-->

Friday, November 11, 2016

Jalan Yang Menakutkan Di Daerah Tangkak - Pagoh



KISAH DARI SEORANG PEMINAT CSM 
Oleh: Ain


Da lama sangat aku jadi silent reader so ari ni aku nak share pengalaman aku yang tak berapa seram ni dengan korang semua. 

Tahun: 2014
Masa: 11.30 malam
Tempat: Somewhere dalam daerah Tangkak-Pagoh (tak ingat da apa nama kampung)
Yang kena sakat: 2 orang
Yang menyakat: seekor tak tau jenis apa, kakak cantik kot…

Untuk pembaca yang bukan pengguna highway PLUS arah selatan, info ini harap dapat membantu supaya dapat memahami cerita ini dengan lebih baik. Sebaik sahaja melepasi sempadan MELAKA-JOHOR, laluan pertama yang di lalui dalam negeri Johor ialah Tangkak-Pagoh- Yong Peng- Ayer Hitam dan seterusnya…

Ok kita start…
Kisah ini bermula bila aku dengan adik lelaki aku dalam perjalanan pulang dari KL ke JB. Kami bergerak dari Sg Besi agak lewat sebab adik aku lambat abis keje. Tiba-tiba pulak banyak kereta yang masuk inspection pada hari tu. Jadi, kami gerak lepas maghrib dalam pukul 7.45 malam. Malam tu malam minggu dan ramai pulak yang sibuk balik kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina lagi 2-3 hari. Yang kami ni pun dok menyibuk kat jalan raya tumpang sesakkan lagi lebuhraya PLUS tu. Bila dah kereta banyak ni, skill pemanduan adik aku yg ala-ala Michael Schumacher tu pun rasanya dah boleh buang ke longkang dah kot. Mana taknya, kami sampai area Jasin lebih kurang pukul 10++ malam. Selalunya waktu macam tu kami dah duk sibuk call mak tanya , “ Masak apa mak? Kitorng dah nak sampai ni!”

Dipendekkan cerita, sampai ke area Kg Bemban Melaka (menghampiri sempadan JOHOR-MELAKA), sorang member adik aku ni call. Nama die Arep MA. M tu merujuk kepada ‘masuk’, A tu merujuk kepada ‘air’ dan Arep tu memang nama die. Si Arep ni pun sebenarnya dalam perjalanan balik JB tapi dia dah bergerak 2 jam lebih awal dari kami. Arep MA call kami kerana dia merasa bertanggungjawab untuk menasihati kami supaya mengelakkan laluan tol Pagoh sebab waktu dia call tu, dia tengah melepak di palang pembahagi jalan di tengah-tengah highway sambil hisap rokok dengan pengguna jalan raya yang lain. Sebabnya, die terperangkap dalam kesesakan teruk (jem melekat kata ongputeh) di laluan sebelum sampai tol Pagoh. Aku ingatkan dia saje2 test power menyeberang highway utk selfie sambil merokok di tengah2 pembahagi jalan tu… So demi menghormati keprihatinan Arep MA, kami pun merancang untuk keluar dari highway melalui tol Tangkak. Keluar dari Tol Tangkak kami akan melalui jalan lama atau orang panggil ‘jalan dalam’ untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Tangkak. Dari Bandar Tangkak kami akan terus ke Pagoh- Ayer Hitam dan masuk semula ke highway melalui tol Ayer Hitam. Tiba-tiba datang pulak idea (*****) adik aku ni untuk ikut satu laluan singkat yang membolehkan kami sampai ke Bandar Tangkak dengan kadar segera. Ye lah, da hampir pukul 11 malam tu… 

Laluan ni adik aku pernah guna setahun yang lepas masa dia nak balik JB so die dengan yakin die kata die ingat lagi laluannya. Sila jangan tanya aku, ‘laluan mana ek? Belok mana ek?’ Sorry aku memang tak ingat. Yang aku pasti laluan ni menggunakan laluan perkampungan-perkampungan manusia (bukan bunian eh…) yang terdapat di sepanjang laluan lebuhraya PLUS arah selatan. Cumanya kalau dari highway kita tak akan nampak kampung-kampung ni sebab dilindungi oleh bukit bukau, hutan hutin dan dusun-dusan milik penduduk kampung (haha.. adik2 sila jangan guna perkataan-perkataan tu dalam karangan eh).

Sekitar jam 10.55 malam, sebaik sahaja keluar highway melalui tol Tangkak, kami mula memasuki laluan short cut dari satu kampung ke satu kampung kerana menurut adik aku jalan short cut tu memang melalui kampung-kampung orang. Antara yakin tak yakin kami pun meneruskan perjalanan. Adik aku ni pulak jenis sanggup sesat daripada hilang macho sebab tanya arah jalan dengan orang. Owh, GPS? Waze? Google Map? Haha.. area tu xde line internet ye. Sampai suku jalan guna benda2 tu semua, kami terus ‘lost connection’. Jadi menggagau lah kami malam-malam tu dan hanya berpandukan kepada ingatan adik aku yang dah banyk telan semut tapi tak nak mengaku tu. Aku yang dah risau ni mulalah membebel suruh adik aku patah balik dan ikut laluan biasa tapi dia jawab, “ Rilek la long, aku yakin, depan lagi sikit tu kita akan jumpa jalan utama”. Mmm… adik aku xde la cakap ayat skema macam tu tapi aku edit sikit ayat tu supaya korang faham. Then, Sampai satu area tu, kami lalu depan satu court takraw. Aku Nampak beberapa orang abang-abang sado tengah main takraw malam-malam tu. Masa kami lalu kat situ, brader-brader tu pulak pandang kami macam nak ajak kami main polis sentri pulak. Ape die ingat kitorang ni tengah usha jalan supaya senang nak merompak esok malam ke? Bila fikir balik, memang patutla brader2 tu pandang kami macam tu. Malam-malam buta masuk kampung orang, bawak kereta kelajuan selaras dengan kereta lembu, siapa tak suspicious beb! Lepas 5 minit melepasi brader-brader takraw tu, aku mula perasan yang kami dah sampai ke hujung kampung. Macam mana aku tau? aku gunakan daya pengesanan dan kebolehan deduksi yang aku belajar hasil dari mengkhatamkan komik Conan dalam setiap keluaran. Daya intrepetasi yang kuat aku belajar dari Horatio Cane dalam siri CSI. Cuma aku tak cukup sewel lagi untuk pakai spek hitam malam-malam hari. Aku kesan kami sudah berada di penghujung kampung bila jalan yang kami lalui tu sudah mula menyempit, dan rosak serta berlubang-lubang. Lampu jalan pula dah xde, rumah-rumah penduduk juga sudah mula tidak kelihatan dan yang paling jelas ialah aku ternampak signboard yang tertulis, “Jalan Penghujung Kampung”. Kiri kanan kami pula terdapat semak samun dan pokok-pokok hutan. Time tu aku pun mula la sound adik aku, “Mmm.. aku rasa depan sikit lagi tu kita jumpa jalan utama la…” Adik aku dah tersentuh dengan kata-kata aku , die pun jawab, “ye lah! Patah balik lah!” Hah! Dah terlambat…

Tiba-tiba dari jauh aku nampak…

Berenti jap ea. Nak makan nasi. Jap agi sambung balik.

............................
............................
............................

Okey bebeh.. jom sambung cite tadi. Lepas aku perasan yang jalan tu dah sampai hujung dan suasana yang serba gelap dan horror kiri kanan jalan tu, dengan kuasa aku sebagai KAK LONG KAWASAN mengarahkan adik aku patah balik dengan ayat yg sinis. So adik aku pun terkial-ial nak patah balik tapi jalan tu agak sempit so, dia lajakkan sedikit kereta beberapa meter kehadapan sebelum aku ternampak sebuah rumah usang yang berada di sebelah kiri jalan. Dalam samar-samar berbekalkan lampu kereta dan cahaya bulan, Nampak la juga keuzuran rumah kayu tu. Dan yang paling menarik perhatian aku sebenarnya bila aku Nampak sepohon pokok nangka yang terdapat di pinggir jalan di hadapan rumah tersebut. Cissttt… sambil menaip ni bulu roma aku meremang pulak! 

Macamana aku tahu pokok nangka padahal aku bukan petani? Sebab aku Nampak sebiji buah nangka yang besar terdapat pada pangkal pokok tersebut. Korang mesti tahu kan buah nangka ni kalau dia dalam proses nak mula masak kat pangkal pokok, orang biasanya akan balut buah ni dengan kain guni, atau kain biasa untuk mengelak kan daripada buah ini di makan oleh haiwan dan menyebabkan dia rosak. Jadi, buah nangka yang aku Nampak ni memang besar(standard la tu kan) dan buah ni dibalut dengan kain berwarna cerah dan lusuh. Aku boleh Nampak beberapa kesan kotor pada kain pembalut buah nangka tu. 

Berbalik cerita adik aku yang tengah berkira-kira nak buat u-turn ni, sebaik sahaja melepasi sedikit sahaja pokok nangka di pinggir jalan sebelah kiri (di hadapan rumah usang tu) kereta kami terhenti sebab depan kami tu jalan mati. Hah! Baru ade akal! Rasa nak ketuk je kepala adik aku ni. Degil, xnak dengar cakap. Kalau nak buat u-turn kat situ memang x boleh la sebab terlalu sempit jadi terpaksalah dia buat pusingan tiga penjuru (ntah betul tak ape aku ckp ni). sape yg dah ada lesen sah tu tau la ape itu 3 penjuru. Yang buat lesen terbang tu tak tau la pulak aku. So point pertama dia forward sambil pulas stereng ke kanan, then point ke dua, undur sambil pusing stereng stereng ke kiri. Masa buat point kedua ni, sebahagian besar kereta memasuki halaman rumah usang tersebut dan pokok nangka tu betul- betul ada di sebelah kiri aku. Tiba masa nak buat point ketiga, aku Nampak tangan adik aku mengagau-ngagau cari tombol gear. Aku Nampak macam dia terketar-ketar. Aku pelik tapi mulut terkunci nak menegur. Perhatian aku tiba-tiba teralih bila ekor mata aku menangkap sesuatu…

Jap... jap... Nak bukak lampu kejap..



..................................
..................................
..................................

Sambung lagi…
Tak tau la kenapa mulut aku terkunci bila tengok tangan adik aku terketar-ketar nak masuk gear tu. Tiba-tiba ekor mata aku menangkap sesuatu. Mula-mula aku perasan macam kereta kami sedang bergerak mengundur dalam keadaan senget sebab dari ekor mata aku Nampak yang kami semakin dekat dengan pokok nangka tersebut sehinggakan buah nangka tu berada betul-betul dekat sebelah kiri aku. Tapi aku nak jelaskan di sini yang dalam keadaan macam ni, mata aku tak berani nak meliar sangat. Aku tak stay pandang satu tempat dalam tempoh yang lama so, dalam pada nak mengenalpasti apa yang ada di sebelah kiri aku, aku gunakan ekor mata. So kalau ternampak ape2 pun sekurang-kurangnya aku tak terpandang direct pada benda tu. Dalam pada kedudukan aku yang rendah tu, ye lah kereta kan rendah so aku tak Nampak keseluruhan bahagian buah nangka besar di sebelah aku tu. melainkan aku buka tingkap dan hulurkan kepala (mmg aku takkan buat la..). Dari ekor mata tu aku perasan buah nangka tu makin lama macam makin memanjang. Dari bahagian atas aku Nampak ada juraian hitam yang ksar dan kerinting. Kali ni advance skit, aku kerling benda tu. juraian hitam tu pulak makin banyak kelihatan dari bahagian atas buah nangka. Tak sampai sesaat aku cuba tafsir apa benda hitam-hitam tu?? satu perkataan muncul dalam kepala otak aku, RAMBUT!

Darah aku berderau, kepala aku panas seolah-olah darah tu naik ke muka. Aku tau tu ape! Tu bukan nangka! Siot betul! Patut la adik aku menggigil kat sbelah! Aku tak ingat apa yang pasti aku ingat aku jerit nama adik aku “AYENNNNNNNN” Jeritan tu sebagai isyarat supaya CEPAT JALAN!!!! Dan aku jerit sebab nak hilangkan rasa ketakutan yang amat sangat waktu tu. Susah nak gambarkan berapa lama tempoh masa antara aku mula perasan yang benda tu bukan nangka dengan betapa terkial2 dan lembapnya adik aku nak masuk gear dan pecut meninggalkan kawasan tu. kepala aku macam terawang-awang sampai aku sedar bila aku terhentak sedikit bila kereta terlanggar lubang dan adik aku dah mula buat skill Michael shumacher yg lari dari kakak cantik yang disangkakan buah nangka! Aku pun mula perasan yang radio kereta dah bertukar siaran dari lagu-lagu remix yang menjengkelkan tu kepada alunan suci bacaan quran dari radio IKIM. Bila masa si degil ni tukar radio pun aku tak perasan. Seminit dua dengar ayat suci dan aku boleh ikut sikit-sikit barulah keadaan aku kembali normal. Darah dan berjalan dengan lancar. Debaran yang kuat macam nak pecah dada ni pun dah hilang. Hanya meremang sikit-sikit je. Aku harap la sangat die tak ikut dok bertenggek kat blakang kereta.

Tak lama lepas tu kami lalu semula di kawasan court takraw tadi. Adik aku terus berhenti dan keluar dari kereta (kami mmg tak cakap ape2 pun sejak disergah dengan ‘kakak’ tadi tu) Nampak je adik aku keluar kereta, aku pun melompat turun dan ikut dia. Gila nak tinggal dalam kereta sorang2? So adik aku ni pun tanya la arah yang betul untuk keluar ke jalan utama daripada brader2 ni. salah sorang ni cakap yang kami ni dah jauh tersesat ni then die tunjukkan arah yang betul. Lepas ucap tq, kami pun nak belah tapi sebelum tu sempat pulak sorang lagi brader ni tanya kami, ‘patut la kitorng tengok tadi kereta kau lalu semacam je… eh dik, ape yang ko jumpa kat ujung tadi?’ brader tu tanya sambil2 senyum2 sinis kat kitorang….$%^^#@# betul! Kami pun sengeh je la… so akhirnya dapat la jugak kami jumpa jalan keluar dan balik dengan selamat. Sepanjang jalan kami tak cakap langsung pasal peristiwa tu sampailah keesokan harinya, kat rumah, adik aku cakap dia tak terfikir pun benda tu buah nangka sebab dari awal sebenarnya, dia da Nampak yang benda tu kakak cantik tengah dok usha kereta kami. Kenapa aku Nampak mcm buah nangka? Napa mula2 aku tak Nampak pun rambut dia?? Haha
Tu la kisah aku yang pertama. Nanti kalau rajin aku share lagi pengalaman-pengalaman lain. So far ini la paling meyeramkan. Adik perempuan aku pulak seorang nurse. Setiap kali abis keje malam ada je benda die cerita kat aku. next time aku share k. ok babai..

Gangguan Ketika Perjalanan Melalui Lebuhraya Yong Peng - Pagoh


KISAH SERAM YANG DIKONGSI DARI PEMINAT


Bismillahirrahmannirrahim...

Rupa-rupanya banyak kisah seram di lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Ingatkan lebuhraya Karak je yang banyak cerita mistik. Mungkin sebab tak berapa dihebohkan. Tak ramai yang tahu. Bila google, baru lah tahu ada juga yang diganggu bila melalui lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Kisah makhluk menumpang, kisah wanita dan anak lelaki nak isi tong minyak, kisah berentap dengan Daihatsu Charade putih, dan macam-macam lagi

Dan ini adalah pertambahan terkini kepada kisah-kisah mistik tersebut. Alkisahnya, lewat petang semalam, saya dan encik suami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Skudai setelah selesai segala urusan. Dalam pukul 6.30 petang macam tu kami keluar dari tol Skudai. Saya yang mula-mula memandu kereta. Kami plan berhenti solat di R&R Machap. Lepas solat dan mengalas perut, encik suami menawarkan diri untuk memandu kereta

Kami pun menyambung perjalanan. Saya duduk sebelah encik suami tersengguk-sengguk menahan mata yang mengantuk. Sesekali saya terlelap sebab tak tahan sangat dah mata yang berat. Dalam kereta, kami banyak diam sambil mendengar radio. Sampai la satu kawasan tu, saya terjaga dari terlelap, jalan raya sangat-sangat gelap. Tak banyak lampu jalan di kiri kanan jalan. Jarak kereta di depan dan di belakang sangat jauh. Tiba-tiba encik suami memperlahankan kenderaan dan memandu di lorong kiri. Terlalu perlahan yang sangat pelik bagi saya sebab encik suami suka memecut laju melebihi 130 km/j. Kenapa perlahan sangat dan masuk ke lorong kiri, padahal tak ada kereta pun kat belakang yang nak memotong bila saya jeling cermin sisi yang nyata gelap gelita. Agak lama juga encik suami memandu perlahan hingga timbul dalam hati saya, kereta 'berat' ke?

Lepas papan tanda Pagoh, encik suami memecut semula. Tapi saya tak bertanya apa-apa sebab mungkin tadi dia mengantuk. Sampai la dekat Senawang, saya perasan encik suami asyik menguap. Saya bersuara sambil memicit-micit bahunya untuk hilangkan mengantuk, "ok ke?"

Encik suami macam sangat terkejut bila saya sentuh bahu dia. Tapi dia still jawab, "tak....ngantok!" Huhu. Kesian encik suami, memandu sampai mengantok. Saya offer untuk tukar driver. Tapi encik suami tak menjawab. Sebaliknya, dia bertanya, "nampak kan ape yang abang nampak?"

Saya pelik. Saya jenguk jalan raya terang di depan, kemudian menoleh ke encik suami. "Nampak ape?"

Suami diam dua saat. "Dekat area bukit yang gelap tadi, yang tak banyak kereta, tahu tak abang nampak ape?"

"Tak...." Saya mula rasa semacam

"Abang nampak benda dalam kereta. Dalam cermin pandang belakang."

"Allahuakbar. Sebab tu ke kereta perlahan sangat tadi, sebab berat?"

"Aha. Berat. Muka dia betul-betul nampak full dan jelas dalam cermin pandang belakang."

Allah. Allah. Allah

"Perasan kan tadi kat bukit tu?" tanya encik suami lagi. Mungkin dia nak pastikan bukan dia berimaginasi sendiri

"Aha, perasan...abang bawak slow."

"Kejap je kat situ tadi, lepas tu hilang. Menumpang kot."

Kemudian kami diam. Selang beberapa minit saya pandang muka encik suami. Dalam hati saya, saya bersyukur sangat-sangat, encik suami tenang menghadapi situasi tu, dia tak melatah dan hilang kawalan. Saya fikir, kalau lah saya yang memandu, apa agaknya yang akan saya buat? Boleh ke saya jadi setenang encik suami? Ada hikmahnya Allah tukarkan driver kat Machap tadi. Subhanallah!

Saya masih bimbang. Saya fikir lebih baik saya drive, encik suami dah mengantuk dan penat, ditambah dengan apa yang dah berlaku. Tapi saya sendiri rasa takut dan gerun kalau-kalau ada lagi gangguan lain. Ya Allah, bertawakkal saja lah, Allah Maha Berkuasa. Dia yang lebih patut kita takuti berbanding segala makhluk di muka bumi

"Abang ok tak?"

Encik suami menggeleng kepala. "Masih terbayang-bayang muka dia."

"Takut tak muka dia?" Ya ampun, stop it Hasunah!

"Seram gila." Kesian encik suami. Dia geleng-gelengkan kepala laju-laju seolah-olah nak hilangkan bayangan wajah makhluk yang menumpang kereta kami. "Perempuan."

Saya tak bertanya lebih lagi sedangkan dalam hati nak tanya ade darah ke, baju putih ke, rambut panjang ke. Bimbang dalam keadaan encik suami macam tu, soalan-soalan tu buat dia tak dapat hilangkan bayangan makhluk tu

Bila nampak papan tanda RnR Seremban, encik suami bagi signal untuk masuk ke kiri. Kami isi minyak kereta, encik suami pergi toilet, kemudian saya mengambil alih memandu kereta. Dengan lafaz doa naik kenderaan dan tawakkal, kami menyambung perjalanan hingga selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah

Moga encik suami dan saya dalam kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan Allah selalu

P/S: Lepas ni, tak berani dah kot nak drive seorang diri malam-malam, balik or dari Johor. Alhamdulillah, bulan puasa tu tak jadi apa-apa

UPDATE: Encik suami dah cerita details dekat saya rupa makhluk yang menumpang tu. Wajahnya pucat putih, nampak segala urat, paling ketara urat pada bibirnya, dia duduk tengah-tengah seat belakang, tapi dia hanya diam dan matanya hanya memandang ke bawah. Dia berpakaian warna merah. Rambutnya tak seserabut macam hantu dalam cerita-cerita seram. Encik suami tergerak dalam hati mahu menegur dan bertanya, dia hendak ke mana, tetapi tidak terkeluar, mulutnya seolah-olah terkunci rapat


Thursday, November 10, 2016

Isteri Dirasuk Bunuh Diri Di Bangunan Plaza Lama


Nama saya Ruhaizat.. Saya berumur 27 tahun. Saya sudah berkahwin dan kini menetap di sebuah bandar di Selangor. Saya dan isteri saya mempunyai bisnes sendiri dan kami hanya bekerja berdua. Kami mempunyai ofis sendiri di sebuah bangunan yang agak lama di Selangor. Bangunan tu mempunyai banyak lot-lot kecil untuk disewa, namun tempat itu tidak mendapat sambutan. Hanya di tingkat bawah sahaja yang ada lah beberapa lot kedai telah disewa. Namun, tetap tidak penuh. Dan bangunan itu memang tak meriah kerana tak ramai orang ke sana.

Saya menyewa ofis di tingkat yang paling atas sekali kerana harga sewanya tersangat murah. Di pejabat, saya langsung tidak memakai pekerja, saya hanya mencari ejen yang hanya kerja dari rumah (promoter online). Di ofis selalunya hanya saya dengan isteri saya sahaja, kadang-kadang ada kawan-kawan datang, kadang-kadang saya bawa anak-anak bersama datang ofis. Kerana kami selalu buat kerja di ofis kadang-kadang sampai lewat malam.

Ok..saya akan ceritakan beberapa pengalaman seram yang kami lalui di bangunan ini..


Pada mula-mula sekali saya menyewa di sini, segala kerja renovate, wiring electric semuanya saya buat sendiri. Siap pasang aircond lagi. Lain-lain, just buat simple-simple je. Janji selesa bekerja. Lagipun yang duk di ofis tu hanyalah saya dan isteri saya sahaja. Saya ambil masa seminggu untuk saya siap sepenuhnya renovate ofis tersebut. Sepanjang proses renovation selama seminggu tu, isteri saya memang sangat jarang datang tengok saya buat kerja renovation, sebab biasanya dia hanya duduk di rumah dan buat kerja di rumah. Kerana waktu tu kami masih belum lagi ada office. Lagipun kat rumah saya ada dua orang anak kecil yang masing-masing berumur 3 tahun dan 5 tahun.


Pengalaman #1

Pada hari terakhir selepas proses renovation siap, saya hanya duduk santai-santai di ofis, tengok movie, kadang-kadang surf internet. So agak lama juga la saya duk rilek-rilek di ofis tu. Lebih kurang dalam pukul 5, saya duduk la sekejap di sofa, baring-baringkan kepala dan rehat-rehat. Tiba-tiba saya terlena pula. Tidur mati. Memang lama saya tidur. Tengah-tengah syok tidur, tiba-tiba saya terdengar dentuman berkali-kali yang sangat kuat (dummm dumm dumm dumm dummm). Saya terjaga.
Saya tengok pintu saya seakan-akan ada orang tendang dengan kaki sekuat mungkin. Sehinggakan macam nak tercabut pintu office saya. Waktu tu memang agak ketakutan jugak la. Namun saya beranikan diri saya bersuara "Siapa tu???"..

Sejurus sahaja selapas saya bersuara, tiba-tiba bunyi dentuman tu dah tiada lagi. Cepat-cepat saya pergi ke arah pintu dan buka pintu tersebut. Saya tengok di luar, langsung TAK ADA APA-APA. Saya hairan, selepas bunyi dentuman tu hilang, tak sampai beberapa saat, saya terus buka pintu, sepatutnya orang yang menendang pintu ofis saya tu masih ada di sekeliling kawasan tersebut. Puas saya cari atas bawah, kiri kanan, memang tak nampak sesiapa pun. Sunyi sepi. Langsung takde orang. Gelap gelita.

Saya gapai phone saya dalam poket, dan saya ON phone. ALAMAK! Dah pukul 11 malam rupanya. Patut la gelap je. Lagipun tempat tu memang sunyi. Saya pun terus ambil kunci kereta, kunci office dan terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, perkara seram tadi terus bermain di fikiran. Kerana saya hairan, kalau ada orang yang sengaja mengusik saya, tak mungkin dia boleh lari dengan begitu pantas. Kerana di kawasan office tersebut, langsung tiada sudut-sudut yang boleh bersembunyi. Lif dan tangga pula agak jauh. Kalau yang mengusik itu juga adalah penyewa di bangunan tersebut, kenapa langsung tak dengar pintu terbuka dan tertutup. Kenapa langsung tak dengar apa-apa. Saya tersangat hairan. Pelbagai soalan terus bermain di minda saya.

Keesokan hari, saya beli DUA buah CCTV dan juga satu set magnetic access door. Dan untuk menguatkan lagi security, saya upah pula orang untuk memasang pintu grill besi di office saya. Dipendekkan cerita, semua tu selesai dipasang. Saya letak sebuah CCTV di luar yang menampakkan depan office saya (pintu masuk), satu lagi saya letak di dalam office sendiri in-case ada apa-apa kejadian yang tak diingini. Magnetic Access Door saya letak di pintu office. So, hanya orang yang mempunyai Access-Card sahaja yang boleh masuk office. Selepas siap kesemuanya, saya terus pulang ke rumah.

Dipendekkan cerita, hari-hari berikutnya saya dan isteri saya mula bekerja di office tersebut. Anak-anak di rumah biasanya kakak ipar saya yang jaga. Sebab kakak ipar hanya tiinggal di sebelah rumah. Kebetulan kakak ipar adalah suri-rumah sepenuh masa.

Pengalaman #2

Sudah satu tahun lebih kami bekerja di office tersebut. Dan sepanjang kami bekerja di sana, sebenarnya tersangat banyak gangguan yang kami lalui. So, di seksyen pengalaman No 2 ini, saya hanya ceritakan gangguan-gangguan kecil yang kami lalui.

Kami ni sebenarnya selalu jugak la pulang lewat malam. Takde la lewat sangat, biasanya paling lewat, pukul 10 malam.

Pada satu malam tu, kami pernah kena ganggu ketika tengah menunggu lif. Waktu tu kami pulang pukul 10 malam, ketika kami sedang tunggu lif sampai, saya terdengar seakan-akan ada seseorang di belakang saya sedang berlari sangat laju. Kedengaran seperti dia berlari dari jauh dan menuju ke arah belakang saya. Sangat laju, apabila bunyi larian itu sampai di belakang saya, saya terkejut dan terus berpaling ke belakang. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya lihat langsung tak ada apa-apa di belakang saya. Isteri saya pun tegur saya "Kenapa ni bang?"...

Saya balas "Awak tak dengar ke tadi ada orang berlari?"..

Isteri balas, "Ishh mengarutlah awak, saya tak dengar pun"...

Memang sah saya dah terkena gangguan...

Ok...gangguan seterusnya berlaku kepada isteri saya....
Office saya ni sebenarnya tiada tandas. So, kalau nak lepas hajat, terpaksa guna tandas awam di luar di tingkat yang sama. Setiap tingkat ada satu tandas. So, tandas ni agak jauh la. Kadang-kadang kalau waktu malam, seram juga nak pi tandas sorang-sorang. Tapi al-maklum perempuan, sesetengah pompuan kuat pergi tandas. Bini saya pun sama. Kuat pergi tandas.

Dipendekkan cerita, pada satu malam tu, isteri saya tak tahan nak berak. Dia pun terus pergi tandas. Sampai je kat tandas, terus dia lepaskan hajat tanpa pikir panjang. Tengah-tengah berak tu, dia tengok la sekeliling tandas tu, ya Allah, buruk gila tandas. Al-maklum dah lama orang tak guna. Tapi oleh kerana tak tahan, isteri saya tetap lepaskan hajat. Beberapa minit kemudian, isteri saya selesai berak, dia pun buka la paip air untuk basuh duburnya... MALANGNYA!!! air takde !!! Dia pun mengeluh dengan agak kuat la dalam tandas tu "Aduuh!!! air pulak takde! "....

Sejurus sahaja selepas dia mengeluh, tiba-tiba dia terdengar ada orang bersuara dalam tandas tu..
"Awak kat sebelah?.... Awak kat sebelah nak tisu ke?"..Cara suara tu bercakap teramat slow dan ayu. Dan bunyi suara tu juga teramat lah perlahan. Agak susah untuk menangkap apa yang dikatakan. Tapi mungkin oleh kerana suasana di sana sunyi, isteri saya tetap dapat dengar apa yang suara tu kata kan... So isteri saya balas "ya cik, saya perlu tisu"... dan orang tadi tanpa bersuara, terus menghulurkan tisu dari bawah dinding kubik itu. Isteri saya ambil tisu tersebut dan ucap "terima kasih" namun tak berbalas. Isteri saya terus lap-lap duburnya hingga bersih. Selepas selesai sahaja, isteri saya bangun, Belum sempat isteri saya buka pintu kubik tandas tu, tiba-tiba terdengar lagi bunyi suara yang sama tadi "awak dah ok ke?"....isteri saya dengan pantas membuka pintu sambil jawab "ya saye ok"...Semasa isteri saya sedang keluar, alangkah terkejutnya bini saya apabila dia melihat pintu kubikal tandas di sebelah terbuka luas dan kelihatan langsung TIADA ORANG!!! habis tu, siapa yang bercakap tadi?! Isteri saya dengan pantas berlari menuju ke office. Sampai je di office, isteri saya ceritakan segalanya pada saya dan kami terus pulang ke rumah.

Keesokan hari, kami terus berfikir untuk buat tandas dalam office. So saya pun upah la orang utk buat tandas di dalam office kami. Hari-hari seterusnya memang kami tak guna dah tandas kat luar tu. Kami just guna tandas di office sahaja.

Sebenarnya banyak lagi gangguan-gangguan kecil yang kami lalui, tapi kami just buat tak tahu.
Ok,cerita seterusnya adalah pengalaman seram yang saya takkan DAPAT LUPA.

Pengalaman #3

Pada suatu hari, saya bawak dua anak saya di office. Waktu tu saya dah ada TV dalam office, so budak2 tu boleh layan cerita kartun di TV sambil duduk atas sofa. Isteri saya dan saya macam biasa buat kerja. Dipendekkan cerita, pada kali ini juga kami pulang lewat malam. Kali ni agak lewat, sampai pukul 12 malam macam tu lah. So, waktu tu kami dah nak pulang dah. Kami siap-siap kemas barang. Saya bukak pintu dan pintu grill. Depan pintu tu (bahgian dlm Office) saya letak satu kotak produk bisnes kami untuk siap2 diangkat masuk dalam kereta. So, sambil-sambil tu saya dan isteri pi kemas barang-barang lain. Sedang kami mengemas, tiba-tiba ada orang muncul di pintu office saya, kebetulan waktu tu pintu office terbuka. Dia pun tanya "Bang, ada tandas tak? Saya tak tahan sangat ni nak berak.. Tandas kat hujung sana takde air la.. Tingkat bawah pun takde air"... Saya agak terkejut jugak la tiba-tiba je muncul mamat ni. Entah macam mana hari tu saya benarkan aje mamat tu guna tandas office "ada,,,guna lah..kat hujung sana"....Dia pun masuk tandas...Dalam beberapa minit, saya terdengar seakan ada orang berlari di luar office... Saya pun berpaling ke pintu, saya tengok takde orang.. Dan alangkah terkejutnya saya apabila saya perasan kotak yang saya letak di pintu tu dah hilang. So saya terus bergegas keluar mencari orang yang mengambil kotak saya tu. Sebab kotak tu penting. Itu adalah produk yang nak dihantar pada Client. Saya dapat dengar bunyi tapak kaki orang tersebut. Saya ikut je bunyi tapak kaki tu. Isteri saya juga ikut sekali di belakang saya. Saya dan isteri saya memang bergerak pantas la cari orang tu. Dan tak lama lepas tu, di lif, saya nampak la orang itu memegang kotak tersebut. Dengan kelam-kabut saya tanya bini saya "Pintu office tadi tutup tak?".. Dengan pantas dia jawab "Tak"...

Saya pun apa lagi, dengan pantas berlari menuju office dan saya biarkan isteri saya berurusan dengan orang tadi. Saya bukan apa. Saya bimbang dengan anak-anak saya kat office tu. Sampai je di office, saya tengok sorang anak saya hilang. Saya tanya la anak yang sorang yang ada dalam office tu "Amir, kat mana adik kamu Laila?"...Amir yang berumur 5 tahun tu pun jawab "ade luar, orang tadi ambik, pa"....

Hati saya terus gelisah. "Astaghfirullah"..... Tak sampai beberapa saat saya terdengar bunyi tangisan anak saya si Laila tadi... Saya pun terus tutup pintu office. Dan automatik magnet pintu tu akan kunci pintu. Dan saya terus berlari ke arah tangisan tadi. Dipendekkan cerita, alhamdulillah saya dapat jumpa Laila sorang-sorang berada di suatu sudut. Saya bawak masuk office. Saya tutup pintu office dan kunci pintu grill juga..
Saya pun terus cari bini saya pula. Saya pergi ke arah lif tadi. Sebaik sahaja sampai di lif, kelihatan isteri saya dah tak ada. Saya tekan butang lif. Sambil menunggu, saya tengok di tangga kot2 isteri saya turun ikut tangga, tapi takde. Langsung tak ada dengar orang turun tangga. Lif masih lagi belum sampai, saya pun keluar dari ruangan menunggu lif, dan saya tengok kiri kanan. Dari jauh, kelihatan seperti seakan-akan seorang perempuan sedang berjalan. Saya pun dengan perlahan mendekatinya. Makin dekat, penglihatan makin jelas. Perlahan je dia jalan. Saya tegur la "hello"... Tapi tak terjawab. Perempuan itu seakan-akan pekak ataupun seakan-akan dirasuk. Kerana tangannya straight ke bawah. Kepalanya straight memandang ke depan tanpa toleh ke mana-mana pun. Langkahnya perlahan menuju ke depan. Makin lama saya mendekatinya, saya yakin perempuan tu sebenarnya adalah isteri saya. Saya pun melajukan pergerakan saya. Alangkah terkejutnya saya apabila saya lihat isteri saya sedang membuka dan memanjat tingkap besar di hujung sekali dan kelihatan dia cuba untuk terjun. Saya pun apa lagi, terus berlari sepantas yang mungkin untuk menghalang isteri saya dari berbuat demikian. Malangnya saya tak sempat! .. Isteri saya terjun dari tingkap tersebut.. Alangkah pedihnya saya. Waktu tu saya menangis sekuat hati, saya menjerit sekuat hati. Tanpa berfikir panjang saya terus buat panggilan kecemasan. Saya ceritakan segalanya.

Dipendekkan cerita, isteri saya dibawak masuk ke wad hospital. Nasib baik nyawa isteri saya masih lagi dapat diselamatkan. Itu pun kerana isteri saya bernasib baik. Isteri saya sebenarnya terjatuh atas pokok dan semak-semak yang tebal di bawah tu, so, impak jatuh tu TAK KUAT. Cuma isteri saya cedera teruk.

Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu, isteri saya sihat walafiat seperti biasa.

Kami bekerja macam biasa di office yang sama.

Tapi kami dah tak pulang lewat malam. Sebab siang hari kami langsung tak kena ganggu. Sebelum maghrib, wajib pulang ke rumah.



Saya ada tengok rakaman CCTV kejadian pada malam isteri saya dirasuk tu...
saya lihat...orang yang guna tandas office saya pada malam tu, TAK KELIHATAN di RAKAMAN CCTV !!
begitu juga orang yang mengambil kotak itu.. pergerakan kotak tu pun saya tak nampak.
HAIRAN!! Macam mana kotak tu tiba-tiba boleh berada di ruangan lif.
Si Laila pula kelihatan seakan-akan terapung dan menuju keluar dari office.