali ni sekali je... Aku rasa ada pergerakan dalam badan aku... Seolah-olah ada ular bergerak-gerak bawah kulit aku... Bermula dari kaki kiri, dia bergerak-gerak ke betis, paha, perut, dada... Sampai la tangan kiri aku... Serta merta aku rasa tangan kiri amat berat... Jatuh lah tangan kiri aku.. Maka benarlah ada jin sihir...

Abg Wan sambung bacaan lagi.... Lepas tu dia tempik macam tadi juga, tapi kali ni dia suruh bergerak ke lidah aku... Dia nak berdialog... Aku rasa ular di bawah kulit aku bergerak dari tangan kiri, ke mulut aku... Masa bende tu lalu kat leher, memang aku rasa perit yang teramat..... Macam nak muntah.... Kemudian aku rasa lidah aku dikawal oleh jin tadi.. Abg Wan tanya siapa tuan dia?... tapi jawapan dari lidah aku "ssssssss......", bunyi ular.... Abg Wan tanya macam-macam tapi jawapan cuma "sssssss....." bunyi ular... Abg Wan tanya macam-macam, tapi jawapan tetap cuma "ssssssssss..." je... Dialog gagal, Abg Wan mintak jin tu keluar melalui mulut aku.... Dada aku rasa sesak, Abg Wan hulurkan baldi, aku pun muntah dengan banyaknya... Isi muntah tu hanya air kekuningan... Disertai dengan 3 ketul bebola darah yang beku... Seksanya aku muntah tu Tuhan je yang tahu.... Aku pengsan.. Bila aku sedar balik, aku tengok semua orang tengah berbual-bual... Abg Wan datang dekat aku, bagitau jin tu dah takda dalam badan aku... Aku boleh balik...

Esoknya aku ponteng kelas seharian.. Nak rehat...Bila dah malam aku dapat SMS mengejutkan daripada Dila.... "Bodo! Ko keluarkan satu, aku boleh hantar lagi!". Sah memang Dila yang buat aku... Aku rasa marah.... tapi aku rasa memang salah aku jugak... Main-main kan dia... tapi aku taknak kena lagi.... Nak buat macam mana... Aku hanta sms mintak maaf, aku tak nak kena lagi.... Tapi takde balasan SMS lepas tu....



Episod 3

3 minggu lepas aku keluarkan jin ular tadi... Mase tu ada cuti awam hari Isnin dengan Selasa... Aku ambik keputusan balik kampung malam Jumaat.. Walaupun sekejap.. Mase ni aku dah mula insaf sikit-sikit... Aku anggap kejadian jin ular tu sebagai pengajaran... Aku naik bas dekat terminal... Pukul 12 malam bas pun bergerak.. Perjalanan ambik masa 6 jam... Jadi dijangka sampai pukul 6 pagi... Aku minta ayah aku jemput jam tu... Sejam lepas perjalanan... masa tu aku duduk belakang sekali, aku tengok pemandangan luar... tepi jalan banyak hutan je... entah kenapa aku rasa tak sedap hati... aku perhati betul-betul...

memang tak salah... di sebalik pokok-pokok hutan tu, aku nampak benda putih terbang... ikut bas... sama laju.. Oh tidak! .. Orang sebelah aku tiba-tiba baca something... dia pun perasan jugak kot.. aku cepat-cepat tutup langsir tingkap aku tu....

Beberapa minit lepas tu, bas tiba-tiba dibelok kuat ke kiri... bergoyang bas tu... terkejut penumpang-penumpang... kami hampir terbabas.... mujur driver boleh kawal lagi bas tu... dia jerit " Takde ape2!!! Ada lubang tengah jalan...bertenang semua.."..Aku dengan orang sebelah spontan pandang belakang.. Mana ada lubang... tapi ada kelibat perempuan baju putih kat tengah jalan tu.. Itu la yang driver tu nak elak tadi kot.. Aku betul-betul cuak.. takut sangat... aku rasa semua ni berpunca dari aku.... aku berdoa suapay tak ada apa-apa yang berlaku.. tengok orang sebelah aku pun duk terkumat kamit baca-baca.....

Pukul 3 pagi.... 3 jam perjalanan... Keadaan tenang.... Ada penumpang-penumpang yang dah lelap, ada yang main PSP... tapi aku semestinya tak dapat lelap... tiba-tiba,.......'AAAAAAAA!!!!' ada seorang penumpang perempuan jerit-jerit......

semua orang terkejut...dia jerit, "Ada pontianak!! Ada pontianak!!"..Bas berhenti...Driver bangun, mintak perempuan tu dan semua orang bertenang...dia mintak yang ISLAM start baca apa yang patut... tapi semua orang tengah takut....ada yang nak nangis.... penumpang sebelah perempuan tu pujuk-pujuk dia bagi tenang.... Driver pasang CD ayat-ayat Quran, bas jalan balik... takde orang yang nak lelap dah... Kelihatan 2 orang penumpang lelaki duduk dekat-dekat driver tu.... borak-borak... Maybe nak bagi driver tu rilek-rilek.....

Bas sampai terminal pukul 5 pagi... Sejam awal.... Eh, driver rempit kot... Takut punya pasal... Semua lega bila dah sampai... Aku turun, ada sejam lagi kena tunggu ni.. Aku duduk kat kerusi yang ade kat situ... Penumpang yang lain ada yang ambil teksi, ada yang orang jemput.... Last-last tinggal aku sorang... risau pulak aku... Tak lama, ada bas lain yang baru sampai.... Tapii tak ramai penumpang... Sorang makcik India ni, turun dari bas tu, berjalan ke arah aku... nak duduk sini jugak kot... tapi mase tu dia tengah jalan sambil belek-belek handphone dia...bila dah dekat sampai area tempat duduk aku tu, dia pun pandang la aku..aku senyum... tapi dia buat muka terkejut.... Kalut,, dia terus berlari balik ke arah bas sambil jerit "AIIIYOOOO!!!"... Aku pelik... Ade penumpang-penumpang lain baru turun dari bas tadi semua pandang makcik India tu.... Makcik India tunjuk-tunjuk ke arah aku... Penumpang-penumpang bas pandang aku...semua jerit..panik..masing-masing lari.... ah sudah!!....

Kenapa ni?

Aku berdiri...sebab terkejut..........da bising plak terminal tu dengan jeritan-jeritan..

Aku pandang kiri kanan...takde apa..pandang atas,,,,pontianak tadi!! Terapung atas aku!!! Aku lari macam tak cukup tanah.... Penumpang tadi semua entah ke maana....Aku lari tanpa hala tuju..Habis beg-beg aku tinggal situ... Aku lari ke jalanraya... Aku lintas... Ada stesen minyak... Aku lari ke situ... Sampai stesen minyak, aku berhenti... Tercungap-cungap...Tak larat dah... Aku baru je buat larian paling laju dalam hidup aku....

Aku pandang depan belakang atas bawah,,,,,takde ape dah.. Pekerja-pekerja stesen minyak tu pandang aku dengan muka tak faham... Aku terduduk atas jalan... Tak lama lepas tu aku nampak kereta ayah aku....Aku tahan.... Ayah aku tanya kenapa aku duduk situ... Aku ajak dia pergi tempat duduk aku tadi.... Memang takde ape dah..kitorang ambil beg dan balik rumah...

Sampai rumah, semayang subuh, sarapan....

Aku citerkan semuanya kat mak ayah aku..mak aku punye la marah...membebel dia pagi tu.. tak sangka anak dia playboy....dah la budak sekolah agama...tapi benda dah jadi..

Aku bagitau aku dah insaf..mak ayah aku diam...diorang suruh aku rehat dulu... Aku bangun tidur lepas Zuhur... Aku keluar bilik, mak ayah aku duduk dekat ruang tamu dengan seorang sedare... Tok Lah.. dia pandai mengubat... Bila dia nampak aku, terus panggil... Aku duduk depan dia... Dia nak scan dulu.... Cara Tok Lah lebih kurang sama dengan Abg Wan... Bace ayat ruqyah kuat-kuat.. Pastu banyak kali dia seru jin dalam badan aku ni... Suruh bercakap dengan dia... tapi takde respon apa pun....Dia syak benda tu dah lari masa dia sampai..Buat masa ni Tok Lah cuma pagarkan aku.. tapi aku kena pagar diri sendiri dengan rajin buat amalan.. Tok Lah nak tidur rumah aku malam tu..

Malam tu aku tak dapat tidur.. teruk betul aku rasa... Aku ingat balik apa yang aku dah buat... Main-main perempuan... Menyesal sungguh... Sekarang ada yang baas dendam.... Memang padan muka aku.. Aku mengiring ke kiri, ke kanan.. Resah... Jam tunjuk pukul 1 pagi... Tiba-tiba... Aku rasa ada orang berjalan.... atas katil aku.... aku diam.....

aku pandang sekeliling...

takde ape...

Aku mengiring ke kanan... alamak... aku rasa ada yang baring belakang aku pulak... naik segala bulu roma aku..... aku cepat-cepat bangun... tak pandang belakang pun.. aku keluar bilik.. ketuk bilik mak bapak aku... bile mak aku bukak pintu je.... mate dia membuntang.... "Baaaaaannggg!!!!", Ayah aku bangun, nampak aku, "Astaghfirullah... Allahuakbar!!"... Tahu lah aku.. benda tu ada belakang...aku memang tak berani pusing... "HAIIIPPPP!!!" terdengar pulak suara Tok Lah... Aku rasa ada angin menderu kat belakang aku... Bergerak laju ke atas... Aku agak benda tu terbang... Aku pusing, Tok Lah tengah kejar benda tu... Dia terbang ke dapur... Ada lubang kat atas pintu dapur  tu.. Untuk pengudaraan... Benda tu menyusup ikut lubang tu... Tok Lah tak dapat buat apa...... Kami berjaga sampai ke siang sudahnye.... Masing-masing macam tak percaya apa yang baru terjadi... Esoknye pagi-pagi aku dah kena mandi air limau..... Tok Lah pagar satu rumah... Dia nasihatkan aku tak balik universiti dulu... Aku call lecturer aku semua....Bagitau apa yang terjadi kat aku... Tapi aku tak sebut siapa punya kerja... Aku cuti kuliah seminggu... Tok Lah usaha ubatkan aku... Akhirnya aku terpaksa balik universiti jugak lepas seminggu....


Sampai universiti...selama beberapa minggu takde gangguan.. aku kuatkan diri dengan amalan-amalan zikir....hidup aku tenang...buat sementara...



Episod 4

Sebulan sebelum final exam untuk semester tu... aku dengan kawan-kawan yang lain sibuk buat study... Gangguan dah sebulan lebih takde... Sampai lah satu malam... Kitorang buat study group... Tengah-tengah ulangkaji dan bincang-bincang tu... Aku tiba-tiba rasa blur... Aku tak paham apa yang aku baca.... Aku tak paham apa yang kawan-kawan aku cakap... Macam satu bahasa yang asing bagi aku... kepala aku jadi sakit .... kawan-kawan aku terus syak "penyakit" aku datang balik... Diorang suruh aku baring-baring dulu.. Tapi aku tetap tak faham apa diorang cakap... aku pandang sorang-sorang muka kawan aku...ada 4 orang masa tu.. Aku macam dah tak kenal diorang.. Muka diorang perlahan-lahan menghitam...hitam sampai tak nampak langsung mata, hidung, mulut... aku terkejut... aku jerit... macam orang gila.... kawan-kawan aku yang dah tak bermuka tu datang ke arah aku.... aku bangun, aku nak lari... tapi badan aku rasa berat sangat... lutut rasa longgar... aku terpaksa merangkak ke pintu... aku jerit sekuat-kuat hati..pintu tu dibuka... penghuni-penghuni hostel yang lain masuk nak tengok apa yang berlaku... tapi diorang pun sama.. muka hitam... aku takut... takut sangat... aku menangis.... aku seolah-olah ada kat dunia lain... persekitaran aku jadi gelap... aku tak tahu apa yang berlaku... kawan-kawan aku tadi dah jadi makhluk lain... aku nampak diorang berbulu-bulu..

Salah satu makhluk tu datang kat aku.... Tiba-tiba dia baling aku dengar air... Air tu masuk mata aku.. Aku pejam mata... Pedih.. Aku dengar sayup-sayup suara bagitahu aku.... "jangan bukak mata dulu, jangan bukak"....

Aku terus pejamkan mata...

sikit-sikit aku mula faham apa yang kawan-kawan aku cakap...

Aku rasa ade orang hembus-hembus muka aku...

Lepas tu baru dia suruh bukak mata...Perlahan lahan aku bukak... Aku tengok semua dah pulih macam biasa...

Takde lagi makhluk hitam berbulu.. Aku jadi tenang sikit.. Banyak kali aku beristighfar...

Bila aku dah ok, kawan-kawan suruh aku tidur bilik diorang tu je... senang kalo ade apa-apa jadi... terharu aku... padahal dulu aku berlagak dengan diorang... aku jadi tension... rasa tak sanggup pulak teruskan hidup macam ni... Tapi aku cuba kuatkan semangat.... Aku kena sabar...

Hari-hari seterusnya... Aku diganggu dengan lebih teruk... Bila aku study atas meja, aku rasa seolah-olah ada orang kat belakang... Bila toleh, takde.... Kadang-kadang, kerusi aku digoyang-goyang dengan kuat.. Bila aku bangun, dia berhenti..... Kelibat tak payah cakap la.... Asalkan aku depan cermin, memang ada la kelibat lalu lalang belakang aku... Aku makin tertekan.. Aku jadi susah tidur... Sebabnya bila aku baring, beberapa minit atas katil, benda tu main kaki aku..Dia usik-usik.. Main jari-jari kaki.. Kalau aku buat tak layan,,, aku rasa kaki aku berat... macam orang duduk pulak atas tu... Last-last aku tak tidur... Berjaga sampai ke pagi.... Tu pun terpaksa lepak bilik kawan-kawan baru tenang.... Bila dah pagi, baru aku tidur.. Itu pun kejap je.. Hidup aku dah porak peranda... Kawan-kawan aku report kat mak aku... Akhirnya mak aku jemput aku dari universiti bawak balik rumah...

ila sampai kat rumah, Tok Lah tengah tunggu..... mak aku nangis2... merayu-rayu kat Tok Lah.. Entah apa yang dirayu tak tahu la... Ayah aku pun menyampuk mintak tolong.... Lama Tok Lah pandang aku... Memang aku dah tak terurus... Kusut masai.. Aku memang tak yakin boleh jawab exam macam ni.... Lepas tu Tok Lah mintak tempoh sehari.. Dia nak fikir dulu.. Aku pun tak paham apa yang mak ayah aku mintak dari Tok Lah....

Esoknya,,,,, Tok Lah datang pagi tu.... Dia setuju dengan permintaan mak ayah aku... Baru la aku tahu.. Apa yang mak ayah aku mintak, diorang mintak 'balas balik'...... Tok Lah kata akan guna kaedah bakar bata.... selama 3 hari 3 malam...... aku diam... Rasa risau dan takut... Betul ke tindakan macam ni?

Sehari lepas tu... pagi-pagi lagi, aku dapat call dari Dila... Tapi bukan dia yang cakap.... Mak dia.. dalam telefon, mak dia menangis-nangis mintak jumpa.. Aku bagitahu kat mana rumah aku... Malam tu mak ayah Dila sampai... tapi Dila takde... diorang menangis-nangis.. mengaku salah atas perbuatan anak dia sihirkan aku/... diorang peluk-peluk aku minta maafkan Dila..... tapi mak aku mengamuk pulak.. ayah aku cube kawal mak aku.. bising satu rumah malam tu... aku tak dapat buat apa-apa... Lepas beberapa ketika, suasana jadi senyap... Mak aku dah hilang suara, penat.. Mak ayah Dila dah kering air mata... Ayah aku serahkan pada aku... Aku cakap pada mak ayah Dila, suruh dia janji takkan buat lagi.... Aku akui kesilapan aku, dan dia pun dah balas dengan buat aku menderita berbulan-bulan... Jadi kosong-kosong la... Mak ayah Dila setuju.... Diorang siap sumpah, takkan bagi Dila buat lagi... lepas diorang balik... ayah aku maklumkan pada Tok Lah...

Mak ayah Dila ada mengaku anak dia hantar 3 jenis jin kacau aku.. Ular, Pontianak, dengan Makhluk Berbulu Hitam tu....

Akhirnya gangguan pada aku dah berhenti... Aku dapat jawab exam tanpa masalah paranormal ni... Tapi kejadian ni cukup menginsafkan aku....

Assalamualaikum.. :')



Monday, April 11, 2016

Ayah Berlakuan Aneh! Adakah itu Ayah?



Kedengaran bunyi loceng jam yang sangat kuat berbunyi dan tidak henti-henti berbunyi. Syira terjaga dari tidur, tetapi masih lagi dalam keadaan mengantuk. Cuba membuka matanya namun agak sukar. Dengan matanya yang sedikit terbuka, dapat lihat kilauan cahaya yang terang dari luar melalui jendela pintu biliknya. Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah jam nya. Kelihatan jam tersebut menunjukkan sudah pukul 11 pagi. Syira terkejut, lalu terus mengangkat tubuhnya ke posisi duduk. Dengan serta-merta mata Syira yang agak susah nak dibuka terus menjadi senang dibuka apabila sedar yang dia sekarang sudah lewat untuk ke kerja. Syira OFF alarm jam tersebut dan Dia gapai telefon pintarnya untuk lihat jika ada mesej atau whatsapp atau emel dari siapa-siapa. Alangkah terkejut dan leganya Syira apabila melihat di Home page telefonnya yang menunjukkan hari ini adalah hari Ahad iaitu hari cuti. Mata Syira terus layu kembali. Begitu juga badannya terus jatuh ke katil semula. Dan dalam beberapa ketika, pandangan matanya terus gelap....dan Syira terlena.

Ok... sebelum kisah seram ini diteruskan, apa kata kita kenal dulu serba sedikit mengenai Syira dan kehidupannya.

Syira merupakan anak sulong dan mempunyai serorang adik lelaki. Syira berumur 23 tahun, adik lelakinya iaitu Zarif berumur 18 tahun.  Dan Zarif ketika itu baru sahaja tamat SPM dan sedang menunggu tawaran dari mana-mana universiti. Ibu bapa Syira pula kedua-duanya bekerja. Ibu bapa Syira bekerja di syarikat yang sama dan biasanya mereka ke kerja pukul 9 pagi dan pulang lewat dalam pukul 9 malam hingga 12 malam. Zarif selalunya ada di rumah sahaja bermain komputer dan playstation, kadang-kadang dia keluar ke rumah kawan-kawannya. Syira pula baru sahaja bekerja dalam hampir 1 tahun selepas tamat Diploma. Syira biasanya ke kerja pukul 8 pagi dan pulang pukul 5 petang. Biasanya otw pulang, Syira akan singgah di satu kedai makan untuk bungkus nasi ayam. Sebab Syira tahu ibu bapanya masih tak ada kat rumah dan memang takkan ada makanan kat rumah.

Ok... so sambung cerita tadi...

Syira terlelap....

Di dalam kegelapan tu, tiba-tiba pandangan Syira seakan-akan menjadi semakin merah,, merah dan terus ke merah dan terang... Badannya semakin panas,,panas yang teramat... Syira nak menjerit, tapi tak mampu...
Syira tak boleh bergerak... Syira hanya mampu menangis, namun tak berbunyi dan tak berairmata...
Syira tak boleh buat apa-apa selain daripada terpaksa merasai kepanasan tu.

Dalam beberapa minit kemudian, Syira akhirnya dapat bergerak dan Syira terus bangun terduduk dan nafasnya laju menarik dan menghembus nafas..

Badannya sangat banyak berpeluh dan juga busuk...

Syira menggapai telefonnya, dan lihat masih hari yang sama iaitu hari Ahad....pukul 11 pagi...
Syira menghembus nafas lega..
Dalam kelegaan itu, tak sampai 5 saat, Syira kembali menoleh pada telefonnya, dan menoleh juga pada jam di mejanya. Dan memang betol jam itu menunjukkan pukul 11 pagi.

Syira berasa hairan kenapa masih pukul 11 pagi?
Sebelum tidur, Syira bangun pukul 11 pagi...Lepas kembali tidur, sekarang bangun, masih 11 pagi???
Sedangkan Syira rasa Syira tertidur agak lama...
Perkara itu memang menghairankan Syira, namun Syira tidak mengendahkan hal itu.

Syira bangun dan ke ruang makan,,

Ibu dan adiknya berada di meja makan.
Dan di atas meja makan, ada banyak makanan yang dimasak oleh ibunya.

Ibunya memandang Syira dan senyum lalu berkata "Syira, jom makan.."..

Syira pun tarik kerusinya dan duduk "Mana ayah?", tanya Syira...

Ibunya senyap.....

Kedengaran sayup2 bunyi air dari luar...Syira pun bangun dan mengintai ke luar, kelihatan ayahnya sedang basuh kereta. Syira pun buka tingkap dan menjerit memanggil ayahnya, namun ayahnya tak mengendah panggilan Syira atau mungkin ayahnya tak dengar.

Ibunya pun berbunyi dengan nada perlahan "Syira, abaikan ayah kamu, jom makan dulu"..

Muka ibunya nampak agak masam dan sedih.

Dalam 5 minit mereka makan, ayahnya mula masuk ke rumah, Syira pun memanggil ayahnya "Ayah, jom makan"... Ayahnya tidak mempedulikan Syira dan terus berlalu ke bilik air.

Ibunya juga senyap dan mukanya masih lagi masam dan sedih...

"Ohhh mak dan ayah gaduh ea?", tanya Syira.

Ibunya tak mempedulikan kata-kata Syira dan berkata "Makan, Syira...".....

Syira teruskan makan sampai habis..

Selepas selesai mereka makan, Zarif macam biasa akan cepat-cepat ke bilik air dulu untuk mandi sebab Zarif tahu Syira mandi memang lama.. Sejam tu belom tentu lagi siap...
Zarif selesai je mandi, terus Zarif ke biliknya pakai baju dan bermain playstationnya tu.

Syira pula mandi dan sama juga Syira akan ke biliknya. Biasanya hujung minggu Syira lepak dalam bilik je, whatsapp dengan member2 kat group, kadang-kadang main WeChat sembang dengan orang yang tak kenal, dan buka laptop tengok K-Pop, tengok gosip artis dan sebagainya.

Dari dalam biliknya, kedengaran bunyi enjin Pajero ayahnya berbunyi. Syira pandang ke luar, Syira lihat ayahnya keluar seorang diri. Syira duduk di meja yang menghadap tingkap biliknya itu dan membuka laptop. So, sambil-sambil Syira main laptop, Syira boleh pandang ke luar. Rumah Syira ni dalam kampung, so agak tenang la pemandangan di luar.

Lepak punya lepak dalam bilik tu, sedar sedar dah pukul 9 malam, kelihatan ayahnya masih belum pulang.

Syira hairan kenapa ayahnya belom pulang, biasanya hujung minggu ada kat rumah je. Iye lah, hari bekerja selalu balik lewat, so hujung minggu ayahnya biasanya luangkan masa dengan anak-anak kat rumah. Kadang-kadang ada je aktiviti yang seronok yang ayahnya buat. Contohnya, barbeque ayam depan rumah, atau ajak memancing ikan dan macam-macam lah. Tapi hari ini, perangai ayah Syira agak pelik. Tak senyum, masam, dan tak pedulikan orang di rumah.

Syira ke katilnya, dan berbaring. Masih lagi berfikir tentang perangai ayahnya.

Lama-kelamaan, mata Syira layu dan layu. dan pandangan Syira terus gelap....

Syira terlena...

Pandangannya yang gelap itu tiba-tiba bertukar ke arah merah..
dan seperti sebelom ni, Syira mendapat mimpi yang sama.
Badan Syira kepanasan, tidak mampu menjerit dan bergerak...
Kali ini, mimpi Syira agak berlainan....

Syira nampak dari jauh ada seorang lelaki yang sedang mencari-cari sesuatu di dalam api yang membara (seakan-akan dalam api neraka)...
Lelaki itu tiba-tiba menoleh pada Syira..
Rupa-rupanya lelaki itu adalah ayah Syira....
Wajah ayah Syira tiba-tiba berubah menjadi sedih.
Wajah ayahnya seakan-akan nak menangis...
dan akhirnya ayahnya menangis dan berlari ke arah Syira..
Semakin ayahnya dekat, semakin membara api di sekeliling dan terus ayahnya hilang dari pandangan dek kerana dilindungi api yang membara...
dan selepas itu, serta merta Syira terjaga dari tidur....

"Fuhh", Syira melepaskan nafas lega sambil berfikir apakah maksud mimpinya itu..Sudah dua kali mimpi api yang membara... Hari ini juga sama badan Syira panas berpeluh..

Syira mengalihkan pandangannya ke arah suatu sudut yang lain di dalam biliknya, dan terkejut Syira apabila melihat ayahnya berada dalam biliknya. Tak pernah lagi sebelom ni ayahnya masuk dalam bilik Syira senyap-senyap. Ayahnya seperti sedang memandang dinding bilik Syira atas dan bawah.

Syira berbunyi, "Ayah, buat apa dalam bilik Syira?"...

Ayahnya seakan-akan terkejut menyedari Syira sudah bangun dari tidur.. Ayahnya berpaling ke arah Syira, dan tanpa berkata apa-apa, dan dengan muka ayahnya yang tiada senyum itu, ayahnya terus berlalu keluar...Syira hairan dan pada masa yang sama sedih dengan perangai ayahnya yang sudah tak lagi peduli pada keluarga. Syira hanya mampu memandang ayahnya keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja ayahnya sampai di pintu biliknya,
tanpa membuka pintu, ayahnya terus keluar ......
dan menembusi pintu bilik itu...

Syira tersangat-sangat terkejut lalu Syira terjatuh terduduk di tepi katilnya..
Syira tahu ada sesuatu tak kena dengan ayahnya...

Kenapa ibunya senyap waktu Syira panggil ayahnya makan?
Kenapa dalam mimpi nampak ayahnya dalam neraka?
Adakah ayahnya sudah mati?
Adakah yang Syira nampak itu adalah roh ayahnya?

Di dalam keadaan terkejut itu, pandangan Syira tepat pada jam di atas mejanya.. Dan jam menunjukkan pukul 11 pagi.... Syira terkejut kerana sudah lewat untuk ke office.. Syira gapai telefonnya dan lihat, masih HARI AHAD!!!
Tiga hari berturut-turut, semuanya HARI AHAD!!!

Alangkah terkejutnya Syira....

Syira tahu ada sesuatu tak kena....

Muka Syira berubah menjadi buntu dan bimbang yang teramat. Syira rasa bagai nak gila memikirkan benda aneh ini.

Syira bangun dan berlari keluar bilik mencari ibunya sambil menangis...

Kelihatan ibu dan adiknya berada di meja makan sedang menunggu Syira... (sama seperti semalam).

Syira nampak je ibunya, tangisan Syira menjadi makin kuat, dan Syira terus ke arah ibunya dan terjatuh melutut di depan ibunya.. Syira memegang tangan ibunya, sambil menangis Syira bertanya "Makkkk, mana ayah??? mana ayah??? mana ayah, mak???!!!!", Syira bertanya banyak kali seakan-akan orang gila.

Syira perlahan-lahan mendongakkan kepalanya melihat wajah ibunya...

Ibunya masih senyap, dan kali ini ibunya mengalirkan air mata dan ibunya berkata dengan nada perlahan, "Syira, ayah kamu bukan lagi untuk kita.."..

Syira tidak puas hati dan bertanya lagi, "Kenapa mak cakap macam tu?! Mak dan ayah dah bercerai?"...

Ibunya hanya mendiamkan diri,, menundukkan kepala, menutup matanya dan mengalirkan air mata.....Ibunya menangis secara perlahan...

Dalam beberapa saat selepas itu, ayah Syira masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur dan mengambil air kosong untuk diminum...

Sedang ayahnya meneguk segelas air itu, Syira yang tidak puas hati terus mendekati ayahnya dan menegur ayahnya.. "Ayah!"..

Ayahnya terus berhenti minum dan terkejut dengan teguran Syira itu....
Tapi ayahnya masih senyap dan tak pedulikan Syira....

Syira tidak puas hati lagi Syira terus menjerit "Ayah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"...

Ayahnya dengan pantas menoleh kepalanya ke arah Syira dengan muka ayahnya yang seperti seorang yang terkejut, marah, sedih, takut dan sebagainya. Boleh lihat pada wajah ayahnya, perasaan ayahnya itu sekarang sedang bercampur baur.....

Ayahnya masih senyap, dan tiba-tiba ayahnya bergerak pantas keluar kembali dari rumah dan terus ke keretanya..

Syira dengan pantas ikut belakang ayahnya dan memanggil ayahnya banyak kali... Selagi ayahnya senyap, selagi itu lah Syira tetap ikut dan panggil ayahnya.

Sebaik sahaja melalui ruang makan, kali ini maknya bernada agak tinggi berkata pada Syira, "Syira! Jangan ikut ayah kamu. Abaikan dia! "..

Syira tidak pedulikan kata-kata ibunya dan terus mengikut ayahnya sehingga ke dalam kereta...

Di dalam kereta, Syira duduk di sebelah ayahnya...

Waktu tu Syira senyap memikirkan masalah ni..

Begitu juga ayahnya yang sedang memandu itu..Ayahnya senyap sahaja..

Syira pun berbunyi, "Ayah, kenapa ayah buat macam ni kat kitorang? Ayah kalau ada masalah, ayah boleh bagitau Syira"....

Ayahnya menjerit "Argghhh!!"...sambil menggenggam tangannya...

Ayahnya kelihatan benci dengan kata-kata Syira..Ayahnya tak mahu Syira berkata-kata...

Syira masih lagi tak puas hati, Syira tanya lagi dengan nada yang lebih tinggi, "Ayah!! Kenape dengan ayah ni? Ayah dah benci dengan anak-anak ayah sendiri ke?! Ayah memang takde hati perut!!!!!!!", jerit Syira pada ayahnya.. Walaupun duduk sebelah-sebelah, Syira menjerit kerana geram dengan perangai ayahnya yang membisu.....

Ayahnya terus bertambah geram dan menjerit lagi kuat, "Argghhhhh!!!!! Senyapp!! Senyap!! Tolong la senyap!!!", tangannya menggenggam kuat stereng kereta....

Muka ayahnya tiba-tiba berubah menjadi sedih dan terus menangis macam orang gila...

Sebelum ni tak pernah Syira tengok ayahnya menangis macam ni....

Tak sampai satu minit, tiba-tiba ayahnya menjerit lagi "Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!"...

Kali ni ayahnya menjerit lagi panjang dan kuat...
Kedua-dua tangannya melepaskan stering, genggam kuat, dan memukul-mukul stering keretanya dengan kuat tanpa henti....mulutnya berterusan menjerit....

Syira menjadi takut.....Syira menangis sambil menunduk kepalanya, menutup matanya kerana takut dan tak mahu melihat perangai gila ayahnya itu...

Dan beberapa minit kemudian,,, Boooommmm!!!!

Mereka berdua kemalangan...

Pandangan menjadi gelap untuk seketika...

Tidak lama selepas itu,
Syira membuka matanya....

Kelihatan keretanya tidak terbalik,,,bonet depan kereta kemik teruk.....

Ayahnya ditepi kelihatan tidak sedarkan diri.....kepala ayahnya berlumuran darah yang sangat banyak...

Dan dari jauh, Syira nampak beberapa orang sedang berlari menuju ke arah Syira dan ayahnya....

Sebaik sahaja mereka sampai,, mereka terus mengangkat ayah Syira secara perlahan-lahan dan masukkan ke dalam kereta mereka...

Dan...

mereka berlalu pergi meninggalkan Syira seorang diri...

Syira berasa agak hairan....namun Syira terpaku...tak mampu berkata apa-apa.. lebih menghairankan, Syira langsung tak rasa sakit....

Pandangan Syira secara tidak sengaja teralih ke arah side mirror...

Alangkah terkejutnya Syira melihat satu lembaga yang seakan-akan seluruh kulit badannya terbakar, hangus, dan melecur.....

Tak lama kemudian, Syira dapati lembaga itu sebenarnya adalah dirinya sendiri!!!!..

Syira terus keluar dari kereta, dan berlari menuju ke rumahnya...

Sebaik sahaja hampir sampai, Syira dapat lihat mak dan adiknya sedang menunggu di depan rumah... di depan pintu kaca...

Syira mendekati mereka dan Syira terus bertanya, "Mak, apa dah jadi sebenarnya?", sambil menangis...

Mak Syira tidak berkata apa-apa dan menangis.....

Syira terpandang cermin di belakang emaknya,, dan Syira lihat dirinya keseluruhan badannya terbakar...

Dan tiba-tiba dalam sekelip mata, tubuh badan mak dan adiknya juga berubah menjadi seperti seakan-akan dibakar sehingga hangus dan melecur seluruh badan...

Dan waktu tu , memori Syira seakan-akan mengundur kembali membawa Syira ke belakang dan menceritakan segalanya..

Rupa-rupanya pada hari ahad lepas, selepas Syira kembali tertidur, maknya sedang memasak di dapur untuk sediakan makanan...Ayahnya baru sahaja keluar rumah kerana berjumpa kawan lama. Adiknya duduk di meja makan menunggu makanan siap dimasak.. Sewaktu maknya menghidangkan makanan, tiba-tiba berlaku letupan di dapur...Api itu sangat laju menjilat keseluruhan rumahnya.. dan waktu itu, Syira masih lagi tertidur... Tidak lama selepas itu, ayahnya pulang ke rumah, dan sebaik sahaja melihat rumah terbakar, ayahnya terus masuk ke rumah untuk selamatkan keluarganya.. Mak dan adiknya kelihatan rentung dan sudah tidak sedarkan diri. Ayahnya pergi pula mencari Syira... Syira masih lagi dalam tidur di atas katil. Ayahnya cuba selamatkan Syira, tapi.....malangnya tidak sempat, kerana api itu terlalu cepat membakar.. Ayahnya menangis, dan terjatuh..Ayahnya tidak keluar rumah. Namun, ayahnya tetap diselamatkan oleh bomba .....

Keluarganya semua mati....

Kecuali ayahnya sahaja yang terselamat dari kebakaran itu..



Friday, April 1, 2016

Rumah Berhantu - Kondo Pelangi Damansara - Misteri Bunyi Pintu Terbuka Malam-Malam



Al kisahnya seorang lelaki warga pakistan yang bernama Lucky Gujjar bekerja dan tinggal di Malaysia.

Sudah 15 tahun dia tinggal di Malaysia. Bermula dengan sebuah rumah flat yang dikongsi dengan 10 orang rakannya, kini dia bekerja sebagai seorang jurutera di MRCB dengan pendapatan sebanyak RM8,000 sebulan (lebih kaya dari orang Melayu sendiri), dia mampu membeli sebuah rumah kondominium di Pelangi Damansara.

Rumah itu dibelinya kerana dia bercadang ingin membawa anak bininya dari Pakistan untuk tinggal di Malaysia.

Sudah sebulan dia tinggal di kondominium itu sendirian. Dan bagi Gujjar, rumah itu sangat selesa dihuni. Suasana jiran tidak bising, menenangkan. Parking disediakan di Ground Floor. Kedai runcit juga ada di Ground Floor. Begitu juga disekeliling kondominium itu agak meriah dengan bangunan-bangunan dan kedai-kedai. So bagi Gujjar, rumah ini memang sangat selesa dihuni.

Namun,

pada suatu malam...

Sewaktu Lucky Gujjar ingin tidur atas katilnya,

dalam 1 jam Gujjar berbaring cuba untuk tidur. Lampu bilik ditutup, seluruh lampu rumah ditutup kecuali lampu di balkoni. Jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi.....

Suasana ketika itu sunyi sepi...

Tiba-tiba terdengar dari bilik sebelah,
bunyi pintu terbuka secara perlahan lahan,
"eeeiiiiiiiikkkkkkkk"....
dan tiba-tiba pintu itu seolah-olah ditutup dengan kuat dan laju "boommmm!!",

Gujjar berasa sangat terkejut dan hairan...

Kalau pintu terbukak slow-slow tu mungkin ada angin yang tolak,

tapi bahagian bunyi pintu ditutup dengan kuat tu, Gujjar tak dapat terima...

Gujjar seorang sahaja yang tinggal di rumah tu, bagaimana pula boleh terdengar bunyi pintu ditutup dari bilik sebelah?

Semakin Gujjar memikirkan hal yang pelik tu, Gujjar jadi semakin takut..

Gujjar mengambil bantalnya dan tekup pada mukanya dan terus cuba untuk tidur..
Gujjar lebih rela abaikan gangguan itu....

Keesokan Gujjar bangun pagi pukul 8 pagi....Gujjar pergi ke bilik sebelah, Gujjar lihat memang takde orang, bilik pun kosong...

Kemungkinan Gujjar silap dengar kot semalam...so Gujjar just abaikan perkara itu..

Gujjar teruskan pergi ke kerja....

Dalam pukul 8 malam, Gujjar pulang....

Malam tu, Gujjar cuba tidor lewat, Gujjar nak dengar sekali lagi adakah akan ada lagi bunyi pintu?

Ternyata malam tu dah takde bunyi pintu terbuka dan tertutup...begitu juga malam-malam berikutnya..


Suatu hari...

Gujjar bangun pagi, Gujjar masih lagi memikirkan pada malam ketika misteri bunyi pintu tersebut berlaku.

Gujjar pergi ke bilik sebelah dan cuba buka pintu dan tutup pintu...

Gujjar perasan bilik tu dah takde bunyi "eeiiiikkkkkkk"...

Seperti ada seseorang telah membaiki pintu tersebut....

Sekali lagi, Gujjar mengabaikannya..


Pada suatu malam yang lain...

Berlaku lagi suatu misteri yang sangat menyeramkan....

jam menunjukkan pukul 1 pagi....

Waktu tu Gujjar tiba-tiba rasa dahaga....

Gujjar pergi keluar bilik dan menuju ke dapur.. Di dalam gelap, dan dengan matanya yang hanya separuh mata terbuka akibat mengantuk,,, Gujjar berjalan menuju ke dapur...Kadang-kadang Gujjar terlanggar meja dek akibat mengantuk...

Belum sampai lagi ke dapur, tiba-tiba Gujjar terdengar gelas terjatuh....

dan sejurus selepas itu, Gujjar ternampak seakan-akan suatu lembaga (seperti seorang perempuan) berlari (sambil menunduk) ke suatu sudut....

Namun, waktu tu pandangan Gujjar sangat samar-samar....

Gujjar pun cepat-cepat berlari ke SUIS untuk menyalakan lampu rumah.....
rumah segera cerah...Gujjar lihat di sekeliling..........
ternyata takde siapa-siapa pun dalam rumahnya...

Tapi Gujjar agak terkejut ada gelas yang terjatuh, dan sekolompok air kelihatan tertumpah dari gelas tersebut...

Gujjar berasa hairan...

Selalunya selepas Gujjar minum air dalam gelas, Gujjar akan basuh gelas tu dan simpan gelas tu elok-elok..

Dan macam mana pula gelas tu boleh terjatuh dari tempat letak gelas tu....

Gujjar berasa teramat hairan.....

Dan kali ini, Gujjar tidak mahu mengabaikan misteri ini lagi...

Keesokan hari, Gujjar pulang ke rumah awal pukul 5 petang...

Dan Gujjar pulang dengan 3 buah IP CCTV..

- satu diletakkan dalam bilik yang berbunyi pintu tersebut.
- satu diletakkan di dapur ..
- dan satu lagi diletakkan di suatu sudut di mana tempat lembaga tu hilang

IP CCTV adalah CCTV berasaskan kabel network...

di mana segala rakaman dari CCTV tersebut, Gujjar telah set-kan (sebenarnya Gujjar mengupah seorang programmer khas) setiap 30 minit rakaman itu akan di-SAVE dan terus UPLOAD rakaman tersebut ke GMAIL Gujjar...

So, selesai sahaja CCTV tu dipasang, Gujjar terus mandi-mandi, rehat dan terus tidur....

Keesokan pagi.....

di tempat kerja...

Gujjar rasa ingin tengok apa yang dirakam CCTV nya semalam.....
Gujjar buka laptopnya dan letak atas meja officenya....terus Gujjar pasangkan video rakaman CCTV rumahnya dalam GMAIL Gujjar...

Alangkah terkejut beruk makyeh nye Gujjar apabila melihat seorang wanita yang kelihatan berpakaian lusuh, berambut kusut dan sangat panjang sampai ke kaki...Wanita ini berada dalam rumahnya.... Wanita ini sebenarnya menumpang tidur dalam rumah Gujjar.. Dan tempat wanita itu tidur adalah di bilik sebelah bilik Gujjar tidur...

Gujjar memang sangat terkejut...........

Namun, Gujjar menenangkan dirinya dan Gujjar berniat ingin tangkap dan cakap baik-baik dengan wanita itu.. Kemungkinan wanita itu adalah orang susah dan tidak ada tempat berteduh... Itu yang Gujjar niatkan dihati...untuk bantu wanita tersebut....

Gujjar teruskan lagi melihat rakaman dalam emailnya....

Kelihatan wanita yang sama di dapur sedang meminum air dalam gelas Gujjar....

So, Gujjar bertambah yakin, memang wanita itu miskin dan tumpang tidur dalam rumahnya...

Jadi, pada malam tersebut...Gujjar ingin menangkap wanita itu...

Gujjar tahu pukul 1 pagi, mesti wanita itu akan ke dapur untuk minum air...

So,,, setibanya pukul 1 pagi, Gujjar yang waktu itu berada dalam bilik, Gujjar bangun,, dan perlahan-lahan pergi ke dapur...di tangannya ada sebuah StunGun...Gujjar akan gunakan Stungun itu pada wanita tersebut in-case wanita tersebut menyerangnya....

dan tiba-tiba....

peristiwa sama yang berlaku pada malam sebelum ni...
iaitu..
sebuah gelas jatuh....
dan tiba-tiba ada wanita yang berlari sambil tunduk ke suatu sudut yang sama...

Gujjar cepat-cepat hidupkan lampu rumah...
Gujjar lihat di sekeliling....

kelihatan wanita tu dah takde....

Puas Gujjar mencari selama 5 minit, tapi perempuan tu HILANG!..

Gujjar cepat-cepat buka laptopnya, buka email....

dan terus Gujjar pasangkan video terakhir dari CCTV tersebut...

kali ini...

Gujjar terkejut beruk mak yeh macam syaiton kerana Gujjar melihat dalam rakaman tersebut,
wanita itu berlari menuju ke satu dinding dan kelihatan wanita itu menembusi dinding rumahnya....

Gujjar tahu mana ada manusia biasa mampu menembusi dinding melainkan ianya HANTU!!!!

Badan Gujjar berpeluh-peluh ketakutan...

Malam tu juga, Gujjar ambil keputusan untuk tidur di rumah flat lamanya...tanpa packing barang, Gujjar ambil kunci kereta BMW nya, dan terus blah dari rumah tersebut....

sekian.